Anda di halaman 1dari 19

XXYYZZO3YYXX

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tugasan Soalan 3, yakni “Reflection in the teaching context refers to the

process of inquiring any habit or behavior critically and continuosly

refining it. [Knowles, Coles & Presswood (1994)]. Bincangkan

bagaimana amalan reflektif dalam konteks perguruan dapat membantu

seseorang guru meningkatkan prestasi diri, murid dan sekolahnya”

adalah untuk memenuhi syarat Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian

Pelajaran Malaysia, Kursus PTK3.

Tugasan ini dimulakan dengan suatu renungan agar guru berefleksi sejenak

dan bersedia melakukan perubahan bagi menangani pelbagai cabaran dalam

dunia pendidikan, dan merealisasikan harapan pemimpin dan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta Wawasan Pendidikan Negara.

Amalan reflektif akan saya bincangkan dari pelbagai sudut meliputi

pengertian dan pandangan pelbagai pihak. Perbincangan juga akan

menyinggahi beberapa ciri guru yang reflektif dan usaha-usaha untuk

melahirkan guru yang reflektif lantas meningkatkan pemikiran reflektif dalam

kalangan guru. Sesungguhnya, amalan reflektif amat penting untuk

peningkatan profesionalisme keguruan, dan secara tidak langsung

membolehkan guru menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang

celik ilmu, memiliki sifat ingin tahu, mahu sentiasa mencuba, berfikiran

terbuka, membuat keputusan yang tepat berdasarkan fakta yang sah, hatta

menjadi bangsa yang glokal, yakni sedia bersaing pada peringkat global

tetapi masih berakarkan budaya tempatan.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Perbincangan ini juga diharap dapat dijadikan satu wadah untuk membuka

mata rakan-rakan guru kita tentang peri pentingnya amalan reflektif dalam

kerja harian guru atau sebagai satu lagi alternatif dalam ruang kerja kita

sebagai guru yang mengutamakan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

PENGENALAN

Soalan yang sering diajukan oleh masyarakat pada hari ini ialah :

“Berkesankah pengajaran guru di sekolah?”

“Pekakah guru terhadap anak muridnya?”

Hal ini demikian kerana ada suara sumbang yang mengatakan bahawa jika

pelajar tidak dapat menjawab soalan atau gagal dalam ujian , maka jawapan

mudah yang diterima daripada guru ialah “Budak itu bodoh”. “Lemah” .

“Degil”. “Malas belajar”. “Susah untuk diajar”. Sesungguhnya, jawapan itu

tidak sepatutnya terpacul keluar daripada mulut seorang guru kerana guru

dilatih dalam pelbagai ilmu pedagogi dan kaedah psikologi serta dibekalkan

dengan pengetahuan dan latihan bagi mendepani berbagai-bagai masalah

dalam proses mendidik seseorang pelajar.

Guru yang berkesan dan kaya dengan pengalaman seharusnya menganggap

ketidakupayaan pelajar sebagai ‘peluang’ untuk mempraktikkan segala

bidang ilmu yang dipelajari di institut perguruan atau di universiti. Salah satu

bidang ilmu dalam pedagogi yang diajarkan kepada guru-guru ialah amalan

reflektif. Sesungguhnya, amalan reflektif berbeza dengan amalan refleksif.

Hakikat ini harus diperjelas kerana amalan reflektif melibatkan pemikiran yang

mendalam dan penilaian yang kritis sedangkan refleksif pula hanya tindakan

spontan dan semula jadi hasil daripada reaksi kepada sesuatu kejadian.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya

untuk membantu pelajar-pelajarnya meminati pelajaran, malah mengelakkan

keciciran ilmu dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak

lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa

berasa rendah diri yang lama-kelamaan menyebabkan mereka menjadi

kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam pelajaran. Guru reflektif

pastinya tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya dan sering kali bereflektif

dan membantu pelajarnya membuat refleksi agar situasi ‘menang-menang’

dapat diperoleh. Jika situasi ini dapat diwujudkan, saya percaya prestasi

sesebuah sekolah juga akan turut meningkat.

Sememangnya tugas mendidik atau ‘memanusiakan manusia’ bukanlah

mudah kerana mengajar turut dianggap sebagai suatu “seni”. Justeru, kita

berharap agar semua guru menerima pakai segala cabaran di sekolah dan

menghadapinya sebagai pengalaman berharga lantas beroleh kepuasan diri.

“Learning always involve two things. Exposure to new information or


experience and the personal discovery of what it means. Any information
will affect a person’s behavior only in the degree to which he or she has
discovered personal meaning of that information.”
(Combs, 1982)

Tidak menjadi rahsia lagi, kepuasan bekerja ialah perencah kecemerlangan

guru dalam profesionalisme mereka. Justeru, dalam konteks perguruan,

amalan reflektif haruslah disebarluaskan, dimanfaatkan dan dipraktikkan oleh

guru kerana keberkesanannya memang tidak diragui, malahan amalan

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

reflektif wajib diajarkan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan apabila

ditempatkan di sekolah-sekolah nanti.

DEFINISI AMALAN REFLEKTIF

Mengikut Kamus Dewan Dwibahasa (1979), reflektif ditakrifkan sebagai

‘gambar (bayangan) dalam cermin ; pembalikan ; renungan, kenangan atau

pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.’ Oxford Wordpower

Dictionary (1998) pula mendefinisikannya sebagai ‘thoughtful; to think

deeply’.

Banyak pendapat yang diketemukan berhubung dengan amalan reflektif.

Mengikut Mezirow (1994), mengamalkan reflektif dalam proses pedagogi

membolehkan pembelajaran bermakna (meaningful learning) berlaku

menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu andaian, pola interaksi dan

tindakan.

John Dewey (1933) pula telah berkali-kali menegaskan kepentingan amalan

reflektif dalam pembelajaran. Menurutnya, semasa membuat refleksi

terhadap pengalaman, seseorang boleh memahami sesuatu situasi yang

kabur dialaminya kepada satu situasi yang jelas. Sementara itu, Donald

Schon (1983.1987) mendefinisikan pengamal reflektif sebagai seorang yang

boleh berfikir semasa bertindak balas.

Dalam konteks pendidikan, refleksi merupakan suatu proses murid berusaha

untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah

difikirkan atau dialaminya, kemudian menganalisis dan menilai kesannya,

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan

mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa

depan. Sementara itu, dalam konteks pengajaran guru pula, amalan reflektif

merupakan amalan yang melibatkan guru melakukan refleksi sebelum,

semasa dan selepas pengajaran.

Tindakan refleksi biasanya berlaku apabila seseorang menghadapi sesuatu

masalah atau situasi yang menggerakkannya berusaha mencari

kemungkinan-kemungkinan penyelesaian yang baharu . Mengikut Schon

(1983, 1987), seseorang yang menghadapi sesuatu masalah atau situasi

akan tergerak usaha untuk memperoleh pemahaman baharu terhadap

masalah atau situasi itu, lantas membentuk kerangka tentang aspek itu

berdasarkan perincian latar berkenaan, kemudian membentuk

semula(=reframe) kerangka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

yang sedia ada, diikuti dengan perancangan untuk pelaksanaan tindakan

masa depan.

Trigger Frame Reframe Plan

Mencetus Membentuk Membentuk Merancang


kerangka semula tindakan
. menimbulkan … membentuk kerangka baharu.
rasa ingin tahu kefahaman latar … membentuk
mengenai masalah kefahaman
atau situasi baharu

Rajah 1 : Proses amalan refleksi Schon

Keempat-empat peringkat proses ini merupakan satu pusingan yang

berterusan apabila masalah baharu ditimbulkan semasa pelaksanaan

tindakan baharu. Pusingan proses amalan refleksi akan diulang-ulang

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

secara berterusan demi meningkatkan keberkesanan tindakan penyelesaian

masalah ke tahap optimum.

Sementara itu, proses refleksi pedagogi melibatkan 6 peringkat yang dapat

dilihat dalam rajah 2 di bawah.

Kefahaman
Mengenal pasti dan menjelaskan
isu, fenomena atau masalah
pedagogi.

Kefahaman baharu
Transformasi
Membuat atau merancang
Merancang tindakan
pengubahsuaian, peningkatan
pedagogi.
atau tindakan susulan.

Pelaksanaan
Refleksi Melaksanakan, menguji atau
Refleksi terhadap tindakan mengkaji tindakan yang
yang diambil. dirancang.

Penilaian
Menilai tindakan yang diambil.

Rajah 2 : Lingkaran Proses Refleksi Pedagogi

Proses tersebut bermula daripada kefahaman awal, diikuti dengan peringkat-

peringkat transformasi merancang tindakan pedagogi, pelaksanaan,

penilaian, refleksi dan kefahaman baharu. Kefahaman baharu ini seterusnya

menjadi cetusan asas untuk transformasi baharu dan tindakan-tindakan yang

berikutnya, hingga menjadi suatu bentuk lingkaran bergelung secara terus-

menerus demi meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

pedagogi seseorang pendidik.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Amalan reflektif dapat memperkaya diri dan merangsang amalan profesional.

Dalam kalangan guru, amalan ini bertindak sebagai forum untuk membuat

keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Proses

refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam

mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang

pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan

perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk

menerima tanggungjawab bagi membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Amalan reflektif juga memberi peluang kepada guru menganalisis diri serta

menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat

membuat pengubahsuaian serta penambahbaikan terhadap proses

pembelajarannya agar lebih efektif. Ringkasnya, selepas individu itu

membuat refleksi, ia akan memberi kefahaman baharu dan kemudian ia dapat

menghayati dan membuat aspirasi.

Sesungguhnya, seseorang guru yang berfikir secara reflektif dapat dilihat

daripada tindakan-tindakan berikut:

a) Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman-pengalaman yang

sedia ada.

b) Mengemukakan soalan-soalan sendiri.

c) Mengusulkan hipotesis dan andaian.

d) Mengemukakan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar.

e) Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif.

Sehubungan itu, memang kena pada masanya jika guru bermuhasabah

seketika sambil menilai kemaslahatan amalan reflektif ini dalam konteks

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

perguruan yang sebenarnya. Hal ini demikian kerana manfaatnya bukan

hanya kepada guru, malah kepada pelajarnya dan sekolah, tempatnya

menabur bakti.

PERINGKAT PEMIKIRAN REFLEKTIF

Amalan reflektif tidak dapat difahami dengan jelas jika kita tidak melihat ciri-

ciri pemeringkatannya. Ciri pemikiran reflektif melibatkan penyelesaian

sesuatu masalah secara peringkat, secara kritis dan kreatif, ingatan semula

pengalaman-pengalaman yang berkaitan serta penilaian terhadap

kemungkinan-kemungkinan penyelesaian. Secara ringkasnya, ciri-ciri itu

diperingkatkan seperti berikut:

1. MASALAH – proses pemikiran bermula.

2. MEMBACA DAN MENTAFSIR – memahami masalah melalui pemikiran


MAKLUMAT kognitif.
3. MENENTU DAN MENYUSUN - memproses dan menganalisis data
MAKLUMAT dengan pemikiran secara kritis.
4. MENCARI HUBUNGAN – mengingat kembali hubungan
pengalaman yang sedia ada dengan
penyelesaian masalah.
5. MENCADANG HIPOTESIS – Penggunaan pemikiran kritis dan
kreatif.
6. MEMBUKTIKAN HIPOTESIS - mencari pelbagai kemungkinan
penyelesaian.
7. MENILAI PENYELESAIAN – Penggunaan pemikiran refleksi
(metakognisi) untuk membuat
keputusan atau menetapkan tindakan.

CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN REFLEKTIF

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Dalam proses pengajaran-pembelajaran, terdapat berbagai-bagai cara

berkesan digunakan untuk meningkatkan pemikiran reflektif bagi pelajar

mahupun bagi guru itu sendiri. Antaranya ialah :

a) Memperkenalkan masalah-masalah terbuka.

b) Melatih pelajar supaya cekap menggunakan teknik penyelesaian

masalah.

c) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik

menganalisis dan mentafsir maklumat-maklumat daripada data.

d) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif untuk membentuk

pelbagai hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan

penyelesaian yang wajar.

e) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognitisi dan teknik

refleksi untuk menilai kemungkinan-kemungkinan penyelesaian.

f) Dalam segala proses pemikiran reflektif yang digunakan untuk

menyelesaikan masalah, guru harus menggunakan teknik penyoalan

supaya daya pemikiran reflektif pelajar dapat dipertingkatkan.

CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF

a) Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi kandungan dan tindakan dalam

konteks pengajaran.

b) Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baharu hasil

daripada pengalaman yang telah dilalui.

c) Berusaha memperbetul sebarang kesilapan dan perlakuan semasa

merancang dan melaksanakan pengajarannya.

d) Boleh menghubung kait apa-apa yang dipelajari atau dialami dengan

tugas dan kehidupan harian.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

e) Sentiasa melihat sesuatu isu atau masalah dari pelbagai perspektif

agar penyelesaiaan terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik.

f) Sentiasa mempelajari daripada apa-apa yang dibuat agar memberi

makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat, dan

negara.

KEPENTINGAN AMALAN REFLEKTIF KEPADA

A) GURU

1) Guru yang menggunakan teknik refleksi dan penilaian kendiri semasa dan

selepas melaksanakan rancangan dan mengajarnya di dalam bilik darjah

dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran. Keberkesanan

amalan reflektif ini lebih terserlah jika guru memikirkan perkara-perkara

ini :

a) Adakah set induksi sesuai dan berjaya menarik minat pelajar?

b) Adakah perkembangan pelajaran membantu pelajar memahami

konsep dengan jelas dan membolehkan mereka memperoleh

kemahiran baharu mengikut objektif yang ditetapkan?

c) Adakah isi pelajaran disampaikan secara sistematik, tepat dan

lengkap?

d) Adakah murid-murid melibatkan diri dengan cergas dalam aktiviti

Pengajaran &Pembelajaran (P&P)?

e) Adakah teknik dan kaedah mengajar digunakan sesuai dan

berkesan?

f) Adakah aktiviti penilaian diadakan semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran?

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

g) Adakah aktiviti penutup sesuai dan berkesan?

h) Adakah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat

mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan?

Apabila guru berusaha memikirkan soalan-soalan tersebut dan cuba

menjawab, proses refleksi dan penilaian kendiri sebenarnya telah berlaku.

Hasil daripada proses ini, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan

pembelajaran untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran serta

pembelajaran muridnya. Natijahnya, guru akan berusaha mencari ikhtiar

untuk mengatasi bidang kelemahannya dengan menyediakan,

mengubahsuai rancangan serta kaedah dan teknik mengajar ke arah

meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Ringkasnya, penggunaan teknik refleksi dan penilaian kendiri adalah amat

penting bagi guru-guru reflektif yang proaktif dan berakauntabiliti untuk

memastikan objektif P&P tercapai dengan jayanya.

2. Guru yang memanfaatkan Penulisan Jurnal atau Reflektif, iaitu yang

merupakan catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi,

peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya, membolehkan

guru itu sendiri membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai

rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan.

Kajian juga menunjukkan bahawa penulisan jurnal ialah alat untuk

mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif serta

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

dapat mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian

kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. (Bolin, 1988).

3) Penggunaan Portfolio Reflektif oleh guru sebagai bukti pengalaman

pembelajaran dapat mencerminkan perkembangan pemikiran dan

pembelajaran. Portfolio ini bukan sekadar koleksi bahan dan laporan

peristiwa atau pengalaman guru semata-mata tetapi memanfaatkan guru

memperoleh pembelajaran daripada peristiwa dan pengalaman tersebut.

Guru juga dapat merancang dan melaksanakan tindakan susulan.

Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi

lebih reflektif tentang apa-apa yang dilakukan mereka dalam P&P.

Portfolio ini juga membantu guru mendokumentasi dan menerangkan

tindakan mereka; membuktikan pengetahuan profesional mereka dan

membuat refleksi tentang APA, BAGAIMANA dan MENGAPA mereka

melakukan sesuatu tindakan. (Seldin, 1997). Dengan mengimbas balik

pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, segala halangan dalam

proses P&P dapat dikenal pasti dan difikirkan penyelesaiaannya. Guru

juga boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran untuk

mencapai matlamat. Proses refleksi juga memandu guru meneroka idea-

idea dari sumber-sumber lain.

4) Mod lain seperti autobiografi, rekod temu bual dan rakaman elektronik

juga boleh digunakan dalam proses reflektif. Tuntasnya, amalan reflektif

membantu guru meningkatkan profesionalisme diri dan merangsang

pemikiran baru serta menggalakkan perbincangan dengan rakan-rakan

guru lain tentang kesesuaian teori dan persoalan yang dipertikaikan.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Amalan reflektif juga membawa kepuasan intrinsik apabila guru dapat

menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin

dan membentuk suatu pandangan secara logik.

B) Pelajar

1) Guru yang mengamalkan reflektif atau mempunyai pemikiran reflektif

sudah tentu memanfaatkan pelajarnya. Secara tidak langsung, pelajarnya

juga akan diasuh agar mempunyai pemikiran reflektif. Menurut Beyer

(1987), pemikiran reflektif pelajar dapat ditingkatkan jika pelajar

menggunakan Log Pembelajaran, iaitu catatan pelajar tentang maklum

balas, perasaan, pemikiran, idea rakan sikap, pandangan pengetahuan

dan sebagainya yang terdapat semasa aktiviti pembelajaran di sekolah. Di

samping mencatatkan aktiviti harian, Log Pembelajaran turut meliputi

identifikasi, analisis dan refleksi pembelajaran pelajar masing-masing.

Secara tidak langsung, ini akan membantu meningkatkan daya fikir dan

keintelektualan pelajar.

2) Pelajar juga mendapat manfaat melalui Pemetaan Konsep, iaitu

melibatkan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik. Kedua-dua

alat berfikir ini paling sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran

berfikir, termasuk pemikiran reflektif dalam kalangan pelajar.

3) Penggunaan teknik penyoalan, iaitu melibatkan penggunaan soalan jenis

gerak balas lanjutan sesuai untuk menggalakkan pelajar berfikir secara

reflektif. Biasanya, ketika mengajarkan pelajaran Bahasa Melayu,

khususnya karangan, guru menggunakan soalan jenis gerak balas

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

lanjutan seperti membina soalan dengan menggunakan kata tugas seperti

Terangkan, Huraikan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan,

Bagaimanakah, dan sebagainya.

4) Menerusi Pembelajaran Rundingan, pelajar-pelajar dapat membuat

keputusan seperti merancang jadual waktu pengurusan bilik darjah,

pembahagian peranan-peranan dalam sesuatu projek, kerja berkumpulan

dan sebagainya. Pembelajaran Rundingan antara pelajar memerlukan

penggunaan refleksi kendiri dan pemikiran reflektif dalam proses

perancangan, perbincangan, penilaian dan membuat keputusan. Melalui

cara pembelajaran rundingan, pemikiran reflektif dapat ditingkatkan.

5) Jurnal Reflektif yang diperkenalkan oleh guru kepada pelajar pula

merupakan catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi,

peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya. Catatan itu

bertujuan membolehkan pelajar membuat refleksi, menilai serta

menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan

yang wajar dan berkesan.

C) Sekolah

1) Guru dan pelajar merupakan aset penting sesebuah sekolah. Tidak ada

pentadbir yang menginginkan pelajar yang bermasalah dalam aspek

kurikulum dan kokurikulum serta sahsiah diri. Mereka juga tidak mahu

tenaga pengajar yang bersifat ‘parasit’ di sekolah, jumud dan tidak mahu

bermuhasabah serta tiada wawasan. Dalam bahasa mudahnya, guru dan

pelajar serta sekolah diibaratkan ‘lagu dan irama.’ Jika iramanya pincang,

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

maka rosaklah lagu itu. Justeru, amalan reflektif yang diamalkan oleh

warga pendidik turut memanfaatkan sekolah. Jika guru mampu mengesan

masalah dan mengatasinya secara reflektif dan pelajarnya juga mampu

bereflektif, maka outputnya pasti positif. Prestasi akademik akan dapat

diatasi. Masalah disiplin juga akan dapat ditangani. Lagipun, disiplin asas

kejayaan pelajar. Sementara itu, martabat guru akan dapat ditingkatkan

pada pandangan masyarakat, dan permuafakatan guru – ibu bapa dapat

dijalinkan. Secara tidak langsung, proses P&P di sekolah akan terurus

dengan baik. Jelaslah di sini bahawa manfaat sekolah bergantung pada

guru dan pelajar yang memanfaatkan amalan reflektif. Yang pentingnya,

pendidik perlulah menjelmakan teori yang dipelajari dalam bentuk

tindakan. (Schon D. 1983,1987).

2) Sekolah juga mendapat tindak balas positif dengan membiarkan guru

melakukan refleksi dalam proses P&P di sekolah. Sebagai contohnya,

Instrumen Pentaksiran Guru yang diedarkan kepada guru sebelum proses

pencerapan di sekolah bukan sahaja dapat membantu guru meningkatkan

prestasi guru, malah memberikan peluang kepada guru membaiki diri, dan

memahami kehendak Jemaah Nazir Sekolah. Lihat Lampiran A.

Sebagai intiha, amalan reflektif haruslah dianggap sebagai suatu amalan

yang baik demi meningkatkan prestasi guru itu sendiri, dan juga pelajar dan

sekolah. Jika impian kita ke arah melahirkan generasi cemerlang, maka

amalan reflektif merupakan pakej lengkap kerana amalan ini memberikan

ruang kepada guru meningkatkan profesionalisme diri dengan mengubahsuai

segala teori pengajaran dan pembelajaran , dan kaedah dan teknik mengajar

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

serta membuat penilaian kendiri tentang kebaikan dan kelemahan

pengajarannya dan pembelajaran pelajarnya.

PENUTUP

Jatuh bangun institusi sosial seperti sekolah terletak di tangan guru,

bukannya orang lain. Di tangan warga gurulah tergenggam segala

permasalahan pendidikan sejak sekian lama dan di pundak guru jugalah

disandarkan harapan untuk mewarnakan dunia pendidikan, bak kata Y.A.B.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ketika

melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 16

Januari 2007 :

“Di tangan warga pendidik hari ini kita serahkan untuk melahirkan
generasi cemerlang, yakni generasi celik minda dan mempunyai
kekuatan mental bagi menghadapi cabaran lebih kompetitif pada
masa depan…”

Sebagai guru, kita pasti rasa tersentuh kerana diletakkan harapan yang

begitu tinggi dan diiktiraf sebagai orang yang paling layak memimpin dan

mendidik generasi sekarang ke arah merealisasikan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan seterusnya menjadi pewaris Wawasan

2020 yang gemilang. Kita berharap guru-guru kita menganggap amanat YAB

Perdana Menteri itu sebagai cabaran untuk terus meningkatkan

profesionalisme guru sekali gus memartabatkan maruah guru dan

meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Ringkasnya, jika kita saling membantu dan saling menerima serta saling

meneroka, kejayaannya akan dapat kita kongsi bersama. Hati gajah sama

dilapah, hati kuman sama dicecah. Dalam erti kata lain, sekiranya guru rela

dan sanggup berubah, manfaatnya dapat dinikmati bukan sahaja oleh pelajar,

malah imej sekolah juga dapat ditingkatkan. Akar kepada kejayaan sekolah

dalam apa-apa bidang sekalipun terletak di bahu guru. Justeru, terimalah

amalan reflektif ini sebagai satu lagi kaedah dalam proses mendidik pelajar-

pelajar kerana manfaatnya amat besar kepada guru, pelajarnya dan

sekolahnya.

Ingatlah, yang sedang menunggu kita pada era globalisasi ini ialah

persaingan global. Jika kita mahu anak didik kita “berfikir di luar kotak” dan

bersaing pada peringkat global ini, maka kinilah masa dan ketikanya warga

guru menyahut seruan pemimpin untuk memastikan tahap pendidikan negara

ini bertaraf dunia. Janganlah prasarana sahaja bertaraf kelas pertama, tetapi

kita masih di takuk lama dan bermentaliti kelas ketiga. Justeru, segala yang

ada di hadapan kita haruslah dianggap sebagai ‘peluang’ dan segala yang

dilalui sebagai ‘pengalaman berharga’ demi memartabatkan maruah guru kita

sebagai pencorak masa depan generasi yang gemilang selaras dengan misi

dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

KUALITI DIJUNJUNG, PENDIDIKAN DISANJUNG.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

BIBLIOGRAFI

Abdullah Ahmad Badawi, Berfikir di Luar Kotak, Berita Harian, 17 Januari


2007.

Ahmad Mohamad Said, Wawasan 2020: Model Pembangunan Negara dan


Implikasi Pendidikan , Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991.

Beyer, B.K. (1987). Practical Strategies for the Teaching. Boston: Allyn &
Bacon.

Bolin,F.S. (1988). Helping student teachers think about teaching, Journal of


Teacher Education.

Boon,P.Y. (2002). Pelaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru


praperkhidmatan. Disertasi Phd yang belum diterbitkan, UKM, Bangi.

Combs,A.W. (1982). A personal ppproach to teaching beliefs that make a


difference. Boston: Allyn and Bacon.

Dewey,J.(1933). How we think: A restatement of the relation of reflective


thinking to the education process. Boston, MA: Heath.

Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (1979), Dewan


Bahasa dan Pustaka, KL.

Knowles, Coles & Presswood (1994). Through Preservice Teacher’s Eyes:


Exploring Field Experience Through Narative and Inquiry. Prentice Hall.

Mahmood Nazar Mohamad(1990). Pengantar Psikologi, DBP, Kuala Lumpur.

Mok Soon San.(2002). Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Petaling


Jaya.

Oxford Wordpower Dictionary, (1988), OUP, Oxford.

Poh Swee Hiang, KBKK (2000), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Petaling
Jaya.

Schon, D. (1983). The reflective practioner: How professionals think in action.


New York: Basic Books.

Schon, D. A. (1987). Educating the reflective practitioner: Toward a new


design for teaching and learning in the professions. San Francisco: Jossey-
Bass.

Schulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations for a new


reform. Harvard Educational Review.

Seldin,P. (1977) Successful use of the teaching portfolios. Bolton,MA: Anker


Publishing Co.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.


XXYYZZO3YYXX

Sharifah Alwiah Alsagoff. Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Heineman (M) Sdn.


Bhd, Petaling Jaya, 1985.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Edisi Disember 2003,


Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tremmel, R. (1993). Zen and the art of reflection practice in teacher


education. Harvard Educational Review.

©ganos@smjk chung hwa, kota bharu.