Anda di halaman 1dari 37

14.

0
Ikatan dan Simpulan

Pendahuluan

Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan


ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam
pergerakan kepanduan. Seperti ahli pengakap, ahli
Pandu Puteri juga mempunyai sejarah penubuhan
yang hampir sama. Ini kerana, ia datang daripada
ilham Lord Baden Powell.

Banyak kemahiran yang diajar kepada pengakap


turut diperturunkan bagi Pandu Puteri termasuk
dalam kemahiran ikatan dan simpulan.

Kemahiran ikatan dan simpulan juga menjadi ukuran


dan penilaian dalam ujian yang ditetapkan oleh
Pandu Puteri.

Definisi Ikatan dan


Simpulan

Ikatan dan simpulan telah digunakan sejak berabad


lamanya. Namun begitu, adalah sukar untuk
dikenalpasti siapakah pelopor kepada penggunaan
simpulan dan ikatan ini.

Selain itu, adalah dipercayai bahawa penduduk


Mesir telah menggunakan tali sejak lebih kurang
5000 tahun dahulu

Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis


ikatan. Dalam kehidupan seharian, tali digunakan
sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di
pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga
kegiatan luar.

Terdapat 4 jenis definsi yang perlu


diketahui tentang ikatan dan simpulan
iaitu:

Simpulan (knotting)

Ikatan (lashing)

Sembat (splicing)

Mematikan hujung tali (whipping)

SIMPULAN

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan


sederhana saiznya.

Ia juga turut digunakan pada benda-benda kecil dan


sederhana.

Antara contoh simpulan yang biasa adalah seperti:

Buku sila

Tindih kasih

Simpul himpit

Lilit dua simpul

IKATAN

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang


dan papan untuk membuat jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya.

Contoh ikatan ialah seperti berikut:

Ikatan seraya

Ikatan serong

Ikatan silang gunting

Lilit balak

SEMBAT

Sembat digunakan untuk menyambung dua tali dan


membuat sesuatu peralatan.

Menyambung tali dengan menggunakan sembat


adalah baik dan selamat semasa digunakan.

Contoh sembat adalah seperti:

Sembat balik

Sembat pendek

Sembat mata

MEMATIKAN HUJUNG TALI

Ahli dalam Pandu Puteri tidak akan menggunakan


tali sebelum tali itu dimatikan terlebih dahulu.

Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada tali itu


terburai di hujungnya.

Contohnya adalah seperti berikut:

Lilit pemati biasa

Lilit pemati selit

Sembat balik

Model Ikatan dan Simpulan

Model Ikatan dan Simpulan

Model Ikatan dan Simpulan

25.0
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

Pendaftaran Ahli & Kumpulan


Kuasa Penganjur
Struktur Unit
Pakaian Seragam Ahli &
Pemimpin

Pendaftaran Ahli &


Kumpulan
PROSEDUR PENDAFTARAN
1.Lengkapkan borang-borang
pendaftran
2.Yuran Pendaftaran Kebangsaan
untuk Pasukan / Guild
3.Yuran Keahlian Kebangsaan
Tahunan
4.Ahli Seumur Hidup

1. Lengkapkan borang-borang pendaftran


1. Borang Pendaftaran 1 - Pendaftaran Baru - Semula Pasukan
2. Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa Pemimpin
3. Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan

Catatan: Borang-borang tersebut boleh


dimuat turunkan atau diperoleh daripada
Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya
Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu
Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil
Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk
Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama
Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran
yuran yang berkenaan berpandukan butiran
pembayaran berikut.

2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan


untuk Pasukan / Guild
1) RM 5.00
2) Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru
3) Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
Bayaran secara tunai, wang pos atau cek
berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI
MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Bank : CIMB
Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Nombor Akaun :1426-0006320-004
4) Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri

3. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan


1) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu
Puteri Tunas / Remaja / Renjer)
2) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli
Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin /
Guild Trefoil)
3) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula
4) Sebelum 31 Mac setiap tahun
5) Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS)

6) Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:


Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua
Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Bayaran secara tunai, wang pos atau cek
berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU
PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan
Pandu Puteri Malaysia
Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB
Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Nombor Akaun : 1426-0006320-004
(Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke
Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
7) Resit perlulah diambil daripada pihak yang
menerima yuran sebagai bukti pembayaran.

4. Ahli Seumur Hidup


1) RM 250.00 sekali bayar
2) Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja

Kuasa Penganjur
1)

Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu
pejabat Persekutuan Pandu Puteri Malaysia;

2)

Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan


rasmi ( official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin
kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit
pandu puteri itu.

3)

Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh


pemimpin pandu puteri;

4)

Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan


dengan unit pandu puteri di mana perlu;

5)

Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran ( seperti


rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk
ahli-ahli;

6)

Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di


sekolahnya.

Struktur Unit
Struktur Organisasi Induk
Struktur Organisasi Pasukan

Pakaian Seragam Ahli &


Pemimpin

Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan majlis Rasmi


Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya Ketua Cawangan
dan Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya Cawangan & Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau
Semasa Perjalanan atau Perkhemahan
Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan
Pakaian Tambahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan
Pemimpin

Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan majlis


Rasmi
Pilihan A : Kebaya Labuh

Kebaya labuh warna biru muda potongan Princess Line di hadapan dan
berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras
genggaman tangan).

Lengan padanan rata panjang

Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari
pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuk solat.
Belah ini disudahkan dengan butang katup.

Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka
kocek tersembunyi, boleh dijahit di sebelah kanan dengan berzip di kiri.

Sepasang flashes bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit di kelim


bahagian lengan kanan dan kiri.

Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika
bertudung)

Penampang dipaaki di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak


termasuk tag nama.

Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri 5cm di bawah flash bahu.

Pilihan B : Baju Kurung Teluk Belanga

Berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuh


di bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri.

Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian


lengan kanan dan kiri

Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle


PPPM. (jika bertudung)

Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana


maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama.

Lencana jalur Gemilang di lengan kiri 5cm di bawah


flashes.

Pilihan C :Blaus dan Seluar

Blaus
Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata
panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung.

Seluar
Seluar berwarna biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua
kocek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi
kanan dan kiri.

Kasut
Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (sau setengah inci)

Tudung
Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke
atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu.
Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan
woggle

Aksesori dan lencana:


Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan
kiri.
Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri 5cm di bawah flashes bahu.
Beg tangan rasmi PPPM

Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya


Ketua Cawangan dan Pesuruhjaya,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia

PAKAIAN RASMI
Baju Biru Kebaya/Kurung
Tudung PPPM (sekirangnya bertudung)
Penampang di dada sebelah kiri
Sekiranya Baju Kebaya Baju menutupi punggung dan ukuran serong di
hadapan baju adalah 3cm
Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah.
Kain untuk baju kurung bersusun di tepi kiri.

PENAMPANG
Lencana dunia
Lencana Pesuruhjaya (Silver)
Lencana Waran Ketua Pesuruhjaya Cawanga?Lencana Waran
Pesuruhjaya PPPM
Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada)
Satu lencana anugerah tertinggi
Tag nama
Sekiranya seorang Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka ia
boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja.

KASUT
Kasut court berwarna hitam (tutup di hadapan)
Bertumit 1

BEG TANGAN
Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya


Cawangan & Pesuruhjaya Persatuan Pandu
Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau
Semasa Perjalanan atau Perkhemahan

BAJU
Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes)

SELUAR
Seluar slack berwarna biru gelap

TUDUNG
Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus.(sekiranya bertudung)

SKAF PANJANG
Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM

KASUT
Kasut court berwarna hitam (tutup di hadapan)
Bertumit 1

BEG TANGAN
Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri


Malaysia

Baju batik kurung / kebaya


Tudung berwarna putih. (sekiranya
bertudung)
Kasut hitam
Beg hitam

Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin


Persatuan Pandu Puteri Malaysia

PAKAIAN RASMI
Baju biru kebaya/kurung
Tudung PPPM (sekiranya bertudung)
Penampang di dada sebelah kiri
Sekiranya baju kebaya baju menutupi punggung dan ukuran serong di
hadapan baju adalah 3 cm
Kain baju kebaya berlipat di hadapan tanpa belah
Kain untuk baju kurung bersusun si tepi

PENAMPANG
Lencana Dunia
Lencana Pemimpin (Emas)
Lencana Waran
Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada)
Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia boleh
memakai Lencana Pandu Puteri Raja.

KASUT
Kasut court berwarna hitam (tutup di hadapan)
Bertumit 1

BEG TANGAN
Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu


Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau
Semasa Perjalanan atau Perkhemahan

BAJU
Baju Logo Pemimpin berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes)

SELUAR
Seluar slack berwarna biru gelap

TUDUNG (sekiranya bertudung)


Tudung hitam plain dimasukkan ke dalam baju.

SKAF PANJANG
Skaf panajng di leher menggunakan woggle PPPM

KASUT
Kasut court warna hitam (tutup di hadapan)
Bertumit 1

BEG TANGAN
Berwarna hitam keluaran PPPM

Pakaian Tamabahan untuk Perjalanan


Semua Pesuruhjaya dan Pemimpin

JAKET
Jaket kain hijau berlogo PPPM
Potongan stail bush jacket dengan potongan labuh hingga ke paras bawah
punggung.

SELUAR
Berwarna biru tua potongan lurus, kelepet biasa
Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri
Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang

KOT/BLAZER
Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa
Dua poket hadapan di bawah paras pinggang
Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang.
Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar.
Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan
siku).

KASUT
Kasut kulit/PVC hitam
Bertumit rendah (4-5cm)

TUDUNG
Tudung sutera dikenakan woggle.
Collar pin atau brooch PPPM disematkan di
bahagian dagu atau digunakan sebagai skaf diikat
di leher mengikut gaya yang disukai dengan
menggunakan woggle atau brooch PPPM.

AKSESORI DAN LENCANA


a) Sepasang flashes bahu PANDU PUTERI MALAYSIA
dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri.
b) Beg tangan rasmi PPPM

Anda mungkin juga menyukai