Anda di halaman 1dari 2

Pentadbiran Ujian

Sumber Buku : Mok S.S

Pentadbiran ujian ialah bahagian yang terakhir dalam proses pengujian. Langkah-langkah
pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu :
1. peringkat persediaan
2. peringkat pelaksanaan
3. peringkat penyelarasan
peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi
penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat
duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon
meniru dalam kalangan mereka. di samping itu tempat hendaklah cukup selesa untuk calon
menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan
kedudukan calon, gunting, benang dan alat-alat ujian yang lain hendaklah juga disediakan
sebelum ujian bermula.

Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian.
Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula dan
semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan
diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah
diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan pengawas-pengawas juga
hendaklah mengawas calon-calon dengan rapi dengan tujuan memastikan kes kecurangan tidak
akan berlaku. Di samping itu pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon tentang serta
angka giliran mereka. ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima
belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada
semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja-kerja mengutip skrip
jawapan calon mengikut angkat giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh
calon masing-masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan
yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas
bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan
berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada
pemeriksa berkenaan.