Anda di halaman 1dari 3

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

PENDAHULUAN
1. Tindakan Abu Jaafar Al-Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad
telah menggiatkan lagi aktiviti ekonomi.
2. Hal ini demikian kerana Baghdad memiliki beberapa keistimewaan, iaiatu:
a. Kedudukannya yang stratergik yang menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
b. Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq Baghdad yang menjadi tumpuan para
pedagang terutama dari Parsi.
c. Terdapat ladang-ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenal
sebagai Suq Al-Baqar.
SEKTOR EKONOMI UTAMA KERAJAAN ABBASIYAH
A. SEKTOR PERTANIAN
1. Usaha-usaha yang dilakukan oleh khalifah Abbasiyah untuk memajukan sektor pertanian
adalah seperti yang berikut:
a. Membina saliran air ke kawasan-kawasan pertanian.
b. Melebarkan sungai-sungai, parit, dan tali air.
c. Membina empangan untuk memudahkan pengaliran air.
d. Membuka kawasan-kawasan pertanian baru.
e. Membuat penyelidikan dalam bidang pertanain untuk meningkatkan mutu pengeluaran
2. Kesan daripada usaha-usaha tersebut, kerajaan abbasiyah telah berjaya muncul sebagai
sebuah empayar yang terkenal dalam bidang pertanian.
3. Kawasan utama pertanian pada masa itu termasuklah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi,
Khurasan dan Andalus.
4. Jenis-jenis hasil pertanian adalah:a. Bijiran seperti gandum, barli dan beras.
b. Buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dan buah
zaitun.
c. Sayur-sayuran seperti timun, kobis, kacang tanah, ubi, manisan dan tebu
d. Ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya.
B. SEKTOR PERINDUSTRIAN
1. Kerajaan Abbasiyah terkenal sebagai sebuah negara yang maju dalam indurstri
pembuatan.
2. Jenis-jenis indurtri yang terdapat dalam masa itu ditunjukkan dalam jadual di bawah:Industri
Tenunan, hamparan dan permaidani
Pinggan mangkuk
Barangan kaca, tembikar, dan mozek.
Barangan kulit dan senjata.
Perhiasan dan batu permata
Kertas
C. SEKTOR PERDAGANGAN

Pengeluar
Baghdad, Syiraz, dan Asfahan
Mesir dan Syam
Baghdad, Mesir, dan Syam
Mesir, Andalus dan Maghribi
Yaman, Khurasan, Bahrin dan Lubnan
Iraq, Mesir, Maghribi, dan Andalus

1. Kepesatan bidang perbuatan dan pertanian telah mendorong kemajuan dalam bidang
perdagangan hingga ke peroingkat antarabangsa.
2. Factor-faktor kepada kemajuan perdagangan ialah:a. Pembukaan wilayah-wilayah baru yang banyak memberi banyak ruang pasaran
perniagaan.
b. Perkembangan industri perkapalan memudahkan para pedagang bergerak.
c. Sarjana-sarjana muslim menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hukum
perniagaan serta galakan terhadapnya.
d. Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman Jahiliyah lagi.
3. Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerjaan Abbasiyah dalam memajukan sektor
perdagangan antaranya termasuklah:
a. Membina pusat perniagaan yang dilengkapi perigi di jalan-jalan utama.
b. Membina rumah-rumah api sebagai panduan kepada kapal-kapal perdagangan.
c. Mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan darat dan laut.
4. Pelabuhan serta Bandar utama menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan pada ketika itu.
Antaranya termasuklah Baghdad, Basrah, Amman, kaherah, Iskandariah dan Antakiah.
5. Kegiatan perdagangan pada zaman Abbasiyah begitu meluas sekali. Orang-orang islam
telah membuka empayar perniagaan hingga ke Andalus, Eropah barat, Afrika Selatan dan
Madagascar.
6. Disinilah berlaku pertukaran barang dagang daripada negera Islam ke negara-negara
Islam lain di seluruh dunia.
23.3 SUMBER KEWANGAN KERAJAAN ABBASIYAH
1. Sumber kewangan kerajaan Abbasiyah adalah berdasarkan polisi kewangan yang diwarisi dari
zaman-zaman sebelumnya.
Sumber
Zakat

Kharaj

Ghanimah

Fai

Jizyah

Usyur

Keterangan
Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam
terhadap harta-harta yang tertentu yang
mencukupi had minimum (nisab, tempoh
tertentu, menurut syarat-syarat tertentu)
Cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai ini
juga dikenakan ke atas tanah milik orang Islam
yang diperoleh dari peperangan. Kadar cukai
yang dikenakan adalah berdasarkan keadaan.
Harta rampasan perang. Empat per lima ( 80%
daripadanya diberikan kepada para perjuang
Islam. Bakinya diberikan menurut cara yang
ditetapkan dalam Al-Quran.
Harta yang diperoleh melaui jalan perdamaian
setelah pihak musuh menyerlah kalah kepada
tentera Islam.
bayaran yang dikenakan pada orang islam yang
mendiami Negara Islam. Ia dengan sendirinya
gugur apabila pembayarannya memeluk Islam.
Usyur bermaksud satu per sepuluh (1/10). Ia

adalah kadar bayaran tetap yang dikenakan ke


atas kapal perdagangan bukan Islam yang
singgah di perlabuhan Negara Islam untuk tujuan
perdagangan.
23.4 PERANAN BAITUMAL
1. Baitulmal adalah institusi Negara yang terbesar diketuai oleh Sahib Baitulmal (pengurus
perbendaharan Negara).
2. Baitulmal berfungsi mengurus perdapatan dan perbelanjaan Negara yang dilakukan oleh
dewan Al-Kharaj ( jabatan hasil) dan dewan An-Nafaqah ( jabatan kewangan)
3. Segala aktiviti kedua-dua jabatan ini dilaporkan kepada Baitulmal.
4. Akaun baitulmal dikawal oleh dewan Al-Usul (jabatan dalam negeri) bersama dewan alAzimmah ( jabatan audit)
5. Peranan baitulmal dalam pengurusa kewangan Negara adalah seperti berikut:
a. Mengurus sumber-sumber pendapatan Negara. Baitulmal bertanggunmgjawab
mengurus dan menjana pendapatan Negara menerusi dewan Al-Kharaj ( jabatan Hasil) yang
menguruskan kutipan cukai speertyi Al-Kharaj, Al Jizyah, Al usyur dan zakat.
b. mengawal belanjawan Negara. Pembelanjaan Negara dikawal oleh Baitulmal melaui
dewan An-Nafaqah (jabatan kewangan). Dewan ini mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk
semua jabatan dan kakitangan kerajaan.
23.5 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP RAKYAT
1. Rakyat dapat menikmati kemajuan hidup dalam semua aspek.
2. pelbagai prasana diwujudkan seperti masjid, tali air, jalan sekolah dan sebagainya div\bina
kesan daripada pendapatan yang tinggi.
3. Kepesatan sektor ekonomi telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan
msyarakat yang produktif dan aktif.

Ainin Husnina
Balqis
Batrisyia
Aqilah

Anda mungkin juga menyukai