Anda di halaman 1dari 12

Bunyi merupakan unsur yang penting dalan sesuatu pertuturan dimana keberkesanan

sistem komunikasi boleh dipertingkatkan lagi dengan sokongan bunyi-bunyi bahasa. Bunyibunyi bahasa biasanya dipersetujui oleh sesuatu golongan masyarakat untuk dipertuturkan oleh
manusia supaya bahasanya difahami semua (Nik Hassan Basri, 2003). Tambahan pula, tanpa kita
ketahui bahawa pembelajaran utama malah yang pertama yang diperolehi oleh manusia adalah
bahasa. Bahasa bukan hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi
meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal (Nor Hashimah Jalaluddin,
2000). Walaupun diketahui umum bahawa bunyi-bunyi ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyibunyi yang tertentu namun udara adalah sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa.
Biasanya, udara yang dihembuskan keluar dari badan manusia akan melalui tempat atau alat
artikulasi yang terdapat dalam badan manusia sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa (Abd
Hamid Mahmood, 2000). Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti
fonologi, fonetik dan fonemik dan paling penting ialah bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong
bahasa melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dibincangkan selanjutnya.
Banyak kajian telah dijalankan dalam sistem komunikasi untuk memberikan pendedahan yang
baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana ianya pernah menjadi salah satu bahasa
perantaraan pada suatu ketika dahulu (Nik Safiah Karim & Wan Malini,2006). Kajiannya adalah
berkaitan dengan fonologi dan fonetik (Indirawati Zahid & Mardian, 2006). Tambahan lagi
kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah penghasilan atau pembentukan bunyi-bunyi
vokal dan juga konsonan. Ianya juga bertujuan untuk mentafsir bentuk-bentuk vokal dan juga
konsonan yang ada di dalam bahasa Melayu. Pada lazimnya, bunyi-bunyi bahasa ini diwakili
dengan sesuatu lambang yang ditentukan (Abd Hamid Mahmood, 2000).
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri untuk menguasai kemahiran
bertutur dengan baik dan berkesan dimana pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan
yang mendalam tentangnya. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham yang merupakan
ahli-ahli penyelidik bahasa, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam
pertuturan, khas bagi sesuatu bahasa (Indirawati Zahid & Mardian, 2006). Kenyataan ini juga
disokong jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic
organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously
been called phonology (Nik Hassan Basri, 2003). Manakala menurut salah seorang ahli
linguistik Barat yang bernama Dalbor, phonology is the study of the function and patterning of
1

speech sounds dimana bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam
bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia (Indirawati Zahid & Mardian, 2006).
Dengan berdasarkan penjelasan yang akan dihuraikan, kesimpulan dibuat bahawa definisi bahasa
yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa tidaklah muktamad. Ini kerana definisi baharu bagi bahasa
boleh sahaja terhasil mengikut keperluan dan fungsi bahasa pada sesuatu zaman itu. Dari segi
ciri bahasa yang disenaraikan, kita dapat simpulkan bahawa bahasa mempunyai sifat semula jadi
dan universal (Abd Hamid Mahmood,2000).Menurut lagi seorang ahli bahasa yang bernama
Asmah Hj Omar bahawa bahasa digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang
lain. Oleh itu alat artikulasi boleh menghasilkan bunyi dan setiap satunya mengekalkan
kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi. Khususnya, vokal terbahagi
kepada tiga jenis iaitu vokal depan, belakang dan juga tengah yang dapat menghasilkan bunyibunyi yang tersendiri (Nik Hassan Basri, 2003)i. Bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa
dan bunyi-bunyi bersuara. Bunyi-bunyi bersuara ini mempunyai hubungan dengan keadaan pita
suara ataupun dikenali glotis. Jika keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara
keluar melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik bermaksud ilmu bahasa yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya manakala fonologi pula bermaksud
kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Wan Malini,2006).
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut
fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya (Goay Teck
Chong et. Al, 2006). Fonetik pula amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam
bentuk bunyi manakala fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa itu (Nik Hassan Basri, 2003).
Maka dengan pembukaan yang telah dihuraikan, dapat disimpulkan bahawa fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bukan itu sahaja, malah bunyi
bahasa adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam sistem
komunikasi khasnya pertuturan. Tetapi, sebelum menerokai alat pertuturan dan fungsinya, adalah
penting untuk mengetahui bahawa bunyi bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu
vokal, konsonan dan diftong (Abd Hamid Mahmood,2000).
2

RAJAH 1 Keadaan bibir dalam penghasilan vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal biasanya dipengaruhi oleh pergerakkan lidah,
keadaan rongga mulut dan bentuk bibir seperti yang ditunjukkan di rajah 1. Tambahan pula,
bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dimana bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyibunyi konsonan.
Salaras dengan pernyataan diatas, pelbagai definisi tentang vokal yang seumpama telah
diberikan oleh ramai ahli bahasa tempatan. Sebagai contoh, bunyi suara yang dihasilkan dengan
getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis dan vokal adalah
bunyi bersuara yang dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang
gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan tanpa bunyi-bunyi geseran (Abd
Hamid Mahmood,2000). Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para
pengkaji linguistik barat. Sejajar dengan sifat-sifat vokal yang mengeluarkan bunyi, hasil
daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paru-paru. Prosesnya adalah udara dari paruparu keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan
atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. Pita suara merupakan alat yang
penting sekali dalam penghasilan bunyi. Alat artikulasi yang turut terlibat secara langsung dalam
penghasilan bunyi vokal ialah lidah, bibir dan lelangit lembut yang akan dibincangkan lebih
lanjut lagi seterusnya. Secara keseluruhannya, terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu,
tetapi hanya enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu standard (Nik
3

Safiah Karim & Wan Malini,2006). Danial Jones pengkaji barat dalam hasil terbitan Indirawati
Zahid dan Mardian Shah Omar, 1956 , telah memperkenalkan diagram vokal kardial untuk
memudahkan gambaran tentang kedudukan bunyi-bunyi vokal (Abd Hamid Mahmood,2000).

RAJAH 2 Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah bahasa yang unik dimana ianya mempunyai 28 bunyi bahasa asli,
iaitu 18 konsonan dan enam vokal. Sebenarnya, unit yang terkecil dalam bahasa ialah fonem atau
disebut bunyi bahasa. Penghuraian fungsi sebutan setiap bahagian lidah seperti yang dilabelkan
dalam rajah 2 diberikan dengan penjelasan yang mudah.
Vokal Depan Sempit (i)
Depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah
didekatkan pada gusi untuk menghasilkan bunyi vokal ini.Selepas itu, lelangit lembut diangkat
untuk menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara tanpa sekatan. Pada masa ini bibir berada dalam keadaan terhampat.
Beberapa contoh perkataan adalah itu dan ibu.
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Depan lidah dinaikkan tidak setinggi seperti membunyikan vokal (i) dan beberapa contoh
perkataan adalah sate dan kole.

Vokal Depan Separuh Luas ()


Pengeluaran vokal ini memerlukan depan lidah diturunkan satu pertiga dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan
bunyi vokal (i) dan (e). Perkataan seperti esok dan adalah contoh untuk penyebutan vokal
sebegini dan bibir berposisi dalam keadaan terhampar.

Vokal Depan Luas (a)


Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan terlalu rendah. Lelangit lembut
berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat
pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e) dan contohnya adalah anak,
abang dan adik.

Vokal Belakang Sempit (u)


Belakang lidah diangkat setinggi mungkin ke arah atas tanpa menutup ruang aliran udara. Bentuk
bibir juga dibundarkan dan perkataan seperti ubi, ulat dan ulam dihasilkan.

Vokal Separuh Sempit (o)


Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah satu pertiga di antara tempat yang paling tinggi
dan tempat yang paling rendah. Bentuk bibir juga dibundarkan dan perkataan seperti obor, soto
dan ombak dihasilkan.

Vokal Belakang Separuh Luas


Dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut dan bentuk bibir turut
dibundarkan. Bunyi vokal ini boleh dijumpai dalam dialek Kelantan.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Rongga mulut
berkeadaan sederhana luas dan bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah
dinaikkan kearah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup
rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar
melaluinya.Udara pula keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Contoh
perkataan adalah enam, empat dan emak.
Dengan itu, vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang dihasilkan apabila udara dari paruparu keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau
sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan (Nik Hassan Basri,
2003). Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan. Kesimpulan boleh dibuat bahawa vokal-vokal dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal depan, vokal tengah, vokal belakang (Nik Safiah
Karim et. Al. (2004).Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u]. Vokal dalam bahasa
Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan standard ataupun baku iaitu
vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a] (Nik Safiah Karim et. Al.
(2004).Satu vokal tengah [] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi berbeza dari segi
pertuturan (Nik Safiah Karim et. Al. (2004). Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik
artikulasi dan artikulator merupakan faktor utama. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan
bibir juga memainkan peranan yang penting.

Bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.
Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada
bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. Seperti yang
diterangkan pada awal lagi dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan
oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah (Abd Hamid Mahmood,2000).Bunyi
diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil
6

apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di
mana pada mula- mulanya timbul tanpa menjelaskan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di
mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi
tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Khususnya, diftong hendaklah dibezakan daripada vokal
rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal.

Rajah 3 : Carta contoh diftong dan kedudukannya


Bunyi

Huruf

di depan

di tengah

di belakang

/ai/

ai

aising

ghairah

pandai

trailer
/au/

au

aurat

saudara

harimau

auditorium
/oi/

oi

oidium

boikot

amboi

Setelah menerokai pelbagai bunyi bahasa iaitu bunyi vokal, bunyi konsonan dan bunyi
diftong dan bagaimana penghasilan, fungsi dan aplikasi bunyi- bunyi ini terhadap bahasa
Melayu, seterusnya adalah penting untuk mengetahui alat artikulasi atau pertuturan dan
fungsinya (Goay Teck Chong et. Al, 2006). Ini akan memberikan pembaca fahaman yang lebih
mendalam tentang proses penghasilan bunyi bahasa. Rajah yang menglabelkan alat artikulasi
ditunjukkan dibawah. Sebagai pengetahuan am, paru-paru, pangkal tenggorok dan rongga
keronkongan berfungsi secara tidak langsung apabila bunyi dikeluarkan (Abd Hamid
Mahmood,2000).

Rajah 4 : Kedudukan alat pertuturan

1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

6.

Lelangit keras

16.

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

17.

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

18.

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

19.

Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah,
dan

belakang lidah. Pemecahan ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis

penghasilan bunyi (Nik Hassan Basri, 2003). Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang
lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang. Hujung lidah pula adalah bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana
bahagian mulut untuk membuat halangan. Gigi pula berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa
8

tetapi peranannya tidaklah seaktif artikulasi lain. Kedudukannya yang tidak bergerak dan
sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi (Abd Hamid
Mahmood,2000). Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir adalah alat
artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal
yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagaibagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut yang juga menjadi sebab
utama perubahannya semasa penghasilan bunyi. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun
dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit dapat dibahagikan kepada
dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan
lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga hidung terletak di atas rongga mulut yang
dipisahkan oleh lelangit (Abd Hamid Mahmood,2000). Rongga hidung boleh dibuka atau
ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau
tidak. Pita suara terletak dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam penghasilan bunyi (Abd
Hamid Mahmood,2000). Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Dalam
menghasilkan bunyi, terdapat tiga alat yang memainkan peranan yang penting iaitu alat dalaman
tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi bahasa diberikan lambang-lambang
tertentu (Goay Teck Chong et. Al, 2006). Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu
vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa berlakunya sekatan kepada
aliran udara. Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan. Pelabelan bunyi-bunyi ini
bergantung pada alat dan daerah artikulasi. Manakala untuk bunyi konsonan pula, keadaan pita
suara turut diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun
tidak. Oleh itu, bagi mengenal pasti cara sesuatu bunyi dihasilkan, pengetahuan tentang alat dan
daerah artikulasi diperlukan.
Rajah 5 : Pita Suara
9

Sekarang lihat pula konsonan [an] dan [ng] di akhir kata dalam dialek Kelantan diganti dengan
vokal [] seperti contoh di bawah:
Bahasa baku

Dialek Kelantan

[taan]

[tang]

[makan]

[mak]

[kaca]

[kac]

[lapa]

[lap]

Mengapakah vokal [a] di akhir kata di tukar dengan vokal [o] seperti contoh di bawah:
Bahasa baku

Dialek Kelantan

[mana]

[mano]

[lama]

[lamo]

[lada]

[lado]

Apakah kata dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna berbeza dengan bahasa Melayu

10

Rujukan
Abd Hamid Mahmood.(2000). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ).Fonologi,
Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003).www.scribd.com/doc/46623256/Konsep-Bahasa
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu
STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dawama Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2009 http://www.tuto r.com.m y/stpm/fonologi/Fonologi.htm
2009 http://ms. wikipedia.org/ wiki/Fonetik

11

BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BUNYI BAHASA

OLEH :

NAMA

SUNNARI A/P KRISHNAN

PROGRAM

BABM

SEMESTER

SEM 1 TAHUN 2011/2012

12

Anda mungkin juga menyukai