Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Pada semester empat ini, saya masih berpeluang untuk menyertai Pandu Puteri
Kadet Malaysia (PPKM) di IPG ini. Sepanjang semester ini, hanya beberapa kali sahaja
kita menjalankan perhimpunan. Namun begitu, saya dan ahli kadet Pandu Puteri lain
masih berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti luar seperti aktiviti kembara di Gunung Jerai
dan perkhemahan unit beruniform.
Pada hari 17 Ogos, unit beruniform Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Tuanku
Bainun telah menganjurkan satu aktiviti kembara ke Gunung Jerai selama satu hari.
Pada hari tersebut, semua ahli kadet Pandu Puteri telah berkumpul di garaj pada awal
pagi. Kita bertolak dari IPG ke kaki bukit Gunung Jerai dengan menggunakan bas.
Semasa tiba ke destinasi, kita naik ke Gunung Jerai dengan menggunakan van.
Selepas itu, kita mula menjalankan aktiviti kembara iaitu bersama-sama menurun ke
kaki bukit Gunung Jerai. Dalam proses menjalankan aktiviti kembara ini, saya telah
menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah saya tidak biasa menjalankan aktiviti
kembara yang memerlukan masa yang panjang. Ini adalah kerana stamina badan saya
tidak begitu bagus dan mudah berasa letih semasa menurun bukit. Nasib baiknya guru
penasihat ada memberi masa untuk kita berehat seketika sebelum meneruskan
perjalanan. Selain itu, saya juga mengalami masalah kehabisan sumber air minuman.
Ini adalah kerana saya berpeluh banyak dan telah menghabiskan air dengan cepat.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah meminta air mineral dari rakan-rakan
yang ada membawa air berlebihan.
Dalam aktiviti kembara ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan tentang
teknik menurun bukit dengan cara yang betul dan selamat. Semasa Puan Rohaya
memimpin di depan saya dan rakan-rakan, beliau ada membuat demonstrasi satu
langkah demi satu langkah. Saya berasa bersyukur kerana selepas mengaplikasikan
teknik tersebut, perjalanan saya semasa aktiviti kembara telah menjadi lebih senang.
Setiap aktiviti mesti mempunyai kekuatan dan kelemahannya, begitu juga dengan
aktiviti kembara ini. Kebaikkan aktiviti kembara ini ialah ia dapat memberikan peluang
kepada kita untuk memupuk sikap prihatin dan kerjasama antara kumpulan. Semasa

kita menurun bukit ini, kita perlu prihatin terhadap ahli-ahli Pandu Puteri lain dan
bekerjasama membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah semasa menurun bukit.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dengan
ahli. Kelemahan aktiviti kembara ini ialah ia agak berbahaya bagi ahli-ahli jikalau tanah
Gunung Jerai sangat lembap. Oleh itu, saya ada berhati-hati dan memastikan kasut
adalah dalam situasi yang baik.
Pada hari 30 September, tibalah masa untuk semua pelajar semester 4 untuk
menyertai perkhemahan unit beruniform yang berlanjutan selama 4 hari. Sebelum
bertolak ke destinasi iaitu Teluk Bahang, Penang, saya dan ahli-ahli Pandu Puteri lain
telah bekerjasama untuk memunggah barang-barang keperluan seperti khemah,
pinggan, cawan dan sebagainya ke dalam bas. Setelah sampai ke destinasi, saya dan
ahli-ahli khemah saya iaitu Ing Hua, Sing Ling dan Su Yan bekerjasama untuk membina
khemah kita. Semasa membina khemah ini, kita juga telah mengalami sedikit masalah.
Masalahnya ialah tempat yang kita hendak bina khemah di situ merupakan ruang yang
agak sempit. Oleh sebab itu, kita telah berbincang dengan guru penasihat tentang
masalah ini dan akhirnya kita mendapat keizinan untuk memindahkan khemah kita ke
ruang yang lebih besar.
Selepas itu, kita juga ada bekerjasama untuk membelah buluh dan membina tiga
jenis gadjet-gadjet perkhemahan yang berbeza iaitu ampaian, gadjet meletak kasut
serta gadjet meletakkan barang. Oleh sebab saya tidak mempunyai pengalaman yang
banyak dalam pembinaan gadjet, jadi saya ada melayari internet untuk mencari
maklumat berkenaannya sebelum datang ke perkhemahan unit beruniform ini. Namun
begitu, semasa saya membina gadjet perkhemahan berkenaan, saya masih mengalami
masalah kerana tidak biasa dan asyik lupa tentang cara pembuatan ikatan-ikatan yang
berkaitan. Selepas cubaan beberapa kali dan mendapat tunjuk ajar dari ahli kumpulan
saya, barulah saya dapat bersama-sama dengan mereka menyempurnakan ketiga-tiga
gadjet perkhemahan tersebut. Pada hari malam pertama perkhemahan ini, aktiviti
manitor telah dijalankan. Saya berasa aktiviti ini sangat menarik kerana kita boleh
menulis surat dan membalis surat tersebut kepada rakan yang kita dapati. Dengan
menjalankan aktiviti ini, hubungan antara ahli-ahli Pandu Puteri dapat dirapatkan lagi.

Pada hari kedua, kita menjalankan khidmat masyarakat di Wisma Yatim


Perempuan Islam Pulau Pinang. Setelah sampai di situ, kita semua bergerak ke
kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Walaupun
saya merupakan fasilitaor bagi aktiviti yang akan dijalankan oleh anak-anak yatim,
namun saya juga ada berpeluang untuk menyumbang bakti dalam pembersihan
sampah-sarap dan dedaun kering di kawasan lapang yang terdapat di belakang wisma
tersebut. Selepas habis pembersihan, saya dan fasilitator lain mula membuat
penyediaan dalam dewan kecil sebelum aktiviti Ice Breaking dan permainan
menyampaikan perkataan bermula. Setelah kedua-dua aktiviti tersebut dijalankan,
semua fasilitator termasuk saya mula memimpin kumpulan anak yatim masing-masing
untuk menjalankan aktiviti Kenali Diri Melalui Lukisan. Saya dan Yi Han telah
ditugaskan untuk memimpin kumpulan yang terdiri daripada tiga orang anak yatim.
Kami bergilir-gilir memberi penerangan dan motivasi kepada adik-adik setelah mereka
telah habis melukis apa yang diarahkan. Sebelum meninggalkan wisma ini, kita semua
telah membuat persembahan nyanyian di dewan tersebut. Saya berasa gembira kerana
dapat peluang untuk berinteraksi dan berkenalan dengan anak-anak yatim di situ.
Pada hari ketiga, kita mempunyai ujian kemahiran ikatan asas. Sebelum datang
ke perkhemahan ini, saya telah membuat penyediaan ujian ini. Namun begitu, kadang
kala saya juga akan keliru terhadap cara ikatan asas tersebut. Oleh sebab itu, saya
akan minta tunjuk ajar dari rakan-rakan dan berlatih membuat ikatan jika ada masa
lapang semasa perkhemahan. Pada akhirnya, saya telah berjaya untuk membuat 3
jenis ikatan iaitu ikatan buku sila, ikatan maknot dan ikatan bunga geti semasa ujian.
Selepas ujian ini, kita mempunyai satu aktiviti kembara ke hutan rimba Teluk Bahang.
Kita berangkat ke hutan mengikut unit beruniform masing-masing. Nasib baiknya hujan
telah berhenti sebelum kita bermula menjalankan aktiviti kembara. Dalam proses
menjalankan aktiviti ini, sama seperti aktivti kembara ke Gunung Jerai, kita semua ada
memberi prihatin dan juga menghulurkan bantuan antara satu sama lain semasa
mendaki bukit. Bagi saya, tahap aktiviti kembara ke hutan rimba Teluk Bahang ini tidak
begitu susah dan letih jika berbanding dengan aktiviti kembara ke Gunung Jerai. Oleh
itu, proses semasa menjalankan aktiviti kembara ini agak lancar.

Selepas habis menjalankan aktiviti kembara ini, kita semua menjalankan aktiviti
backwood cooking di kawasan rata dan kering mengikut kumpulan patrol masingmasing. Saya dan ahli kumpulan patrol Melur bekerjasama untuk mengambil bahanbahan mentah dan menghidupkan api. Saya dan ahli-ahli juga ada bergilir-gilir
menyemarkkan api dengan menggunakan kipas kertas supaya makanan cepat masak.
Semasa menjalankan aktiviti backwood cooking ini, kumpulan saya telah menghadapi
satu masalah iaitu terdapat 2 biji telur yang sedang dimasak di dalam arang telah pecah
meletup. Kemungkinannya kami tidak meliputi tanah liat pada telur ini dengan baik.
Oleh itu, akhirnya menu makanan yang kami berjaya sediakan ialah dua bungkus kari
mee Maggie, roti bakar dan 1 biji telur rebus. Namun begitu, kami masih berasa
gembira dan berpuas hati kerana kami menikmati proses semasa menjalankan
backwood cooking. Pada sebelah malam itu, malam kebudayaan telah diadakan di satu
dewan kecil. Semua ahli Pandu Puteri telah mempersembahkan chorus speaking yang
bertema alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pengal lengan dan juga
nyayian yang bertema keluarga bahagia. Tidak mengecewakan semua orang, kita telah
mendapat naib johan dalam persembahan ini. Saya berasa sangat gembira kerana kita
masih ada pencapaian yang bagus walaupun latihan persembahan kita disediakan
dalam masa yang tidak panjang.
Pada hari keempat, kita mengadakan perhimpunan pagi yang terakhir. Selepas
itu, aktiviti manitor diteruskan dan kita saling bertukar hadiah yang kita sediakan awalawal lagi. Saya sangat menikmati proses ini kerana saya dapat mengetahui siapa yang
merupakan manitor saya. Seterusnya saya dan ahli-ahli khemah saya bekerjasama
menurunkan khemah dan gadjet-gadjet perkhemahan. Kita semua bertolak balik ke IPG
selepas semua barang telah siap dikemaskan.
Melalui perkhemahan unit beruniform ini, saya telah belajar banyak ilmu
pengetahuan. Pertama, ialah cara membuat gadjet-gadjet perkhemahan. Saya telah
belajar cara membuat ikatan seraya, ikatan maknot, ikatan lilitan kacang serta ikatan
silang tungku semasa penghasilan gadjet-gadjet tersebut. Kedua, ialah cara
berkomunikasi dengan anak-anak yatim semasa menjalankan khidmat masyarakat di
Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang. Saya akan lebih berhati-hati semasa

berkomunikasi dengan anak-anak yatim dan cuba tidak menyentuhkan perkara yang
sensitif terhadap mereka seperti tidak bertanya terhadap ibu bapa mereka dan
sebagainya. Ketiga, saya juga dapat belajar menyanyi beberapa lagu yang saya tidak
pernah menyanyi sebelum ini seperti Di sini Di sini kita berkumpul, potong bebek
angsa, lagu manito dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat belajar cara
menghidupkan api melalui aktiviti backwood cooking. Tambahan pula, saya juga dapat
belajar cara untuk membuat doh roti bakar dan memasak telur rebus iaitu mengelilingi
tanah liat pada telur sebelum dimasukkan ke dalam arang api. Akhirnya, saya juga
dapat mengukuhkan lagi kemahiran ikatan asas saya seperti ikatan buku sila, ikatan
maknot dan ikatan bunga geti melalui ujian yang diadakan.
Perkhemahan

unit

beruniform

ini

mempunyai

kekuatannya

dan

juga

kelemahannya. Kekuatannya ialah perkhemahan ini dapat memberi peluang kepada


saya untuk belajar pelbagi teknik yang dapat saya gunakan semasa berada dalam
hutan. Di samping itu, saya juga dapat meningkatkan cara komunikasi dengan orang
lain, mengkuatkan stamina badan saya dan juga memupuk nilai kerjasama antara satu
sama lain. Boleh dikatakan perkhemahan ini dapat memperkembangkan saya dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kelemahan perkhemahan unit
beruniform ini ialah tempat yang kita bina khemah iaitu lantai papan, ada yang sudah
berlubang, jadi saya dan rakan-rakan lain perlulah sentiasa berhati-hati semasa
berjalan di situ.
Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana dapat menjadi seorang ahli kadet
Pandu Puteri. Saya juga sangat gembira kerana dapat menimba banyak ilmu
pengetahuan tentang unit beruniform Pandu Puteri. Saya berharap saya boleh
memanfaatkan apa yang saya sudah belajar sekarang pada masa kelak nanti.