Anda di halaman 1dari 5

http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-tahfiz-perdana-pusat-bimbingan.

html

KELEBIHAN ORG HAFAZ AL-QURAN


1. Ganjaran Dunia
Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan
manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah
S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah
kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya. (Riwayat
Ibnu Majah)
Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran
di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud
hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran
merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga
hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah
seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau
kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala
Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang
yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di
dalam maksud hadith riwayat muslim Yang menjadi imam suatu kaum
adalah yang paling banyak hafalannya. dan banyak lagi ganjaran dan
kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran
2. Mayat Tidak Reput
Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang
mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam
tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah
a - Para Nabi
b - Para Syuhada'
c - Para Alim Ulama
d - Para Ahli Jihad
e - Para Hafiz Al-Quran
f - Imam atau pemimpin yang adil
g - Tukang Azan.
h - Wanita yang mati kelahiran/beranak
i - Orang mati dibunuh atau dianiaya
j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu

dari kalangan orang yang beriman.


3. Ibu bapanya mendapat kemuliaan
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota
pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada
cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah
rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
4. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi
Muhammad S.A.W
Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud
kemudian beliau bersabda, Manakah di antara keduanya yang lebih
banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka
beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat. (Riwayat
Bukhari)
5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali
ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran)
maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala
digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif
laam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim
itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
6. Al-Quran menjanjikan kebaikan.
Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang
mengajarkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW

bersabda, Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi


pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya
(penghafalnya).(Riwayat Muslim)

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/hafazan.html
4.0 KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Menghafaz al-Quran adalah ibadat dan ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah
s.w.t.Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah s.w.t kerana kelebihan
menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda
Rasulullah s.a.w :

.
Terjemahanya: Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian
dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz
al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang
jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya. ( Hadith Riwayat Hakim ).
Dengan sebab itu, ia mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:

4.1 Dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk
memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya
yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Ini digambarkan dalam
sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang berbunyi:

.
Terjemahannya: Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta
menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran ( mengamalkannya ) serta
mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya )
nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima
syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah
diwajibkan masuk neraka.
( Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).
4.2 Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru
hara di alam akhirat amat dasyat dan jasadnya akan terpelihara seperti
keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang

lain tidak terkecuali daripadanya.


4.3 Mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. Penghargaan
seumpama ini pernah diberikan oleh baginda ketika pengkebumian para
syuhada yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah
hadith yang bermaksud:
Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w
mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam
satu liang lahad, lalu baginda bertanya , Siapakah di antara kedua-dua ini
yang paling banyak menghafaz al-Quran ? Apabila ditunjukkan kepada
baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan
pengkebumiannya lalu bersabda, Aku menjadi saksi terhadap mereka.
( Hadith Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan nasaI ).
4.4 Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan
mendapat ketinggian martabat di akhirat.Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia
akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana
cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan
dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka
mereka berdua bertanya, Dengan sebab apakah kami pakaikan dengan
perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh
anakmu. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).
4.5 Para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat
syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran yang telah dibacanya semasa
di dunia.
4.6 Selalu dilindungi oleh Allah.
4.7 Menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia.
4.8 Tidak merasa takut pada hari kiamat.
4.9 Doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
4.10 Merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta
dipermudahkan segala urusan mereka.
Oleh itu, para hufaz bukan sahaja dipandang mulia di dunia, malah di akhirat
kelak mereka akan turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Allah
s.w.t.Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya
walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w menganggapkan orang yang tidak
membaca al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal
dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang
hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w bermaksud:
Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam

dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hamper runtuh. ( Hadith
Riwayat Tarmizi ).

Anda mungkin juga menyukai