Anda di halaman 1dari 25

Bab 5: Tamadun Cina

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:


Menerangkan sejarah tamadun Cina
Membincangkan kepercayaan dan sistem pendidikan
tamadun Cina
Menghuraikan seni bina tamadun Cina
Menganalisis interaksi tamadun Cina dengan tamaduntamadun lain

5.1 Mukadimah
5.2 Sejarah Tamadun Cina
5.3 Sistem Pemerintahan & Sosial
5.4 Kepercayaan
5.5 Sistem Pendidikan
5.6 Seni Bina
5.7 Interaksi dengan Tamadun Lain

5.1 Mukadimah
Bab ini membincangkan sejarah tamadun Cina dengan bertumpu kepada dinasti-dinasti yang
memerintah Cina selama 4000 tahun. Juga diberi tumpuan ialah keagamaan dan kepercayaan,
sistem pemerintahan, sistem pendidikan, seni bina dan interaksi tamadun Cina dengan
tamadun-tamadun lain.
5.2

Sejarah Tamadun Cima

Manusia telah berada di Cina kira-kira


300,000 hingga 500,000 tahun dahulu. Ini
terbukti dengan perjumpaan tengkorak
Peking Man berhampiran Beijing pada
tahun 1927. Lihat gambar-gambar di sebelah
kiri dan kanan.

Tamadun awal China muncul di Lembah Hwang-He (juga dikenali sebagai Lembah Sungai
Kuning) kira-kira 5000 tahun yang lampau. Perkataan Hwang-He juga dieja sebagai
Hwang-Ho dan juga Huang-Ho (Lihat Rajah 5.1).

Rajah 5.1 Peta


Menunjukkan
Kedudukan Tamadun
Hwang He

Penduduk awal mendapati Lembah Hwang-He sesuai untuk pertanian dengan adanya tanih
loes yang subur. Penempatan di dirikan dan berkembang dengan pesat. Contoh bandar yang
wujud ialah Kota Shang, Anyang, Loyang dan Changgan. Bandar-bandar ini mempunyai
sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Kebanyakan bandar ini muncul di
tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut. Negeri Cina
dikuasai oleh beberapa Dinasti yang merupakan kuasa yang dipegang secara turuen temuran
oleh sekelompok keluarga kerabat. Dalam bab ini, kita akan membincang secara ringkas
dinasti-dinasti yang telah memerintah Cina selama 4000 tahun (Lihat Rajah 5.2) dengan
memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapain setiap dinasti.
Rajah 5. 2 Jadual yang Menunjukkan Dinasti-Dinasti yang
Memerintah Cina Selama 4000 tahun

DINASTI
Xia

2205 1570
sebelum masihi
1570 1045
sebelum masihi
1045 256
sebelum masihi
221 - 206 sebelum
masihi

Enam Dinasti
Sui

206 sebelum masihi


220 masihi
222 581 Masihi
589 618 Masihi

Tang

618 907

Lima Dinasti

907 960

Song

960 1279

Yuan

1279 1368

Ming

1368 1644

Ching (Qing)

1644 - 1911

Tidak banyak diketahui tentang dinasti pertama


ini
Menguasai kawasan sepanjang Sungai HwangHe dan Yin ialah ibu kota
Dinasti yang paling lama berkuasa dikuasi oleh
ramai raja-raja feudalisme
Pelbagai pencapaian walau pun pemerintahan
adalah singkat Maharaja Shih Huang Ti yang
melengkapkan pembinaan Tembok Cina
Mengikuti ajaran Confucius perkembangan
seni dan kesusasteraan
Tidak ada pemimpin yang dominan
Mula penguasaan oleh satu raja pembinaan
Terusan Besar
Zaman kegemilangan Cina teknologi, seni
ibu kota = Changan bandar terbesar di dunia
Pemberontakan oleh petani terhadap dinasti
Tang
Penyatuan terkenal dalam bidang sains dan
teknologi
Serangan Mongol Kublai Khan menubuhkan
dinasti Yuan
Dinasti akhir menghabiskan pembinaan
Forbiden City(Kota Larangan) istana raja
Maharaja akhir Cina Maharaja Pu Yi

Repubik Cina

1912

Sun Yat Sen Republik

Shang
Zhou
Qin

Han

Dinasti Xia
Tidak banyak diketahui tentang Dinasti Xia. Ia merupakan dinasti pertama di Cina yang telah
berjaya menyatukan beberapa wilayah-wilayah di bawah pemerintahan satu Maharaja. RajaRaja dinasti Xia yang memerintah selama 635 tahun dengan kuasa mutlak dipegang oleh
raja..
Dinasti Shang (1570-1045 sebelum masihi)
Dinasti ini bermula kira-kira 3600 tahun yang lampu telah memerintah
Cina selama 500 tahun. Raja Dinasti Shang berjaya menawan dan
menyatukan wilayah-wilayah kecil sebagai satu empayar yang beribu
kota di Anyang. Maharaja berkuasa mutlak tetapi orang bangsawan
diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun.
Ahli arkeologi telah menjumpai beribu-ribu tulang
lembu dan kura-kura yang mengandung tulisantulisan pada zaman Dinasti Shang (Lihat Rajah
5.3). Ia merupakan tulisan yang paling awal dalam
sejarah Cina. Juga dijumpai ialah seramik, jed dan
alat-alat yang diperbuat daripada tembaga (Lihat
Rajah 5.4). Bahan yang diperbuat daripada
tembaga adalah tanda bahawa sesuatu tamadun itu
lebih maju berbanding dengan zaman besi.

Rajah 5. 3 Tulang
lembu dengan
inskripsi tulisan paling
awal

Penduduk menyembah nenek-moyang mereka


serta nenek-moyng raja-raja dan Dewa Shang Di yang menguasai
dewa-dewa matahari, hujan gunung dan lain-lain. Selain amalan
pengorbanan haiwan, mereka juga mengamal pengorbanan manusia.
Ahli arkeologi telah menjumpai makam-makan raja yang penuh dengan
ratusan tengkorak manusia yang dipercayai untuk melayan raja dalam dunia
akhirat. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Kerajaan Zhou kerana
kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.

Rajah 5. 4 Alat
gangsa yang paling
berat pernah
dijumpai

Dinasti Zhou
Dinasti Zhou adalah dinasti yang paling lama memerintah Cina, iaitu kira-kira
790 tahun. Zaman Dinasti Zhou disifatkan sebagai zaman kesedaran intelek
dan kesenian. Tokoh-tokoh terkemuka seperti Confucius, Lao Tze, Mozi dan
Mencius yang lahir pada zaman ini telah membentuk perwatakan tamadun
Cina hingga hari ini.
Rajah 5. 5 Maharaja Wu
Maharaja Wu ialah raja pertama Dinasti Zhou yang berjaya menumpaskan Dinasti Shang.
Sistem feudalisme berterusan sebagai sistem pemerintahan tetapi tanah diberikan kepada
4

petani tetapi mereka dikehendaki memberikan satu per sembilan (1/9) hasil pertanian
diserahkan kepada kerajaan. Pertanian berkembang pesat dengan sokongan kerajaan.

a)
b)
c)
d)

Apakah Manusia Peking (Peking Man)?


Nyatakan lokasi Tamadun Hwang-He.
Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Shang.
Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Zhou.

Dinasti Qin (221-206 sebelum masihi)


Pengasas Dinasti Qin ialah Qin Shi Huang. Baginda memperkenalkan
sistem pemerintahan yang berpusatkan raja dan mengurangkan peranan
golongan bangsawan dan golongan tuanpunya tanah dalam pentadbiran
negara. Lihat Rajah 5.6. Baginda juga memperkukuhkan tentera dengan
melengkapkan tentera dengan senjata yang canggih.
Maharaja Qin Shi Huang memperkenalkan
beberapa reformasi seperti timbang dan sukat
yang diseragamkan dan sistem penulisan
yang lebih seragam. Baginda juga mengarah
penggunaan duit syiling yang bulat dengan
lubang empat segi ditengah. Duit ini perbuat
Rajah 5. 7 Duit syiling

daripada gangsa dan dipanggil Syiling Ban


Liang (Ban Liang Coin). Lihat Rajah 5.7.

Rajah 5. 6
Maharaja Qin Shi
Huang

Maharaja Qin Shi Huang adalah seorang yang


sungguh zalim. Untuk menghalang kritikan, bukubuku dibakar dan para ilmuan dibunuh dengan
mengebumikan mereka hidup-hidup (Lihat Rajah
5.8).
Rajah 5. 8 Lukisan yang menunjukkan
pembunuhan para ilmuan pada zaman
Dinasti Qin

Maharaja Qin Shih Huang juga mengarahkan pembinaan


daripada tanah liat lebih patung-pating yang terdiri
daripada 8000 askar, 520 kuda dan lain-lain yang
dipanggil Tentera Terracota (Terracota Army). Lihat
Rajah 5.9. Patung-patung ini dijumpai tertimbus dalam
lubang pada tahun 1974. Ahli-ahli arkeologi mempercayai
bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum
dijumpai. Apakah tujuan membina patung-patung ini?
Maharaja Qin mempercayai patung-patung ini akan
menjaga keselamatan baginda dalam dunia akhirat.
Rajah 5. 9 Tentera Terracotta
Dinasti Han (206 sebelum masihi hingga 220 masihi)
Dinasti Han menggantikan Dinasti Qin yang terbahagi kepada
Dinasti Han Barat dan Dinasti Han Timur. Dinasti Han adalah
satu daripada tiga dinasti yang paling berpengaruh di Cina
sepanjang sejarahnya. Dinasti Han diasaskan oleh Liu Bang,
seorang petani yang memenangi perang saudara dengan
saingannya, Xiang Yu. Dinasti Han merupakan salah satu dinasti
terkuat di China, dan disebabkan pengaruhnya yang besar, etniketnik majoriti di China sekarang ini menyebut mereka orang Han
(walaupun mungkin nenek moyang mereka bukan dari etnik Han).
Rajah 5. 10
Semasa pemerintahan Maharaja Wudi, baginda bertitah bahawa
Liu Bang
ajaran Confucius dijadikan kurikulum sekolah dan segala upacara
rasmi kerajaan dan istana. Juga kesusasteraan dan falsafah berkembang pesat. Semasa zaman
Dinasti Han, Laluan Sutera diperluaskan hingga ke Empayar Rom dengan perdagangan
sutera, seramik dan emas dari Cina dan rempah- ratus, anggur dan kekacang dari kawasankawasan lain.
Juga pada zaman Dinasti Han, kekuasaan Cina diperluaskan hingga Korea, Vietnam dan
Mongolia. Interaksi antarabangsa dipertingkatkan dengan penerimaan duta daripada Jepun
dan Asia Barat. Terdapat laporan yang mengatakan duta daripada Maharaja Marcus Aurelius,
Empayar Rom membawa gading gajah, tanduk badak sumbu dan cangkerang kura-kura ke
Cina. Pada zaman ini juga terciptanya kertas, jam air, jam bayang matahari (sundial)
instrumen astronomi dan seismograf (untuk mengesan kejadian gempa bumi).
Walau pun Maharaja mempunyai kuasa mutlak, semas zaman Dinasti Han sembilan
kementerian ditubuhkan yang pentadbir kewangan, keadilan, upacara, keselamatan kerabat
raja, kuda-kuda raja dan lain-lain. Mula-mula percetakan wang diswastakan dan ini telah
menyebabkan inflasi berlaku. Amalan ini diberhentikan dan diambil alih oleh kerajaan pusat.
Juga pada zaman Dinasti Han, Buddhisme mula bertapak.
6

a) Apakah yang diperkenalkan semasa zaman Dinasti Qin?


b) Mengapakah Maharaja Qin begitu kejam?
c) Huraikan perkara-perkara menarik semasa zaman Dinasti Han.

Enam Dinasti (221 hingga 581 masihi)


Di antara tahun 221 hingga tahun 581 masihi, Cina diperintah oleh enam dinasti yang
bernama Dinasti-Dinasti Wu, Jin, Liu Song, Qi, Liang dan Chen. Zaman ini yang menyusuli
kejatuhan Dinasti Han pada tahun dicirikan sebagai zaman perpecahan, ketidakstabilan, serta
peperangan.
Pada zaman Enam Dinasti, kerabat raja dan orang atasan kurang yakin dengan Confusianisme
dan mengalih tumpuan mereka kepada Buddhisme dan Taoisme. Zaman ini mengalami
serangan daripada puak-puak bukan Cina daripada utara dan rasuah berleluasa. Ia tamat
apabila Maharaja Wen dari Sui menyatukan semula China Selatan dan Utara.

Dinasti Sui (581-618)


Tempoh pemerintahan Dinasti Sui agak
singkat. Pada zaman Dinasti Sui, pembinaan
Terusan Besar (Grand Canal) dimulakan
sepanjang 1700 km yang menghubungi Sungai
Hwang-He dengan Sungai Yangtze.

Rajah 5.11 Terusan Besar Cina


Dinasti yang pendek ini diperintah oleh dua
maharaja manakala yang lainnya adalah maharaja boneka yang dilantik oleh para jeneral dan
ketua ketenteraan sebelum akhirnya mereka sendiri mendirikan dinasti sendiri. Dinasti Sui
7

memainkan peranan penting dalam penyatuan utara dan selatan Cina. Undang-undang yang
zalim dimansuhkan.
Dinasti Sui melarang penggunaan wang lama dan menerbitkan wang yang baru serta
menghukum rakyatnya yang membuat wang palsu. Dalam seni dan teknologi. ahli astronomi
yang terkenal seperti Liu Chao yang menyusun Kalender Huang Ji yang tidak jauh berbeza
dengan kalender yang dipergunakan sekarang. Pada zaman Dinasti Sui, perkembangan
muzik, tarian dan seni lukis digalakkan. Sistem peperiksaan kebangsaan diperkenalkan pada
zaman Dinasti Sui untuk pemilihan pegawai dan pentadbir kerajaan.
Dinasti Sui juga membuka kembali Jalan Sutera yang menuju ke Asia Barat. Dengan adanya
Jalan Sutera ini, perdagangan dan hubungan China dengan Asia Barat menjadi lebih erat dan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Dinasti Sui.

Dinasti Tang (618-907 masihi)


Dinasti Tang menggantikan Dinasti Sui yang memerintah hanya selama
290 didirikan oleh Li Shimin bersama dengan ayahnya, Li Yuan (Lihat
Rajah 5.12). Changan dijadikan sebagai ibu kota. Dikatakan iaitu Li
Yuan tidak sepenuhnya keturunan Cina tetapi keturunan bangsa Turki.
Setelah menjadi maharaja, Li Yuan menggelar diri sebagai Tang Gaozu
dan Li Shimin bergelar Tang Taizong)
Rajah 5. 12 Maharaja Li Yuan yang mengelar dirinya
sebagai Tang Gaozu

Zaman Dinasti Tang merupakan zaman yang sungguh stabil dan disebut
sebagai zaman kegemilangan Cina. Ajaran Confucianisme dan Taoisme berkembang
bersama-sama. Terusan Besar telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Dinasti
Tang dan bandar-bandar telah didirikan sepanjang Terusan tersebut.
Maharaja Taizong berpegang ajaran Mencius yang menyarankan betapa penting memberi
perhatian kepada perasaan dan minat rakyat untuk mewujud masyarakat yang
berharmoni. Rakyat didahulukan dan segala undang-undang yang kejam dimansuhkan.
Dinasti Tang menghormati semua agama dan budaya. Contohnya, lebih sejuta orang tinggal
di Changan yan merupakan ibu kota Dinasti Tang dan daripada ini 100,000 adalah penduduk
asing yang terdiri daripada orang Arab, India, Jepun, Yahudi, Parsi dan Korea. Mereka bebas
menganuti agama Islam, Hindu, Shinto, Judaisme dan Zoroastrianisme. Agama Islam
berkembang pesat dan agama Kristian diperkenalkan ke Cina pada zaman Dinasti Tang.

Dinasti Tang terbuka kepada pengaruh budaya-budaya asing serta budaya kaum minoriti
Cina. Contohnya, muzik dan tarian asing diserapkan ke dalam kesenian penduduk tempatan
dan terbukti dengan perjumpaan patung-patung
penari dan pemain muzik pelbagai budaya oleh
ahli arkeologi.
Laluan Sutera telah membuka negara Cina
semasa pemerintahan Dinasti Tang kepada
tamadun-tamadun timur dan barat. Contohnya,
permainan polo diperkenalkan kepada Cina
oleh orang Parsi. Lihat Rajah 5.13
Rajah 5. 13 Permainan polo oleh kaum wanita

Zaman Dinasti Tang sangat terkenal dengan perkembangan agama dan kesenian.
Contohnya, seorang sami Buddha bernama Xuanzang yang sungguh minat
mengetahui tentang Buddhisme telah mengembara ke India (Lihat Rajah 5.14).
Beliau telah menggunakan Laluan Sutera menuju ke India dan dalam
perjalanannya telah melalui 25 negara dan mengambil masa 17 tahun. Setelah
kembali ke Cina, beliau menterjemah kira-kira 1300 kitab Buddhisme kepada
bahasa Cina.
Rajah 5. 14 Xuanzang
Pada zaman yang sama telah muncul seorang penyair terkenal bernama Li Bai
yang dianggarkan telah menulis 1000 puisi. Puisi-puisi beliau adalah berkenaan
persahabatan, alam semula jadi dan keseorangan dan digelar penyair tuhan.
Puisi-puisi beliau berkait rapat dengan pengalamannya setelah merantau seluruh Cina dan
negara-negara berhampiran.

a) Terangkan pencapaian utama zaman Dinasti Sui.


b) Huraikan mengapakah zaman Dinasti Tang disebut sebagai zaman
kegemilangan Cina.

Dinasti Song (960-1279)


Semasa pemerintahan Dinasti Song, duit kertas diperkenalkan buat pertama kali dalam dunia.
Ia juga merupakan kerajaan Cina pertama yang wujudkan pasukan tentera luat yang tetap dan
paling awal menggunakan bahan letupan dan menemui utara sebenar dengan menggunakan
kompas. Dinasti Song telah berjaya menyatupadukan wilayah-wilayah kecil dan memajukan
9

kegiatan pertanian di Cina dengan memperkenalkan padi yang memerlukan masa yang
singkat untuk masak. Juga diperkenalkan ialah pertanian bergiliran untuk menjaga
kesuburan tanah dan penggunaan baja. Pertambahan hasil pertanian telah melipat gandakan
bilangan penduduk kepada 100 juta ketika itu. Juga bidang seni, kesusasteraan dan teknologi
berkembang pesat. Penyebaran ilmu dan kesusasteraan dipermudahkan dengan ciptaan mesin
percetakan yang bergerak. Raja-raja Dinasti Song memberi tumpuan kepada pentadbiran
kerajaan dan kurang kepada ketenteraan.
Zaman Dinasti Song terkenal dengan Empat Inovasi yang diperkenalkan; iaitu pembuatan
kertas, percetakan, bahan letupan (gunpowder) dan kompas. Buat pertama kali, kompas
digunakan dikapal-kapal supaya tidak sesat dan petroleum digunakan untuk membuat
dakwat. Ilmuan astronomi terkenal, Shen Kuo telah mengkaji dengan teliti tentang gerhana
matahari, evolusi cakerawala, bintang dan planet dan menghasilkan carta bintang yang
begitu detail. Beliau juga memperkenalkan kalendar yang begitu tepat; lebih awal daripada
kalendar Gregorian yang diperkenalkan di Barat.

Dinasti Yuan (1279-1368)


Genghis Khan, keturunan Mongol telah menakluki sebahagian besar Turki dan utara benua
Asia serta bahagian utara Cina. Semasa pemerintahan anaknya, Ogedai Khan, Kublai Khan
(anak saudaranya) ditawarkan untuk mentadbir kawasan Cina yang ditakluki empayar
Mongol (Lihat Rajah 5.15). Pada tahun 1271, Kublai Khan mendirikan Dinasti Yuan yang
merupakan dinasti asing yang pertama yang mentadbir Cina sehingga 1368.
Perkara yang aneh ialah hampir semua Raja Dinasti Yuan
tidak berusaha untuk mempelajari Bahasa Cina
memandangkan mereka mentadbir berjuta-juta orang
Cina. Mereka lebih minat menggunakan bahasa ibunda
dan Bahasa Mongolia.
Maharaja Kublai Khan mendirikan sekolah untuk para
ilmuan Confucius, memperkenalkan wang kertas,
membangun semula ritual Cina dan menyokong dasardasar yang merangsangkan pertumbuhan pertanian dan
perniagaan. Untuk mendekati dengan rakyat Cina, Kublai
Khan menggunakan nama Cina Zhongtong.
Rajah 5. 15
Kublai Khan
Kublai Khan memperkenalkan beberapa reformasi seperti memusatkan pentadbiran,
memperluaskan penggunaan wang kertas dan mengekal monopoli perusahaan garam dan
besi. Baginda meneruskan amalan-amalan pentadbiran dinasti-dinasti Cina dahulu.
10

Bagaimana pun, Baginda menolak usaha-usaha untuk membangun semula peperiksaan


imperial Confucius.
Kublai Khan menyokong pedagang-pedagang yang menggunakan Laluan Sutera dengan
menjaga keselamatan mereka, memberi perlindungan kepada sistem pos Mongol, memberi
pinjaman untuk rombongan perdagangan. Kublai Khan juga memperluaskan Terusan Besar
Cina supaya lebih banyak kawasan dihubungi dengan terusan tersebut.
Kublai Khan menggalakkan penyebaran
teknologi, barangan dan budaya antara Cina
dengan Barat. Baginda menjemput pelawatpelawat asing ke istananya dan antara yang
terkenal ialah pengembara barat, Marco Polo
(Lihat Rajah 5.16).
Rajah 5. 16 Marco Polo menziarahi
Kublai Khan
Semasa zaman Dinasti Yuan, Buddhisme, agama Kristian Nestoria dan Islam berkembang
pesat di Cina. Raja-raja Yuan begitu toleran terhadap perkembangan agama-agama lain.
Buddhisme telah mempengaruhi kerajaan Yuan. Penduduk Islam memperkenalkan kartografi,
astronomi, perubatan dan makanan Tamadun Islam. Juga tanaman seperti terong, tebu, kapas,
sengkuang dan limau diperkenalkan pada zaman Dinasti Yuan. Alat muzik Barat
diperkenalkan dengan tujuan memperkayakan kesenian Cina.
Dinasti Ming (1368-1644)
Pada tahun 1368, Zhu Yuanzhang (Lihat Rajah 5.17) mengambil
alih kuasa dengan penubuhan Dinasti Ming. Untuk
memperkukuhkan kuasa pentadbirannya, menteri-menteri yang
menentangnya dibunuh. Kota Nanjing dijadikan ibu kota.
Dinasti Ming menumpukan perhatian kepada meningkatkan sistem
pentadbiran kerajaan pusat. Maharaja dibantu oleh Sekretariat
Besar yang mengkordinasi enam kementerian Kementerian
Perjawatan, Kementerian Cukai, Kementerian Upacara,
Kementerian Peperangan, Kementerian Keadilan dan Kementerian
Kerja Raya.
Rajah 5. 17 Zhu Yuangzhang yang menggelar
dirinya sebagai Maharaja Hongwe
Golongan yang paling berkuasa dalam istana Maharaja adalah sida-sida (Lihat Rajah 15.18).
Adalah dianggarkan pada suatu ketika hampir 1000 sida-sida ditugaskan menjaga hal-ehwal
11

yang berkaitan dengan upacara istana, makanan, pakaian, kuda-kuda raja, mohor, tamantaman, senjata dan dokumen-dokumen dalam istana dan sebagainya.

Rajah 5. 18 Sida-Sida bermain sejenis bola sepak untuk menghibur Maharaja

Ekonomi China telah berkembang pesat dan muncul


kegiatan kapitalisme pada masa itu. Petani digalakkan
meneroka tanah tandus dan pelbagai jenis tanaman dari
luar negara, antaranya tembakau, jagung, kacang tanah dan
lain-lain diperkenalkan.
Industri tenunan, perkapalan dan penghasilan porselin juga
berkembang maju pada zaman Dinasti Ming. Lihat Rajah
15.9. Pasu porselin berwarna biru dan putih. Bahan kimia
kobalt yang dibawa daripada Iran menjadikan warna biru
lebih gelap dan kontras dengan warna putih menambahkah
kecantikan porselin yang dihasilkan pada zaman Dinasti
Ming.
Zaman pemerintahan Dinasti Ming telah membuka Cina
kepada dunia luar. Kapal-kapal Portugis dan Sepanyol
telah melabour di pelabuhan-pelabuhan Cina dan ini secara tak
langsung membawa masuk pengaruh luar ke Cina.

Rajah 5. 19 Pasu Porselin Ming


yang pada masa kini
mempunyai nilai yang tinggi
dan agak mahal

Usaha pertukaran dengan luar juga mencapai perkembangan yang pesat pada zaman dinasti
tersebut. Laksamana Cheng Ho telah 7 kali melakukan pelayaran ke 30 negara dan kawasan
di Asia dan Afrik [Dibincangkan dengan lebih mendalam kelak] Kemudian, zaman Dinasti
12

Ming, mengalami pencerobohan dari pelbagai negara, antaranya Jepun, Sepanyol, Portugis,
Belanda dan lain-lain.
Dinasti Ching (1644-1911)
Pengasas Dinasti Ching ialah Hong Taiji, daripada Manchuria (wilayah di timur laut Cina)
yang bukan daripada keturunan Cina Han. Cina terbahagi mereka yang menganggap diri
mereka sebagai Cina Han dan mereka yang menganggap diri mereka sebagai Manchu.
Bagaimana pun, maharaja-maharaja Dinasti Ching (keturunan Manchu) meneruskan dengan
sistem pentadbiran yang diamalkan semasa Dinasti Ming serta melantik Cina Han bertugas
dalam kerajaan. Bahasa Cina Han diterima dan dijadikan bahasa rasmi untuk mentadbir
negara.
Dinasti Qing telah berpindah ibu kota ke Beijing. Antara bangunan terkenal yang dibina oleh
Maharaja-Maharaja Qing ialah Istana Musim Panas (The Summer Palace) dan Kota
Larangan (The Forbidden City) [Dibincangkan dengan lebih mendalam kelak].
Pada permulaan zaman Dinasti Ching, Maharaja-Maharajanya adalah kuat dan stabil tetapi
pada akhir zaman, pemimpin-pemimpin Dinasti Ching menjadi lemah. Keadaan ini telah
memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah menceburi tanah Cina. Britain
memperkenalkan candu kepada masyarakat Cina dan kerana ketagihan permintaan untuk
bahan tersebut bertambah pesat. Britain menambahkan pengeluaran candu yang dihasilkan di
India. Cina membayar untuk candu dengan perak yang digunakan untuk membeli teh, sutera
dan seramik bagi menampung permintaan pendudukan Eropah. Dinasti Ching cuba
menghentikan import candu dan menyebabkan Peperangan Opium dengan Britain. Cina
kalah dan terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain membuka sungai-sungai untuk
perkapalan Britain.
Diakhir zaman pemerintahan Dinasti Ching, negara-negara lain
seperti Perancis, Jepun, Jerman dan Rusia mula mencampur
tangan dalam hal-ehwal Cina. Peperangan dengan Perancis
diakhiri dengan menandatangani perjanjian yang memaksa Cina
menyerahkan Vietnam ke Perancis. Burma, dibawah jagaan
Cina diserahkan kepada Britain manakala Tsingtao dan
Kiaochow diserahkan kepada Jerman. Lihat Rajah 5.20.
Selain itu Cina dipaksa membayar pampasan peperangan,
membuka pelabuhan kepada kuasa-kuasa asing, menyerahkan hak
jalan pengairan dan membenarkan pembinaan jalan keretapi.
Kekalahan dalam peperangan dengan Jepun pada tahun 1894-95,
memaksa Cina menyerahkan Korea ke Jepun. Jerman telah
menuntut hak milik sementara Teluk Jiazhou manakala Rusia
menguasai Liaodong.

Rajah 5. 20 Kartun yang


menunjukkan pembahagian
Cina oleh Britain, Jerman,
Rusia, Perancis dan Jepun

13

Pada awal 1900, Sun Yat Sen telah mengembara ke merata dunia untuk
mendapat bantuan dengan tujuan mengguling Dinasti Qing. Beliau
seorang berpelajaran dan mengetuai pemberontakan mengguling Dinasti
Qing. Pada tahun 1912, Sun menjadi presiden Republik Cina, namun
pemerintahannya berlangsung singkat kerena direbut oleh Yuan Shih-Kai.
Sun Yat Sen mengutamakan demokrasi dan menolak kuasa asing campur
tangan dalam hal ehwal Cina. Rakyat hendaklah diberi hak untuk memilih
pemimpin mereka serta mengubah undang-undang yang kuno. Beliau
digantikan oleh Ching Kai Shek pada tahun 1928.

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

5.3

Rajah 5. 21
Sun Yat Sen

Siapakah Kublai Khan?


Terangkan pencapaian utama zaman Dinasti Han.
Apakah sumbangan Dinasti Ming kepada tamadun Cina?
Jelaskan apa terjadi apabila Dinasti Ching menjadi lemah.
Terangkan maksud kartun pada Rajah 5.17.
Siapakah Sun Yat Sen?
Apakah dilakukan oleh Sun Yat Sen?

Sistem Pentadbiran dan Organisasi Sosial

Organisasi sosial di Tamadun Cina berdasarkan konsep Mandat Syurga


(Mandate of Heaven) yang memberi kuasa mutlak kepada Raja. Paling
berkuasa ialah Raja. Bagaimana pun sekiranya berlakunya sesuatu
malapetaka semula jadi pada masyarakat, Raja boleh ditukar kerana ia
adalah mandat syurga. Ia menunjukkan Raja berkenaan tidak menjalankan
tugasnya dengan sempurna.
Rajah 5. 22 Maharaja Cina

14

Lihat Rajah 5.21. Raja berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga
merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah".

Raja
Bangsawan
Pendekar / Askar
Pedagang /Pekerja Mahir
Petani
Hamba
Rajah 5. 21 Pembahagian Kuasa dan Organisasi Sosial di Cina

Di bawah Raja ialah golongan bangsawan, mereka merupakan


golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. (Lihat Rajah 5.22).
Golongan bangsawan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir
secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah
kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem
pemerintahan birokrasi di mana jabatan-jabatan seperti kewangan,
pasukan bersenjata, undang-undang diwujudkan. Di antara kurun ke8 hingga kurun ke-3 sebelum masihi, golongan ini menjadi sangat
kuat hingga kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal mereka.
Rajah 5. 22 Orang bangsawan
Selepas bangsawan, ialah golongan pendekar dan askar yang di hormati oleh masyarakat
kerana peranan mereka menjaga kesejahteraan negara (Lihat 5.20).
Golongan seterusnya terdiri daripada pedagang dan pekerja mahir yang dianggap sebagai
kelas pertengahan. Mereka terlibat dengan membeli barangan dan mendagang dengan tujuan
memperolehi untung. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan
kewajipan mereka mengikut kemahirannya. Mereka tidak mempunyai kuasa.
Seterusnya ialah golongan petani yang bertungkus lumus bekerja menyara keluarga mereka.
Golongan petani bercucuk tanam atau pun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan
diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai.
15

Di bawah sekali ialah golongan hamba (Lihat


Rajah 5.23). Ramai di antara telah menjadi hamba
kerana berhutang pada zaman orang kelas atasan
kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang
mencukupi. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir
yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang
menjalankan upacara-upacara di Istana.

Rajah 5.23 Perhatikan bahawa hamba


menunggu diberikan makan oleh tuan mereka

5.4 Keagamaan dan Kepercayaan

Keagamaan dan kepercayaan pendudukan Cina berasakan kepercayaan animisme,


penyembahan kepada roh nenek moyang dan penyembahan kepada Shang ti (Tuhan Syurga)
dan Tu-ti (Tuhan Bumi). Pemujaan roh nenek-moyang masih berkekalan sehingga hari ini.
CONFUSIANISME
Pada tahun 551 sebelum masihi (kira-kira 2600 tahun yang lalu)
lahirnya Confucius di wilayah Lu pada zaman pemerintahan Dinasti
Zhou (atau Chou). Lihat Rajah 5.24. Confucius mengkritik keadaan
zaman berkenan yang kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau
berpendapat cara penyelesaian masalah manusia ialah dengan
mendidik masyarakat supaya berpegang kepada moral dan etika yang
tinggi. Ajaran Confucius memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina selama 2000 tahun.

Rajah 5. 24 Confucius

Kung telah hidup pada zaman dinasti Chou, iaitu suatu era yang
dikenali dengan aktiviti hedonistik dan kejatuhan moral. Besar
kemungkinan persekitarannya ini telah menyumbang kepada minatnya
terhadap penstrukturan sosial. Pendidikan beliau merangkumi pelbagai
bidang, termasuk sastera, sejarah Cina, muzik, memburu, memanah
dan memancing. Namun begitu, beliau menunjukkan minat yang
mendalam terhadap isu-isu kemasyarakatan dan sosial semenjak umur

16

yang muda lagi. Satu pertanyaan yang meragui beliau ialah: Apakah yang menjadikan
sesuatu kerajaan itu kerajaan yang baik?
Beliau telah mengembara ke negeri-negeri China bersama murid-muridnya dan memberi
nasihat kepada pemerintah negeri. Murid-muridnya amat taat dan setia kepadanya. Beliau
telah menghabiskan akhir hayatnya di Lu, di mana beliau menumpukan masanya
Kebanyakan daripada tulisannya membincangkan isu moraliti dan etika peribadi serta
penggunaan kuasa politik yang betul bagi golongan pemerintah. Confucius amat prihatin
terhadap keadaan sosial manusia.
Ajaran Confucius ditulis oleh pengikutnya dalam buku yang dipanggil
Analekta (dinamakan Analects dalam bahasa Inggeris) Dalam
ajaran Confucius, terdapat lima jenis hubungan manusia (Wu Lun)
yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu;
1.
2.
3.
4.
5.

pemerintah kepada rakyat,


ibu bapa dan anak,
suami dengan isteri,
abang/ kakak dengan adik dan
kawan dengan kawan.

Ajaran Confucius berasaskan 6 prinsip utama:


1. Prinsip asas Confucius ialah konsep Ren, (lihat rajah di sebelah) yang bermakna
perikemanusiaan iaitu naluri untuk sentiasa meninggikan martabat manusia
dengan membuat kebaikan dan kebajikan. Seperti di ungkap Confucius;
Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan
kepada anda.
2. Prinsip Yi yang bermaksud keadilan dan kebenaran.
3. Prinsip Hsiao (atau Xiao) yang bermaksud perasaan sayang dalam kalangan
keluarga sayang-menyayangi antara ibu bapa dan anak dan sebaliknya; antara adikberadik dan lain-lain
4. Prinsip Xin yang bermaksud jujur, bolehdipercayai dan beramanah.
5. Prinsip Chung yang bermaksud kesetiaan kepada negara dan raja.
6. Prinsip Li yang bermaksud sopan santun, budi pekerti, kesusilaan

TAOISME
Dari segi etimologi Perkataan Taoisme adalah berasal dari kata akar Tao yang
diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina Dao yang bermaksud jalan atau cara.
Walaupun begitu, makna tafsiran perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas khususnya dalam
bidang falsafah Cina yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Cina sejak
dahulu lagi. Taoisme diasaskan oleh Lao Tzu. Pada asasnya ia adalah satu aliran pemikiran
17

dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama Taoisme dipraktikkan sebagai satu bentuk agama
dalam masyarakat Cina. Gabungan teks klasik berjudul Tao Te Ching yang ditulis oleh Lao Tzu
serta Zhuang Zi yang ditulis oleh Zhuang Zi membentuk asas kepada ajaran dan falsafah agama
Ajaran Taoisme menekankan kepada keharmonian dengan alam semesta. Ia cuba
menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam semesta dan keharmonian di
antaranya. Manusia seharusnya hidup secara sederhana (konsep Jian) dan kerajaan yang
paling berkesan ialah kerajaan yang paling sedikit memerintah. Manusia hendaklah
mengamal tabiat belas kasihan (konsep Ci) dan bersikap rendah diri.
Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Taoisme ialah lambang
"ying-yang" ("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud
"maskulin"). Lihat Rajah 5.25. Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia
ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam dunia ini
mempunyai dua elemen. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada
kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu,
lambang ini mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan
separuh hitam.

Rajah 5. 25 Yin dan Yang

Garis di tengah adalah melengkung dan bukannya lurus. Ini bermakna bahawa kesemua
fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah. Sewaktu hitam
berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang harus tidak menentangi sifat
alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja. Sebaliknya, dia harus berundur pada
tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih" memulih.
Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan bahagian hitam mempunyai satu titik putih
pada bahagiannya yang paling besar. Ini membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara di
dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada sesuatu perkara yang benar-benar hitam.
Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan keangkuhan (hitam) dan mungkin
ketamakan (hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan menyebabkan pembasmian
keangkuhan (putih) dan kemunculan rendah hati (putih). Walaupun lambang ini sering
dikaitkan dengan ajaran Lao Tze, sudah tentunya Lao Tze tidak melukisnya. Ia dicipta oleh
penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran Lao Tze.

a) Bincangkan sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan rajaraja Cina.


b) Jelaskan konsep asas Confusianisme dan bagaimana ia mempengaruhi
pemikiran orang Cina selama beribu tahun.
c) Terangkan konsep asas Taoisme.

18

5.5

Sistem Pendidikan

Pendidikan amat penting dalam kalangan orang Cina dan mereka sangat menghormati
golongan intelektual. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan rumah guru dan sekolah disediakan dengan ruang pemujaan
Confucius. Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
Terdapat TIGA peringkat persekolahan rendah (kanak-kanak bersekolah semasa berumur 7
tahun), menengah dan tinggi.
Maharaja Wu Ti daripada Dinasti Han ( kira-kira 2300 tahun yang lalu) menggalakkan
penubuhan sekolah-sekolah di setiap wilayah (province) dan daerah. Kemudian Maharaja
Yan Kuang daripada Dinasti Sui (kira-kira 1500 tahun yang lampau) perpustakaan imperial
ditubuhkan. Kira-kira 600 tahun yang lalu pada saman Dinasti Ming, kolej dan universiti
ditubuhkan pada peringkat pusat. Sistem percetakan diperkenalkan bagi menyokong sistem
pendidikan.
Pendidikan diperluaskan dengan tujuan mengekalkan kuasa politik dan
kedaulatan maharaja. Pendidikan tidak menggalakkan pemikiran bebas
dalam kalangan rakyat dan yang ditekankan ialah kesetiaan kepada
raja. Kurikulum sekolah-sekolah Cina berasaskan penulisan Confucius
yang meliputi Five Classics (Lima Klasik) yang terdiri daripada Shu
Ching (Buku Sejarah), Shih Ching (Buku Puisi), I-Ching (Buku
Perubahan), Li Chi (Buku Upacara) dan Chun-Chiu (Buku Musim
Bunga dan Musim Luruh). Juga digunakan ialah Empat Buku yang
terdiri daripada Do-Xue (Pembelajaran yang Utama), Zhong Yong
(Doktrin Perjalanan), Lunyu Ucapan Confucius) dan Menzi (Perbualan
Confucius dan Mencius).
Falsafah
pendidikan
menekankan
kepentingan
kekeluargaan, penghormatan ibu bapa dan penghormatan
terhadap pegawai kerajaan.
Pendidikan merupakan kayu ukur yang membezakan
golongan elit (pemerintah) dan rakyat jelata (diperintah).
Namun demikian, sistem peperiksaan umum diadakan pada
setiap peringkat pendidikan (Lihat Rajah 5.26).

Rajah 5.26 Orang Menduduki


Peperiksaan Awam

19

Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan. Seseorang yang lulus dalam
peperiksaan awam akan menjadi pegawai pentadbir pada peringkat daerah atau pusat di Cina.
Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari
peperiksaan. Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan
disediakan makanan.
Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. Setelah lulus, mereka akan menjadi
ahli seumur hidup di Akademi Imperial Akademi (organisasi intelek). Sistem peperiksaan ini
dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.
5.6

Seni Bina

Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istanaistana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti
Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi
menghalang kemaraan musuh.
a) Pembinaan Tembok
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua
kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok
juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana
dan rumah-rumah kediaman. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah
dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya
mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hing ga tiga puluh kaki dan
luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan
suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan
meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu
iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam.
Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya
beberapa tingkat. Tembok kota biasanya
dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang
dalam dan lebar
Rajah 5.27 Tembok Besar Cina
Tembok yang terkenal di negara China dan juga
di dunia ialah Tembok Besar China (The Great
Wall of China). Lihat Rajah 5.27. Tembok Besar
China yang panjangnya kira-kira 8,851 km
merupakan satu daripada 7 keajaiban purba dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 30,000
20

menara-pengawal. Pada setiap menara ditempatkan semula dibina pada kurun ke-3 sebelum
masihi dan dilengkapkan pada 220 sebelum masihi oleh Shih-Huang Ti daripada Dinasti Qin.
b) Tokong / Kuil
Tokong atau kuil yang yang dibina mempunyai unsur-unsur yang unik yang terdiri daripada
beberap bentuk. Paling ketara ialah struktur pagoda yang yang
berbentuk menara dan terdiri daripada beberapa tingkat. Bumbungnya
pula berbentuk melengkung berunsur Buhhhisme. Juga dalam kuil
atau tokong tersebut terdapat bangunan kecil yang meyerupai pondok
sebagai tempat tuduhan. Lagi satu ciri, ialah stupa iaitu kubah
Buddhisme yang tegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang
yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.
Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di
mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan m enara ditempatkan
pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa
kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda
termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun Rajah 5.28 Pagoda yang bertingkatdahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil
tingkat
Shaolin.
Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama dan
antaranya ialah:

Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu
bata.

Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil


mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung seperti naga, harimau,
singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir
di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan
dipagari oleh tembok besar.

Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin


dan Yang dan Feng Shui.

Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna


ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga
miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar
berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat
biru.

21

c) Taman-Taman
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina.
Taman-taman Cina bahkan taman-taman diraja atau
persendirian mengintegrasi alam semula jadi (tumbuhan,
air, gunung-ganang) dan bangunan. Taman dijadikan
sebagai microkosm cakerawala untuk melindungi
penduduk daripada bunyian bandar.
Rajah 5.29 Taman yang mengutamakan air,
tumbuhan & gunung
d) Kota Larangan (Forbidden City)
Kota Larangan Beijing yang terletak di
pusat Bandar Beijing merupakan kompleks
bangunan zaman purba yang paling besar
keluasannya dan dipelihara dengan baik
(Lihat Rajah 5.30). Larangan Beijing
dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti
Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh
pembinaannya sepanjang 14 tahun.
Sebanyak 24 orang maharaja Dinastidinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan
menguruskan hal ehwal pe ntadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga
Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.
Rajah 5.30 Forbidden City

Kota Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang
indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah. Kota Larangan Beijing
berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000
meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing dilingkari
oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter. Reka bentuk, keluasan,
susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut
sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan
memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.
Menurut catatan sejarah, seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh kasar
telah turut serta dalam pembinaan Kota Larangan Beijing. Pembinaan Kota Larangan Beijing
telah memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks
bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah memperlihatkan
reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada
batu putih yang cantik menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe.
22

Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air.
Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak,
pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4 baris
rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka oleh jurubina
ketika itu untuk menghalang kebakaran.
5.3

Interaksi Tamadun Cina dengan Tamadun-Tamadun Lain

a) Laluan Sutera
Sejak kurun ke-4 sebelum Masihi, iaitu
semasa Dinasti Qin dan Dinasti Zhou
memerintah, perdagangan maritim dan
perdagangan darat dijalankan antara Cina
dengan kawasan-kawasan lain. Paling
terkenal ialah Laluan Sutera (The Silk
Road) yang merupakan rangkaian laluan
perdagangan yang bermula dari Chang-an
(Cina) melalui Gurun Gobi, Gurun Takla Makan, hingga ke Samarkand dan terus ke Baghdad
(Tamadun Arab) dan Empayar Rom (Tamadun Barat). Lihat Rajah 5.31. Pengasasnya ialah
Zhang Qian yang mengetuai delegasi sejumlah lebih seratus orang yang bertolak dari Changan, ibu kota Dinasti Han pada tahun 138 selepas masihi (kira-kira 1800 tahun lalu) menuju ke
barat melalui perjalanan yang berliku selama 11 tahun.

Rajah 5.31 Laluan Sutera Daratan dan Laut

23

Laluan berkenaan mendapat nama sedemikian kerana fungsi asalnya adalah untuk membawa
sutera yang dihasilkan oleh China pada zaman purba. Perhatikan juga bahawa Jalan Sutera ini
diteruskan hingga ke Tamadun India (garisan berwarna hijau). Laluan Sutera juga
melibatkan perjalanan laut (yang juga dipanggil Laluan Sutera Laut) yang terbentang dari
Cina melalui Kepulauan Melayu dan terus ke India, negara-negara Arab dan Afrika Timur.
Pedagang-pedagang berulang-alik sepanjang laluan ini dengan menjual-beli sutera, seramik,
gading gajah, rempah-ratus, emas, hamba-abdi, permata, barang kaca, bahan dan lain-lain.
Laluan Sutera bukan sahaja merupakan saluran perdagangan bahkan juga menjadi pemangkin
kepada interaksi kebudayaan , penyebaran ilmu pengetahuan, fahaman, kepercayaan dan
teknologi. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Laluan Sutera merupakan faktor
terpenting yang memacu pembangunan tamadun Cina, India. Mesir, Parsi, Arab dan Rom.
b) Pelayaran Laksamana Zheng-Ho
Cina muncul sebagai kuasa maritim yang agung pada kurun ke-15 semasa Dinasti Ming
memerintah. Maharaja Yongle melaksanakan diplomasi keamanan dan persaudaraan dengan
negara-negara asing. Baginda menghantar Zheng Ho ke negara-negara Barat dan Timur yang
menjelaskan dasar luar Cina. Angkatan kapal Zheng Ho melawat lebih daripada 30 negara
daripada tahun 1405 hingga 1433 (Lihat Rajah 5.30). Negara-negara yang dilawatinya
termasuk Champ (di Indo Cina), Siam (Thailand), Empayar Melaka, Palembang (Sumatera),
dan Sulu.

Rajah 5.32
Armada Zheng-Ho Dikata
seramai 20,000 orang belayar
bersamanya ke merata dunia

Daripada tahu 1403 hingga 1424, Cina menerima sebanyak 76 utusan penghormatan dari
negara-negara Asia Tenggara yang termasuk negara yang membayar ufti kepada istana Ming.
Zheng Ho juga terlibat dengan menjaga keselamatan laluan-laluan perdagangan maritim
seperti Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
Zheng- Ho mendapat tugas dari Yung Lo untuk mengadakan ekspedisi selatan. Pada masa
kaisar Yung Lo, Cheng Ho pernah mengadakan pelayaran ekspedisi diplomatik sebanyak 6
(enam) kali:
24

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pada 1405 dengan mengunjungi Indo China, Champa, dan Sriwijaya.


Pada 1408 dengan mengunjungi Melaka, Singapura, Calcuta, Persia dan Aden
Pada 1412 dengan mengunjungi: Aceh, Palembang, Bangka, dan Jawa.
Pada 1416 dengan mengunjungi Saudi Arabia, Bangka, dan Jawa.
Pada 1421 dengan mengunjungi Siam (Thailand), dan Sumatera.
Pada tahun 1424 dengan mengunjungi Sumatra, untuk mengetahui lebih mendalam
tentang Sumatra.

Tujuannya ialah pelayaran-pelayaran ini adalah untuk mempererat hubungan Cina dengan
negara-negara luar. Pelayaran-pelayaran Zheng-Ho dicatat oleh Ma Huan.

a) Bincangkan sistem pendidikan yang diamalkan di Cina.


b) Jelaskan keunikan seni bina Cina dan pembinaan terkenal.
c) Huraikan pelayaran Zheng-Ho dan pencapaian beliau.

RUJUKAN
Intellectual Trends of the Early Six Dynasties. Indiana University. EALC R,Eno. 2008
Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012). Penawaran Kursus Tamadun
Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama
ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. SOSIOHUMANIKA, 5(1) 2012
SIT

Paul Goldin. Han Law and the Regulation of Interpersonal Relations: The Confucianization
of the Law Revisited
Tan Ta Sen. Laksaman Cheng Ho dan Pertukaran Budaya dalam Konteks Asia Tenggara.

25