Anda di halaman 1dari 2

FCE 3204 KEMAHIRAN BERFIKIR

SEMESTER PERTAMA 2014/2015


TUGASAN
TUGASAN 1 : LAPORAN dan PEMBENTANGAN(20%)
Tajuk Tugasan: Alat Berfikir
1. Kenal pasti seorang tokoh personaliti dalam bidang tertentu yang anda
kagumi. Dapatkan artikel/ jurnal/ buku biografi berkaitan tokoh tersebut.
Pastikan tokoh personaliti tersebut merupakan individu yang kreatif dan
banyak memberikan sumbangan di peringkat antarabangsa.
2. Buat satu laporan secara berkumpulan (4-5 orang). Kandungan laporan
adalah seperti berikut:
i.
Pengenalan jelaskan definisi bagi pemikiran dan kemahiran berfikir,
konsep dan ciri-ciri individu yang kreatif dan kritis.
ii.
Kajian Kes - Berdasarkan bukti dokumen personaliti individu yang
anda pilih, buat satu ringkasan dengan menggunakan alat berfikir/
pengurusan grafik yang sesuai.
iii.
Catatan refleksi: Bagaimana kejayaan individu tokoh yang dipilih
memberikan kesan kepada pemikiran dan motivasi diri anda?
iv.
Rumusan/ Kesimpulan.
3. Laporan ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.
Font Arial
ii.
Saiz huruf 11
iii.
Langkau satu setengah baris
iv.
Rujukan mengikut format APA
v.
Lampiran
5. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda mengemukakan bukti-bukti dan
bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.
6. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian,
kematangan hujah dan sokongan ilmiah. Amalan plagiat adalah dilarang
sama sekali.
7. Gunakan data/ maklumat yang dikumpulkan sebagai bukti dan sokongan
kepada perbincangan tugasan anda. Anda boleh memaparkan data kajian kes
ini dalam sebarang bentuk visual pilihan anda (jadual, graf atau grafik, dsb).
8. Tugasan ini perlu dibentangkan. Gunakan alat berfikir yang sesuai bagi
menerangkan laporan yang telah disediakan. Kolaborasi dan kerjasama ahli
kumpulan diambilkira untuk penilaian pembentangan.
9. Panjang tugasan tidak lebih daripada 12 muka surat (termasuk persembahan
visual).

Tugasan FCE 3204 Semester 12014/2015 Dr. Nor Aniza

10.Tarikh akhir penghantaran tugasan adalah SELEWAT-LEWATNYA jam 5.00


petang 8 MEI 2015 (minggu ke 10).

Tugasan FCE 3204 Semester 12014/2015 Dr. Nor Aniza

Anda mungkin juga menyukai