Anda di halaman 1dari 10

Definisi 'Stress'

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam
badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar
menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk
mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins, 1993,
menerangkannya sebagai: Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan
individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang
dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil
tersebut adalah penting kepada individu tersebut. Secara keseluruhannya 'stress'
adalah: Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran Gangguan fungsi
kehidupan Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan
masalah, kekangan dan desakan hidup Peristiwa atau keadaan persekitaran yang
mendatangkan akibat yang negatif Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan,
keletihan dan ketegangan kepada individu Tindak balas luaran yang mengganggu
mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh Hakikatnya 'stress' itu normal
dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang.
Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajiankajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antaranya
ialah kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat;
Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United

Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan
oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar
(1997).Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan
persoalan tekanan dalam kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993)
menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga
keadaan negatif, iaitu keadaan yang bertekanan, moral guru yang rendah, dan
peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang).

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari
luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan
stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga
produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.
1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepadaNya.
3. Lakukan mental-excercise. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan
bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20
minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan
kesukaran tidur.
4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress.
Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan
ketenteraman.
5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama
keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan
dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan
kualiti kehidupan.
8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang
boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada
kamu.
9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu
yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk
menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin
kehidupan bahagia.
13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor,

Anda mungkin juga menyukai