Anda di halaman 1dari 8

FOO NYET CHIN

671230-01-5548
BCN UNIT 1
AMBILAN JUN 2011

REFLEKSI
Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Ke Sekolah Kluster, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Kong Min, Kuantan.
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi
membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan
dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat
menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti
yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara
yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat
dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.
Arahan untuk Program Bina Insan Guru Semester 8 kali ini adalah
mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai ciri-ciri dan
diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang
terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah
bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan sekolah,
penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan
panduan dan boleh diaplikasi ke sekolah masing-masing.
Pada 6 Mac 2015, seramai 74 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru
Ambilan Jun 2011 dari Unit Bahasa Cina telah mengadakan Lawatan Benchmarking
ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Kuantan. Pada pendapat saya,
Melalui lawatan ini, kami dapat mengenali dan menilai potensi diri insan guru,
membina pemikiran serta motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Selain itu,
kami juga dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.
KEKUATAN
Apa yang dicapai oleh sekolah ini amat membanggakan. Banyak program
yang dilaksanakan dan diusahakan oleh pihak sekolah ini untuk mencapai kejayaan
tersebut. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) juga antara yang menjadi faktor kejayaan sekolah ini. Penglibatan

warga ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan membolehkan ibu bapa sentiasa
mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka serta boleh mengaplikasikan
maklumat-maklumat tersebut untuk membantu anak-anak di rumah. Oleh itu, setiap
murid bukan sahaja mendapat bimbingan di sekolah tetapi juga berterusan sehingga
di rumah. Konsep seperti inilah yang akan melahirkan murid yang cemerlang.
Salah satu rahsia kejayaan SJK(C) Kong Min ini adalah penggunaan modul
pembelajaran yang disediakan sendiri oleh barisan guru-guru sekolah tersebut.
Modul dalam bentuk buku latihan ini dibina mengikut tahap pembelajaran muridmurid. sekolah cluster tidak bersikap lepas tangan untuk memilih buku-buku kerja
yang dilambakkan dalam pasaran tetapi menghasilkan sesuatu yang bersesuaian
dengan kemahiran serta tahap pembelajaran murid-murid untuk mengekalkan
kejayaan sekolah mereka. Ini akan membantu merangsang kejayaan sekolah
tersebut dan membantu menaikkan prestasi pencapaian UPSR dalam tahun 2015
dan seterusnya.7
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan
maklumat yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. Ada juga
program yang sama telah dijalankan di sekolah saya namun perlu melalui proses
penambaikan untuk mendapat kesan menyeluruh. Lawatan penanda aras seperti ini
akan memberi peluang kepada guru untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek
pengurusan dan pentadbiran.

REFLEKSI
Ceramah Guru Inovatif
Ceramah ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 07 Mac 2015 bertempat di
Hotel Seasons View Kuantan. Program ini dianjurkan oleh pelajar PPG semester 8
dari unit BC 1, BC 2, BC 3 dan BC4, Semester 8 Ambilan Jun 2011 sebagai
memenuhi pro forma Bina Insan Guru bagi semester ini. Bengkel ini bertujuan untuk
memberi pengetahuan kepada guru pelatih mengenai bagaimana untuk menjadi
seorang guru yang inovatif.
Ceramah mengenai Guru Inovatif" ini telah disampaikan oleh Dr. Wong Sien
Biang. Kepentingan pengetahuan mengenai guru inovatif ini kepada guru pelatih
adalah untuk mengetahui bagaimana untuk membina inovasi dalam sistem
pendidikan. Ia juga menjadi panduan kepada guru dalam menjalankan tugas agar
tidak alpa dan leka terhadap tanggujawab sebagai pendidik.
Pelbagai

input

positif

yang

diperolehi

melalui

ceramah

ini,

selain

mendedahkan bakal guru seperti saya ini tentang bagaimana untuk menjadi guru
yang kreatif ia juga memberi informasi tentang isu-isu semasa yang melibatkan
inovasi dalam pendidikan. Ceramah ini juga menerangkan perbezaan antara inovatif
dan kreatif. Semua orang mampu menjadi seorang yang kreatif namun tidak semua
orang mampu menjadi inovatif.
Ceramah ini juga membantu guru pelatih membina pemikiran yang positif dan
motivasi kendiri profesion perguruan. Motivasi untuk menjalankan tanggungjawab
dengan penuh keikhlasan dan dedikasi serta sentiasa berlandaskan hukum agama
dan negara. Melalui ceramah ini juga, guru pelatih diberi kesedaran dalam
menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat serta hidup untuk berbakti kepada
negara dan masyarakat.
Apa yang dapat dilihat sepanjang ceramah ini ialah, majlis telah dijalankan
secara tersusun mengikut jadual yang telah dirancang. Kami tidak menunggu lama
dan sesi ceramah serta soal jawab berjalan lancar. Masalah dari segi teknikal dan

urusetia majlis juga tidak timbul dan menjadikan bengkel ini tamat pada masa yang
telah dirancang tanpa mengganggu aktiviti guru pelatih mahupun pensyarah yang
terlibat. Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
merancang dan mengurus bengkel ini. Sesungguhnya pengalaman yang mereka
timba melalui program ini dapat mereka kongsikan bersama rakan yang lain agar
dapat dijadikan panduan dan bimbingan pada masa akan datang.
Aktiviti perbincangan yang dijalankan juga berjalan dengan baik. Segala
pandangan dari setiap kumpulan diterima dan di kongsi bersama. Di sini saya
pelajari bagaimana seorang guru mampu menjadi seorang guru yang inovatif melalui
ICT dan sebagainya. Sebagai bakal guru saya perlu banyak belajar untuk menjadi
guru yang kreatif dan inovatif agar dapat menarik minat murid untuk belajar.
Secara tuntasnya, diharapkan program ini memberi banyak informasi dan
pengalaman baru kepada guru pelatih. Sesungguhnya ilmu yang diperolehi begitu
berguna untuk masa depan apabila sudah bergelar guru kelak. Mudah-mudahan
maklumat ini menjadikan kita lebih peka dan prihatin terhadap isu sekeliling dan hakhak terhadap bidang pendidikan di negara ini. Guru yang berilmu bakal dihormati dan
disanjung oleh semua pihak.

REFLEKSI
Lawatan Penanda Aras: Interaksi dengan Guru Cemerlang
Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan
Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah,
Kuantan. Seorang pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu En Chew Chee Hong
turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program
Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min.
Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru
mengenai proses-proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses
yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang
kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru
boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru
cemerlang dalam talian.
Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran
kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar tidak
kira dari aspek akademik ataupun kokurikulum untuk memudahkan proses apabila
dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang
kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi
sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.
Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua
guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Encik Lee Meng Yee. Semua
guru pelatih kelihatan malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab
dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan
soalan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips
dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.
Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan
perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Kebanyakkannya
asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun

begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas
sedar akan keadaan tersebut.
Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum
mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang
guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya
memahami sesuatu perkara yang diajar.

REFLEKSI
Ceramah Bengkel Guru Dan Perundangan
Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan Guru dan
Perundangan. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Johari Bin Mohd Salim,
Penolong Pengarah Unit Tatatertib Dan Keutuhan, Jabatan Pendidikan Pahang.
Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam
tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Hotel Seasons View, Kuantan pada 7 Mac 2015.
Ceramah ini berlangsung selama 2 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa
pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa
disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa
kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan
mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru
benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru
mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas
untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas.
Walaupun guru bertindak sebagai in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di
sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang
bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik.
Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa
berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik.
Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan.

Kumpulan saya terdiri daripada Gan Lay Theng dan Khoo See Meng.
Kumpulan kami membincangkan tindakan guru besar yang memujuk muridnya yang
tidak tahu membaca dari menduduki peperiksaan PMR untuk kepentingannya. Kami
mengatakan tidak salah tindakan guru besar ini untuk menjaga prestasi sekolah,
namun secara amnya salah kerana semua murid berhak untuk menduduki
peperiksaan walaupun mereka tidak pandai atau tidak tahu membaca. Pihak sekolah
seharusnya mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini untuk membantu murid
tersebut berjaya. Semasa pembentangan kumpulan kami, ia banyak menimbulkan
isu-isu dan perdebatan. Ia sangat berguna kerana setiap pelajar bersama-sama
belajar melalui perbentangan ini.
Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru
mengenai perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut
lunas undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh
mengundang

bahaya.

Tindakan-tindakan

guru

juga

haruslah

berdasarkan

perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki
peperiksaan walaupun murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai
semangat untuk belajar dan mereka inginkan kejayaan.
Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya.
Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang
diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga
tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah
bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas
kejayaan sesuatu perkara.
Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen
diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai