Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Para pengkaji yang ingin meninjau tentang corak pemikiran dan ajaran
Jamaat Tabligh biasanya akan menghadapi masalah umum, iaitu kekurangan
sumber pertama tentang gerakan ini. Menurut Judith Nagata:
Since Tabligh deliberately maintain a relatively low
profile and publishes no literature, its views on social
and theological issues are harder to access.
Pendapat Nagata ini ada asasnya, tetapi agak berlebihan kerana memang
terdapat rujukan-rujukan asas tentang pemikiran mereka. Cuma jumlahnya
tidak banya, kerana mereka dikatakan lebih mementingkan kegiatan amali
daripada kegiatan menulis dan berteori.
Sebenarnya, berdasarkan literature yang ada, pemikiran Muhammad Ilyas
khususnya dapat dirujuk pada dua buah buku, iaitu Malfuzat: Ucapan-ucapan
Hadrat Maulana Muhammad Ilyas dan Mutiara Nasihat Maulana Ilyas &
Maulana Yusuf. Tidak syak lagi buku-buku ini mendedahkan hakikat ajaran
Muhammad Ilyas yang sangat mengutamakan nilai-nilai zuhud atau anti
keduniaan dan anti kebendaan.
Berikutnya dibahaskan asas-asas pemikiran Jamaat Tabligh baik yang
berkembang di India mahupun yang berkembang di Malaysia. Pertama sekali
darpada segi tujuan diwujudkan gerakan Jamaat Tabligh ini, ia adalah
berasaskan dua ayat al-Quran, iaitu (maksudnya):
Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada
yang mungkar, ,merekalah orang yang beruntung. (Ali Imran: 104)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka, antara mereka ada yang beiman, dan kebanyakan mereka
adalah orang yang fasik. (Ali Imran: 110).
Jadi selaras dengan nama gerakan ini sendiri, matlamat utamanya adalah
untuk menjalankan tabligh atau dakwah, iaitu menyeru manusia ke jalan
Allah SWT dengan menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang
mungkar. Kalau boleh, dikatakan suatu ideology itu, sebenarnya Jamaat
Tabligh menganut semacam ideologi Tablighisme. Tekanannya yang utama
kerana negeri india ketika itu merupakan negeri ataupun wilayah yang paling
banyaknya tersebar kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik yang benarbenar mengancam kemurnian iman dan akidah. Betapa kurangnya perhatian
beliau tentang masalah syirik ini dapat dilihat pada jawapan yang
diberikannya apabila seseorang yang tertentu datang meminta azimat
kepadanya. Jawab Muhammad Ilyas:
Saudara, semoga Tuhan menggembirakanmu. Saya tidak tahu pun
tentang tangfkal, azimat, mantera dan sebagainya. Bagfaimanapun jikalau
saya dapat membawa perhatian kamu kepada tugas dakwah yang mampu
menguatkan iman kamu, itulah manfaat paling besar yang dapat
memudahkan urusan kamu di sunia serta menjamin kehidupan yang lebih
baik sesudah mati. Saya mahu membuat usaha dakwah walaupun saya tidak
mendakwa bahawa saya tahu apapun mengenainya.
Demikian juga cara jawapannya pada ketika yang lain:
Saya tidak tahu apapun tentang tangkal dan azimat. Bagfi saya, tugas
dakwah itu adalah ubat bagi segala penyakit. Penyebaran agama akan
menggembifrakan Tuhan dan Nabi Muhammad SAW akan merasa bahagia di
dalam makam baginda yangf suci. Apabila Tuhan gembira, nescaya Dia akan
membetulkan segala-galanya secara automatik.
Darpada jawapan-jawapan seumpama ini, jelas sekali yang Muhammad Ilyas
lebih gemar berbicara tentang kegiatan tabligh daripada menyentuh
masalah syirik. Walaupun didapati beliau sama sekali tidak melayani
permintaan untuk memberi azimat atau tangkal, namun beliau tidak pula
menyebutnya dengan tegas bahawa azimat dan tangkal itu adalah amalan
syirik belaka sebagaimana banyak disebut dalam Hadis-hadis sahih. Pendek
kata, keutamaannya kepada matlamat perjuangannya untuk bertabligh
mengatasi persoalan-persoalan lain.
Mengiringi prinsip pertama ialah prinsip kedua, iaitu solat (Namaz).
Sebenarnya, menurut Muhammad Ilyas, Kalimah (Tayyibah) dan Namaz ini
merupakan dua prinsip yang asasi dan terpenting. Bahkan ketika beliau
mula-mula menggerakkan tabligh di Mewat, dua prinsip inilah yang
ditekankan dulu. Fadilat solat adalah terlalu banyak jika hendak
diperhitungkan, apalagi jika ia secara berjemaah. Muhammad Ilyas
sememangnya cukup mementingkan solat Jemaah, sesuai dengan
kedudukannya sebagai pendukung mazhab Hanafi yang menekankan hukum
solat Jemaah sebagai wajib. Ketika menyentuh tentang kepentingan Kalimah
dan Namaz ini, Muhammad Ilyas berkata:
Matlamat serta tugas kita adalah untuk mengajar umat Islam semua
perkara yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, seperti untuk
menyatupadukan ummah dengan struktur konsep serta amalan yang