Anda di halaman 1dari 13

PERBINCANGAN KES 1

1. Cadangkan cara kepimpinan instruksiaonal yang boleh diamalkan oleh Cikgu


Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya

Kepimpinan instuksional secara tradisinya seperti yang kita ketahui bahawa


amalan kepimpinan instruksional seseorang pemimpim sekolah termasuklah
menyatakan harapan harapan tinggi terhadap guru-guru dan pelajar-pelajar dimana
peranannya telah diluaskan daripada hanya menjadi seorang penilai kecekapan
guru kepada berperanan sebagai fasilitator perkembangan profesion guru.Gaya
kepimpinan ini juga adalah berasaskan perspektif hubungan manusia yang melihat
organisasi yang dipimpin sebagai sebuah keluarga yang besar

Difinasi yang boleh diterima dan sering digunakan oleh pengkaji pengkaji
ilmiah adalah yang di utarakan oleh Smith & Andrews pada tahun 1989, menurut
beliau ,definisi instruksional ialah melaksanakan pelbagai tugas seperti pencerapan
di bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. Manakala Brewer
2001, menyatakan definisi bagi kepimpinan instruksional ialah memberi tumpuan
kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti pembelajaran, berkongsi sama
dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara
asas, manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf yang
berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program-program
1

sekolah. Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara


berterusan.
Menurut Hallinger dan Murphy (1985) kepimpinan instruksional merujuk
kepada segala tingkah laku pengetua yang dilaksanakan dengan tujuan memajukan
dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang
melibatkan guru, murid, ibu bapa, perancangan sekolah, pengurusan sekolah,
kemudahan sumber, dan budaya sekolah. Menurut mereka lagi, kepimpinan
instruksional merujuk kepada tiga dimensi iaitu pertama menentukan misi sekolah di
mana terdapat dua fungsi dalam dimensi ini iaitu merangka matlamat sekolah dan
menyampaikan matlamat sekolah. Dimensi kedua ialah menguruskan program
pengajaran dengan tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras
kurikulum, dan memantau kemajuan murid. Dimensi ketiga adalah mewujudkan iklim
pembelajaran sekolah dengan lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran,
mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan
pembangunan profesional, dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.
Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) telah dibangunkan
oleh Philip Hallinger dan Joseph Murphy dengan menggariskan tiga dimensi utama
kepimpinan instruksional iaitu menentukan misi sekolah, menguruskan program
pengajaran, dan mewujudkan iklim pembelajaran sekolah. Terdapat sepuluh fungsi
kepimpinan bagi dimensi kepimpinan instruksional di dalam model ini iaitu merangka
matlamat sekolah, menyampaikan matlamat sekolah, menyelia dan menilai
pengajaran, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal waktu
pengajaran,

mengekalkan

menggalakkan

ketampakan,

pembangunan

profesional,

menyediakan
dan

insentif

menyediakan

untuk

guru,

insentif

untuk

pembelajaran.
Sebagai pemimpin yang menerajui sekolah berprestasi rendah, Cikgu
Norman boleh mengamalkan cara kepimpinan instruksional ini bagi meningkatkan
lagi prestasi sekolahnya. Beliau boleh mengamalkan model yang diketengahkan
oleh Hallinger dan Murphy (1985).
Pada dimensi pertama iaitu menentukan misi sekolah yang mempunyai dua
fungsi iaitu Cikgu Norman boleh merangka matlamat sekolah serta menyampaikan
matlamat sekolah. Cikgu Norman dan guru-gurunya bekerjasama menentukan misi
yang jelas dan boleh dicapai terutamanya dalam bidang akademik murid-murid.
Cikgu Norman boleh merangka matlamat tersebut apabila mengadakan mesyuarat
2

bersama guru-guru seperti mesyuarat kurikulum dan panitia. Keputusan yang


disepakati boleh di laksanakan dengan baik oleh beliau dan guru-guru. Sehubungan
itu, adalah menjadi tanggungjawab guru besar sebagai pemimpin instruksional
menyampaikan matlamat sekolah dengan berkomunikasi supaya diketahui oleh
semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar. Ini dapat dilakukan dengan saluran
komunikasi formal dan tidak formal seperti melalui bahan edaran, mesyuarat
mingguan sekolah, perhimpunan sekolah, perbincangan dengan guru dan staf,
papan kenyataan sekolah, dan sebagainya.
Manakala dimensi kedua iaitu menguruskan program pengajaran di mana
Cikgu Norman perlu memberi tumpuan pada penyelarasan dan kawalan arahan dan
kurikulum. Ini merangkumi tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran,
menyelaras kurikulum, dan memantau kemajuan murid. Berdasarkan kepada tiga
fungsi yang disebutkan, Cikgu Norman mesti melibatkan diri secara menyeluruh
dalam bidang pembangunan akademik di sekolah. Dalam model ini, pembangunan
akademik pelajar merupakan aspek utama yang menjadi tanggungjawab utama guru
besar. Cikgu Norman harus melibatkan usaha bersama guru dalam mengurus
bidang kurikulum sekolah. Selain itu, Cikgu Norman juga perlu membuat lawatan
bagi tujuan penyeliaan guru bagi menyelaraskan amalan-amalan guru dalam bilik
darjah. Seterusnya, Cikgu Norman juga perlu memantau kemajuan murid-muridnya
berdasarkan kepada keputusan analisa peperiksaan supaya program-program
kemajuan akademik dapat dibuat penambahbaikan agar matlamat sekolah tercapai.
Dimensi ketiga iaitu mewujudkan iklim pembelajaran sekolah merangkumi
lima

fungsi

iaitu

mengawal

waktu

pengajaran,

mengekalkan

ketampakan,

menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan professional, dan


menyediakan insentif untuk pembelajaran. Cikgu Norman sebagi pemimpin di bantu
dengan penolong kanan mesti mengamalkan MMI iaitu Menghormati Masa Interaksi
bersama murid-murid. Cikgu Norman juga seharusnya terlibat bersama-sama
dengan guru dan murid bagi menjayakan setiap program dan aktiviti sekolah. Cikgu
Norman perlu memberikan galakan dan bimbingan kepada guru serta memberikan
insentif kepada guru-guru dan murid-murid. Kepada guru-guru yang menunjukkan
perkhidmatan cemerlang perlulah diberi penghargaan yang sesuai dengan
sumbangannya. Begitu juga murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam
akademik perlu diberi insentif sebagai penghargaan yang memberi motivasi
kepadanya dan murid-murid lain untuk lebih berjaya. Bagi menjadikan guru-guru
3

sekolahnya orang yang lebih berilmu pendidikan Cikgu Norman perlulah


menyediakan kursus-kursus ke arah perkembagan ilmu terhadap guru-gurunya
sesuai

dengan

jawatan

professional.

Cikgu

Norman

turut

mempunyai

tanggungjawab kepimpinan instruksional untuk menyelaraskan piawaian dan amalan


sekolah berdasarkan misi dan mewujudkan sokongan terhadap iklim pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Oleh yang demikian apa yang telah di gariskan oleh Model Kepimpinan
Instruksional boleh diamalkan oleh Cikgu Norman di sekolahnya dengan harapan
prestasi sekolahnya akan meningkat. Model ini dilihat mampu mengubah gaya
kepimpinan dan peningkatan prestasi sekolahnya memandangkan cara kepimpinan
ini bermula dari penetapan misi dan visi sekolah yang melibatkan kerjasama dengan
guru-guru serta melihat dari segi pengajaran dan iklim sekolah secara menyeluruh

PERBINCANGAN KES 2
2. Cadangkan dua teori kepimpinan yang dirasakan paling sesuai diapliksikan
oleh cikgu Norman dalam kepimpinanya dan kemukakan hujah serta contoh
yang sesuai tentang keberkesanan kepimpinan tersebut.

Kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kepimpinan dan pelbagai teori
kepimpinan telah dikemukakan untuk menjelaskan fenomena ini. Walaupun terdapat
pelbagai kaedah dan perseptif dalam mengkategorikan teori-teori kepimpinan
menurut pengarang/pengamal kepimpinan yang berbeza skop perbincangan dan
kajian dalam bab ini berdasarkan bebeberapa teori tradisional dan teori semasa.

Dalam menghuraikan keberkesanan kepimpinan Cikgu Norman yang boleh


diaplikasikan di sekolahnya, terdapat dua teori kepimpinan yang dirasakan paling
sesuai diaplikasikan oleh beliau. Teori kepimpinan yang boleh diaplikasikan beliau
ialah teori situasi
Teori Y
Teori Y mengutamakan keperluan aras tinggi. Oleh itu, untuk meningkatkan
aras motivasi guru-guru di sekolahnya Cikgu Norman perlu melibatkan guru-guru
dalam proses membuat keputusan di peringkat sekolah. Dalam iklim persekolahan
terdapat pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan yang melibatkan
perbincangan meja bulat di buat antara pimpinan sekolah dan guru-guru. Dalam
perbincangan

antara

pimpinan

dan

guru-guru

tentulah

pendapat-pendapat

dikeluarkan oleh guru-guru seterusnya kepada keputusan dibuat. Hal ini perlu
dilakukan oleh Cikgu Norman sebagai guru besar yang memimpin sekolahnya
khususnya guru-guru dan kaki tangan sekolahnya. Apabila guru-gurunya merasakan
mereka juga terlibat dalam proses membuat keputusan sekolah mereka akan rasa
lebih bertanggungjawab dan diperlukan dalam sekolah dalam membawa halatuju
sekolah. Guru-gurunya akan rasa lebih di hargai dengan idea dan cadangan yang di
5

lontarkan untuk peningkatan prestasi sekolah. Semestinya guru-guru di sekolah


Cikgu Norman mempunyai idea-idea yang bernas untuk digunapakai untuk
peningkatan prestasi sekolah dan ternyata sebagai seorang guru tidak ingin melihat
prestasi sekolah menjadi rendah. Ekoran daripada itu guru-guru akan lebih
bersemangat dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Cikgu Norman juga boleh menggalakkan kesepaduan kerja antara gurugurunya. Seperti yang sedia maklum program dan aktiviti yang diadakan di sekolah
memerlukan kerjasama berpasukan dan penglibatan seratus peratus guru bagi
menjayakannya. Dengan cara ini guru-guru Cikgu Norman tidak merasakan mereka
bergerak secara seorang diri dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Kesepaduan dan
kerjasama antara guru-guru dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk
bekerja dengan lebih baik. Kesan daripada keadaan tersebut hubungan antara guru
menjadi lebih mesra antara satu sama lain seterusnya meningkatkan hubungan
sosial antara mereka.
Cikgu Norman juga perlu menyedari bahawa setiap gurunya mempunyai
kelebihan masing-masing. Oleh yang demikian Cikgu Norman boleh memberikan
suntikan semangat supaya guru-guru dapat menunjukkan dan mengamalkan
keupayaan mereka dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan ini guruguru dapat membuktikan keupayaan masing-masing dengan kelebihan yang mereka
ada untuk meningkatkan prestasi sekolah. Keadaan ini menyebabkan wujudnya
persaingan secara sihat antara guru dalam mengamalkan mutu kerja mereka.
Contohnya ialah guru-guru kelas bersaing menghias kelas masing-masing untuk
pertandingan kelas tercantik yang diadakan pada setiap minggu. Contoh yang lain
yang dapat dilihat ialah mutu pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru berlainan
antara satu sama lain dari segi kaedah, teknik dan cara tidak lain tidak bukan untuk
meningkatkan prestasi sekolah.
Manusia secara semulajadinya berkehendak kepada penghargaan diri
samaada pujian kata-kata ataupun hadiah. Bagi meningkatkan motivasi dan
semangat guru-guru dan kakitangan sekolahnya Cikgu Norman perlu menunjukkan
penghargaan

kepada

tugas-tugas

yang

dilaksanakan

oleh

guru-gurunya.

Penghargaan yang perlu diberikan bukan beerti semata-mata guru itu menempa
sesuatu kejayaan untuk sekolah atau sebagainya. Tetapi penghargaan itu boleh
diberikan kepada tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Contoh penghargaan yang
boleh diberikan oleh Cikgu Norman kepada guru-guru dan kakitangannya atas
6

penghargaan terhadap tugas ialah dengan memilih mereka mendapat Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang pada setiap hujung tahun. Anugerah ini hanya boleh
diberikan kepada mereka yang benar-benar layak disebabkan menjalankan tugas
dengan baik. Sekiranya Cikgu Norman memberikan anugerah tersebut pada guruguru dan kakitangannya yang hak, mereka akan lebih rasa dihargai dan sentiasa
bermotivasi setiap pekerjaan yang mereka lakukan. Anugerah ini bukan sahaja
penting kpeda mereka yang hak tetapi menjadi satu motivasi bagi mereka yang
belum memperolehi anugerah ini supaya sentiasa bersemangat dalam bidang kerja
yang dilakukan. Cikgu Norman boleh juga mengambil contoh pada premis
perniagaan seperti KFC, Marrybrown dan sebagainya yang memilih pekerja yang
baik pada setiap bulan dan nama mereka dipamerkan pada premis perniagaan.
Cara ini juga boleh dicontohi oleh Cikgu Norman pada guru-guru dan kakitangan
disekolahnya. Mereka akan lebih dihargai dan sentiasa bersemangat untuk
berlumba-lumba dalam meningkatkan prestasi diri seterusnya meningkatkan prestasi
sekolah.
Teori Tranformasi
Guru Besar sebagai pemimpin di peringkat sekolah merupakan pencetus
tranfomasi seterusnya dapat mengerakkan tahap motivasi, meningkatkan kesedaran
diri serta mempengaruhi orang dibawahnya untuk melaksanakan tugasan bagi
mencapai matlamat. Cikgu Norman sebagai guru besar mampu merangsang guruguru menghayati dan menerima nilai ideologi dan visi ke arah menzahirkan
wawasan sekolah. Pastinya setiap sekolah mempunyai visi dan misi. Sebagai
ssekolah yang berprestasi rendah beliau bertanggungjawab untuk merealisasikan
visi dan misi bersama guru dan kakitangan di sekolahnya. Cikgu Norman sendiri
juga boleh menonjolkan imejnya sebagai pemimpin untuk diikuti oleh kakitangan
disekolahnya. Guru-guru merupakan individu yang setiap masa sedang menilai
siapa sahaja yang memimpin

disebuah sekolah dari segi gaya kepimpinan,

perhubungan dan sebagainya. Imej yang baik dan kemas boleh menjadi ikutan atau
motivasi kepada kakitangan sekolahnya untuk diikuti. Imej kendiri yang baik
seterusnya menjadi ikutan kepada mereka untuk dicontohi. Cikgu Norman sebagai
pemimpin tranformasi boleh menetapkan harapan yang tinggi kepada guru-gurunya
melalui kata-kata motivasi. Cikgu Norman boleh menggunakan kesempatan
bermesyuarat atau perjumpaan dengan guru-guru untuk memberi motivasi kepada
7

guru-gurunya tentang mutu kerja atau sasaran yang hendak dicapai di peringkat
sekolah. Bimbingan berterusan juga boleh diberikan oleh Cikgu Norman samada
secara keseluruhan kepada kakitangannya ataupun secara individu. Cikgu Norman
boleh melakukan bimbangan dengan menyerap guru-guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bilik darjah. Beliau mungkin boleh menggunakan khidmat
penolong kanan di sekolah untuk membantu menyerap guru-guru di sekolahnya. Ini
merupakan salah satu cara bimbangan untuk meningkatkan mutu p&p di kalangan
guru. Dengan cara ini kekuatan dan kelemahan dalam p&p dapat dilihat seterusnya
dapat meningkatkan mutu p&p dikalangan guru dan boleh meningkatkan prestasi
sekolah beliau. Cikgu Norman juga boleh mewujudkan budaya kerja secara
berpasukan

dikalangan

kakitangan

sekolahnya

dan

boleh

memperjelaskan

kepentingan bekerja secara kolaboratif. Cara kerja sebegini boleh mendatangkan


semangat kerjasama antara guru dan boleh meningkatkan motivasi kerja kea rah
yang lebih baik. Pemimpin bertranformasi adalah pemimpin yang perihatin, hormat
terhadap kakitangannya dalam kebolehan masing-masing. Sikap ini boleh di
terapkan dalam kepimpinan Cikgu Norman. Guru-guru mempunyai kelebihan dan
kebolehan masing-masing dalam bidang masing-masing. Peranan Cikgu Norman
ialah terus menerus memberikan motivasi dan galakkan kepada guru-guru dalam
bidang masing-masing. Keadaan ini menyebabkan guru-gurnya rasa di hargai dan
menambahkan semangat dan motivasi dalam pekerjaan mereka.
Hala

tuju

sesebuah

sekolah

bergantung

kepada

pemimpin

yang

menggerakkan organisasi tersebut berdasarkan cara-cara mengurus dan memimpin


berdasarkan situasi. Oleh yang demikian dua teori yang diutarakan diatas boleh
membantu Cikgu Norman dalam memimpin sekolahnya khususnya dalam menyuntik
semangat dan motivasi kepada guru-gurunya seterusnya meningkatkan pencapaian
sekolah.

PERBINCANGAN KES 3
3. Sebagai seorang guru disekolah Cikgu Norman bagaimana anda boleh
membantu beliau meningkatkan kualiti keberhasilan murid seperti yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bab 4 mengkaji


pembelajaran murid dan mencari penyelesaian untuk melaksanakan perubahan
yang perlu bagi mencapai aspirasi yang di hasratkan, Kejayaan sesuatu pendidikan
dinilai melalui tahap pembejaran dan perkembangan murid semasa mereka melalui
sistem tersebut. Kementerian bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid
selaras dengan aspirasi meletakkan Malaysia dalam kelompok sistem pendidikan
sepertiga terats di dunia.
Sebagai seorang guru, tugas mengajar dan mendidik adalah merupakan
tanggugjawab utama profesion itu. Kejayaan pada seseorang guru apabila anak
didik yang di didik dan diajar mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang berkhidmat di sekolah
Cikgu Norman yang mempunyai prestasi yang rendah sudah semestinya amalanamalan yang membawa kepada keberhasilan murid perlu dilaksanakan bagi melihat
kemenjadian murid itu dapat dilihat seterusnya melonjakkan nama sekolah tersebut
menjadi lebih baik. Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
9

terdapat lima amalan yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk meningkat dengan
cepat atau sekolah berprestasi baik
Amalan pertama yang boleh membawa keberhasilan murid ialah di sekolah
Cikgu Norman ialah melindungi dan memanjangkan masa pengajaran dan
pembelajaran. Bagi sekolah yang berada pada tahap prestasi yang baik, ia
mengehadkan aktiviti yang menggangu jadual waktu biasa. Keadaan ini juga boleh
diamalkan di sekolah yang mempunyai tahap prestasi yang rendah. Aktiviti-aktiviti
yang dilihat tidak membantu dalam keberhasilan murid perlu dihadkan. Sebagai
seorang guru, dia tidak dapat lari dari menerima arahan dari KPM, JPN atau PPD
untuk meninggalkan bagi tugasan rasmi seperti menghadiri mesyuarat, taklimat,
berkursus dan sebagainya. Oleh yang demikian sudah tentulah para guru terpaksa
meninggalkan kelas. Oleh itu sebagai guru di sekolah Cikgu Norman, tindakan
memaklumkan kepada pihak pentadbiran amat penting. Ini kerana kekosongan kelas
semasa ketiadaan guru dapat diganti dengan guru yang lain. Keadan ini
membolehkan p&p dapat berjalan seperti biasa. Sebagai guru amat perlulah dia
menyediakan latihan atau tugasan yang perlu disiapkan sepanjang ketiadaanya.
Walaupun dengan ketiada guru p&p masih berjalan seperti biasa. Pengajaran dan
pembelajaran bukan sekadar dilindungi tetapi sebagi seorang guru pengorbanan
memanjangkan masa pengajaran adalah sangat-sangat dituntut. Mengadakan kelaskelas tambahan bagi menambah masa pengajaran amatlah diharapkan. Kelas-kelas
tambahan ini boleh dilakukan di luar waktu sekolah mensasarkan murid-murid yang
lemah, meningkatkan penguasaan dan sebagainya dalam pembelajaran. Usaha ini
dilihat dapat meningkatkan kualaiti keberhasilan murid.
Amalan kedua yang boleh dilakukan untuk meningkat keberhasilan murid di
sekolah Cikgu Norman ialah memperhebat sokongan terhadap guru. Setiap tahun
IPG ataupun Universiti akan melahirkan guru-guru baru yang ditempatkan di sekolah
seluruh Malaysia. Sekiranya terdapat guru-guru baru di sekolah Cikgu Norman,
sebagai guru yang berpengalaman saya perlulah memberikan sokongan tambahan
kepada mereka. Antara sokongan yang diperlukan ialah pengajaran bersama-sama
mereka,

membina

rancangan

pengajaran

bersama-sama,

melantik

mentor

dikalangan guru berpengalaman bagi membimbing dan mendapatkan maklumbalas


berterusan. Kaedah pencerapan rancangan pengajaran dan pencerapan bilik darjah
juga perlu dilakukan. Dengan cara ini, sebagi guru yang berpengalaman saya dapat
memberikan tips-tips yang berguna dalam proses p&p.
10

Amalan yang ketiga yang boleh saya bantu bagi meningkatkan keberhasilan
murid yang seperti mana tercatat di dalam buku PPPM 2013-2025 ialah
menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid. Keberhasilan murid yang hendak
di capai sudah semestinya di dalam bidang akademik tanpa mengenepikan
pencapaian di dalam kokurikulum. Di dalam bidang akademik, sokongan kepada
murid-murid perlu menyeluruh kepada murid baik, sederhana dan lemah dalam
meningkatkan prestasi mereka. Sebagai seorang guru saya akan mengkelompokkan
murid-murid kepada tiga bahagian di dalam kelas iaitu kelompok yang baik,
sederhana dan lemah dalam mata pelajaran. Usaha ini perlu juga diteruskan oleh
cikgu-cikgu yang lain di dalam mata pelajaran mereka. Ini kerana tahap pencapaian
murid bagi setiap mata pelajaran berbeza. Dengan menggunakan kaedah kelompok
ini saya boleh memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang lemah di
dalam pembelajaran. Kaedah ini lebih berkesan kerana ia secara langsung memberi
penumpuan terhadap murid yang lemah di dalam pengajaran saya. Bagi muridmurid yang sederhana dan baik

mereka ini boleh diberi latihan pengkayaan

disamping murid- murid yang baik membantu murid-murid yang sederhana. Kaedah
sokongan yang kedua pula ialah saya boleh mengkelaskan sukatan pelajaran yang
minumum untuk murid yang lemah dan tahap kesukaran latihan. Dengan ini muridmurid lemah akan dapat menguasai mata pelajaran yang minimum dan dapat
memeri tumpuan yang lebih.
Amalan yang kempat yang boleh saya aplikasikan bagi meningkat
keberhasilan murid bagi meningkatkan pencapaian di sekolah saya ialah
menggunakan data secara giat. Setiap kali murid-murid menjalani peperiksaan
mahupun ujian bertulis, markah-markah tersebut akan dikumpulkan dan dimasukkan
ke dalam aplikasi data tersebut. Dari data tersebut, saya akan dapat melihat prestasi
murid-murid mengikut mata pelajaran atau pun secara keseluruhan. Dari data
tersebut saya boleh membuat kesimpulan tentang tahap penguasaan murid-murid
saya dalam mata pelajaran tersebut. Dengan cara ini saya boleh menilai tahap
kefahaman murid terhadap mata pelajaran itu. Oleh itu saya dapat menggunakan
data itu untuk memperbaiki mutu pengajaran saya. Pencapaian murid-murid bukan
sahaja dapat direkodkan dalam bentu data. tetapi analisis item ujian juga boleh
direkodkan dalam bentuk data. Aplikasi yang mampu menganalis item ujian ini dapat
menganalisis jawapan murid-murid serta dapat mengenalpasti skop dan tahap

11

kesukaran soalan. Oleh yang demikian berdasarkan pada maklumat data, saya
boleh mengatasi kelemahan dalam topik yang berkenaan.
Amalan yang kelima yang boleh saya aplikasikan bagi meningkatkan
keberhasilan murid bagi peningkatan pencapaian di sekolah ialah mempergiatkan
penglibatan ibu bapa,, komuniti dan murid. Usaha mendidik dan mengajar bukan
tugas seorang guru semata-mata. Melahirkan murid yang cemerlang adalah menjadi
tanggungjawan ibubapa dan guru. Sebagai seorang guru, melalui pihak sekolah
perlu diwujudkan persatuan ibu bapa dan guru yang berperanan menjadi pembantu
sekolah dalam meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Persatuan ini yang mana ahli-ahlinya dari kalangan ibu bapa mesti berperanan
membantu meningkatkan pencapaian sekolah. Usaha yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa ialah sentiasa menyemak kerja rumah yang diberikan, memastikan anak
mereka mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Sebagai seorang guru saya dan
pihak sekolah hanya boleh mencadangkan kaedah dan strategi kepada ibu bapa
untuk meingkatkan pencapaian murid-murid dan sekolah. Pihak saya dan sekolah
boleh mencadangkan agar pihak ibu bapa mengadakan program motivasi, teknik
menjawab soalan dan sebagainya untuk membantu murid-murid dan sekolah. Danadana juga boleh dicari oleh pihak ibu bapa untuk anak-anak mereka memandangkan
peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi untuk menganjurkan
pelbagai program dan usaha ke arah peningkatan anak-anak mereka.
Oleh yang demikian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
telah menggariskan lima perkara yang boleh membawa kepada keberhasilan murid.
Ini kerana terdapat persamaan antara sekolah yang meningkat dengan cepat dan
sekolah berprestasi baik melakukan amalan-amalan yang sama. Jadi seharusnya
setiap sekolah mengamalkan amalan-amalan yang sama yang boleh membawa
kepada keberhasilan murid.

12

BIBLIOGRAFI
1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,

13

Anda mungkin juga menyukai