Anda di halaman 1dari 1
BAB6 HGHOCHOO! DIMENSI KEMANUSIAAN DALAM MENJANA KECEMERLANGAN PEMIMPIN SEKOLAH SHARIFFAH SEBRAN JAMILA SYED IMAM MOHAMMED SANI IBRAHIM. PENGENALAN © Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Dimensi kemanusiaan menjadi tonggak kepada kejayaan seseorang pemimpin dalam mempengaruhi ‘orang bawahan serta memotivasikan mereka untuk mendokong matlamat bersama. Realitinya, kejayaan seseorang pemimpin banyak bergantung kepada sokongan padu orang bawahan. Oleh itu, dimensi kemanusiaan menjadi tunjang kepada kejayaan seseorang pemimpin membina hubungan yang positif terhadap orang bawahan mereka yang merupakan kunci utama dalam menyumbang kepada kejayaan dan kelestarian sesebuah “corganisasi (Jones 2005), Menurut Katz (1974) ramai pemimpin dan pengurus sering mengabaikan aspek kemahiran kemanusiaan. Namun, mengikut Kuczmarski dan » Kuczmarski (2007), Lunenburg dan Irby (2006) serta Sergiovanni (2002), mutakhir ini, kesedaran tentang kepentingan dimensi kemanusiaan antara pemimpin dengan orang bawahan semakin mula mendapat perhatian dalam kalangan pemimpin organisasi. Justeru, semakin ramai pemimpin mula sedar bahawa subordinat adalah aset penting yang perlu dihargai dan dihormati serta mempunyai jaringan kerjasama yang baik bagi memastikan sesebuah organisasi berkembang maju. Seorang pemimpin yang berkesan mempunyai kemahiran kemanusiaan yang efektif dalam membina hubungan kerjasama dalam organisasi. Rashid (2001) menyatakan hubungan kemanusiaan adalah satu aspek yang amat penting dalam organisasi_ pendidikan, memandangkan pengetua dan guru besar banyak berinteraksi dengan guru, staf, murid, bu bapa, komuniti dan masyarakat (Brock dan Grandy 2002) manakala Che Kamaliah (2010) menekankan bahawa kemahiran kemanusiaan merupakan jambatan utama dalam membina hubungan dengan ibu bapa dan komuniti yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sekolah. Wagner dan Hollebeck (2005) menyatakan seorang pemimpin yang dapat membina hubungan manusia akan dapat membina kepercayaan dan keyakinan tanpa perasaan bimbang dalam kalangan subordinatnya. Kajian menunjukkan pemimpin pendidikan menghabiskan masa mereka 80 peratus untuk berinteraksi, berbincang dan bersemuka untuk mendapat pelbagai maklumat (Brock dan

Anda mungkin juga menyukai