Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

MOHAMED DANIAL BIN MOHAMED KHAIR


Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pengurusan
Kokurikulum permainan badminton (WAJ3109). Berdasarkan tugasan kami dikehendaki untuk
menghasilkan satu set kertas kerja dan sekaligus memahami cara-cara pengelolahan dan
pengurusan pertandingan badminton yang betul.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mengagihkan tugasan secara adil
kepada setiap ahli kumpulan, kami juga membuat beberapa perbincangan dan rujukan
dari rakan-rakan untuk menghailkan sebuah kertas kerja yang baik dan kemas, selain
itu, dalam mengharungi hari raya aidilfitri, kami masih lagi melalkukan perbincangan
dengan melalui media sosial untuk mengetahui perkembangan bahagian masingm,asing, setiap ahli kumpulan memberikan komitmen yang jitu dan baik sehinggalah
tugasan ini berjaya disempurnakan.
Melalui tugasan ini, banyak input yang telah saya perolehi, antaranya, cara-cara
untuk

menganjurkan

sesuatu

pertandingan

badminton

tertutup,

saya

perlu

menghasilkan kertas kerja yang mengandungi objektif, matlamat, tarikh, msaa, tempat
dan sebagainya, selain itu, saya dapat mengetahui cara-cara untuk membuat bajet
perbelanjaan bagi mengajurkan sesebuah pertandingan dan dalam masa yang sama,
saya dapat mempelajari peratuaran-peratutan yang terkandung dalam kejohanan
badminton yang perlu dipatuhi, secara ringkasnya, tugasan ini banyak memberi ilmu
dan manfaat yang baru kepada saya dalam menguruskan sesuatu kejohanan ataupun
pertandingan secara tertutup, khususnya badminton, semoga segala ilmu ini dapat saya
aplikasikan di luar nanti, selain itu, dapat saya aplikasikan apabila menduduki kursus
kepegawaian dan kejurulatihan badminton pada masa akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah,
Encik Azizo Bin Awang, kerana telah banyak menyumbang banyak idea dan maklumat
kepada kami sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan, semoga tugasan seperti ini
dapat diteruskan kepada pelajar-pelajar yang akan datang kerana tugasan ini
sememangnya

memberi banyak kesan positif dan dapat meningkatkan kemahiran

dalam menguruskan kejohanan permainan, Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai