Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya dan rakan-rakan telah berjaya menyelesaikan program BIG Fasa 4 di


Kuala Muda, Kedah. Tempoh program ini adalah selama tiga hari dan berlangsung
pada tarikh 11/09/14 hingga 13/09/14.
Pada hari pertama, kami semua telah berkumpul di garaj sejak pagi dan bertolak
dari IPG ke destinasi dengan menaiki bus. Setelah sampai ke destinasi iaitu SK Kuala
Muda, kami telah menerima taklimat daripada kem komander. Selepas itu, saya dan
rakan-rakan bekerjasama mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Dalam proses
mendiri khemah, saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempunyai
pengalaman dan juga mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan.
Aktiviti yang dijalankan seterusnya ialah slot motivasi bersama murid dan aktiviti
LDK. Saya telah diaturkan sebagai fasilitator dalam aktiviti ini. Saya dan satu rakan lagi
bertanggungjawab mengetuai salah satu kumpulan murid. Semasa aktiviti dijalankan,
saya telah menghadapi sedikit masalah iaitu murid-murid kumpulan saya terlalu aktif
dan berlari terus untuk mencari jalan penyelesaian tanpa mendengar arahan saya.
Walaupun begitu, masalah ini dapat diselesaikan setelah saya dan rakan-rakan
melarang perbuatan mereka. Sebagai fasilitator, saya juga ada melaksanakan
kewajipan saya dengan merangsangkan murid-murid supaya mereka boleh berfikir
secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada sebelah
malam, majlis penyerahan kepada keluarga angkat diadakan dan tibalah masa saya
dan rakan-rakan berkenalan dengan keluarga angkat kami. Kami telah
memperkenalkan diri kepada keluarga angkat dan berkenalan bersama-sama.
Pada hari kedua, aktiviti program anak angkat dijalankan pada waktu pagi. Saya
dan rakan-rakan bersama-sama berjalan kaki ke rumah keluarga angkat. Kami telah
disambut oleh keluarga angkat dengan gembira. Seterusnya, kami dengan keluarga
angkat bersama-sama sambil makan sarapan dan sambil bersembang untuk
merapatkan lagi hubungan kami. Kemudian, ibu angkat bercadang membawa kami
semua pergi ke Pantai Merdeka untuk bersiar-bersiar. Namun, hujan lebat pada masa
itu dan aktiviti ini terpaksa dibatalkan. Oleh itu, kami tinggalkan di rumah dan belajar

cara mengendalikan mesin menjahit dari ibu angkat. Saya berasa kagum dengan ibu
angkat saya kerana ibu angkat merupakan seorang tukang jahit yang sangat
berpengalaman. Saya juga mempunyai peluang diajar oleh ibu angkat untuk menyulam
nama sendiri dengan menggunakan mesin jahit di atas kain. Namun, pada
permulaannya, saya asyik tidak dapat mengendalikan mesin jahit itu dengan baik dan
menyebabkan benang dijahit salah. Selain itu, benang mesin jahit yang nipis itu juga
asyik putus semasa saya menggunakan mesin jahit. Nasib baiknya, dengan beberapa
kali latihan dan tunjuk ajar oleh ibu angkat, akhirnya saya telah berjaya menyulam
nama sendiri dengan menggunakan mesin jahit. Pada sebelah petang, hujan lebat telah
behenti dan ibu angkat pun membawa kami pergi ke pantai Merdeka dengan kereta.
Saya dengan keluarga angkat telah mewujudkan kenangan manis di situ. Kira-kira pada
pukul 5.00 petang, kami pun berpisah dengan keluarga angkat dan balik ke SK Kuala
Muda selepas habis makan makanan malam.
Pada hari ketiga, aktiviti yang dijalankan ialah khidmat masyarakat. Pelajar yang
bukan agama Islam telah ditugaskan untuk bergotong-royong di dewan kecil. Dalam
proses pembersihan tingkap, saya telah mengalami masalah iaitu kain penggelap perlu
dicuci dengan kerap sebab terdapat banyak kotoran pada cermin tingkap. Nasib baik,
rakan-rakan saya ada membantu saya mencuci kain penggelap itu dan kerja
pembersihan lebih cepat diselesaikan.
Dalam program BIG ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan. Pertama,
saya mendapati perkara akan lebih mudah diselesaikan jika kita bekerjasama dalam
menjalankan aktiviti. Kedua, saya juga mendapati bahawa bukan senang untuk menjadi
seorang fasilitator kerana fasilitator perlu memastikan semua ahli mendengar dan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti bersama murid, saya dapat
meningkatkan kemahiran berinteraksi saya dengan murid-murid. Ketiga, saya juga
dapat belajar cara berkomunikasi dengan keluarga angkat saya. Selain dapat belajar
sedikit kemahiran mengendalikan mesin jahit, yang penting sekali ialah saya dapat
belajar untuk bersikap sabar tidak kira semasa menjahit atau membuat sebarang
perkara.

Selepas menyertai program BIG ini, saya juga mendapati terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan pada diri saya. Kekuatan ialah saya dapat menjalinkan
hubungan yang mesra dengan keluarga angkat dalam masa yang singkat. Di samping
itu, saya juga ada bekerjasama dengan rakan-rakan semasa menjalankan setiap
aktiviti. Kelemahannya ialah saya tidak menepati masa semasa pulang balik dari rumah
keluarga angkat. Saya berharap saya tidak akan mengulangi kesalahan lagi.
Kesimpulannya, program BIG ini membolehkan saya belajar banyak perkara dan
menimba pengalaman yang baru. Saya berharap saya terus boleh menambahkan ilmu
pengetahuan melalui program Bina Insan Guru yang seterusnya.