Bismilahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan
salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga dan para sahabatnya.
Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran
kerana dengan izin dan kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan individu yang
menghendaki saya untuk menyediakan lirik lagu mengikut loghat negeri yang berbeza dan
kemudian mentranskripsi fonetik lagu tersebut dan dan menulis tugasan dalam ejaan baku.
Manakala tugasan kedua saya dikehendaki untuk membuat ulasan berdasarkan kepada
artikel yang diberikan. Semoga dengan adanya tugasan ini akan dapat memberi serba
sedikit penerangan dan pengetahuan berkaitan fonetik dan dapat saya terangkan dengan
jelas sekiranya suatu hari nanti apabila saya akan ditanyakan berkenaan dengan fonetik
Bahasa Melayu serta dapat diaplikasikan suatu hari nanti di sekolah
Tujuan sebenar tugasan ini dibuat adalah untuk mengetahui fungsi sebenar fonetik
cara bagaimana untuk mentranskripsikan bunyi ujaran yang dituturkan mengikut loghat
daerah atau negeri yang berbeza. Tugasan ini merupakan tugasan individu yang diberikan
oleh pensyarah kepada pelajar bagi subjek Bahasa Melayu (BMM 3083)
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang sanggup meluangkan
masa dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan
seperjuangan saya.
Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Puan Nafishah Binti Jusoh, yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan
betul dalam menghasilkan tugasan yang baik
Akhir sekali kami ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata atau
terdapat kelemahan pada tugasan yang saya sediakan. Segala yang baik itu datangnya
dari Allah
S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Segala
kritikan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak. Semoga ianya dapat memberi
manfaat bersama dan kenangan bagi saya semasa menyiapkan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
Wassalam.........
Tugasan 1
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu membincangkan dan menghuraikan tentang teori
fonetik dan fonologi, artikulasi dan articulator, huruf-huruf dan simbol-simbol fonetik, fonem
segmental dan fonem suprasegmental. Bidang ini turut membehaskan latihan transkripsi
fonetik, penyukuan pola suku kata, dan sebutan baku bahasa Melayu yang melibatkan
sebutan bentuk kata terbitan dan kata pinjaman.
1. Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan satu daripada sumber berikut:
a. Rakaman perbualan mana-mana penutur dialek. (dicadangkan perbualan DJ radio
daerah)
b. Rakaman mana-mana lagu yang mempunyai lirik berunsur dialek
c. Rakaman sebarang ucapan, ceramah dan lakonan yang dituturkan dalam manamana dialek di Negara ini.
Anda dikehendaki:
a) Menyediakan teks rakaman perbualan, lirik lagu, ucapan, ceramah dan
lakonan dalam bahasa Melayu standard. Jangka masa dialog ialah dua minit
sementara lirik lagu melibatkan seluruh lagu
b) Mentranskripsi fonetik dan menulis tugasan dalam ejaan baku rakaman yang
telah dipilih menurut jangka masa dalam soalan (a)
Tugasan 2
Ulas secara kritis artikel Adil terhadap sebutan baku- Nik Safiah daripada Utusan Malaysia
berkaitan dengan isu bahasa baku, dan tumpuan ulasan anda hendaklah berfokuskan
kesukaran sebutan baku bahasa Melayu dilaksanakan di Negara ini dengan mengambil kira
sejarah pelaksanaannya, penyediaan pedoman umum sebutan baku, peranan agensi
awam, dan kesungguhan pelaksanaannya.
Ulasan artikel
Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai ciri-ciri yang
menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula
menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung
makna yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud
ratusan tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir
sejarah, tradisi dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem
pendidikan yang membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap
nahu dan ayat sehingga menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara
perlembagaan merupakan bahasa rasmi dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa
pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas kepada perpaduan negara.
Kebakuan Bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan pengkaryaan amat
penting diperkukuhkan supaya Bahasa Melayu mampu tampil sebagai bahasa ilmu, sains
dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang
(sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat
dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan
sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula mendefinisikan bahasa baku sebagai satu
bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh
sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan pula merujuk kepada proses pengkodan
bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Artikel yang bertajuk adil terhadap sebutan baku yang diterbitkan oleh Utusan
Malaysia merupakan saranan, permohonan dan perjuangan demi memartabatkan bahasa
Melayu Baku di persada yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan di tanahair tempat
tumpah darah. Nik Safiah Karim dilihat seperti mewakili semua tokoh-tokoh bahasa di
Malaysia untuk mengekalkan sebutan bahasa Melayu Baku dalam sistem pendidikan
Negara ini. Usaha ini seolah-olah merupakan usaha terakhir beliau untuk mendapatkan
sokongan kabinet kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan kesinambungan perjuangan
mendaulatkan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia, setelah kajian dibuat oleh Menteri
Pendidikan Malaysia dan diserahkan ke Parlimen. Saya membahagikan ulasan ini kepada
beberapa bahagian agar lebih jelas dan nampak dengan jelas apakah sebenarnya yang
berlaku sehingga artikel ini dikeluarkan di media cetak.
Bahasa
Melayu dapat
dimantapkan dan diselaraskan sejajar dengan keperluan praktik, intelektual dan linguistik:
Sistem ejaan
Sistem peristilahan
Perkamusan
Tatabahasa
Dalam konteks pelaksanaan baku, lima aspek diatas boleh diteliti satu persatu bagi
memantapkan lagi proses pembakuan Bahasa Melayu dan membolehkan kita melihat darjah
kebakuan Bahasa Melayu.
Pelajaran melalui Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) bertujuan untuk mewujudkan satu
variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
Dasar sebutan baku ada menggariskan bahawa sebutan huruf, kata mahupun ayat
mestilah berdasarkan sebutan fonemik,
tanggungjawab kepada guru khususnya guru bahasa Melayu agar mereka sendiri turut
sama mempraktikkan situasi sejajar dan sewajarnya semasa mempraktikkan aktiviti lisan
dihadapan anak muridnya.
menunjukkan kreadibiliti bertutur secara petah dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul dalam pelbagai situasi serta lebih baik sekali dan mampu menggunakana bahasa
baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur, selain membaca dan menulis. Dalam hal ini para guru perlulah peka
dengan variasi bahasa yang wujud. Bahasa Melayu umumnya dapat dibahagikan kepada
tiga jenis variasi iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat dan dialek sosial. Justeru,demi
memartabatkan dan merealisasikan semua ini guru-guru perlulah menggelakkan diri
daripada dipengaruhi oleh loghat atau dialek yang telah menjadi darah daging seseorang
itu.
Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-saTu masyarakat bahasa.
dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standarad dari segi
sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.
sebutan, gaya lagu bahasa, malah kosa kata. Cuba kita sama-sama bayangkan apakah
yang akan berlaku dan kesan yang akan terjadi jika seorang guru bahasa Melayu sendiri
menggunakan dialek semasa mengajar. Ini tentu akan menimbulkan kecelaruan kepada
penguasaan bahasa murid-murid di sekolah.
10
ganas.
Semua
ini
menyumbang
kepada
berlakunya
kepincangan
dalam
11
dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan.
Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan
pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di
dalam Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah)
diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas perbandingan .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini
membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami
oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam
majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu
Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang
pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai,
khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga
berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan
bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang
sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk
imejnya tersendiri.
Bagi memastikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu berjalan lancar, maka suatu
panduan diwujudkan sebagai ikutan ramai. Langkah mewujudkan buku ini juga bukti dan
alasan kepada Dato Dr. Nik Safiah Karim merayu kepada kerajaan supaya adil dalam
memutusakan kesinambungan Bahasa dan Sebutan Baku Bahasa Melayu di sekolah.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumendokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :
i.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1998.
ii.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1994.
iii.
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1991.
12
13
Langkah yang ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah
yang menghalang penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah
rendah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa
walaupun hanya berada di rumah kediaman mereka. Antaranya menerapkan anak-anak
mereka dengan budaya suka membaca. Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan
bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa kata Melayu baku yang betul.
Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan. Amalan membaca juga membantu
pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan kosa kata yang tidak diterima
dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik adalah seperti buku cerita
bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan penulisan bahasa Melayu, buku
rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, surat-surat khabar bahasa Melayu dan
sebaginya.
Melalui
pembacaanlah,
manusia
boleh
menambah
ilmu
bahasa
dan
bahasa
Melayu
Baku
kalau
bukan
kita
sebagai
rakyat
Malaysia.
Sesungguhnya, negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin
memprioritikan bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan
generasi akan datang dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya
tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.
14
Kesimpulan
Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa
fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan diri
daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik serta
membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.
Seterusnya,
untuk
menguasai bahasa
15
REFLEKSI
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu merupakan satu matapelajaran baharu yang
saya pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan fonetik yang saya
pelajari sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama dengan Puan Nafishah binti Jusoh.
Bermula daripada alat artikulasi hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan
fonem suprasegmental. Dalam tugasan fonetik yang diberikan, saya dikehendaki untuk
mentranstripsi sebuah lagu dialek negeri Sembilan yang bertajuk apo nak dikato nyanyian
daripada Eto.
Sepanjang pelaksanaan untuk mentranskripsi lagu ini, banyak cabaran dan ilmu
pengetahuan baharu yang saya hadapi. Semasa mentranskripsi lagu dialek Negeri
Sembilan ini, masalah yang dihadapi ialah untuk mencari simbol fonetik dalam Microsoft
Word. Proses pencarian simbol fonetik untuk mentranskripsi lagu mengambil masa yang
agak lama bagi melaksanakan tugasan ini. Berdasarkan pelaksanaan tugasan transkripsi ini
antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar. Tanpa sifat sabar dalam diri
barangkali saya akan menghadapi tekanan perasaan dalam diri semasa mencari simbol
fonetik. Namun setelah selesai saya mentranskripsi lagu tersebut, saya amat berpuas hati
dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil transkripsi saya dapat memuaskan hati pihak
pemeriksa juga hendaknya.
Tugasan seterusnya saya diminta untuk membuat ulasan berkenaan artikel yang
diberikan bersama dengan soalan tugasan ini. Artikel yang diberikan menerangkan perkara
yang berkaitan dengan pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku di Malaysia. Saya
sedaya upaya mendapatkan maklumat berkenaan dengan proses pelaksanaan Bahasa
Melayu Baku daripada pusat sumber Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk
memahami apakah sebenarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Baku.
Berdasarkan daripada
pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku merupakan satu tugas yang mulia dan
seharusnya mendapat pujian dan sanjungan daripada pihak-pihak yang tertentu.
Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu seharusnya diterapkan di peringkat sekolah
rendah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami cara bagaimana untuk
memahami dialek sesetengah negeri berdasarkan simbol fonetik sekiranya diberikan. Selain
itu juga, saya dapat mengetahui cara bagaimana bahasa dialek tersebut dibunyikan
berdasarkan kepada simbol fonetik yang diberikan. Antara ilmu baharu yang saya perolehi
ialah perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Perjuangan ini seharusnya di
ketengahkan kepada pihak atasan bagi menjadikannya satu budaya yang diamalkan bukan
16
hanya di sekolah malah digunakan secara umum dan meluas. Selain itu juga, perjuangan ini
tidak seharusnya dilaksanakan pada masa-masa yang tertentu dan kadangkala terhenti
seketika.
Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan
juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini
ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri
dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam
tempoh masa yang terdekat. Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih
belum pandai mengagihkan masa sebaik-baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah
seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri supaya mahir membahagikan waktu agar
segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.
Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di
dalam tugasan ini dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan
agak kucar-kacir dan tidak menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu,
penguasaan perbendaharaan kosa kata yang agak lemah menyebabkan pengolahan
bahasa yang digunakan agak tidak menarik dan kurang sedap untuk didengari. Besar
kemungkinan juga terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas pandang dan mungkin
itu adalah kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan tersebut saya
dahului dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut dapat
mematangkan saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan Abdul
Halim.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari.
Antaranya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan
pengalaman buat saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini
kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun
dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya
tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk
menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan
pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam
melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran
yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan
apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa
menjadi seorang guru. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya
telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah
17
saya Puan Nafishah binti Jusoh. Walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad
kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masingmasing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing
namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada
proses pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan
percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak
bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.
18
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
19
Lampiran
20