Anda di halaman 1dari 2

NOTA LAPANGAN GURU / REFLEKSI GURU SESI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN 1
TARIKH
:
MASA
: 02.00 P.M 03.00 P.M
TEMPAT
: BILIK PEMULIHAN
KEHADIRAN
: KELVIN DAN JULIA
TAJUK
: Penggunaan kit manipulatif dalam pengajaran konsep pembahagian.
TEMPAT PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN.
Untuk melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya telah menggunakan Bilik Pemulihan
SK Tiga Lima untuk menjalankan sesi PdP yang pertama saya. Sebelum memulakan
aktiviti PdP, saya hendaklah memastikan bilik tersebut dalam keadaan selamat dan
selesa untuk murid dan saya semasa menjalankan sesi PdP. Saya juga pastikan tiada
sebarang gangguan seperti bunyi bising dan murid lain yang mengacau peserta kajian
saya kerana ia akan memudahkan saya menjalankan sesi PdP mengikut masa yang telah
ditetapkan dan memudahkan saya membuat rakaman.
PENGLIBATAN PARA PESERTA
Semua peserta kajian saya dalam keadaan yang sihat, ceria dan bersemangat untuk
menjalankan penyelidikan tindakan ini. Semasa saya memasuki kelas pemulihan saya
melihat kedua-dua peserta kajian telah bersedia dan duduk di tempat masing-masing.
Semasa aktivitp PdP, saya dapati kedua-dua mereka memberi tumpuan sepernuhnya dan
melibatkan secara aktif semasa sesi PdP dan membuat latihan yang diberikan . mereka
memberitahu mereka berasa gembira dan seronok kerana dapat telibat penyelidikan
tindakan ini.
SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya telah memulakan sesi PdP ini dengan bertanya khabar dan perasaan mereka dengan
peserta kajian. Saya juga bertanya adakah mereka bersedia untuk memulakan sesi PdP
dan mereka menjawab mereka bersedia. Sepanjang sesi PdP ini, saya dapati mereka
bersemangat dan memberi tumpuan sepernuhnya semasa saya memberi penerangan dan
mengajar. Mereka juga melibatkan diri dengan aktif sekali sepanjang aktiviti yang saya
rancangkan termasuk membuat latihan. Saya dapati masa yang saya peruntukkan untuk
sesi PdP ini mencukupi dan semua aktiviti yang saya rancangkan dapat dilaksanakan dan
dijalankan mengikut masa diperuntukkan.
Saya mulakan aktiviti pengajaran saya dengan mengaitkan operasi tolak dengan operasi
bahagi dengan aktiviti yang akan saya jalankan pada permulaan sesi pengajaran saya.
Saya meminta kedua-dua orang murid tersebut berdiri dalam satu baris dan menyuruh
mereka mengangkat tangan. Kemudian saya menjalankan aktiviti yang saya rancangkan
seperti di dalam Rancangan Pelajaran yang saya sediakan. Apa yang saya nampak, keduadua mereka berasa seronok dan menunjuk minat kepada aktiviti yang telah saya jalankan.

Selepas itu, saya memperkenalkan alat manipulatif saya iaitu cawan plastik dan guli
kepada murid saya. Saya memberitahu mereka bahawa cawan plastic mewakili kumpulan
manakala guli mewakili item-item dalam soalan bahagi . kedua-dua peserta kajian saya
amat teruja dan gembira bila saya memberi mereka guli dan mereka memberi tahu boleh
tidak mereka mengambil guli tersebut selepas sesi PdP ini dan saya memberi tahu saya
akan memberi mereka selepas ujian pengesanan akhir nanti. Saya telah memberi mereka
sepuluh cawan plastic dan 60 biji guli setiap seorang. Tujuannya adalah untuk
memudahkan murid untuk melakukan aktiviti yang telah saya rancangkan dan membuat
latihan di lembaran kerja.
Setelah saya mengajar murid menggunakan kit manipulatif, saya dedahkan murid cara
untuk menulis ayat matematik daripada arahan yang telah saya berikan dengan
menggunakan kit manipulatif. Pada mulanya, kedua-dua murid ini kurang pasti dan
teragak-agak untuk membuatnya. Setelah saya memberi satu contoh, saya menyuruh
mereka membuatnya sendiri dengan bantuan saya dan akhirnya mereka dapat membuat
dan menyelesaikannya sendiri dan mereka mengatakan bahawa ia amat senang dan
mudah.

Anda mungkin juga menyukai