Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Tradisional yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah strategi

pengajaran kepada murid-murid dengan berpandukan modul kejurulatihan


yang dibekalkan oleh Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF). Modul ini
telah diperkenalkan pada tahun 1980 dan dimurnikan lagi pada tahun 2002
dan 2004. ( MAHF, 2004 )
Suatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda,
emosi sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya
imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati
pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
menyebabkan pelajar bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani. Kelemahan ini berpunca daripada kaedah
pengajaran guru Pendidikan jasmani .
Sehubungan itu guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai kepercayaan
yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikan seseorang berinovatif
dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat
serta mencabar kebolehan pelajar,meransang pembelajaran dan
menyeronokan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial moral,
kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti penting untuk
dipelajari serta berguna untuk masa hadapan. Jesteru satu anjakan
pradigma harus dilakukan untuk menjadikan pelajaran Pendidikan Jaasmani
lebih berkesan, menarik dan menggembirakan dengan penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada pelbagai masalah ini yang dihadapi dalam
melaksanakan kaedah tradisional, pengkaji cuba membuat kajian untuk
memperkenalkan satu kaedah baru dalam mempraktikkan sesuatu
pengajaran agar dapat diterima oleh semua murid di bawah kendalian guru .
Kaedah ini mungkin dapat mengurangkan tekanan dan pergerakan guru
sewaktu melakukan demonstrasi sebelum murid melakukannya. Murid hanya
perlu melihat paparan di layar skrin untuk memahaminya sebelum
melakukan sesuatu pergerakan atau kemahiran. Tetapi perlu diambil
perhatian bahawa teknik ini bersesuaian dijalankan dalam dewan atau bilik
atau dewan yang tertutup kerana ia menggunakan peralatan yang cukup
canggih. Keberkesanan penggunaan multimedia dalam sistem pengajaran
yang memberi tumpuan terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling
merupakan kajian yang diminati dan akan dijalankan oleh pengkaji bagi
memantapkan program latihan sukan di Malaysia.
Di samping itu juga, pengkaji akan bersama-sama dengan kumpulankumpulan ini untuk mengadakan sesi pembelajaran selama empat minggu
dalam memastikan murid melakukan kemahiran-kemahiran yang dijalankan
semasa pra ujian.

Secara keseluruhannya bab ini telah mengketengahkan beberapa kajian


terdahulu berkaitan tahap penguasaan pengetahuan, kajian berkaitan
jurulatih dan kajian yang berkaitan tentang sukan atau permainan bola baling
di dalam negara dan dari luar negara.

Anda mungkin juga menyukai