Anda di halaman 1dari 7

Lompat jauh

SEJARAH
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708
s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan
pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit
dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada
lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati
daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat
secara berkali- kali sama ada dalam bentukmul tiple, double triple atauqui ntriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah
dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima
dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan
dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk
lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah
untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan
peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko
kecederaan. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet
mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati
walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang
jauh.Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan
kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan
pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan
yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh
adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan
lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal.Perlu diingat,
masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke
empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan
komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Lompat jauh telah dijadikan
sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua
daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan
padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan
sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara
Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua
tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring
apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang
apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara
purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM
mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. Kini acara rekod acara tersebut telah
dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala
bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari
Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter. LOMPAT JAUH Sebelum melakukan
latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai
langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.Regangkan otot-otot
utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas
dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan
berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan
dengan selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. LATIHAN
YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH Lakukan

bangkit tubi L-seat. Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal. Bergayut pada


palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan
rata di dinding. Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran
kaki semasa mendarat). Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik
dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa
beratan). Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon. Aktiviti naik turun bangku
ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi
yang boleh). Tujuannya:Menguatkan quadriceps. Latihan plyometric. Lompat dari
kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke
atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Tujuannya:Meningkatkan
kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi
duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan.
Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. Lari,
lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin
dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan
lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan). PERALATAN Acara
lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga
memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas.
Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.
LORONG LARIAN (RUNAWAY) Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah
penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian
ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau
gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan. PAPAN PELEPAS
(TAKE-OFF BOARD) Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan
lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm
lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan
pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya. PETUNJUK PLASTISIN
(PLASTICINE INDICATOR) Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan
membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini
diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat
padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam
perhitungan lompatan yang dicapai. KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa
ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia
diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m
panjang dan 2.75 m lebar. PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE) Pita pengukur
digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari
hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak
pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur
telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran
lebih mudah, cepat dan tepat. PEENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY
INDICATOR) Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika
satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut
dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah
atau kelab, alat ini tidak digunakan. BENDERA ISYARAT (FLAG) Bendera digunakan
oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn
digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan
bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal. KASUT BERPAKU (SPIKE)
Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan

kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan
untuk acara ini. Prinsip Asas Lompat Jauh } Tujuan utama lompat jauh ialah untuk
mencapai jarak lompatan yang maksimum. } Jarak ini dapat dihasilkan dengan
larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. } Larian
yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat
berada di udara. } Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak
mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan. }
Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk
mendarat dengan selamat dan berkesan. } Gaya layar adalah suatu gaya lompatan
yang popular kerana ia mudah diajar.
~Walaubagaimanapun, gaya layar
kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat
dicontohi kerana teknik ini menyebabkan pelompat cepat mendarat. } Gaya
selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para pelajar
mencapai objektif pembelajaran mereka.
~Gaya yang dicadangkan ini
hampir sama dengan gaya tending kayuh, kecuali tindakan kayuh itu tidak
dilakukan di dalam gaya ini.
~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan
para pelajar mempelajari gaya tending kayuh apabila sampai masanya. GAYA/TEKNIK
LOMPAT JAUH Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :- Gaya
layar Gaya gantung Gaya tendang GAYA LAYAR GAYA GANTUNG GAYA TENDANG
KAYUH FASA LOMPAT JAUH Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat
fasa pergerakan. Keempat-empat fasa itu ialah :- fasa penujuan lari menuju ke
papan lonjak fasa lonjakan melompat dari papan fasa layangan badan berada di
udara. fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat. FASA PENUJUAN Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari
dengan kepantasan yang optimum dan terkawal. Bilangan langkah larian ini berbeza
di antara setiap individu. Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan
peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang
berkesan. Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut.
Apabila hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak. Pada
langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok. FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki yang
digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana
hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan
ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan
diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak
dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan
dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua belah
tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang
lebih tinggi. FASA LAYANGAN Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini
bergantung kepada gaya yang hendak digunakan. Tujuan utama ialah supaya
pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:- Bagi tendang kayuh,
pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak. Bagi gaya layar,
pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya
dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki. Bagi
gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolaholah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Bagi gaya

selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan


selepas lonjakan. Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang. Ini bererti kaki
pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat layangan.
Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama
dengan kaki bebas. FASA PENDARATAN Ketika berada dalam fasa ini, pelompat
mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki
dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan
dihayunkan ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan
terus menuju ke hadapan. LATIHAN ANSUR MAJU Latihan ansur maju
Menentukan kaki lonjakan pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat
mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.
Latihan lonjakan Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak
seberapa tinggi yang boleh. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan
lonjak. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek
yang digantung. Latihan mendarat Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat
menggunakan kaki lonjakan. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti
lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian). Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan
di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah
pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik
tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki
bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki
lonjakan. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah. Latihan gaya lompatan berbeza Berlari
9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau
kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh). Berlari dan
melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya
tendang kayuh. Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak: Dilakukan secara
berpasangan.
A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak
manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A
menapak di papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan
lonjakan, ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan
menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu
atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat
permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di
tempat permulaan yang baru.
Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik
ialah lari pecut.
Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap
larian. Ansur Maju Lonjakan Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah
tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan
kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku. Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung
bangku. Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang
termampu. Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan
tumit. Ansur maju 3: Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali
di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan. Lari sejauh lima hingga enam
langkah. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat 3. Ansur Maju Layangan

dan Mendarat Ansur maju 1:


Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng
pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari
papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit. Ansur
maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada
jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang
boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit. Ansur
maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2
meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh
disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke
atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak,
lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit
dahulu.
Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan. NOTA
TAMBAHAN ^________^
FASA -FASA LOMPAT JAUH Dalam keseluruhan gaya atau
teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa: Lari landas
Lonjakan Layangan Mendarat TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH 1.Teknik Lompat Jauh
Gaya Layar Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini
kerana lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu
mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan. Fasa
lari landas =Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23
langkah atau jarak 35-45 meter. =Kawal ketetapan langkah bermula daripada
langkah ke empat yang telah ditandakan. =Panjangkan beberapa langkah terakhir
supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti. Fasa
lonjakan =Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum. =Ayunkan lutut
kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak. Fasa
layangan =Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e
hadapan. Fasa mendarat =Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan
mula jatuh. =Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat. 2.Teknik Lompat
Jauh Gaya Gantung Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala
yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan
diikuti badan dan kaki semasa mendarat. Fasa lari kandas =Sama seperti lari landas
gaya layar. Fasa lonjakan =Lonjak dengan kuasa kaki maksimum =Angkat lutut kaki
hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan yang
bertentangan tinggi ke hadapan. Fasa layangan =Ayunkan kedua-dua tangan ke
belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung.
=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara. =Angkat kedua-dua lutut serentak
dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat. Fasa mendarat
=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas
serta badan dihamburkan ke hadapan. 3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh Teknik ini
lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah
langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat. Fasa lari landas dan
lonjakan =Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung. Fasa layangan
=Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah.
=Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah: >Langkah 1-Lonjakkan kaki
dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan. >Langkah 2-Kedua-dua kaki berada

bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat.
Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan. >Langkah setengahRapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok sedikit ke
hadapan, tangan lurus ke hadapan. Fasa mendarat =Bongkokkan badan sedikit dan
luruskan tangan ke hadapan. =Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke
hadapan. =Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit. MENENTUKAN KAKI LONJAKAN Kita mesti
menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara untuk
menentukan kaki lonjakan: >Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan
seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan
daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. >Berpasangan.A
berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang tanpa
isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. Setelah
mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.
ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH 1.Ansur Maju Lari Landas Berpasangan.A berlari
dari tempat permulaan ke papan lonjakan. B berdiri berhampiran papan lonjakan
sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya A menapak
lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke
belakang satu atau dua langkah. Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan
tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di
tempat permulaan yang baru. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari
landas. >Kawal kelajuan semasa berlari. >Jarak langkah yang kosisten dalam setiap
larian.Langkah pertama adalah sangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam
setiap larian. >Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut
diangkat tinggi. >Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang
tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan. >Ketika berada di
penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang terkawal.
>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka
ganjil. 2.Ansur Maju Lonjakan Ansur maju 1: Lonjak dari papan lonjakan. Bengkokkan
lutut dan bongkokkan badan rendah. Ayunkan kedua belah tangan untuk
mendapatkan daya lonjakan. Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari
papan lonjakan dan mendarat dengan rumit. Ansur maju 2: Melonjak dari hujung
bangku. Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku. Lonjak dengan
kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu. Ayun kedua-dua
belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan tumit. Ansur maju 3: Berlari,
melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5
meter dari papan lonjakan. Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak
melintasi tali atau kayu dan mendarat. 3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat Ansur
maju 1: Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga
enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi
benteng pasir untuk mendarat dengan tumit. Ansur maju 2: Mencecah bola dengan
hujung tangan. Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Lari 5-6 langkah dan
melonjak dengan kaki lonjakan. Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit. Ansur maju 3: Mencecah bola dengan dahi. Gantungkan
bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan
ketinggian yang boleh disentuh. Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan

kaki lonjakan. Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas. Cuba sentuh bola dengan dahi. Ulang lakuan. Berlari, melonjak,
lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas. Mendarat dengan tumit
dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan. UNDANGUNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH 1.Kawasan Lari Landas Kawasan lari landas
mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurangkurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. 2.Papan Lonjakan Diperbuat daripada
kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter
panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100
milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari
kawasan permulaan mendarat. 3.Papan Penanda Plastesin Diperbuat daripada kayu
tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga
1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya.
Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan
batal. 4.Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter
hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan
bahagian tengah kawasan mendarat. 5.Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada
lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan.Hanya lapan
peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan
terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka
diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk
melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua
terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari
sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak. Contoh tempat
mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh Contoh teknik
lompat jauh yang diguna pakai dimasa kin
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-jauh.html

Anda mungkin juga menyukai