Anda di halaman 1dari 2

Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4

TAJUK

1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

MASA

60 minit

STANDARD
KANDUNGAN

1.1 Mengenal pasti struktur organisasi bengkel


1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel

STANDARD
PEMBELAJARAN

1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan


carta.
1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur
organisasi bengkel.
1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan
dan bahan berpandukan carta.
1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada
di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. Menyediakan struktur organisasi bengkel.
2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan
selamat.
3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan struktur


organisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan dan
keselamatan bengkel

KEMAHIRAN

1. Boleh berperanan dalam organisasi.


2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan
aktiviti

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM

1. Keusahawanan(EK5) Prinsip tanggungjawab sosial


2. Nilai murni berdisiplin dan mematuhi peraturan

BAHAN BANTU
MENGAJAR

1. Carta keselamatan
2. Kotak pertolongan cemas
3. Alat pemadam api
4. Apron
5. Panel alatan.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
Guru menceritakan kepentingan untuk melantik seorang
pemimpin dalam sesebuah organisasi.
- Pemimpin sebagai contoh teladan kepada organisasi.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan satu contoh carta organisasi bengkel
dan menerangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan seperti
fomen, penolong fomen dan ketua kumpulan. (Rujuk 2.1)
2. Murid memilih fomen dan penolong fomen.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang
ketua.
( HOTS mengabungkan idea dengan menggunakan
pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea )
Langkah 2
1. Guru mengagihkan tugasan di bengkel seperti menyapu
sampah, menyusun kerusi dan meja, memadam papan
hitam dan menyusun alatan tangan berpandukan kumpulan
yang telah ditetapkan. (Rujuk 2.1)
2. Guru mengedarkan lembaran peraturan dan keselamatan.
(Rujuk 2.2 dan 2.3)
3. Guru menerangkan peraturan dan keselamatan am, diri,
alat dan bahan serta meminta murid untuk menampalkan
ke dalam buku latihan.
4. Guru menerangkan kepentingan peti pertolongan cemas
dan alat pemadam api. (Rujuk 2.6)
Penutup
Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan
memberi penghargaan kepada murid yang dapat
melengkapkan tugasan yang diberi.

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

1. Guru mengedarkan satu lampiran struktur organisasi


bengkel yang kosong kepada setiap murid untuk
dilengkapkan.
2. Murid menyenaraikan jenis-jenis tugasan di dalam bengkel.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA

Murid telah didedahkan dengan peraturan-peraturan yang


perlu dipatuhi di sekolah.

REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai