Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Choir Festival : Voice Celebration Concert

Pada 27th September 2014 , saya bersama-sama dengan rakan sekelas telah
menonton persembahan Voice Celebration Concert di Auditorium Parcel E, Putrajaya di
bawah bimbingan pensyarah, Puan Bernice. Kami bertolak dari kampus pada jam 7
malam.
Disebabkan sesat jalan, kami telah lewat beberapa minit untuk tiba di Putrajaya.
Akan tetapi, kelewatan ini tidak membawakan sebarang kesulitan dan kekesalan kerana
persembahan baru bermula sebaik kami sampai di dewan. Saya berasa terpegun
dengan persembahan pembukaan- Opening Show di mana dua orang pelajar
perempuan telah menyanyikan beberapa lagu klasik luar negara dengan suara opera,
iaitu penyanyi soprano. Saya berasa amat tertarik dengan cara persembahan mereka
walaupun mereka bernyanyi hanya di bawah iringan piano. Selain itu, mereka bernyanyi
tanpa mic dan suaranya dapat dilontorkan ke seluruh dewan. Ini merupakan salah satu
teknik yang amat penting dalam nyanyian, iaitu lontaran suara.
Seterusnya, beberapa persembahan koir juga amat menarik, mereka dapat
bernyanyi dengan harmoni tidak kira secara acapella mahupun di bawah iringan flute
dan piano. Mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan amat bagus, ini
kelihatan mereka telah mengharungi banyak cabaran dan latihan sehinggalah dapat
mempersembahkan konsert di khayalak ramai.
Akan tetapi, satu kelemahan yang saya berasa dapat diperbaiki ialah, kostum.
Mereka memakai pakaian yang tidak selaras walaupun warna putih yang sama, dan
mereka tidak menukarkan sebarang pakaian atau kedudukan mereka. Jadi, sebagai
seorang penonton, saya berasa bosan dan letih kerana sering nampak orang yang
sama, berdiri di tempat yang sama dengan pakaian yang sama. Saya berasa jika
mereka telah merancangkan persembahan nyanyian solo, penyanyi solo bolehlah
memakai pakaian yang sikit berbeza dengan rakan koir mereka. Dari segi teknik
nyanyian, iaitu tekstur, warna ton, tempo dan dinamik, mereka mempunyai teknik yang
amat bagus kerana mereka telah pun memenuhi kriteria teknik nyanyian. Tetapi, jika dari
segi keseluruhan persembahan, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh
diperbaiki. Contohnya, atur cara, kedudukan koir, kostum koir dan kakitangan yang
memberikan bantuan.

Walaubagaimanapun, saya berasa amat gembira kerana berpeluang menonton


konsert ini dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak dapat pelajari
dalam kelas dan dapat menonton pelbagai genre muzik dalam persembahan tersebut.
Secara keseluruhan, saya berasa amat gembira dan berharap unit kami dapat
mengadakan konsert sebegini mahupun konsert yang lebih hebat berbanding mereka.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai