Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM

UNIT BIASISWA DAN


BANTUAN
2014

LAPORAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI PENERIMA BIASISWA BKP


Pada 20 Mac 2014, Satu program ceramah motivasi untuk penerima biasiswa BKP yang
dianjurkan oleh Unit Biasiswa Dan Bantuan SMK Abdul Rahim dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan
Kaunseling SMK Abdul Rahim. Program ini diadakan di Dewan SMK Abdul Rahim yang bertujuan untuk
menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus berusaha bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik
dan kokurikulum. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar tentang teknik pembelajaran
yang berkesan khususnya kepada pelajar yang bakap menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM. Objektif lain
penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya
mengekalkan prestasi yang dalam peperiksaan dan akademik serta membentuk sahsiah baik dalam diri
pelajar.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang penerima biasiswa BKP yang terdiri daripada
pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5.Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi yang bertempat di dewan
sekolah dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan HEM , En. Datu Badaruddin Bin Datu Ibrahim
.Dalam ucapannya , PK HEM mengingatkan pelajar tentang beruntungnya mereka mendapat bantuan
Biasiswa BKP dari Kementerian Pelajaran Malaysia berbanding pelajar-pelajar yang lain. Dengan bantuan
sebanyak RM 840.00 setahun, penerima biasiswa seharusnya rasa bersyukur dengan menggunakan wang
bantuan tersebut untuk membeli kelengkapan persekolahan yang membantu meningkatkan prestasi
akademik pelajar.Beliau juga memngingatkan pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan masalah disiplin
sekolah terutamanya ponteng sekolah yang boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam matapelajaran serta
perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Beliau meminta agar pelajar-pelajar yang pernah mempunyai
masalah disiplin ini, mengubah sikap untuk menjadi pelajar yang lebih baik kerana ia melanggar perjanjian
penerimaan tawaran biasiswa BKP.
Program kemudian diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh kaunselor sekolah
iaitu En. Herodis Marajak pada pukul 11.00 pagi. En. Herodis memberi beberapa tips belajar yang berkesan
dan kata-kata semnagat kepada semua pelajar yang hadir. En. Herodis mengingatkan kepada pelajar bertapa
pentingnya peningkatan pencapaian dalam akademik dan kokurikulum bagi pelajar untuk berjaya pada masa
depan.Program ini berakhir pada pukul 12.30.
Diharap program yang diadakan ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar
untuk meningkatkan kecemerlangan dalam akademik secara tidak langsung melonjakkan pencapaian sekolah.

Disediakan oleh :
..
(YUSRA BT AB.LLAH)
Ketua Penyelaras
Unit Biasiswa Dan Bantuan (HEM)
SMK Abdul Rahim

LAPORAN MAJLIS MENANDATANGANI AKU JANJI PENERIMA BIASISWA BKP DAN


BKPU
1

Tarikh

13 Ogos 2015(Rabu)

Masa

9.00 pagi-11.00 pagi

Tempat

Bilik Kuliah Tingkatan 6

Objektif

1) Memberi makluman kepada ibu bapa dan pelajar tentang syarat-syarat


penerimaan biasiswa BKP dan BKPU
2) Menandatangani aku janji penerimaan tawaran biasiswa BKP dan BKPU
3) Memberi makluman kepada ibu bapa tentang peranan ibu bapa dalam
memantau prestasi akademik, disiplin dan penggunaan wang biasiswa.

Penglibatan

Seramai 37 orang penerima biasiswa BKP dan BKPU serta ibu bapa penerima .

Kehadiran yang hadir

70 orang termasuk pelajar dan ibu bapa

Aturcara / aktiviti

1)Pendaftaran pelajar dan ibu bapa


2) Ucapan dari penolong kanan HEM , En. Datu Badaruddin Bin Datu
Ibrahim
3) Taklimat ringkas dari Penyelaras Biasiswa
4) Penyerahan surat tawaran penerima biasiswa BKP dan BKPU
5) Tandatangan perjanjian / aku janji- pelajar dan ibu bapa menandatagan aku
janji penerimaan tawaran biasiswa di hadapan guru-guru biasiswa.Satu salinan
surat aku janji turut diserahkan kepada ibu bapa.

Masalah Dan
Penambahbaikan

Masalah :
1) Kelewatan ibu bapa yang hadir disebabkan masalah pengangkutan
2) Terdapat pelajar yang tidak hadir bersama ibu bapa
Penambahbaikan :
1) Mengubah waktu dan hari mengikut kemampuan ibu bapa untuk hadir
2) Memaklumkan lebih awal kepada pelajar dan mengambil tindakan yang
tegas .

Disediakan oleh :
..
(YUSRA BT AB.LLAH)
Ketua Penyelaras
Unit Biasiswa Dan Bantuan (HEM)
SMK Abdul Rahim