Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS PANTUN

Pantun
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Maksud
Susah payah dalam sesuatu
pekerjaan akan menjadi
lebih ringan jika dilakukan
secara beramai-ramai.
Malah, cara demikian akan
menumbuhkan rasa bahagia
dan gembira kepada semua
orang yang turut serta.
Sebarang masalah dapat
diselesaikan dengan lebih
cepat dan mudah.

Buah salak di dalam kantung,


Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Ambilan peribahasa klasik


ini memang tepat dengan
mesej keseluruhan pantun.
Kekuatan masyarakat atau
mana-mana kumpulan
manusia terletak kepada
ikatan kerjasama yang
terjalin. Persefahaman ialah
teras keutuhan sesebuah
masyarakat.

Turun ke paya memetik kangkung,


Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk
sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.

Amalan dan tradisi gotongroyong berakar umbi di


kawasan desa dan
kampung. Kerja seperti
kenduri kendara dan
membina rumah
dilaksanakan secara
beramai-ramai. Bibit
kemesraan yang tumbuh
menyumbang terhadap
kehidupan masyarakat yang
rukun damai dan sejahtera.

Beras segantang sudah disukat,


Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

Muafakat hanya tercapai


jika semua anggota
masyarakat bersatu hati,
sekata dan sejiwa dalam
sesuatu hal, atau urusan
kerja. Muafakat ialah asas
perpaduan. Akhirnya,
negara akan beroleh
suasana (milieu) yang
aman, sentosa dan
tenteram sehingga rakyat
jelata menikmati
kesejahteraan hidup.

Sawah padi luas terbentang,


Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Prasyarat kejayaan
muafakat ialah ikhlas, jujur
dan saling percaya.
Pegangan sedemikian ialah
sebagai jaminan supaya
amalan muafakat dapat
bertahan sepanjang masa.

Harum sungguh bunga melati,


Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan
muafakat.

Amalan muafakat perlu


kepada sikap tolak ansur
dan saling hormat.
Perbezaan dalam perkaraperkara kecil hendaklah
diketepikan, sebaliknya
mendahulukan persamaan
buah fikiran dan cara
bertindak. Perpaduan
masyarakat sangat
bergantung kepada
kesanggupan menerima
perbezaan seadanya.

Anda mungkin juga menyukai