Anda di halaman 1dari 20

http://ww1.utusan.com.

my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa

Guru dan cabaran semasa


Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara
tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke
arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak
pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam
kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh
pihak guru (Dr. Aminudin Mansor, 2014)
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru
dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan
kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan
mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus
teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara
paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang
menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia,
Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung
pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit
(EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan
mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem
pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran
abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang
panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion
keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam
kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar
mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga
teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana
dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia
berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang
kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk
mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru
berpengalaman di sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat
tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang
hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains
dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif
progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor
swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk
membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah
membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya.
Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik
muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dancabaran-semasa#ixzz3TyroYdTh
Utusan Melayu (M) Bhd

BAB 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


1)

Pengenalan

usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang

agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.


penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.
Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat

penting untuk memupuk integrasi antara kaum.


memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu

pendidikan yang setara


pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh
saingan.

2)

Integrasi Nasional

3)

Akibat keretakan integrasi nasional


Perbezaan budaya dan agama
Ketidakpuasan hati
Kedudukan Geografi

Cabaran mewujudkan satu sistem sosial

4)

Agama dan kebudayaan


Dasar Penjajah British
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
Amalan ekonomi yang berlainan
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

Halangan Integrasi Nasional

Perbezaan budaya dan agama


Dasar Penjajahan
Sistem Pendidikan
Amalan Ekonomi
Perbezaan politik

5)

Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran

6)

Sistem Pendidikan Kebangsaan


Agenda Memperkasakan SK
Penerapan Nilai
Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
Konsep Sekolah Wawasan
Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
Perkasakan bahasa Kebangsaan
Pemantapan Aktiviti
Pupuk Kefahaman
Dasar Pelajaran kebangsaan
menggunakan sukatan pelajaran,
buku teks, peperiksaan,
pakaian seragam,
sistem latihan guru dan
bahasa penghantar yang sama

Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus
dipelihara dan diperkukuhkan

melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan


menjadikan agenda memperkasakan SK
menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara

sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.


memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003
memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara
berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7)

Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP

8)

Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik


Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
Modul Aktiviti Kokurikulum
Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional

9)

Sekolah sebagai alat perpaduan


Sistem persekolahan yang sama
Penggunaan Bahasa Melayu
Pendedahan kepada nilai
Seminar/forum

Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional

Program Permuafakatan Masyarakat


Hari Keluarga
Acara Kebudayaan
Sambutan Perayaan
Aktiviti Kokurikulum
Bulan Kemerdekaan
Lawatan ziarah
Bina Insan

10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan
dapatmencapai objektif seperti yang berikut:

meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat

Malaysia.
menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk

menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.


menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan
silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

11) Pendemokrasian Pendidikan

Semua dapat hak yang sama


Sekolah dapat kemudahan yang sama
Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
Sekolah satu aliran
Amalan kehidupan

Peluang pendidikan yang sama


Persamaan hak
Peluang yang luas
Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan

Basmi buta huruf


Pendidikan universal
Penyediaan infrastruktur
Guru terlatih yang mencukupi
Pra sekolah untuk semua

13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan

Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa
sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan

formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan.
Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang
pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik

dan status sosioekonomi.


Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan.
pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan

kualiti pendidikan.
Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu
untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan

Pendidikan asas
Pendidikan wajib untuk semua
Kecekapan dalam pengurusan
Pengagihan sumber
Keperluan dengan pasaran kerja

15) Pendidikan Negara

Pelbagai peringkat
Kurikulum yang sama
Penubuhan sekolah agama rakyat
Peningkatan bilangan pelajar ke universiti
Pendidikan swasta
Pendidikan untuk semua
Pengagihan sumber kewangan
Pendidikan sawarjagat
Pertambahan guru dan bilangan kelas
Pendidikan Bertaraf Dunia
Pendidikan berterusan
Pendemokrasian pendidikan
Pendidikan berkualiti

16) Tonggak Pendidikan UNESCO

Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;


a) pelajar belajar untuk tahu
b) belajar untuk membuat
c) belajar untuk menjadi apa
d) belajar untuk hidup bersama

17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO

Pengurus punyai kuasa autonomi


Memperkasakan kapasiti
Struktur terurus
Ukuran prestasi
Pemantauan prestasi
Kawalan sumber
ketelusan

18) Menurut laporan UNESCO (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan
sekolah secara keseluruhannya

pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan

kepemimpinannya.
sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan,

kelemahan dan prioritinya.


sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.

kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari

segi pemantauan prestasi sekolah.


sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
pengurusan sekolah mesti telus.

19) Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO

Memenuhi keperluan pembelajaran asas


Membentuk wawasan
Akses kepada universal
Focus terhadap pembelajaran
Perluaskan skop
Penambahbaikan persekitaran
Perkukuhkan perkongsian
Pembangunan dasar
gerakkan sumber
perpaduan antarabangsa

20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO

Perkembangkan potensi individu


Tingkatkan kreativiti
Sistem pendidikan yang cekap
Pusat kecemerlangan pendidikan
Tingkatkan martabat pendidikan

21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti
yang berikut;

Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang

seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).


Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

22) Pembangunan Modal Insan KPM;

Perkembangkan potensi
Punyai pelbagai kemahiran
Bentuk peribadi

Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran ICT
Pembelajaran sepanjang hayat
Nilai yang tinggi

23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluasluas peluang dengan cara;

memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.


melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka
berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;

kemahiran komunikasi berkesan.


kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
berfikir secara kreatif dan kritis.
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan
masyarakat.

25) Pendidikan Berterusan;

Institusi diperbanyakkan
Bekalkan kemahiran
Memenuhi guna tenaga sumber manusia
Ahli masyarakat yang berfungsi
Pemahaman kritikal
Bijak menggunakan masa lapang
Belajar sukarela
Sedar kepada biografi
Merancang kerja
Perkembangan bakat
Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat;

Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah


tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan

lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.


Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang

berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam
masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat

dengan tujuan mencapai keadilan sosial.


Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh

pengetahuan yang diperlukan.


Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam

hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.


Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang

bererti.
Membolehkan

individu membangunkan

kelebihan-kelebihan

terpendamdan

mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.


27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk;

Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi

penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.


Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan

pengetahuan dalam industri.


Mewujudkan program e-Latihan.
Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam

perkhidmatan awam.
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa

dan Pendidikan Berterusan.


Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid,
dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan

Berterusan.
Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;

Galakan dalam teknologi


Pembangunan pgram latihan

E-learning
Persekitaran yang mesra
Penggunaan institusi
Kempen di peringkat kebangsaan

29) Globalisasi Dalam Pendidikan;

Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;


Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
Pengurusan pendidikan.
Pembentukan jati diri pelajar.
Kualiti guru.

30) Perlu kepada perubahan kurikulum;

Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut;


a) Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia
b) Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada
pelajar
c) Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
d) Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.

31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi

Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa

antarabangsa.
Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,

menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.


Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

32) Kesan Globalisasi Pendidikan;

Pembelajaran sepanjang hayat


Kebolehan berkomunikasi
Kemahiran teknologi
Kesediaan kognitif
Warganegara bertanggungjawab

33) Cabaran Globalisasi;

Kesediaan guru
Kurang rasa kepunyaan
Pertambahan beban
Kekurangan sokongan pengurusan
Pengurusan pendidikan
Sikap guru
Perbezaan tahap pengetahuan
Perubahan yang kerap
Penggunaan teknologi
Pembentukan jati diri
Budaya sekolah
Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer;

Perisian latih tubi


Perisian tutorial
Perisian simulasi
Perisian permainan
Perisian penyelesaian masalah

35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006);

Permudahkan urusan
Tingkatkan kecekapan
Kurangkan beban
Jimatkan masa
Penempatan pelajar
Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar
Pengagihan sumber
Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru;

Memimpin perubahan
Utamakan daya pengeluaran
Perkembangan semasa
Perkembangan teknologi
Perubahan inovasi

37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;

Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.


Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
Sentiasa mengikuti peredaran masa.
Memahami perkembangan teknologi.
Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru


mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu;

Tumpuan Berkaitan Peribadi


Tumpuan Berkaitan Tugas
Tumpuan Berkaitan Kesan.

39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi
tumpuan tersebut kepada tahap berikut;

Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang
berlaku di sekolah.

Tumpuan

Berkaitan

Peribadi: Guru

melihat

keupayaan

diri

sendiri

untuk

melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek
lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa

senggangnya.
Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap
dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan

pembelajaran.
Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya
sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan
kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;

Berdaya saing
Hubungan sumber pendidikan
Kemahiran berbahasa
Komunikasi rentas budaya
Produk dan perkhidmatan
Keupayaan nilai antarabangsa
Peningkatan bilangan institusi
Penyebaran teknologi
Cita rasa global

41) Kesan Negatif Globalisasi;

Negara lemah ditindas


Ketidakadilan perkongsian
Pemantauan yang mendalam
Permintaan pasaran tenaga kerja
Meminggirkan bahasa melayu
Terbuka kepada persaingan tidak sihat
Pengkomersilan pendidikan
Penafian pendemokrasian pendidikan
Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya;

Perlu keadilan
Peluang pendidikan kepada semua
Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Program sekolah berkembar

43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia
(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan
mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang
berikut;

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara

aktif.
Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa,

potensi dan kemajuan pelajar.


Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang
demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk
menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut;

Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara.


Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama
rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional

dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.


Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran

berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.


Memastikan
setiap pelajar
yang
berkelayakan mendapat
tempat
di

institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.


Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang
kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti

kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.


Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi

akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.


Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di

Sabah dan Sarawak.


Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah

jumlah guru terlatih mengikut permintaan.


Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya
pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan
perkembangan semasa.

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi

mereka yang mengajar di pedalaman.


Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan
keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan

pedalaman.
Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia

dan juga bahasa-bahasa ibunda.


Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan
mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara
yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan
Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;

Sekolah kebangsaan sebagai peneraju


Kelayakan pelajar jadi penentuan
Pindaan akta
Tingkatkan kemudahan
Tingkatkan mutu pendidikan guru
Peluang latihan
Biasiswa kepada yang berkelayakan
Kuasai pelbagai bahasa

46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);

Suasana lebih kondusif

Mudah hasilkan bahan

Kepelbagaian media

Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu;

teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk

suntingan dengan menggunakan teknologi.


memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat


digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber
kepada penerima.

48) Perubahan Teknologi Maklumat;

Kuasa penggerak
Pelaksanaan
Pemudahan bertindak
Kaedah perubahan
Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK;

penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan

penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.


menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih
terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan

terdapat perkara kerahsian.


mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud

kekhilafan dalam perlaksanaannya.


kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem
komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan
bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

50) Komputer Dalam Pendidikan;

Pendidikan jarak Jauh


Reformasi dalam pendidikan
Mudah beri maklumbalas
Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
Alat komunikasi
Memudahkan pemahaman

51) Gejala sosial;


Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;
a) Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama
pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.

b) Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit
pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan
lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
c) Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok,
mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah,
minum

serta

menyimpan

minuman

keras,

berbohong,

berambut

panjang,

mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.
52) Punca Gejala Sosial;

Globalisasi dan modenisasi


Keruntuhan institusi keluarga
Media-massa
ICT
Kelemahan undang-undang
Sikap remaja
Sikap ibu bapa

53) Kesan Negatif;

Kepada individu sendiri


Menjejaskan Negara
Keruntuhan nilai agama

54) Tangani Gejala Sosial;

Peranan ibu bapa


Peruntukan undang-undang
Pendekatan akademik
Didikan agama
Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan;
Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;

pemupukan Integrasi Nasional


melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan
menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya
menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah

menggunakan Perkembangan

sepatutnya
berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di
negara ini.

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi dengan

Tekanan Emosi dalam kalangan pelajar


https://www.youtube.com/watch?v=fDPEoReMfaw

KLIK DISINI UNTUK MENGUJI TAHAP STRES ANDA


http://www.lessons4living.com/stress_test.htm
Atiqahaiza (2014). Jenis dan Siptom gangguan emosi
http://atiqahaiza.blogspot.com/2014/01/nota-edu3109-jenis-dan-simptom-gangguan.html

Tingkah laku yang menunjukkan murid mengalami gangguan emosi:

bersikap pasif
murum
menangis
pendiam
tidak berkeyakinan
tidak suka berhubung dengan orang lain
tidak berani menyuarakan pendapat.

Punca bagi murid mengalami gangguan emosi:


Persekitaran sekolah yang kurang kondusif kelas sempit dan kotor.
Kesan: murid mewujudkan rasa tidak selesa dalam diri murid sehingga menyebabkan
mereka tertekan dan tidak dapat memberikan tumpuan semasa sesi penngajaran.
Masalah keluarga kehadiran adik baru, penderaan, kurang kasih sayanng, masalah
kewangan dan kes penceraian
Pdf di bawah bertajuk Tekanan Emosi dalam kalangan Murid yang
dihasilkan oleh Nordin Tahir (IPG Kampus Ipoh)

Anda mungkin juga menyukai