Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA

MAJLIS BERTEMU WARIS TAHUN 6 BERSAMA AHLI


JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR 2013

Pantun
Pembukaan
(C. Sabri)

(Azaliza)

Alu-aluan
pengacara
majlis

Indah sungguh ciptaan Tuhan


Mentari merah di waktu senja
Salam sejahtera saya ucapkan
Sebagai tanda pembuka bicara
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang berusaha, Pn. Norizan bt. Ismail, guru Besar SK
Datin Khadijah, Yang dihormati En. Azizul Rahim b. Abdul
Rahman, YDP PIBG SK Datin Khadijah,

guru-guru

penolong kanan, , guru-guru merangkap ajk pelaksana


(C. Sabri)

majlis, para ibubapa, tuan-tuan dan puan-puan warga


dewan sekalian sekalian.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia dan
salam Perak Aman Jaya.
Terlebih dahulu pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
semua dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih serta tahniah kepada semua warga
dewan yang hadir pada pagi yang bertuah ini demi
melaksanakan satu tanggungjawab yang telah
diamanahkan dan demi merealisasikan harapan pihak
sekolah dan kita semua untuk menyaksikan kejayaan
murid-murid Tahun 6 di dalam peperiksaan UPSR tidak
1

lama lagi.
Kejayaan yang bakal dikecapi ini juga akan terbukti
dengan semangat dan kerjasama di antara pihak sekolah
dan ibu bapa amnya dan usaha yang gigih daripada murid
tahun 6 khususnya.
Bacaan doa.

Hadirin sekalian,

(Azaliza)

Sebelum majlis ini diteruskan, moleklah apa kiranya


kita sama-sama memohon doa kepada yang maha
berkuasa agar dipermudahkan segala urusan dan
perancangan serta memohon agar majlis ini
berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Untuk
itu, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd. Idris b.
Wan Daud untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan YDP
PIBG
(C. Sabri)

Hadirin yang dihormati sekalian,


Untuk tidak melengahkan masa, dengan ini pihak
majlis menjemput dan mempersilakan Yang
dihormati, En. Azizul Rahim b. Abd. Rahman, YDP
PIBG SK Datin Khadijah untuk menyampaikan
ucapan. Dengan ini, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.
Ucapan Guru
Besar
(Azaliza)

Warga dewan sekalian,


Berikutnya pihak majlis menjemput Yang berusaha
Pn. Norizan bt. Ismail, Guru Besar SK Datin
Khadijah untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.

Sesi ESQ
&
Sesi
Kemusykilan
(C. Sabri)

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkna masa, dengan ini pihak majlis
menjemput dan mempersilakan Yang berusaha En.
Meor Shamsuddin b. Muhd Idris, Kaunselor
Organisasi, Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kuala
Kangsar untuk menyampaikan ceramahnya.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Meor
Shamsuddin b. Muhd Idris atas penyampaian
ceramahnya sebentar tadi.

Sesi Informasi
Program
Kecemerlangan
UPSR Tahun
2013

Berikutnya, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan yang berusaha Pn. Norizan bt.
Ismail, Guru Besar SK Datin Khadijah untuk
menyampaikan beberapa informasi terkini
berkaitan Program Kecemerlangan UPSR tahun
3

(Azaliza)

2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Taklimat Mata
Pelajaran

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat

(C. Sabri)

mata pelajaran penting di dalam tahun 6 yang


terlibat dengan peperiksaan awam yang dinilai dan
dijadikan ukuran untuk ke sekolah menengah dan
sekolah berasrama penuh serta ke sekolah
rancangan khas.
Kita mulakan taklimat ini dengan mata pelajaran:
1)
2)
3)
4)
5)

Pendidikan Islam
Bahasa Melayu
B. Inggeris
Matematik
Sains

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian


Lafaz ikrar
murid tahun 6
(Azaliza)

taklimat sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
Kita teruskan ke agenda berikutnya iaitu lafazan
ikrar oleh murid-murid tahun 6. Lafazan ikrar ini
akan dipimpin oleh adik Nurul Huda bt. Ahmad
Zubir, Ketua Pengawas tahun 2013. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ikrar
sebentar tadi.

Bersurai

Dengan berakhirnya lafazan ikrar sebentar tadi,


maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini,
4

(C. Sabri)

tetapi tidak berakhir pada usaha ,tanggungjawab


dan kerjasama kita semua demi kejayaan anak-anak
kita yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti.
Harapan setinggi gunung semoga segala pengisian
program pada pagi ini dapat dijadikan pemangkin
dan panduan kepada semua pihak untuk
melaksanakan peranan dan tanggungjawab masingmasing sama ada sebagai guru yang
bertanggungjawab mengajar dan melaksanakan
tugas di sekolah, sebagai ibu bapa yang berperanan
di rumah dan sebagai pelajar yang berperanan
melaksanakan amanah yang telah ditetapkan dengan
belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang
terjamin dan kejayaan yang berpanjangan insya
Allah.
Dengan ini kita akhiri majlis kita dengan tasbih
kaffarah dan surah al-Asr.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai