Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan


kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada En. Ahmad bin Hashim selaku penyelia Kursus SJ 3093, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Segala tunjuk ajar, cadangan dan bimbingan beliau telah
banyak menolong saya kea rah menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Penyelaras Kursus SJ 3093,


Dr. Sharuddin bin Abd. Aziz di atas sumbangan ilmu pengetahuan serta tunjuk
ajar dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini.

Tidak ketinggalan juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pihak pengurusan dan pemain pasukan hoki lelaki bawah 15 tahun Terengganu
serta pihak pengurusan dan pemain pasukan bola sepak bawah 15 tahun
Terengganu sesi 2002 / 2003, Mat Jelee, Yazed, Jeperr, Rafardol, Yiem, Miee
dan Mazlang serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberi dorongan demi melancarkan lagi proses menyiapkan penulisan ilmiah
ini. Semoga usaha kalian dirahmati Allah S.W.T.
Wassalam