Anda di halaman 1dari 11

Isu-isu Semasa dan Masa Depan Dialog Peradaban

Cabaran Peradaban Abad ke-21 :


Sejak daripada permulaan sejarah manusia sehingga kini, banyak tamadun telah
menguasai dunia secara silih berganti. Jatuh dan bangun sesebuah tamadun merupakan
sunnatullah. Tamadun-tamadun besar dunia yang tercatat dalam sejarah ialah tamadun
Firaun, tamadun Yunani dan Romawi, tamadun Parsi, tamadun Islam dan tamadun yang
terkini adalah tamadun Barat.
Selain itu, hegemoni tamadun Barat mula terserlah sekitar abad ke-18 M dan
berterusan menguasai dunia sehingga kini. Perkembangan sains dan teknologi yang
begitu pesat sejak pertengahan abad ke-20 hingga kini berjaya dimafaatkan Barat dalam
meluaskan pengaruh hegemoni dan neokolonialisme mereka. Seterusnya, Barat telah
memperalatkan sepenuhnya teknologi moden untuk memperkukuhkan cengkaman
mereka ke atas masyarakat dunia.
Oleh itu, ini merupakan satu cabaran utama yang dihadapi masyarakat tamadun
Islam dan tamadun Asia pada hari ini.

Hegemoni Barat :
Perkataan hegemoni ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu hegemonia yang
membawa maksud pemimpin. Menurut Kamus Dewan, ia bermaksud pengaruh atau
dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Seterusnya, Barat telah muncul
sebagai sebuah kuasa dunia yang hegemonik apabila runtuhnya empayar Islam Turki
Uthmaniyah pada 1924 M.
Melalui penjajahan, penguasaan ekonomi, penguasaan media massa utama dunia
terkini fenomena globalisasi, kuasa-kuasa Barat telah berjata meluaskan pengaruh
hegemoni mereka ke seluruh dunia.

Imperialisme Baharu :
Imperialisme baharu ini merujuk kepada kebangkitan semula rasa tamak dan keinginan
kuasa Barat untuk meluaskan semua pengaruh hegemoni mereka ke atas masyarakat
dunia. Oleh itu, untuk mencapai matlamat tersebut, mereka sanggup mengambil tindakan
secara unilateral dengan membelakangi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) dan
pandangan masyarakat dunia.
Langkah-langkah yang dilakukan oleh mereka adalah melaksanakan dasar preemptive war dan penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip keadilan
sejagat serta dasar yang disepakati bersama. Selain itu, imperialisme ini juga merupakan
kelahiran semula semangat dan amalan penjajahan lama kuasa-kuasa Barat dengan
bertopengkan demokrasi, kebebasan dan nilai tamadun yang lebih tinggi. Negara-negara
Islam yang didakwa mengamalkan penindasan dan tidak maju telah menjadi sasaran
mereka.

Seterusnya, imperialisme adalah satu strategi kuasa Barat yang menggunakan hujah
gerakan memerangi keganasan antarabangsa untuk menekan dan menguasai negara lain.
Disebabkan ini, mereka bertindak sebagai polis dunia dan menganggap menjadi
tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang
dimiliki negara musuh yang dapat mengancam keselematan dunia. Tujuan utama mereka
adalah untuk mengekalkan dan meluaskan pengaruh hegemoni mereka.
Demi mencapai cita-cita mereka, mereka akan menggunakan semua cara yang ada
seperti memaksa negara-negara lain menyertai pakatan jahat mereka dan memperalatkan
badan-badan dunia seperti PBB serta bank untuk menghalalkan perbuatan mereka
tersebut.

Globalisasi :
Dalam dunia abad ke-21, ia sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang
sangat hebat di mana ia tidak pernah berlaku di abad lalu. Cabaran besar yang dihadapi
masyarakat dunia ialah globalisasi dan hegemoni kuasa-kuasa Barat. Seterusnya, cabaran
globalisasi mempunyai implikasi yang amat luas terhadap ekonomi,budaya dan politik
sesebuah negara.
Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu fenomena yang menjadikan dunia seakan
mengecil dari segi perhubugnan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Fenomena ini boleh dilihat dari pelbagai aspek dan takrifnya berbeza-beza
mengikut hakikat sebenar yang berlaku. Berdasarkan cendikiawan Barat, globalisasi
adalah sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti, merangkumi segala
aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia di dunia.

Secara idealnya, globalisasi ini merupakan usaha murni untuk meletakkan dunia di
bawah satu unit yang sama tanpa bersempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Oleh itu, dunia akan akhirnya tidak lagi bersempadan dan ruang udara serta langit
sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat daripada
pelbagai sumber di seluruh dunia yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi canggih seperti Internet, media elektronik dan teknologi siber.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi
menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi dan politik serta
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Perkembangan ini membolehkan
perhubungan antara sesebuah negara dengan negara lain dan perhubungan sesama
manusia dapat dilakukan secara berkesan dalam tempoh yang pendek.

Hakikat Globalisasi :
Proses globalisasi membolehkan berlakunya perpindahan secara maya nilai-nilai
hidup, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah
dunia lain. Seterusnya, ia merupakan suatu hakikat yang susah dipertikaikan kerana
globalisasi menjadikan dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada asal, Selain itu,
dunia dahulunya seluas mata memandang dan dikelilingi sempadan geografi telah
berubah dengan adanya globalisasi dan kita boleh merasakan erti globalisasi di mana
sahaja kita berada serta perkembangan semasa dunia adalah berada di hujung jari kita.
Globalisasi tidak semuanya indah dan boleh dimanfaatkan seluruh masyarakat dunia.
Pada masa kini,proses globalisasi berlaku secara tidak adil dan tidak seimbang
disebabkan dasar globalisasi sentiasa didominasi oleh negara-negara maju dan mereka
menikmati manfaat lebih banyak daripadanya.

Sererusnya, globalisasi membolehkan berlakunya jurang yang amat ketara antara


negara kaya dan miskin lalu keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila negara-negara
miskin ini gagal bersatu memperjuangkan kepentingan masing-masing dan mengelakkan
diri daripada dieksploitasi oleh negara-negara kaya.

Globalisasi dan Blok Barat :


Berdasarkan negara Blok Barat, globalisasi adalah suatu peluang keemasan untuk
syarikat-syarikat korporat internasional milik mereka bergerak bebas, aktif dan pantas
serta baik dalam bidang kewangan,perdagangan,mahupun makluamt di mana-mana
sahaja mereka berada di dunia.
Oleh kerana itu, globalisasi sebenarnya merupakan alat yang paling berkesan pada
zaman moden ini untuk negara-negara kaya dan berkuasa menguasai negara-negara lain
yang miskin dan lemah serta penguasaan ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan
dalam hampir semua bidang. Seterusnya, berselindung di sebalik tabir globalisasi dan
masyarakat global menyebabkan negara kuasa besar dengan mudahnya menguasai
ekonomi dan politik serta mengeksport nilai-nilai budaya mereka ke sesebuah negara lain
yang kurang maju. Conrohnya, Amerika Syarikat telah sewenang-wenangnya
mengeksport nilai budaya mereka ke negara-negara Islam yang miskin.
Landasan globalisasi digunakan oleh Amerika Syarikat telah berjaya menyebarkan dan
mengglobalkan nilai dan amalan hidup mereka ke seluruh dunia serta berjaya memantau
dan menguasai ekonomi, politik, budaya dan pemikiran masyarakat dunia agar selari
dengan kehendak mereka.

Selain itu, proses Amerikanisasi atau mengAmerikakan masyarakat dunia telah


dilakukan secara amat berkesan melaluo syarikat-syarikat utama multinasional, institusi
kewangan, tabung mata wang antarabangsa, agensi PBB yang dimiliki Amerika atau
pengikutnya.
Ali Zainal Abidin (Presiden Tunisia), Hosni Mubarak, (Presiden Mesir) dan
Moammmar Ghadafi ( Pemerintah Libya) telah jatuh akibat fenomena kebangkitan rakyat
dan hampir semua dunia Arab berada dalam keadaan bergolak dan tidak stabil.
Seterusnya, dijangka hampir semua rejim lama Arab seperti Syria, Yaman, Jordan dan
negara Arab lain termasuk Arab Saudi akan jatuh disebabkan rakyat mereka sendiri
bencikan penyalahgunaan kuasa pihak pemerintah serta penindasan.
Walaupun sebahagian besar pemimpin dunia Arab menjadi boneka atau sekutu rapat
kuasa Barat, tetapi di dalam situasi seperti berlaku di Mesir dan Tunisia, kuasa Barat
membiarkan mereka dijatuhkan kerana sudah tidak berupaya lagi menjaga kebanyakan
kepentingan Barat. Suasana tidak stabil di dunia Arab telah diambil peluang oleh kuasakuasa Barat khususnya Amerika Syarikat untuk melebarkan pengaruh mereka melallui
pelbagai cara dengan berselindung di sebalik nama PBB atau atas nama bantuan
kemanusiaan.

Agenda Kuasa Barat :


Membaratkan atau mengAmerikakan masyarakat dunia, khususnya umat Islam
adalah selaras dengan aspirasi dan perancangan Zionis. Tujuan utamanya adalah untuk
mengukuhkan kedudukan masyarakat Yahudi di seluruh dunia.
Disebabkan itu, mereka dapat mengawal dunia dalam aspek budaya dan ekonomi
serta pemimpin Yahudi telah lama merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi
dunia agar dapat campur tangan secara langsung terhadap pasaran saham antarabangsa
dan memiliki syarikat terbesar dunia seperti Rockerfeler dan lain-lain.

Dominasi Politik :
Kuasa politik dunia hari ini didominasi sepenuhnya oleh block barat yang diketuai oleh
Amerika Syarikat dengan kekuatan ketenteraan dan kuasa ekonomi dibekalkan. Selain
itu, berbekalkan penguasaan media massa dan media elektronik dunia dan pelebaran
pengaruh Barat ke atas hal ehwal politik dunia. Ini dapat dilihat daripada penggunaan
kekuatan ketenteraan yang ada lalu menyebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya
berjaya menjajah negara-negara tidak sehaluan dengan meraka. Mereka juga berjaya
menguasai agensi-agensi penting antarabangsa.
Oleh kerana bersembunyi di sebalik perang dan memerangi keganasan global, Amerika
Syarikat dan sekutunya mengancam negara yang tidak sehaluan terutama negara Islam
kerana mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara berpengaruh. Mereka telah
memaksa seluruh masyarakt dunia mengamalkan sistem politik liberal ala-Barat dan
menganggap sistem-sistem lain tidak bertamadun serta sistem politik Islam bercanggah
dengan norma tamadun antarabangsa dan menindas wanita.
Negara-negara Barat menguasai sepenuhnya sistem hubungan antarabangsa yang ada
pada masa kini. Seterusnya, undang-undang antarabangsa yang digubal oleh Barat adalah
berbeza kerana merupakan asas perundangan bagi segala bentuk penjajahan politik dan
ekonomi Barat dengan negara-negara miskin dan lemah. Sepatutnya undang-undang
adalah untuk memenuhi keperluan dan kepentingan kelompok meraka.
Ketika berakhirnya Perang Dunia Kedua, geopolitik dunia telah berubah dan dalam
bentuk baru tetapi realiti order dunia masih yang sama. Pada masa kini, Amerika Syarikat
dan Kesatuan Eropah merupakan kuasa politk utama dunia serta mempunyai sifat dan
pandangan yang sama dalam falsafah,sejarah,nilai dan kebudayaan. Dengan
memperalatkan PBB dan agensi-agensinya dan Pakatan Bretton Woods yang
menghasilkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta penubuhan Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO), mereka berjaya menguasai politik, ekonomi dan kewangan
dunia.

Hegemoni Ekonomi :
Dalam sektor ekonomi turut mendapat impak yang besar disebabkan oleh Globalisasi
dan telah memberi kesan kepada perubahan budaya. Kekuatan pasaran yang erat antara
negara-negara di seluruh dunia telah dibentuk tanpa sebarang rintangan batas wilayah
atau negara. Globalisasi dalam ekonomi telah menghapuskan batasan dan sekatan
pengaliran modal, komoditi dan tenaga kerja
Oleh itu, sempadan suatu negara akan menjadi kabur dan keterikatan antara ekonomi
nasional dengan antarabangsa dan membuka peluang pasaran barang secara kompetitif
lalu membuka peluang kemasukan produk-produk global ke pasaran domestik. Aktivitiaktiviti firma dan perniagaan serta pelaburan asing sesebuah negara akan meningkat.
Globalisasi ekonomi ini boleh dilihat melalui perluasan industri perusahaan melampaui
sempadan negara dalam 3 tahap iaitu perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti
di luar sempadan nasional, perusahaan multi-nasional dan perusahaan global menjaring
ekonomi dunia.
Ekonomi dunia semakin menjadi multi-polar. Sebagai contoh, dua dekad yang lalu
hanya Jepun dan Kesatuan Eropah sahaja berkongsi status kuasa ekonomi dunia bersama
Amerika Syarikat tetapi kini muncul beberapa negara baru iaitu India dan China menjadi
kuasa baru dalam ekonomi negara. Ini menunjukkan bahawa dunia tidak dikuasai oleh
Barat dan sekutunya dan suatu tanda awal bahawa sejarah dunia akan berubah lagi lalu
ekonomi menjadi paksi utama kekuatan sesebuah negara atau bangsa.
Pada perkembangan ekonomi, liberasi yang negatif mula dirasai oleh negara yang
membangun. Pada tahun 1997, kejadian kegawatan berikutan kejatuhan nilai mata wang
negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan krisis baru muncul pada perkembagan
di Asia. Kejadian ini telah memberi kesan besar dalam pelaburan, pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi serta kemakmuran Asia.

Negara-negara ASEAN yang mendapat kesan akibat krisis ini memerlukan agenda baru
bagi mengatasi kegawatan ekonomi dan membendung kejatuhan mata wang untuk
mengelakkan berlakunya penjajahan baru, kemiskinan dan kemunduran. Oleh kerana ini,
pemimpin negara yang membangun mengandaikan dengan terbuka hubungan dunia
melalui perkembagan liberalisasi agar kemiskinan dan kemunduran dapat dikurangkan.
Namun, andaian ini telah meleset dan mengakibatkan perkembangan buruk mula berlaku
iaitu memaksa negara yang membangun melakukan penyesuaian dan liberalisasi ekonomi
untuk bersaing dalam perubahan arus globalisasi.
Kelahiran krisis ekonomi berlarutan, menyalakan krisis politik, kewangan dan
campurtangan kuasa besar terhadap krisis dalaman sesebuah negara yang membangun
adalah disebabkan oleh Globalisasi serta mencetuskan krisis keamanan. Secara
umumnya, negara-negara Barat dan sekutunya mempunyai sifat dan pandangan yang
sama dalam falsafah, sejarah, nilai dan kebudayaan. Perjanjian antarabangsa seperti
Pakatan Bretton Woods menghasilkan Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF) dan
Pertubuhan Perdagangan Dunia ( WTO) melalui PBB dan agensi-agensinya. Ini
menunjukkan bahawa Barat telah berjaya mendominasi ekonomi dan sistem kewangan
dunia.

Kesimpulan :
Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup
mencabar dan salah satu sebab utama ialah cabaran yang timbul akibat daripada
pertembungan tamadun yang dibawa oleh proses globalisasi dan ia tidak boleh dihadapi
dengan berdiam diri disebabkan ia akan memburukkan keadaan serta membawa kerugian
kepada mereka yang miskin dan lemah. Selain itu, perkembangan teknologi yang pesat
menjadikan dunia seolah-olah sebuah kampung global dan batasan geografi tidak lagi
menjadi penghalang kepada sebahagian besar masyarakat dunia untuk bergerak ke mana
sahaja mereka suka.
Seterusnya, masyarakat tamadun Barat secara umumnya lebih maju daripada seluruh
masyarakat dunia yang lain banyak mendapat manfaat daripada fenomena dunia global.
Namun, sikap mereka terlalu rakus, tidak peka dan kurang memahami budaya hidup serta
tamadun masyarakat lain yang berbeza telah mengundang pelbagai konflik dan
permusuhan.
Perkembangan semasa yang berlaku merupakan sebahagian daripada proses
globalisasi dan ia tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan fenomena semasa dialami
oleh masyarakat dunia. Oleh itu, jati diri rakyat Malaysia perlu diperkasakan oleh
kerajaan dengan sistem pendidikan mantap agar mampu menilai dengan bijak dan tahu
memanfaatkan peluang yang ada.
Jati diri masyarakat tamadun Islam dan Asia perlu diperkasakan melalui pendidikan,
pengembangan serta pemantapan ekonomi dari penguasaan teknologi kerana tidak perlu
bergantung kepada Barat serta menerima apa sahaja yang datang dari Barat. Selain itu,
budaya hidup berbeza boleh mencetuska konflik dan bagi mengelakkan ini adalah melalui
dialog dan menghormati budaya serta tamadun bangsa lain. Melalui ini, ia boleh
menghasilkan keuntungan kepada semua pihak terlibat dan kekalkan keamanan dunia.

Anda mungkin juga menyukai