Anda di halaman 1dari 6

Tarikh

Masa

: 80 minit

Kelas

: Tingkatan 1

Bil. Pelajar

Tajuk / Topik

: Sel sebagai unit asas kehidupan

Objektif Pembelajaran

: 1.3 Memahami sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia

Hasil Pembelajaran

: Pelajar Tingkatan 1 dapat


1. Menamakan secara verbal jenis sel manusia berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan
2. Menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 7 fungsi pelbagai jenis sel manusia di dalam lembaran kerja yang
telah diberikan.
3. Menyusun organisasi sel mengikut urutan daripada yang mudah ke kompleks menggunakan istilah sel, tisu,
organ, sistem dan organisma.

Pengetahuan Sedia Ada

: 1. Pelajar memahami semua benda hidup termasuk haiwan, tumbuhan dan manusia adalah terdiri daripada
sel.
2. Pelajar mengetahui sel adalah unit asas untuk semua benda hidup.

Kemahiran Saintifik

: Memerhati, mengelas, membuat inferens, meramalkan, berkomunikasi, membuat hipotesis

Nilai & Sikap

: Bekerjasama, mematuhi arahan, yakin, berani mencuba, luwes dan berfikiran terbuka, berfikir secara rasional

Bahan Bantu Mengajar


Langkah /
Masa
Orientasi
(5 min )

: Slaid Powerpoint, video, kad imbas, kad manila. Kertas mahjung, lembaran kerja
Isi Kandungan

Situasi sebenar mengenai kehidupan seharian


pelajar

Aktiviti P&P Guru dan Pelajar


1. Guru memulakan pembelajaran dan
pengajaran dengan menceritakan satu
situasi untuk menarik minat pelajar iaitu:
Bayangkan anda sedang berada di sebuah
restoran. Ketika itu, anda telah menghidu bau
pizza dan membuat keputusan untuk makan
pizza. Setelah itu, anda menggunakan kaki
anda untuk bergerak ke arah kaunter pizza
tersebut untuk membelinya. Anda telah
membeli satu set makan pizza. Anda telah
menggunakan kedua-dua belah tangan anda
untuk membawa makanan tersebut ke tempat
duduk dan seterusnya duduk untuk makan.
2. Guru bertanyakan pelajar apakah anggota
badan kita yang terlibat sepanjang situasi
tersebut berlaku.

Catatan

Jangkaan jawapan pelajar: Antara yang terlibat


ialah anggota badan termasuk tangan dan kaki,
deria-deria seperti deria bau dan deria rasa.
Selain itu, otak juga terlibat untuk menentukan
perkara yang akan dilakukan oleh anggota
badan.
3. Berdasarkan cerita tersebut, guru
menerangkan setiap bahagian berbeza dalam
badan manusia mempunyai peranan masingmasing dalam merealisasikan situasi tersebut.
4. Setelah itu, guru juga menjelaskan kepada
pelajar apa yang akan dipelajari dan
menerangkan hasil pembelajaran pada hari ini.

Pencetusan
Idea
(30 min )

Jenis sel manusia:


-

1. Setelah itu, guru membahagikan pelajar

BBM: Video, Kad

Sel Pipi, Sel otot, sel saraf, sel darah

kepada 7 pasangan yang mewakili satu jenis

Imbas, Lembaran

merah, sel darah putih, sel sperma, dan

sel bagi setiap kumpulan dan 7 pasangan untuk

Kerja 1

sel ovum.

mewakili satu jenis sistem dalam badan

Fungsi tisu otot dan saraf

manusia. Setiap kumpulan diberikan satu

Pengenalan Organ dalam badan manusia

keping kad yang mengandungi gambar untuk


satu jenis sel atau satu jenis sistem.
2. Pelajar dikehendaki berbincang dan merujuk
buku bagi mengetahui ciri-ciri dan fungsi setiap
sel dan setiap sistem secara terperinci.
3. Guru memantau perbincangan pelajar dan
membimbing sekiranya perlu.

Penstrukturan
Semula Idea
(30 min )

Organisasi Sel
Contoh-contoh bagi setiap peringkat organisasi.

1. Guru meminta wakil setiap pasangan


untuk melukis sel yang diwakili berserta
dengan fungsi sel tersebut dan guru
meminta pelajar menyalin jadual tentang
jenis sel dalam badan manusia.
2. Guru membincangkan tentang

BBM: Kad Manila,


Kertas Mahjung

sekumpulan sel membentuk tisu


beserta dengan contoh : tisu otot dan
tisu saraf.
3. Guru membincangkan tentang
sekumpulan tisu membentuk organ dan
meminta pelajar untuk melengkapkan
label Organ utama dalam badan
manusia dan membimbing pelajar.
4. Guru menerangkan tentang
Sekumpulan Organ membentuk sistem.
5. Guru meminta 7 pasangan untuk
mewakili satu jenis sistem dalam badan
manusia untuk memadankan jenis
sistem yang bersesuaian mengikut label
padan kertas mahjung dihadapan.
6. Guru menyemak hasil kerja pelajar
untuk sistem dalam badan manusia
7. Guru menunjukkan carta alir organisasi
sel tanpa label di kertas mahjung
kepada pelajar dan menyoal pelajar
untuk melengkapkan organisasi sel.
Refleksi

Pelajar membuat kesimpulan daripada apa yang

(5 min )

telah dipelajari dan guru mengulang kembali

1. Guru membimbing pelajar untuk


melakukan rumusan dan kesimpulan

apa yang telah diajar.

tentang apa yang telah dipelajari hari ini.


2. Kesimpulan:
a) Suatu organisasi sel dalam badan
manusia akan terdiri daripada sel, tisu,
organ, sistem dan organism.
b) Gabungan sel akan membentuk tisu,
beberapa tisu akan membentuk organ,
organ akan bergabung untuk
membentuk sistem dan akhirnya satu
organisma akan terbentuk dengan
gabungan sistem-sistem dalam manusia
c) Ianya boleh disusun dalam satu hirarki
tangga dan setiapnya mempunyai jenisjenis dan fungsinya yang tersendiri.