Anda di halaman 1dari 10

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN

BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


Seperti negara-negara di Benua Asia dan Afrika yang baru mencapai kemerdekaan,
Malaya ataupun sekarang Malaysia juga dahulu berlumba-lumba mahu mencapai kemajuan.
Dalam mencapai kemajuan, pelajaran merupakan satu masalah yang besar, sukar dan terpenting
(Mohd Hashim, 1991). Melalui pelajaran, ia dapat menyelesaikan kepelbagaian isu-isu rumit
yang dihadapi Malaya pada waktu itu yang berpunca daripada sejarah, penekanan kolonialisme
dan sebagainya. Malaya pada waktu itua dikatakan diantara negara-negara yang mundur telah
sedar bahawasanya pelajaran sangat penting dalam usaha untuk membina semula masyarakat
(social reconstruction). Ini kerana Malaysia sangat unik disebabkan masyarakatnya berbilang
bangsa serta berbagai-bagai bahasa, agama dan kebudayaan. Oleh itu, negara-negara lain melihat
Malaysia sebagai satu negara contoh yang memperlihatkan bagaimana percubaan dalam usahausaha penyatuan kaum melalui pelbagai usaha dan salah satunya adalah pelajaran. Namun
begitu, sudah jelas bahawasanya pendidikan di negara kita sebelum kemerdekaan telah dikelola,
didendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris. Pendidikan juga sebenarnya
adalah bertujuan semata-mata untuk memelihara serta menjamin kepentingan, hasrat dan citacita Inggeris. Ini dapat dilihat apabila Inggeris telah mengasingkan petempatan orang Melayu,
Cina dan India bagi menghalang ketiga-tiga bangsa ini bersatu lalu menentang mereka.
Pendidikan juga telah menjadi muslihat untuk membelenggu dan memecah-belahkan rakyat
(Ahmad, 1993). L.J. Barnes sendiri ada mengatakan bahawa;
Pelajaran Melayu wajib menggalakkan serta membolehkan orang-orang Melayu
mencapai tempat yang hak disamping kaum-kaum lain dalam masyarakat berbilang bangsa di
Malaya ... satu matlamat yang selayaknya diperolehi bagi bangsa yang pada saat ini sedar akan
kedudukannya di ambang untung nasib yang lebih gemilang.
Seiring dengan Dasar Pendidikan Negara pada masa sekarang, pada tanggal 8 Julai 2009,
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya
dengan MBMMBI iaitu dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris. Dasar ini dilancarkan adalah sebagai satu tindak balas selepas melakukan pelbagai
1

kajian, meneliti bantahan dan demonstrasi yang mendesak supaya dasar PPSMI dihapuskan.
Dasar MBMMBI merupakan dasar dwibahasa yang memang sudah sedia ada di dalam dasar
pendidikan kebangsaan. Memartabatkan Bahasa Melayu membawa erti meletakkan Bahasa
Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Selain itu, Bahasa
Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Objektif ataupun tujuan penubuhan dasar ini memartabatkan Bahasa
Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysia. Objektif utama pengukuhan Bahasa Inggeris pula adalah kerana
Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik
dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional
mahupun global.
Berdasarkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan ini, objektif kerajaan sebenarnya
adalah untuk memastikan kesemua pelajar rendah dan menengah di negara ini tidak kira di
bandar mahupun luar bandar mampu menguasai kedua-dua bahasa tersebut pada tahap yang
cemerlang. Pelaksanaan dasar ini dibuat setelah kerajaan mengambil kira pandangan masyarakat,
sarjana dan pelbagai pihak. Setelah pelbagai kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak, mereka
mendapati PPSMI tidak mencapai objektif seperti yang dirancang pada mulanya. Hal ini kerana
sebahagian besar pelajar, terutama sekali dari kawasan pedalaman, sukar memahami mata
pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka
mengambil masa yang lama untuk memahami konsep kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Kesukaran yang mereka alami ini telah memaksa guru matematik dan sains mereka
mengajar dalam bahasa Melayu supaya murid-murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran
berkenaan walaupun bahan pembelajaran adalah di dalam bahadsa inggeris. Masalah seperti ini
bukan sahaja dialami oleh sekolah di luar bandar, tetapi dialami juga oleh sekolah di bandar.
Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI masih diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini
mungkin tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan
2

terus ketinggalan dalam memahiri mata pelajaran yang sangat penting ini. Memetik ucapan
Menteri Pendidikan Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
dalam pengucapan yang bertajuk Lonjakan Berganda Mutu Pendidikan, beliau juga ada
menyebut mengenai perkara ini,
...kajian di peringkat antarabangsa, termasuk oleh UNESCO, yang memperakukan
bahawa bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, seperti bahasa ibunda, adalah bahasa
terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. Laporan Education
for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO memperakukan
kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan
pendidikan.
Ini bermakna, PPSMI tidak dilaksanakan sepenuhnya di sebahagian sekolah di negara ini,
apabila guru terpaksa menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) untuk menjelaskan
sesuatu topik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, terdapat juga guru yang tidak
menguasai istilah dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Jadi sudah
terbukti bahawa dasar ini tidak begitu berkesan.
Berbeza dengan konsep dan dasar MBMMBI, dasar MBMMBI ini memberikan
penekanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bahasa Melayu dan pada
masa yang sama, bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Ekoran
pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dihendaki menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,
manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
(SKJT) dibenarkan menggunakan bahasa pengantar masing-masing dalam sesi P&P mereka.
Selaras dengan keputusan kerajaan ini, pada tarikh 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah
Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa pengantar masing-masing dalam P&P mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan
untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
menegaskan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan MBMMBI dan memansuhkan PPSMI
3

harus dihormati dan diterima baik semua pihak kerana pemansuhan tersebut tidak bererti
kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah akan ditingkatkan dengan beberapa
langkah penambahbaikan P&P bahasa Inggeris.
Secara terperincinya, dasar MBMMBI adalah satu strategi yang dilaksanakan kerajaan
melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan
Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan
tambahan waktu P&P, tranformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia,
penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam P&P. Penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum
pembelajaran bahasa, menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan
fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, individu atau
kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas
sebenar selain dri dapat membentuk kreativiti pelajar, pusat setempat untuk aktiviti persatuan
bahasa seperti mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan.
Menteri Pendidikan Malaysia juga ada mengatakan didalam ucapannya bahawa pihak
kementerian akan mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus
Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Selain itu, kementerian juga
secara dasarnya bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru
yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus juga akan diberikan kepada guru bahasa
Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris
juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 murid, untuk
meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu
bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar yang lemah penguasaan
bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka boleh dibimbing dengan lebih dekat bagi membolehkan
mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, tambah beliau lagi.
Dasar pendidikan yang berkonsepkan kedwibahasaan atau bilingualism seperti yang
menjadi tunjang dasar MBMMBI ini juga sebenarnya telah dilaksanakan di negara-negara lain
4

yang pernah diduduki penjajah sebagaimana yang dialami oleh negara-negara ASEAN seperti
Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei kecuali Thailand. Malaysia, Singapura dan
Brunei merupakan bekas tanah jajahan Inggeris, manakala Filipina pula bekas jajahan takluk
Sepanyol dan kemudian Amerika Syarikat. Perbincangan mengenai aspek pendidikan dwibahasa
selalunya banyak dikaji oleh ahli sarjana di negara Malaysia, Singapura dan Brunei khususnya
kerana ketiga-tiga negara ini mempunyai pertalian sejarah yang hampir sama dari segi sistem
pendidikan serta perancangan bahasanya. Secara linguistiknya, mereka mempunyai masyarakat
yang bertutur pelbagai bahasa, dan sistem pendidikan kedwibahasaan merupakan suatu yang
bukan asing di kalangan para penduduknya (Llamzon & Lee, 1980). Mohd Rasdi bin Saamah
ada memetik kata-kata Paker di dalam penulisan yang yang bertajuk Sistem Pendidikan
Dwibahasa di Negara-Negara ASEAN, ketiga-tiga negara yang berjiran ini, Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang dianggap sebagai bahasa kebangsaan kedua meskipun pengalaman pasca
kolonial di Malaysia dan Singapura berbeza daripada pengalaman Brunei yang telah menjadi
negara lindungan British.
Mengambil contoh yang terdekat iaitu negara Singapura, perubahan-perubahan dasar
pendidikan di Malaysia seperti dasar PPSMI dan MBMMBI dilihat hampir sama dengan
perubahan-perubahan dasar yang telah diusahakan oleh negara ini melalui Bilingualism Policy.
Sistem pendidikan yang diterapkan oleh Lee Kuan Yew sejak tahun 1959 ini telah member satu
implikasi yang besar terhadap ekonomi, politik dan sosial Singapura pada masa kini. Jika kita
membincangkan perkara ini dalam kandungan normatif dasar awam, dasar dwibahasa Singapura
adalah berasaskan ideologi atau pendirian politik Lee Kuan Yew yang mementingkan kesamarataan. Secara amnya, masalah dwibahasa di Singapura lebih kepada Bahasa Mandarin lawan
Bahasa Inggeris. Ini disebabkan komposisi penduduk kaum cinanya meliputi 75% dari
keseluruhan rakyat Singapura.
Di Malaysia, ideologi di sebalik perlaksanaan dasar MBMMBI ini jika dirujuk melalui
perspektif sudut pandang Hang di dalam penulisannya yang bertajuk Nation Building, English
as an InternationaL Language, Medium of instruction, and language debate: Malaysia and
Possible Ways forward, penulis bermonolog perkara asas di dalam perlaksanaan MBMMBI,
We seek to understand how the main ethnic groups in Malaysia, particularly the Malays
and the Chinese, have resisted and / or utilised varied emphases on English and Bahasa
5

Malaysia at the individual, community and national levels as well as to claim and exert different
kinds of power
Maksud beliau di sini adalah, setiap individu yang berlainan bangsa itu menghadapi
masalah dalam penguasaan bahasa berlainan seperti bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara
tuntas di dalam peringkat individu, komuniti dan kebangsaan kerana setiap perbezaan individu
itu berbeza tahap kemahiran diri masing-masing dalam memahami dan menguasai Bahasa
berlainan jika mereka terus bergerak bersendirian.
Berbalik kepada matlamat utama perlaksanaan dasar MBMMBI ini adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu, serta memperkukuh
Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa,
maka dapat disimpulkan dengan mudah disini bahawa ideologi yang menjadi paksi dasar ini
adalah ideologi nasional atau nasionalisme. Ideologi nasional merupakan sebuah prinsip yang
berpaksikan pegangan Rukun Negara yang mengutamakan perpaduan kaum kerana setiap ayat di
dalam Rukun Negara itu membentuk Negara dan masyarakat bergerak seiring di bawah paying
institusi di-Raja serta taat di bawah keluhuran perlembagaan. Dalam erti kata lain, bertunjangkan
ideologi nasional ini lah, matlamat utama dasar MBMBI ini dapat direalisasikan dalam
membentuk rakyat Malaysia menguasai kepelbagaian Bahasa jika ianya disulamkan dengan
perpaduan yang jitu sekaligus melahirkan generasi yang bersaing dengan lebih mampan lagi
dalam peringkat lokal mahupun global dan ini secara tidak langsung dapat mencerminkan negara
Malaysia sebagai sebuah contoh negara bangsa di mata dunia luar.
Idea dominan yang boleh kita kenal pasti dalam dasar MBMMBI ini adalah idea dari segi
ekuiti (equity) dan perpaduan negara (national unity). Idea dominan merupakan peringkat kedua
dalam kandungan normatif ataupun normative content (G. Bruce Doern dan Phidd, 1988).
Konsep ekuiti menurut G. Bruce Doern dan Phidd diperkukuh oleh idea-idea tentang kedaulatan
undang-undang dan kesamarataan sisi undang-undang yang pada masa yang sama menyuruh
pembuat dasar untuk bertindak secara adil kepada rakyat dalam situasi yang sama dan bertindak
secara adil kepada rakyat yang tidak berada dalam situasi yang setara tidak sama. Ini sebenarnya
bertujuan untuk berlaku adil dan munasabah. Tambah mereka lagi, ekuiti dalam erti kata yang
luas, membentuk satu konsep falsafah dan demokratik yang konsisten. Walau bagaimanapun,
6

semasa perlaksanaan, injunksi komponennya sering bercanggah. Ini dapat diberi contoh semasa
dasar PPSMI dilaksanakan. Namun, dasar yang lebih baik dapat dilaksanakan demi menghindari
permasalahan ini. Kita dapat lihat disini apabila kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI
disebabkan wujud ketidak-adilan melalui dasar ini apabila pelajar di bandar lebih mendapat
manfaat berbanding pelajar di kawasan pedalaman. Ini kerana pelajar di bandar kebanyakannya
mempunyai lebih kebolehan dari segi penguasaan Bahasa Inggeris berbanding pelajar di
kawasan pedalaman yang mana kebanyakan mereka lemah dalam Bahasa Inggeris. Sudah jelas
di sini wujud ketidak-samarataan dan tindakan kerajaan memansuhkan PPSSMI dikatakan adalah
untuk mencapai kesamarataan atau keadilan. Keciciran dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik oleh pelajar di kawasan luar bandar khususnya bukanlah disebabkan para pelajar
tidak cemerlang.
Namun berdasarkan kajian, ia sebenarnya disebabkan oleh medium penyampaian ilmu
yang tidak sesuai dengan keadaan mereka. Medium yang dimaksudkan adalah dari segi bahasa
dan kemudahan contohnya. Jadi bagi mencapai kesamarataan, kerajaan telan memansuhkan
PPSMI dan menggantikannya dengan dasar baru iaitu dasar MBMMBI yang dilaksanakan secara
beransur-ansur. Ini bagi mewujudkan kesamarataan dari segi kemampuan dan keadilan bagi
setiap pelajar sekolah yang mana mungkin ada yang tidak begitu fasih dalam Bahasa Inggeris.
Pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris tidak semestinya tidak cemerlang dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik, tetapi apabila mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Inggeris,
proses pembelajaran menjadi sukar dan lambat kerana murid-murid tidak faham dengan apa yang
diajar oleh guru mereka. Jadi, diantara idea utama dalam perlaksanaan dasar MBMMBI ini
adalah intuk mencapai ekuiti di kalangan pelajar dan tenaga pengajar itu sendiri kerana bukan
semua tenaga pengajar benar-benar fasih dalam Bahasa Inggeris.
Idea dominan kedua disebalik perlaksanaan dasar MBMMBI adalah perpaduan negara
ataupun national unity. Perpaduan negara dan nasionalisme yang sememangnya menjadi ideologi
negara kita adalah satu idea yang mengalir dari imperatif wilayah politik, termasuk keperluan
dasar luar, kedaulatan dan hubungan antarabangsa. Ia meletakkan nilai tertinggi pada keputusan
yang meningkatkan identiti individu dan kumpulan dalam Malaysia secara keseluruhan, tradisi,
simbol, institusi, dan memori kolektif. Nasionalisme juga memberi perhatian yang dominan pada
negara yang amat mementingkan penumpuan terhadap agama, budaya dan bahasa minoriti. Jadi
7

jika kita lihat dengan lebih mendalam, perlaksanaan dasar MBMMBI ini mengutamakan bahasa
kebangsaan Malaysia dan bahasa pengantar kaum lain demi menjaga identiti negara dan
menjamin kebaikan semua pihak terutamanya pelajar. Seperti yang sudah dinyatakan, bahasa
kebangsaan merupakan satu medium untuk mencapai kesepakatan di kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ini demi mencapai Wawasan 2020.
Reformasi demi reformasi sistem pendidikan negara kita bermula dari zaman kolonial
sedikit sebanyak adalah demi mencapai Wawasan 2020. Wawasan 2020 merupakan matlamat
Malaysia untuk menjadi negara maju yang berteraskan perindustrian dalam tempoh 30 tahun
yang bermula pada tahun 1991. Bagi mencapai matlamat ini, segala kemungkinan dan cabaran
pada masa ini dan masa akan datang perlu dianalisis dengan teliti. Maka dengan itu, konsep
wawasan bukan sahaja memberi implikasi yang besar terhadap kehidupan dan pembangunan,
tetapi juga terhadap sistem pendidikan negara itu. Satu proses yang dinamakan enviromental
scanning yang bersifat futuristik telah wujud untuk memahami arah aliran kini dan aliran akan
datang.
Konsep Wawasan 2020 boleh dilihat melalui tiga dimensi iaitu yang pertama adalah
daripada perspektif jangka waktu selama 30 tahun yang bermula dari 1990. Perspektif kedua
adalah dari sudut suatu analogi yang digunakan dalam bidang pengajian kaji lihat ataupun lebih
dikenali sebagai opthomology, manakala perspektif ketiga adalah dari sudut kajian masyarakat
yang mana merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan, dan alam
sekitar (Ahmad, 1993). Hussien Hj. Ahmad melalui bukunya yang bertajuk Pendidikan dan
Masyarakat juga berkata, Wawasan 2020 secara umumnya, merupakan satu wawasan yang
sangat mencabar dan bersifat futuristik, dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju dalam tempoh tersebut. Kemajuan yang disebut beliau dalam bukunya adalah
merangkumi segala aspek dan dimensi seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan
budaya. Namun begitu, wawasan ini haruslah dicorakkan dengan pandangan dan world-view
rakyat Malaysia sendiri dengan berpaksikan seluruh faktor yang bersifat indigenous dan
Malaysian-centric. Wawasan ini juga tidak harus semata-mata bersifat materialisme,
utilitarianisme, pragmatisme atau sosialisme seperti yang diamalkan oleh negara maju dan
masyarakat Barat yang terlalu berteraskan fahaman sekular. Konsep maju yang dimaksudkan
disini juga haruslah tidak berlandaskan kebaratan ataupun ketimuran. Maju yang dimaksudkan
8

disini adalah maju berdasarkan acuan Malaysia sendiri dan oleh itu, masyarakat Malaysia
haruslah yakin dengan kekuatan yang ada padanya selain dari menghakis nilai-nilai lapuk yang
tidak patut diwarisi dari masa lampau. Demi menghasilkan apa yang diingini ini, tindakan dalam
melahirkan masyarakat yang mencapai tahap keilmuan yang tinggi dengan disiplin masyarakat
yang kukuh dan kuat haruslah diperhebatkan. Secara amnya, Wawasan 2020 merupakan satu
saranan dan cabaran terhadap pembagunan yang berasakan nilai-nilai seperti keadilan ekonomi
dan sosial bagi seluruh rakyat Malaysia, merangkumi semua golongan dan lapisan masyarakat,
dan juga kekuatan intecltual capital dan daya akal yang bebas daripada kongkongan paradigma
budaya tradisi; demokrasi ala Malaysia yang berorientasikan masyarakat yang bersatu padu,
mengakui tentang kepelbagaian agama, adab dan budaya yang semestinya berteraskan semangat
patriotisme

kepada negara, sehingga melahirkan masyarakat yang kukuh dengan sifat-sifat

kerohanian, akhlak dan moral yang progresif, dinamikdan saintifik.


Dalam memahami hubungan antara sistem pendidikan dengan Wawasan 2020, terdapat
beberapa ciri yang signifikan perlu dikaji dengan teliti supaya ia tidak bercanggah dengan Dasar,
reformasi dan Wawasan 2020. Apabila dikaji secara perbandingan mengenai ketiga-tiga perkara
ini, mereka sebenarnya mempunyai matlamat yang sama. Seperti contoh yang diberi oleh
Hussien Hj. Ahmad, ia sebenarnya adalah ciri-ciri dalam dasar pendidikan negara

yang

memerlukan sistem pelajaran kebangsaan yang digubal untuk semua golongan, kaum dan lapisan
masyarakat tanpa mengira daerah, negeri mahupun kawasan. Sejak dari dasar ini digubal,
matlamatnya adalah hanyalah perpaduan. Dalam hal ini, reformasi atau perubahan daripada
konsep pendidikan juga bermatlamatkan perpaduan. Begitu juga dengan wawasan yang
menegaskan matlamat kemajuan negara hendaklah berteraskan konsep perpaduan nasional yang
kukuh.
Sehubungan dengan itu, konsep Dasar, Reformasi dan Wawasan tersebut sebenarnya
tidak bercanggah dengan penerapan nilai-nilai teras dan dan nilai-nilai murni seperti yang
disarankan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kata Hussien Hj. Ahmad lagi, setelah dianalisis,
tiada percanggahan yang ditemui antara nilai-nilai bagi mewujudkan insan Malaysia yang
seimbang daripada segala segi malalui Fasafah Pendidikan Negara yang mana matlamatnya
adalah untuk membangunkan rakyat Malaysia yang maju seperti yang diwar-warkan dalam
Wawasan 2020.
9

Akhir sekali, apa yang dapat disimpulkan mengenai perbincangan ini adalah
sesungguhnya usaha yang dilakukan kerajaan melalui dasar pendidikan iaitu dasar MBMMBI
adalah sebenarnya untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan identiti negara kita
tanpa mengabaikan Bahasa Inggeris yang juga sangat penting pada masa kini sebagai bahasa
antarabangsa. Selain itu, matlamat disebalik dasar ini juga adalah untuk mencapai kesepaduan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini kerana pelajar sekolah jenis kebangsaan dibenarkan
menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Diharap dasar ini dapat mencapai matlamatnya
dan bakal memberi pulangan yang terbaik di masa hadapan.

10