Anda di halaman 1dari 20

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 2 OPERASI DAN PENGIRAAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, pelajar akan membina teknik-teknik untuk membuat pengiraan mental
dan penganggaran di samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraan
nombor bulat melibatkan empat operasi asas. Pengiraan mental dan penganggaran
memerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik
nombor dan keupayaan menaakul matematik.

Tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer sebagai
alat pengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat
membantu pelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan
masalah matematik yang lebih mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN:
Mengira menggunakan kaedah : pensil dan kertas, kalkulator,komputer,
pengiraan mental, dan bahan manipulatif.
Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator
dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah
rendah.

29

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

KERANGKA TAJUK
Operasi dan Pengiraan

Kaedah Pensil Kertas


Mengajar Operasi Tambah,
Tolak, Darab & Bahagi
Kalkulator dan Komputer kesesuaiannya

2.1

Penggunaan Bahan
Manipulatif
Pengiraan Mental dan
Penganggaran

KAEDAH PENSIL KERTAS

Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi penambahan,


penolakan, pendaraban dan pembahagian. Model digunakan untuk menggambarkan
prosedur bagi setiap operasi. Kemudian, kita applikasikan prosedur tersebut untuk
mengembangkan algoritma setiap operasi menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya,
gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma tersebut.

2.2

MENGAJAR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepas
memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah,
tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas,
iaitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan Tahun
Satu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahun
dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar.

2.2.1 Membina Algoritma untuk Operasi Penambahan

30

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


Dalam bahagian ini, kita akan lihat

algoritma untuk operasi tambah dan tolak

melibatkan nombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk
memahami prosedur pengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak. Terdapat lebih
daripada satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat. Kebanyakan
algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat mengambilkira nilai tempat, ciriciri dan mencari persamaan untuk mencerakinkan pengiraan kepada yang lebih mudah
serta menggunakannya untuk mencari jumlah ataupun hasiltolak yang dikehendaki.

Bagaimana anda menyelesaikan pengiraan di bawah yang melibatkan operasi tolak


dengan menggunakan kaedah kertas-dan-pensil?

2,004 - 1,278
Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkan sesuatu algoritma dengan
jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh seperti Blok
Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkahlangkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina algoritma
menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri- ciri
operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkah- langkah dalam algoritma
tambah adalah logik.

Ra

Pu

Sa

Rajah 1 Blok Dienes dengan Nilai Tempat

Contoh 1 menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan


algoritma operasi tambah. Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan
31

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan
dengan mengambilkira konsep nilai tempat.
Contoh 1
Menggunakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah.
Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model
ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu.
Penyelesaian:
Ra

Pu

Sa

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut:


369
+ 244
613
32

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Guna blok asas sepuluh untuk menunjukkan proses penambahan 374 + 128.
Tuliskan satu persamaan yang berkaitan.

Sekarang mari kita lihat cara lain untuk penambahan menggunakan kaedah kertas dan
pensil yang berkait terus dengan penggunaan dalam contoh 1. Kita akan menggunakan
soalan yang sama, 369 + 244 ditambah menggunakan Expanded Algorithm di mana
semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian
dikumpul semula mengikut mengikut nilai tempat.
Penambahan Berkembang (Expanded Addition)
369 + 244
300 + 60
200 + 40
500 + 100

+
+
+

9
4
13 =

atau
613

369
+ 244
500
100
13
613

2.2.2 Membina Algoritma untuk Operasi Penolakan


Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi tolak sebagaimana
yang telah digunakan dalam algoritma penambahan. Mula-mula, gunakan model untuk
menggambarkan prosedur untuk operasi tolak. Kemudian, kita aplikasikan prosedur
tersebut untuk mengembangkan algoritma

tolak menggunakan pensil dan kertas.

Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma penolakan.


Contoh 2
Cari hasiltolak dengan menggunakan blok asas-sepuluh bagi 245 18 dan tulis
persamaan untuk mencatat penolakan tersebut.

33

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Ra

Pu

Sa

Untuk mencukupkan sa bagi menolak 8, tukarkan 1 puluh untuk 10 sa. Kemudian ambil
8 sa daripada 15 sa dan tinggalkan 7 sa: Selanjutnya, tolak 1 puluh dari 3 puluh yang
tinggal dan sekarang kita ada 2 puluh. Oleh kerana tiada nilai ratus yang perlu
ditolak,maka hasiltolaknya ialah 227, dan ini direkodkan.

245
18
227

Rekodkan sebagai satu persamaan 245 18 = 227


34

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Sekarang kita lihat expanded subtraction, mulakan penolakkan dengan sa

dan

teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri.

Penolakan Berkembang (Expanded Subtraction)


538 176
200 +

2.3

40 +
10

5
8
2

seterusnya

200 +

200 +

30
40 +
10
20 +

10
5
8
7

= 227

MENGAJAR OPERASI DARAB DAN BAHAGI

Dalam bahagian ini, kita akan melihat algoritma untuk pendaraban dan pembahagian
nombor bulat. Kita mula dengan menggunakan model-model untuk membantu
menjelaskan algoritma berkaitan dan kemudian menggunakan ciri- ciri nombor bulat
untuk membuktikan algoritma itu.

2.3.1 Membina Algoritma untuk Pendaraban

Seperti algoritma penambahan dan penolakan, penggunaan model akan memberikan


asas fizikal untuk menerangkan algoritma untuk pendaraban. Model yang digunakan
ialah blok asas-sepuluh dan model gambar untuk mewakilkan pendaraban dalam
mencari luas segiempat tepat. Menggunakan proses yang dicadangkan oleh model, kita
akan bina algoritma kertas-dan-pensil untuk pendaraban. Akhirnya, kita gunakan
penaakulan matematik bersama dengan ciri- ciri untuk membuktikan algoritma
pendaraban.
35

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Contoh 3
Cari hasildarab

215 x 74

Kaedah Pendaraban Grid (Grid Method of Multiplication)


215
X

200

10

70

14 000

700

350

800

40

20

14 800

+ 740

x
atau

+ = 15 910
370

74
20
40
800
350
700

14 000
15 910
Algoritma pertama berdasarkan model itu memerlukan kita mencerakinkan nombor
mengikut nilai tempat dan darabkan setiap digit mengikut nilai tempat untuk
mendapatkan hasildarab separa. Dalam algoritma ini, yang disebut expanded algorithm
semua hasil darab separa ditambah untuk mencari jumlah hasil darab. Manakala
algoritma yang kedua, yang dikenali sebagai standard algorithm, melibatkan hanya
dua hasildarab separa.

Pilih sama ada expanded atau standard algorithm untuk mencari hasil darab
345 x 6

Adakah anda dapat menyelesaikan semua latihan?


Bagus! Berehat sebentar sebelum meneruskan operasi seterusnya.

36

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

2.3.2 Membina Algorithma untuk Pembahagian


Contoh 4
Kaedah Penolakan ad hoc untuk Pembahagian
574 7

574
50

30

350
224

30

210
14

82

atau
50

7)574

14

350

82

224
210
14
14
0

Gunakan algoritma tak piawai untuk melakukan pengiraan.


367 + 85
658 274
176 x 83
1872 12

2.4

KALKULATOR DAN KOMPUTER

2.4.1

Kalkulator

Bahagian ini akan membincangkan mengapa dan bagaimana kalkulator asas dapat
37

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


digunakan sebagai bahan bantu belajar (BBB) di sekolah rendah. Penggunaan
kalkulator yang lebih canggih seperti kalkulator saintifik dan kalkulator grafik lebih
sesuai digunakan di sekolah menengah.

Kalkulator asas adalah satu bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh
menarik dan memotivasikan pelajar sekolah rendah. Ianya lebih murah berbanding BBB
yang lain dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya. Di
samping itu, kemahiran pengunaan kalkulator akan menjadi semakin penting dan lebih
ditekankan apabila pelajar naik ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Ianya juga
menghasilkan output yang maksimum dengan input yang minimum iaitu pelajar dapat
meningkatkan kemahiran matematik hanya dengan menekan beberapa butang
kalkulator.

Kaklulator juga mempunyai pelbagai peranan. Ianya boleh digunakan untuk sebilangan
besar topik matematik untuk setiap tahap. Dengan penggunaan kalkulator pelajar
berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang konsep
dan kemahiran matematik topik - topik yang berkaitan.

Apakah Kalkulator?
Kalkulator ialah satu alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk
mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas matematik
termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik.

Kalkulator yang pertama dicipta oleh seorang Perancis bernama Colmur pada tahun
1820. Pada tahun 1875, seorang Amerika bernama Boldwin pula telah mencipta
kalkulator yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan empat
operasi asas matematik. Berikutan itu, kalkulator dan lebih canggih dan berteknologi
tinggi telah dan masih dicipta dari masa ke semasa.
Kalkulator asas patut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik di sekolah rendah.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

38

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Ciri- Ciri Kalkulator Asas


Butang fungsi merujuk kepada butang operasi (iaitu,

, % , ). Untuk

kalkulator yang lebih canggih, butang yang sama mempunyai lebih dari satu fungsi
contohnya, butang

mungkin berkongsi fungsi dengan cos x atau fungsi

yang lain. Fungsi pemalar membantu pelajar menambah, menolak, mendarab dan
membahagi dengan cara pantas

Fungsi grafik
Fungsi
saintifik

Fungsi
saintifik

Fungsi asas

Kalkulator Saintifik

Fungsi asas

Kalkulator Grafik

Cuba anda lakukan pengiraan ini.


Masukkan satu nombor 3-digit ke dalam kalkulator,
contohnya 678.
Ulangi tiga digit tersebut untuk membentuk satu
nombor 6-digit, contohnya 678 678.
Bahagikan nombor 6-digit itu dengan 7, dengan 11 dan
dengan 13 secara berturut-turut.
Apakah hasil pengiraan yang anda dapat?
Jelaskan mengapa ia terjadi sedemikian rupa.

39

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


2.4.2 Komputer
Penggunaan komputer di dalam bilik darjah

membawa satu reformasi dan

perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dari segi teknik dan
strategi. Bahagian ini membincangkan penggunaan komputer dalam kelas matematik
di sekolah. Pengajaran Berbantukan Komputer di mana guru hanya menjadi
fasilltator dengan menyediakan isi kandungan tajuk yang hendak diajar bentuk modul.
Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. Komputer menjadi media pengantara
guru dan pengajar. Kebanyakan modul adalah dalam bentuk pakej pembelajaran
formal, latihan murid, bahan pembelajaran individu, penyelesaian masalah serta
pemainan berasaskan komputer. Pengurusan Pengajaran Berbantukan Komputer
pula adalah apabila sebilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan
komputer untuk mengumpul data dan seterusnya membuat analisis untuk menilai (a)
k e b e r ke sa n a n p e n g a ja r a n , (b) penggunaan bahan pembelajaran,

(c)

proses

pengajaran dan pembelajaran, dan (d) interaksi pelajar di dalam bilik darjah. Daripada
penilaian ini nanti guru dan mengubahsuai dan memperbaiki rancangan pengajaran
hariannya untuk pengajaran akan datang. Akhir sekali, Penilaian Berbantukan
Komputer di mana guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan
menggunakan teknologi dan komputer. Terdapat dua jenis penilaian seperti ini :
(i)

Pelajar menjawab soalan yang diutarakan melalui komputer. Jawapan ini


boleh disemak oleh guru atau murid sendiri.

(ii)

Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dalam bank item yang


disimpan dalam komputer. Jawapan akan terus disemak melalui
komputer dan pelajar akan mengetahui prestasinya serta merta.

Contoh Borang Penilaian Perisian (Courseware)


Seorang guru perlu menilai perisian yang digunakan sebagai bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara amnya perisian tersebut boleh
dinilai berdasarkan dua aspek: (a) ciri-ciri pengajaran, dan (b) ciri-ciri teknikal.

40

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


Ciri-ciri pengajaran merangkumi pengalaman dan kualiti pengajaran. Pengalaman
pengajaran

yang

dimaksudkan

termasuklah

(a)

motivasi,

p e n g a j a r a n y a n g jelas (c) contoh-contoh yang sesuai


pembelajaran

(d)

(b)

objektif

untuk membimbing

menggalakkan penguasaan kemahiran melalui latihan (e)

memberikan maklumbalas berinformatif , dan (f) boleh

menilai pelajar. Kualiti

pengajaran pula merujuk kepada (a) ke t e p a t a n isi kandungan, (b) kesesuaian dari
segi tahap dan kebolehan pelajar membaca, (c) arahan yang jelas (d) menyediakan
pelbagai aktiviti pembelajaran, (e) memberikan maklumbalas yang bersesuaian,
dan (f) bahan sokongan pembelajaran yang lengkap.

Aspek teknikal yang perlu diambilkira termasuklah penggunaan dan pelaksanaan


media pengajaran yang berkesan. Antara ciri-ciri yang diambil kira ialah : (a) warna,
(b) suara, (c) grafik, (d) animasi, (e) kepantasan, (f) format mukasurat dan (g)
interaktiviti. Aspek pelaksanaan dilihat dari segi (a) kebolehan pelajar mengakses
kendiri perisian dan (d) pengendalaian perisian yang lancar.

.
Pilih
tiga perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik di sekolah anda. Berdasarkan ciri-ciri perisian yang
dibincangkan di atas, bina satu borang penilaian perisian untuk
menentukan kesesuaian perisian tersebut

2.5.3 Penggunaan Kalkulator dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik telah

menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yang ditimbulkan


ialah, pelajar:
menjadi tidak cekap atau mahir mengira
tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran
tidak menghafal fakta asas matematik
Walaubagaimanapun pengunaan kalkulator bahan sokongan pembelajaran pada situasi
yang sesuai boleh membantu pelajar untuk lebih memahami nombor dan operasi
41

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


pengiraan. Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang telah dikenalpasti ialah:
meningkatkan minat pelajar dan pencapaian matematik.
menunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan
perkembangan konsep matematik.
meningkatkan kemahiran pengiraan mental pelajar

Dengan menggunakan kalkulator, cari jawapan bagi yang berikut,


11

11, 111

111 dan 1,111

1,111

Seterusnya
teka jawapan bagi 11,111 11,111
:
Terangkan pola yang anda lihat. Adakah pengunaan kalkulator membantu
anda?
.
Dengan merujuk kepada kajian dalam dan luar negara, senaraikan kebaikan
dan keburukan menggunakan kalkulator dalam kelas matematik bagi pelajar
sekolah rendah. (rujuk kajian 5 tahun kebelakang)

Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran


matematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP),
Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan
menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang. Perisian
yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program
microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan
persembahan data. Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan
mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh
digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar. Pelbagai laman web boleh diakses
untuk membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik.
Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam
pengajarannya.

42

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Secara berkumpulan, teroka kelebihan Excel dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik sekolah rendah. Seterusnya, dengan merujuk
kepada internet, pilih 3 laman web yang menggunakan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Bincangkan kesesuaian
penggunaannya dalam konteks negara kita.

2.5

PENGIRAAN MENTAL DAN PENGANGGARAN

Dalam banyak urusan kehidupan harian, pengiraan tepat adalah tidak diperlukan.
Sebagai contoh, dalam urusan jual beli, kita tidak boleh sentiasa menerima hasil
pengiraan kalkulator secara membuta kerana kesilapan menekan kekunci kalkulator
adalah tidak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, kebolehan untuk menganggar

reasonableness sesuatu hasil pengiraan adalah sangat berguna untuk membuat


keputusan yang bijak dalam situasi jual beli. Sehubungan itu, kebolehan untuk mengira
secara mental adalah sangat berguna untuk membuat anggaran yang cepat.

Bayangkan anda sedang berada di depan kaunter juruwang di sebuah pasaraya.


Berikut adalah senarai barang dan harga yang telah anda beli:

Barang

Harga

Barang

Harga

Serbuk Cuci Breeze

RM23.90

Ikan Siakap

RM18.45

Minyak Masak Natural

RM26.90

Kerang

RM 3.50

Telur Ayam

RM12.50

Biskut Jacobs

RM 9.90

Milo

RM13.20

Bawang Putih

RM 4.30

43

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


Setelah juruwang memasukkan harga semua barang dalam mesin wang, anda melihat
skrin mesin itu memaparkan RM143.45.
Gunakan anggaran secara mental untuk membuat keputusan samada
anda akan terus membayar sejumlah wang itu atau tidak. Jelaskan
justifikasi untuk keputusan anda..

2.5.1 Teknik Pengiraan Mental

Hukum tukar tertib (commutative), hukum sekutuan (associative) dan hukum taburan
(distributive) membolehkan nombor disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira
secara mental. Begitu juga, teknik membilang secara menaik dan membilang secara
menurun adalah kaedah yang cekap untuk menambah jika nilai yang ditambah
(addends) ialah 1, 2, 3, 10, 20, 30, 100, 200, 300 dan selanjutnya. Contohnya dalam
pengiraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara menaik sebanyak 10 untuk
mendapatkan hasiltambah: 45, 55, 65 75. Teknik membilang secara menurun
merupakan kaedah yang cekap apabila ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan
selanjutnya. Misalnya 87 2, mulakan dengan nombor yang lebih besar, 871 dan
lakukan proses membilang secara menurun: 871, 870, 869.

Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan berikut dengan membilang
secara menaik atau menurun. Jelaskan proses yang digunakan dalam
setiap kes.
a)

286 + 30

b)

18200 + 2300

c)

962 3

Kombinasi sesetengah nombor membuatkan penambahan mudah dilakukan


contohnya 25 and 175, juga mudah untuk didarab, contohnya 28 x 10. Nombor
44

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor serasi (compatible).
Teknik

ini memerlukan pemilihan pasangan nombor yang serasi (compatible) untuk

dioperasikan dan melibatkan fakta asas.Kebanyakan orang boleh menambah dan menolak
secara mental nombor - nombor gandaan 10 atau 100, contohnya 70 + 20 = 90, dan
boleh mendarab gandaan 10 dan 100, contohnya,

34 x 100 = 3400. Misalnya,

pendaraban (2 x 8) x (5 x 7) lebih mudah jika (2 x 5) x (8 x 7) kerana 2 x 5 = 10,


seterusnya 8 x 7 = 56 dan 10 x 56 = 560.
Cari nombor yang serasi (compatible) untuk mencari jawapan yang tepat
bagi ungkapan- ungkapan berikut:
a) (25 x 9) x (11 x 4)

b)

(5 x 15) x (20 x 3)

Adakah anda dapat menyelesaikan kesemua latihan?


Tahniah! Berehat sebentar...

2.5.2 Prosedur Untuk Penganggaran

Teknik pengiraan mental atau congak dan pengganggaran adalah komponen penting
dalam matematik. Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentang penguin ingin
menganggar populasi penguin. Maka, teknik pengiraan mental dan pengganggaran
nilai

tempat diperlukan untuk kajian masalah ini.

penganggaran yang akan kita perhatikan.

Terdapat empat teknik

Ini memerlukan kepada pemahaman

numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas. Seperti juga teknik- teknik untuk
pengiraan mental yang diterangkan dalam 2.7.1, ini juga melibatkan membuat
45

WAJ3105 LITERASI NOMBOR


keputusan samada anggaran itu boleh diterima untuk situasi yang berkaitan dan teknik
mana yang harus digunakan untuk dapatkan anggaran itu.
Semua teknik penganggaran nombor melibatkan penukaran nombor

dengan yang

paling hampir dan mudah untuk dikira secara mental. Perkaitan dengan keadaan
sebenar menentukan sama ada jawapan yang tepat atau anggaran sahaja yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut:


a.

478 + 223

b.

8 x 26

c.

578 + 603 + 614 + 582 d. 36563 - 8180

2.6 PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF

Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada


bahan manipulatif untuk melakukan pengiraan secara berkesan.

Salah satu jenis

bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas
10.

Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes seperti yang

ditunjukkan dalam contoh 1 dan 2. Selain daripada itu, rod Cuisenaire, Cip berwarna,
Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan
dalam pengiraan asas matematik. Rajah berikut menunjukkan bahan manipulatif yang
biasa digunakan dalam bilik darjah matematik

46

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Blok Dienes

Bar Matematik

Cip Berwarna

Rod Cuisenaire

Ikatan Straw

Abakus

Pilihsatu bahan manipulatif dan rancangkan penggunaannya sebagai


bahan bantu mengajar untuk satu operasi asas matematik sekolah rendah

Terdapat juga bahan manipulatif maya yang boleh diperolehi menerusi internet seperti
National Library of Virtual Manipulatives di URL www.mattimath.com

47

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Cooke, H. (2000). Primary Mathematics. London, UK: Paul Chapman.


Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Istilah matematik untuk sekolah-sekolah Malaysia.
Kuala Lumpur: Author.
Groves, S. (2006). Exploring number and space. Study guide. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University.
Haylock, D. (2006). Mathematics explained for primary teachers. 3 rd ed. London, UK:
SAGE.
Jabatan Matematik. (2011). Literasi Nombor. Modul Pembelajaran Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kota Bharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu.
Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V. & Smith, N. L. (2009). Helping children learn
mathematics. 9th ed. Hoboken, NJ: John Wiley.
Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1991). Teaching mathematics. A sourcebook of aids,
activities, and strategies. 2nd ed. Needham Height, MA: Allyn and Bacon.

48

Anda mungkin juga menyukai