Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM :

(DPLI SM) - KDC - SABK MATEMATIK


AMBILAN NOVEMBER 2013

NAMA PELAJAR :
KOD DAN NAMA KURSUS

MTSC2203 : PENDEKATAN DAN PEDAGOGI


MATEMATIK II
SEMESTER / TAHUN : II /2014
TARIKH MULA :
Hasil Pembelajaran

4 JUN 2014

TARIKH HANTAR :

14 September 2014

1.

Menguasai konsep dan mengaplikasi pelbagai pendekatan dan teknik


pengajaran dalam bidang algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.

2.

Menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran


algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga dalam kehidupan seharian.

3.

Mengenal pasti serta membetulkan miskonsepsi dalam pembelajaran algebra,


kalkulus, trigonometri dan statistik.

4.

Menguasai kemahiran pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan makro.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4


Objektif Projek:
Pada akhir projek, pelajar boleh:
1. Menganalisis dan membuat perkaitan antara pengetahuan konsep matematik dalam
pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga
dalam kehidupan seharian.
2. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat menerangkan
perkembangan kefahaman dan mengukuhkan konsep matematik berasaskan
kemahiran berfikir aras tinggi mengikut topik algebra, kalkulus, trigonometri dan
statistik dan juga dalam kehidupan seharian.
3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi topik algebra,
kalkulus, trigonometri dan statistik melalui pengajaran mikro dan makro.
4. Menghasilkan satu ulasan kritis serta membuat verifikasi bagi miskonsepsi dalam
pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.

Tugasan Projek 100%


Kerja kursus projek ini memberi peluang dan pendedahan kepada guru pelatih
menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi kandungan bagi pengajaran dan
pembelajaran matematik yang berkesan dalam bidang algebra, kalkulus, trigonometri
dan statistik. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep
matematik, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta membina bahan bantu belajar
bagi topik algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik.
Bagi projek ini, pelajar dikehendaki merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai beserta dengan bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif kemudian
membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro dan melaksanakan
pengajaran makro di sekolah.
Daripada tugasan di atas, pelajar dikehendaki mengenal pasti miskonsepsi yang timbul
dan membuat verifikasi daripada miskonsepsi ini .
Penghasilan Produk dan Laporan Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
1.

Rancangan aktiviti PdP beserta Laporan Aktiviti (80%)


1. Bina carta alir bagi perkembangan pengetahuan konsep matematik dalam
pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik dan juga
dalam kehidupan seharian.
2. Rancang satu aktivit pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk algebra,
kalkulus, trigonometri dan statistik. Laksanakan keempat-empat aktiviti berdasarkan
tajuk yang disediakan dalam pengajaran mikro dan makro.

2.

Ulasan kritis (20%)


Kenal pasti miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan
statistik. Buat verifikasi bagi miskonsepsi tersebut.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini dilaksanakan secara Individu.

2.

Pelajar akan melaksanakan empat rancangan aktiviti bagi topik algebra, kalkulus,
trigonometri dan statistik membuat laporan aktiviti yang lengkap bersama dengan
bahan bantu mengajar.

3.

Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam laporan anda.

4.

Format penulisan laporan adalah seperti berikut:


i. Muka depan hendaklah templat terkini
ii. Fon Arial, saiz 11
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA.

5.

Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

6.

Panjang ulasan kritis adalah 1500 patah perkataan.

7.

Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan dan sehelai
Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Ulasan kritis) sebagai muka surat ke-2 dan
sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Rancangan Aktiviti ) sebagai muka
surat ke-3 dalam laporan anda.

8.

Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

9.

Hantar laporan projek bersama dengan gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu
mengajar.

10.

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


1.

Rancangan aktiviti PdP beserta Laporan Aktiviti


Bina carta alir bagi perkembangan pengetahuan konsep matematik dalam
pengajaran dan pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik
aktiviti yang menarik dan berkesan
BBB yang berkualiti, kreatif, inovasi dan versatil
persembahan laporan yang baik
rujukan kepada sumber akademik yang luas
soalan dalam tugasan amali dijawab dengan baik
illustrasi /gambarfoto yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea.

2.

Ulasan kritis
Kenal pasti miskonsepsi dalam pembelajaran algebra, kalkulus, trigonometri dan
statistik. Buat verifikasi bagi miskonsepsi tersebut.

3.

Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

Kriteria Pentaksiran
Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP
(Ulasan kritis) dan Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP ( Rancangan Aktiviti ).
Disediakan oleh:

....................................................
(TENGKU NOOR ZIMA TUAN JAFFAR)
Penyelaras Kursus MTE 3109
Jabatan Matematik
IPGKPT
Tarikh
Disahkan oleh Ketua Jabatan:
.............................................
( PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI )
Ketua Jabatan
Jabatan Matematik
IPGKPT
Tarikh

Disemak oleh :

.........................................................
(PARIMALARANI A/P SIVASUBRAMANIAM )
Pakar Bidang (SME) MTE3109
Jabatan Matematik
IPGKPT
Tarikh