Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA :

PERMAINAN TRADISIONAL (GULI)

TARIKH : 20 APRIL 2014


TEMPAT :PADANG IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan
sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan
tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan
tradisional yang dipilih oleh kami ialah guli.
Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa
lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng.Permainan
guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini dipilih
kerana ia dapat memelihara tradisi turun temurun supaya tidak dilupakan masyarakat kita.

RASIONAL

3.1

PERTANDINGAN

Penganjuran kertas kerja ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman
mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

3.2

Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benarbenar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang
mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan
sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti
sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.3

Selain itu, kertas kerja ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta
terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia,
khususnya permainan guli sejak sekian lamanya.

KEPENTINGAN

4.1

Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional
itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.

4.2

Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai
nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

OBJEKTIF
5.1

Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.

5.2

Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan
dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.

5.3

Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti
kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.

5.4

Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan
intelek.

PERANCANGAN

6.1

Melantik Jawatankuasa Induk.

6.2

Menentukan bidang tugas.

6.3

Perancangan kertas kerja.

6.4

Membuat anggaran perbelanjaan.

6.5

Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat,
padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi,
pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.

6.6

Menentukan masa pertandingan.

6.7

Post-mortem bersama AJK Induk.

PELAKSANAAN KERTAS KERJA

7.1

Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha
dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.

7.2

Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).

7.3

Mesyuarat antara JK Induk dan mesyuarat JK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat dari
semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.

7.4

Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan, melalui medium yang sesuai.

7.5

Menentukan pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti


Hospital Jitra, St. John dan PBSM.

TEMPOH AKTIVITI

8.00 pagi 5.00 petang

TEMPAT

Padang IPG Kampus Darulaman.

10.0

ATURCARA

8.00 pagi

: Pendaftaran peserta

8.30 pagi

: Senam seni

9.00 pagi

: Pertandingan Permainan Tradisional

Guli

Rebut negeri

Kabadi

1.00 petang

: Rehat

2.00 petang

: Pertandingan Permainan Tradisional

Sepak raga bulatan

Tuju tin

4.30 petang

: Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

5.00 petang

: Bersurai

11.0

JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS

DARULAMAN
Pengerusi

: Muhammad Zahhar Bin Mohd Hatta

Naib. Pengerusi

: Nur Wahida Bt Omar

Setiausaha

: Nor Haziqah Bte Rosli

Naib Setiausaha

: Nur Hanis Hafiza Bt Abu Hassan

Bendahari

: Ahmad Abdul Zarif Bin Idris

AJK Urusetia

: 1. Siti Yuhanis Binti Mohd Yusri


2. Nornabilah Binti Mansor

AJK Teknik

: 1. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor

2. Muhammad Firdaus Bin Ramli


3. Zuraida Binti Hasan
4. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab
5. Nisha A/P Arikrishnan
AJK

Peralatan

dan persiapanTempat

: 1. Shamshul Aulia Bin Yunus


2. Nurazilah Bt Mat Hussin

3. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor


AJK Hadiah, Cenderamata
dan Sijil

: 1. Mohd Farhan Bin Mohammad Fishoul

2. Nurhidayah Bt Bedah

3. Muhammad Firdaus Bin Ramli

AJK Publisiti dan


Dokumentasi

: 1. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri

2. Norjuliana Bt Shahabuddin

3. Nisha A/P Arikrishnan

AJK Tugas Khas

: 1. Noor Ashikin Binti Othman

2. Aqilah Binti Abu Seman

3. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab

AJK

Kebersihan,
Keselamatan
dan Pertolongan Cemas

: 1. Nur Hasyimah Binti Abdul Aziz

2. Nur Zafirah Binti Mohd Zakari

3. Zuraida Binti Hasan

12.0

PENYERTAAN

Sila lihat lampiran A

13.0

PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Dipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO

dan Stor IPG Kampus Darulaman .

14.0

ANGGARAN KEWANGAN

Sila lihat lampiran B .

15.0

PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak
yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta
pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan dari pihak tuan
agar permohonan untuk menjalankan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan dengan
sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang
dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

Anda mungkin juga menyukai