Anda di halaman 1dari 10

2.

1 POSTUR
Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Di dalam nyanyian, tubuh badan manusia
sama seperti alat muzik. Ia perlu diposisikan dengan tepat agar ia dapat berfungsi dengan betul.
Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu
pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur yang baik dapat membantu
pengurusan pernafasan yang baik serta menguatkan lagi alat suara seterusnya ton yang dihasilkan
akan menjadi lebih bermutu. Postur nyanyian yang baik bukan sahaja dirasai baik oleh si
penyanyi tetapi ia juga akan kelihatan menarik oleh penonton. Ia juga mempengaruhi sikap,
penampilan diri dan imej.

Konsep postur yang baik adalah seperti batang paip. Apa akan berlaku jika batang paip itu
bengkok? Apa akan berlaku jika batang paip itu lurus? Bincangkan.

2.1.1 Postur Berdiri


Secara konvensional, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi di dalam
keadaan berdiri adalah seperti berikut:.
a. Semasa menyanyi berdirilah dengan tegak

b. Kaki hendaklah dijarakkan sedikit dengan satu kaki diletakkan sedikit ke hadapan. Kaki
hendaklah diletakkan dengan sempurna di atas lantai dan badan berada dalam keadaan
yang stabil. Elakkan dari kedua-dua kaki terlalu rapat.

c. Imbang badan di kedua-dua belah pada kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan
selesa.

d. Berat badan penyanyi hendaklah berpusat di depan sedikit, walaupun kakinya sentuh
lantai. Elakkan daripada berdiri di mana berat badan hanya dibebankan ke atas satu kaki
sahaja.

e. Lutut hendaklah bengkok sedikit dan bukan di dalam keadaan yang keras. Ini adalah
untuk memberikan perasaan pergerakan bebas. Elakkan lutut berada di dalam posisi yang
terlalu tegang.

f. Pinggul hendaklah ke hadapan sedikit supaya bahagian perut tidak buncit.

g. Tulang belakang hendaklah lurus seperti sedang mengambil ukuran tinggi tetapi di dalam
keadaan yang selesa.

h. Dada hendaklah tinggi dengan bahu ke belakang sedikit di dalam keadaan bebas dan
longgar. Kedudukan dada hendaklah sama sebelum tarikan nafas sehingga akhir frasa
serta keseluruhan lagu. Elakkan daripada menaikkan bahu kerana ia akan mengganggu
perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton.

i. Tangan diletakkan di sisi badan secara relaks, tidak berpeluk tubuh atau digenggam di
bahagian belakang badan dengan keadaan tegang. Ia juga boleh diletakkan di aras
pinggang di hadapan badan.

j. Kepala hendaklah tinggi dan mata melihat ke hadapan. Kebebasan kepala penting untuk
pergerakan. Elakkan dari mendongak untuk menghasilkan ton yang tinggi atau terlalu ke
bawah atau melentokkan ke kiri atau ke kanan.

k. Secara keseluruhan, badan hendaklah mendapat sokongan daripada bawah iaitu dari

lantai ke atas dan perasaan regang/ tegang (strecth) dari pinggang.

2.1.2 Postur Duduk


Secara konvensional, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi di dalam
keadaan duduk adalah seperti berikut:

a. Duduk tegak, kaki diregangkan sedikit. Kedua-dua tapak kaki hendaklah menyentuh
lantai dengan satu kaki di hadapan sedikit dan di dalam keadaan selesa.

b. Duduk di separuh bahagian kerusi dan jangan bersandar. Punggung ke belakang kerusi
dengan berat badan ke depan.

c. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan daripada mengangkat bahu.

d. Tangan di atas paha.

e. Kedudukan bahagian lain adalah sama seperti postur berdiri.

Berdiri dan duduk dengan postur yang betul secara berpasangan. Pastikan pasangan anda
melakukannya dengan betul.

2.2 TEKNIK VOKAL PERNAFASAN


Pernafasan yang terkawal adalah asas nyanyian yang baik. Dengan pengurusan pernafasan yang
baik, seseorang penyanyi dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada
dan pic yang tepat. Di samping itu, penyanyi dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan
selesa. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan
diafragma. Dalam nyanyian, mulut, kerongkong perlu dibuka dengan luas untuk memberi laluan
udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

2.2.1 Pernafasan Diafragma dan Rusuk


(Inter-Costal)
Secara konvensional, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi di dalam
keadaan berdiri adalah seperti berikut:.
a. Nafas melalui mulut dan bukan hidung.
b. Berdiri, duduk dengan postur yang betul.

c. Buka mulut pada saiz yang cukup besar. Ambil nafas dan rasakan tulang rusuk naik dan
keluar. Dada juga dibesarkan.
o

jangan naikkan bahu

jangan tarik bahu ke belakang

jangan naikkan dagu

d. Perhatikan perkembangan fi zikal di dada atas dan di sisi serta depan pinggang.

e. Pernafasan secara diafragma adalah mendalam dan boleh menonjolkan ton suara yang
baik semasa menyanyi.

f. Diafragma adalah jalinan otot-otot yang kuat dan berbentuk cembung. Fungsinya adalah
sebagai otot-otot penggerak pernafasan atau membantu paru-paru dalam menyedut,
menahan dan menghembuskan nafas.

g. Ia terletak di antara rongga dada dan rongga perut. Semasa menarik nafas, bahagian

diafragma akan mengembang. (Rujuk Rajah 2.1)

2.2.2 Penyemakan Teknik Bernafas


Secara konvensional, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi di dalam
keadaan duduk adalah seperti berikut:
a. Letakkan tangan pada pinggang badan dengan tapak tangan di belakang badan sehingga
jari-jari sentuh.

b. Ambil nafas sehingga kedua-dua tangan adalah paling jauh di antara satu sama lain.

c. Hembus dan biarkan tangan balik ke kedudukan asal.

2.2.3 Empat Fasa dalam Pengawalan


Pernafasan

a. Tarikan nafas (Inhalation).

Tarik nafas melalui mulut dan sedikit melalui hidung. Tarik dengan perasaan yang
longgar di kerongkong dan perasaan seperti badan sedang buka dengan dalamnya.

- Bayangkan seperti sebiji belon sedang mengembang.


- Jangan tarik nafas lebih daripada apa yang diperlukan. Ini akan menjadikan suara letih.
b. Tahan (Suspension).

Ini adalah satu ketika (masa yang sangat singkat) di mana aliran udara diberhentikan
- tetapi kord-kord vokal masih terbuka sebelum menyanyi. Ini mengelakkan hembusan
udara.
c. Pengeluaran nafas (Exhalation).
- Jangan benarkan terlalu banyak udara di lepaskan.

Rajah 2.1:
Pengembangan bahagian diafragma semasa menarik dan mengeluarkan nafas.

2.3 LATIHAN-LATIHAN PERNAFASAN


Latihan pernafasan perlu dijalankan di dalam warm-up atau latihan persediaan. Penyediaan
berhubung kait dengan frasa, ketepatan dan intonasi yang baik. Dengan pengurusan pernafasan,
seseorang penyanyi dapat membentuk ton yang berkualiti, cantik dan jelas di samping
memanjangkan frasa muzik dan menyanyi dalam nada dan pic yang tepat. Ketepatan muzikal
bergantung kepada pengurusan pernafasan. Pernafasan dan mengawal pengeluaran nafas boleh
dibimbing melalui latihan-latihan yang mudah dan betul. Terdapat banyak latihan pernafasan
yang boleh dijalankan dan antara yang dipilih ialah seperti di bawah:
a. Menghembus dan menarik nafas

i.

Hembuskan semua udara daripada paru-paru sehingga anda terasa anda perlukan
udara. Tarik nafas secara perlahan dan lembut tanpa menggunakan tenaga yang
banyak.

ii.

Berdiri lebih kurang 2 inci daripada sebuah cermin. Tarik dan nyanyi. Jika cermin
menjadi kabur disebabkan hembusan nafas anda, ini bermaksud terlalu banyak
udara dikeluarkan.

b. Merasa
Letakkan kedua-dua tangan di sisi badan dan tarik nafas. Rasa sama ada selangka anda
bergerak. Hembus nafas berbisik pada ah.
c. Bernafas secara mengejut
Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang beberapa
kali.

d. Bernafas sambil baring.


Baring di atas lantai sama ada dengan kaki lurus atau lutut bengkok dengan tapak tangan
di atas lantai. Letakkan tangan anda pada abdomen. Nafas dan rasa abdomen menaik ke
atas. Sekarang keluarkan nafas dengan menyebut hiss. Tarik nafas dan keluar nafas.
Ulangi aktiviti ini dengan meletakkan sebuah buku pada abdomen.

e. Pernafasan staccato
Latihan ini dilakukan pada sebutan ts secara berulang-ulang sehingga anda dapat
merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Ia boleh
menguatkan otot-otot tersebut dan membantu dalam pengurusan pernafasan.

Hiss/Hoo Bernafas dan sambil bernafas secara perlahan-lahan angkatkan kedua tangan ke
atas dan hembuskan nafas pada bunyi hiss seperti di bawah:

f. Menyedut daripada Straw

Menguatkan lagi sensitiviti penyanyi kepada keupayaan dan pengurusan pernafasan.


Pembentukan mulut bulat seolah-olah menyedut air daripada straw. Sedut udara perlahanlahan melalui formasi mulut oo dalam kiraan 3. hembuskan udara melalui bunyi hiss
perlahan-lahan dalam kiraan 10. Ini dibuat berulang-ulang. Perlu pastikan postur yang
baik di dalam mengeluarkan udara.
g. Pernafasan besar
Bernafas dengan sepenuhnya membuka paru-paru melalui hidung dan mengeluarkannya
dengan perlahan-lahan.
h. Mencungap H

i. Bunyi Bisikan
Letakkan hujung jari di bawah serangka untuk menentukan sama ada otot-otot yang
terlibat dalam pernafasan bergerak.

j.

Latihan suspension secara legato.

k. Lain-lain latihan seperti menghidu bunga, menyelam, meniup lilin, Piff-puff-poof dan
meniup belon juga boleh dijalankan.

Lakukan aktiviti latihan pernafasan di atas secara berpasangan dan berkumpulan dengan
postur yang betul.