Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan Teknologi Tahun 5

MATA PELAJARAN

Reka Bentuk Dan Teknologi

TAHUN

4F

BILANGAN MURID

27 orang

TARIKH

4 Februari 2015

HARI

Rabu

WAKTU

11.30-12.30 pagi

TAJUK

1.0 Reka Bentuk dan Teknologi

MASA

60 minit

STANDARD
KANDUNGAN

1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan


bengkel

STANDARD
PEMBELAJARAN

1.1.3 Menyatakan peraturan dan keselamatan am,


diri, alatan dan bahan berpandukan carta.
1.1.4 Mengamalkan peraturan dan keselamatan
ketika
berada di dalam bengkel berpandukan
peraturan keselamatan.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid


dapat :
1.
Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga
peraturan keselamatan am dan peraturan
keselamatan diri di
bengkel dengan tepat.
2.
Menyatakan cara menyimpan alatan dan
bahan
dengan selamat di dalam
bengkel.

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti peraturan dan


keselamatan am, diri, alatan dan bahan. Serta
dapat melaksanakan dan mengamalkan peraturan
dan keselamatan bengkel.

KEMAHIRAN

1. Menjana idea.
2. Berfikir secara logik.

ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM

1. Nilai murni - berdisiplin dan mematuhi arahan


mengenal pasti ciri-ciri yang betul.

4. Teknologi maklumat dan komunikasi

perbincangan
murid dalam kumpulan untuk
mengenal pasti fungsi komponen kit model
BAHAN BANTU
MENGAJAR

Model peti pertolongan cemas, model panel alatan


tangan, lembaran kerja, kotak ajaib dan pemain
muzik

AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Set Induksi
1. Guru menayangkan video mengenai :
Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
semasa berada di dalam bengkel.
Peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa
berada di dalam bengkel.
Kecelakaan yang akan berlaku sekiranya tidak
mematuhi peraturan di dalam bengkel.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai
kepentingan keselamatan di bengkel.
3.Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.

Langkah 1
1. Guru menarik perhatian murid dengan
bertanyakan apakah peraturan yang telah
ditetapkan oleh ibubapa mereka di rumah.
2. Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan
peraturan yang mereka amalkan di rumah.
3. Guru menerangkan peraturan keselamatan am
dan peraturan keselamatan diri menggunakan slaid
power point dan model kotak pertolongan cemas.
4. Guru memberikan lembaran kerja kepada muridmurid untuk menguji tahap kefahaman mereka.
5. Secara berpasangan, murid dikehendaki
menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan
keselamatan am dan tiga peraturan keselamatan
diri.
6. Guru meminta beberapa pasangan murid
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan
kelas.

7. Guru memberikan pujian kepada pasangan


murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan
baik dan kata-kata semangat kepada pasangan
murid.

Langkah 2
1. Guru menerangkan cara yang betul menyimpan
alatan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan.
2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk
melaksanakan aktiviti melengkapkan panel alatan
tangan.
3. Guru akan memainkan muzik dan murid
dikehendaki bergerak dalam bentuk bulatan secara
berkumpulan sambil memegang kotak ajaib secara
bergilir-gilir.
4. Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir
yang memegang kotak ajaib di dalam setiap
kumpulan dikehendaki melengkapkan panel alatan
dengan alatan yang betul.
5. Setiap wakil kumpulan yang berjaya meletakkan
alatan pada panel dengan betul akan diberikan 10
markah dan kumpulan yang berjaya memperoleh
markah tertinggi akan menerima hadiah.

Langkah 3
1. Guru memberikan kuiz kepada murid yang
merangkumi ketiga-tiga perkara iaitu peraturan
keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri
dan cara menyimpan alatan dan bahan.
2. Secara berpasangan, murid dikehendaki
menyempurnakan silang kata yang diedarkan oleh
guru dalam bentuk lembaran kerja.
3. Guru membincangkan jawapan silang kata
bersama murid-murid dan membantu murid-murid
yang masih kurang faham.

Penutup
1. 1. Guru membantu murid membuat rumusan
berkenaan peraturan keselamatan bengkel,
peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan
alatan dan bahan.
2. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada
murid-murid:
- Apakah perkara yang dipelajari pada hari ini?
- Apakah peraturan am dan peraturan
keselamatan diri?
- Bagaimana cara yang betul untuk menyimpan
alatan dan bahan?
- Apakah perasaan murid pada hari ini?
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk


dilengkapkan

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid pernah memasuki bengkel dan


menggunakan alatan dan bahan di dalam bengkel.
Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan
yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.

REFLEKSI

27 murid dapat mencapai objektif. 27 murid-murid


dapat menjawab soalan dengan betul. 0 murid
memerlukan bimbingan tambahan. 27 murid dapat
menguasai pelajaran hari ini.