Anda di halaman 1dari 14

B

babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tanpa atau
tidak banyak berfikir dahulu lagi.
bahasa dalam: bahasa istana (digunakan oleh kerabat diraja).
bahasa ibunda: bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
bahasa kasar: bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
bahasa kesat: kata-kata yang tidak bersopan.
bahasa pasar: bahasa pertuturan yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang
tidak betul nahu atau susunan ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul.
baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka menolong.
baik hati: (sila lihat juga baik budi.)
baik sangka: berpendapat yang orang lain baik.
balas budi: balas jasa dan berterima kasih.
balas guna: (sila lihat juga balas budi.)
balik gagang: berpihak kepada musuh.
balik hati: berubah pendirian.
bangkai bernyawa: orang yang kurus dan dipandang hina atau tidak berguna pada
diri sendiri dan juga masyarakat.
bantal lengan: kehidupan yang terlalu miskin.

banting tulang: bekerja bermati-matian.


banyak akal: banyak helah.
banyak cakap: orang yang suka bercakap banyak atau berleter, termasuklah
perkataan yang tidak sepatutnya dipercakapkan.
banyak lemak: terlalu manja, orang yang kaya atau gemuk; orang yang tidak
mendengar kata atau suka membantah walaupun telah melakukan kesalahan.
banyak mulut: (sila lihat juga banyak cakap.)
bapa angkat: orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun
tiada pertalian darah.
bapa kandung: bapa sebenar.
barang kemas: alat perhiasan orang perempuan yang berharga.
basuh mulut: sajian manisan atau buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan
hidangan selepas makan.
batu api: penghasut.
batu loncatan: sesuatu (orang atau tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai
alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi.
batuk-batuk kambing: batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik atau menyindir.
bau bacang: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
bau-bau bacang: hubungan persaudaraan atau saudara yang sudah jauh pertaliannya.

bawa alamat: memberi tanda.


bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri.
bawa hati: merajuk.
bawa hidup: merantau mencari penghidupan.
bawa mati: menyebabkan mati.
bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain.
bawa nasib: (sila lihat juga bawa hidup.)
bawa nyawa: menyelamatkan diri.
bawa sial: mendatangkan malang.
bawa tempurung minta sedekah: kita masih gagah dan kuat.
bawa tuah: mendatangkan keuntungan.
bawah angin: negara-negara sebelah timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain.
bawah bendera: berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
bawah tanah: pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
bayang kata: dikias.
bayar nyawa: mengorbankan diri.
bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
belah bumi: bunyi yang sangat kuat.

belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.


belahan hati: orang yang sangat dikasihi.
belahan jiwa: (sila lihat juga belahan hati.)
belahan nyawa: (sila lihat juga belahan hati.)
belakang hari: kemudian hari.
bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan
atau perlawanan.
bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
beradu buku: (sila lihat juga adu buku.)
beradu kening: (sila lihat juga adu kening.)
beradu lengan: (sila lihat juga adu lengan.)
beralih akal: (sila lihat juga alih akal.)
beralih angin: (sila lihat juga alih angin.)
beralih muka: (sila lihat juga alih muka.)
berani mati: tidak takut mati.
berat badan: malas.
berat bibir: orang yang tidak peramah atau yang pendiam; malas bercakap.
berat hati: kurang senang.

berat kaki: malas.


berat kepala: pening kepala.
berat lalat: pura-pura berani.
berat lidah: tidak dapat berkata-kata.
berat mata: mengantuk.
berat mulut: (sila lihat juga berat bibir.)
berat sebelah: tidak adil dalam membuat keputusan dengan memihak kepada satu
pihak sahaja.
berat tangan: orang yang malas berusaha, malas bekerja, atau malas membuat kerja;
pemalas.
berat telinga: orang yang pendengarannya kurang jelas.
berat tulang: (sila lihat juga berat tangan.)
berbahasa kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.)
berbalik gagang: (sila lihat juga balik gagang.)
berbalik hati: (sila lihat juga balik hati.)
berbantal lengan: (sila lihat juga bantal lengan.)
berbelah hati: (sila lihat juga belah hati.)
berbesar hati: (sila lihat juga besar hati.)
berbuat jahat: (sila lihat juga buat jahat.)

berbulan madu: pengantin baru yang pergi makan angin.


bercerai kasih: (sila lihat juga cerai kasih.)
bercerai mata: (sila lihat juga cerai mata.)
bercerai mati: (sila lihat juga cerai mati.)
bercerai susu: (sila lihat juga cerai susu.)
bercermin bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.)
berdiam diri: (sila lihat juga diam diri.)
berdiri sendiri: orang yang tidak mahu menerima pertolongan orang lain.
berendam air mata: sering menangis.
berfahaman kiri: (sila lihat juga faham kiri.)
bergadai bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.)
bergadai nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.)
berganti tikar: orang yang berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal
dunia.
bergendang paha: (sila lihat juga gendang paha.)
bergolok bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.)
berhati berlian: (sila lihat juga hati berlian.)
berhati tungau: (sila lihat juga hati tungau.)

beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk
membuat sesuatu perkara.
beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti; memanjakan
seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka hatinya.
berita hangat: berita baharu yang menjadi perbualan.
berkaki ayam: (sila lihat juga kaki ayam.)
berkerat rotan: (sila lihat juga kerat rotan.)
bermain kayu tiga: orang yang tidak jujur.
bermain mata: (sila lihat juga main mata.)
bermandi keringat: (sila lihat juga mandi keringat.)
bermandi ombak: (sila lihat juga mandi ombak.)
bermasam muka: tidak bertegur sapa kerana telah berselisih faham.
bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang;
menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu.
berpaling hati: (sila lihat juga paling hati.)
berpaling tadah: bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong.
berpatah arang: (sila lihat juga patah arang.)
berpeluk lutut: (sila lihat juga peluk lutut.)
berpeluk tangan: (sila lihat juga peluk tangan.)

berpeluk tubuh: malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.


berpindah tangan: (sila lihat juga pindah tangan.)
berputih tulang: (sila lihat juga putih tulang.)
berputus arang: (sila lihat juga putus arang.)
bersaksi ke lutut: saudara mara dijadikan saksi.
bersengkang mata: (sila lihat juga sengkang mata.)
bertali arus: tidak putus-putus dilalui orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku
dengan tidak berhenti-henti.
bertegang leher: berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masingmasing; berbantah.
bertikam lidah: (sila lihat juga tikam lidah.)
berumah tangga: beristeri atau bersuami.
besar cakap: orang yang suka bercakap sombong.
besar diri: bongkak atau sombong.
besar hati: bangga; gembira; girang.
besar kepala: keras kepala, degil dan sombong.
besar mulut: suka bercakap besar.
besar perut: hamil.
betul bendul: orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.

biang keladi: orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.


bidan tarik: membuat sesuatu secara tiba-tiba.
bidan terjun: (sila lihat juga bidan tarik.)
bintang gelap: bernasib malang.
bintang hati: orang kesayangan atau kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi.
bintang terang: nasib baik.
boleh tahan: tidak buruk sangat atau boleh digunakan.
bongkar sauh: bersedia hendak belayar.
bongkok sabut: bongkok badan yang sedikit sahaja.
bongkok udang: badan yang bongkok.
buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi perbualan ramai, atau
menjadi sebut-sebutan orang.
buah cakap: (sila lihat juga buah bibir.)
buah fikiran: pendapat atau pendangan.
buah hati: (sila lihat juga bintang hati.)
buah helah: mencari helah.
buah kalam: hasil tulisan atau karya.
buah mulut: (sila lihat juga buah bibir.)

buah pena: (sila lihat juga buah kalam.)


buah tangan: suatu pemberian dalam bentuk barang; oleh-oleh.
bual kosong: bercakap tentang perkara yang tidak penting.
buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
buang air besar: berak.
buang air kecil: kencing.
buang anak: menggugurkan anak.
buang arang di muka: menghilangkan malu.
buang diri: merantau.
buang lelah: berehat untuk meredakan kepenatan.
buang malu: (sila lihat juga buang arang di muka.)
buang muka: tidak suka.
buang negeri: diperintah keluar dari sesebuah negeri.
buang sauh: berlabuh.
buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
buang tabiat: berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum
meninggal dunia.
buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya.

buat akal: (sila lihat juga buah helah.)


buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu.
buat duit: berusaha mencari keuntungan.
buat helah: berdalih.
buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan
perempuan.
buat perkara: berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
buaya darat: lelaki yang jahat atau gemar berfoya-foya dengan perempuan.
budak mentah: orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan atau
penilaian.
budi bahasa: kelakuan atau pertuturan (sama ada baik atau buruk).
bujur sirih: bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
buka langkah seribu: lari kerana takut disebabkan sesuatu.
buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang baik dan cuba
mengikutinya.
buka mulut: berkata-kata atau bercakap.
buka pintu: memberi peluang.
buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan
atau tanah yang terbiar.

buka telinga: mendengar baik-baik.


buka tembelang: mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
buku lima: penumbuk.
bulan kesiangan: berwajah pucat.
bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
bulan penuh: cantik.
bulat fikiran: teguh atau tetap fikirannya.
bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil keputusan yang
muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk membuat
sesuatu.
bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh.
bunga bangsa: orang yang berjasa kepada negara.
bunga bibir: kata-kata yang manis.
bunga dedap: perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau
tidak berbudi.
bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati daripada wang
yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank.
buru hutang: terdesak kerana berhutang.
buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru.

buru pangkat: berusaha mencari pangkat.


buru pelajaran: berusaha mencari ilmu pengetahuan.
buruk hati: orang yang jahat.
buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
buruk makan: (sila lihat juga buruk lantak.)
buruk mulut: percakapan yang kasar.
buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik.
buruk perut: kuat makan.
buruk sangka: menaruh curiga.
buruk selera: makan apa sahaja.
buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada
seseorang atau orang lain.
busuk budi: perangai yang jahat.
busuk hati: orang yang berhati jahat.
busung dada: sombong.
buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas
ketika gelap atau pada waktu malam.

buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang
buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam.
buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak
berpelajaran.
buta kayu: (sila lihat juga buta huruf.)
buta larangan: tidak dapat melihat jauh.
buta malam: rabun pada waktu malam.
buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh.
buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.

Anda mungkin juga menyukai