Anda di halaman 1dari 4

Guzheng

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia
dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.
Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang
leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong
oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja.
Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan
sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali.
Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai
dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan
perasaan yang seni.
Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku
palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari
pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan
melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.
Yangqin

YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.


YangQin merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat dari
kayu dalam bentuk rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar
tiga. tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat
dari kayu. pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.
digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.
Tarian Singa
Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Menurut Ann Wan Seng, seorang ahli sosiologi dan
penulis terkenal, tarian singa dipercayai mampu membawa tuah serta kekayaan pada
tahun baru. Tarian ini juga dipercayai ditarikan bagi membuang semangat jahat. Hal
ini kerana pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta

wajah singa yang menari dengan agresif sekali dipercayai boleh mengusir puaka atau
semangat jahat. Tarian ini juga dikatakan menjadi pelindung kepada penghuni premis
tempat tarian dilakukan.
Terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu, Tarian Singa Utara dan Tarian
Singa Selatan. Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja, manakala Tarian Singa Selatan lebih
membawa kepada perlambangan alam sekitar. Tarian singa lebih diminati berbanding
tarian naga kerana diiringi muzik rancak, tidak memerlukan penari yang ramai, dan
tarian yang lebih agresif serta memukau.
Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.
Tarian Naga
Pada fikiran kaum Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga
Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan
menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh
seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat
piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat
sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam
persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang
menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun
Baru Cina.
Gendang 24 musim
Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendangshigu di
kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah,ensemble ini
mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakilisatu musim dalam 24
musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24Musim ini merupakan satu
calendar yang dicipta rakyat China pada zamanpurba berdasarkan kepelbagaian
fenomena alam khususnya perrubahan iklim.Nama setiap musim ditulis pada setiap
gendang menggunakan kaligrafi Cina.Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan
sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24
tempoh suria ataumusim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak
langsungsebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan
interpretasibaru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud
dikalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakatCina di
Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannyayang banyak dan
sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-muridsekolah Cina di
Malaysia.Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskanoleh

seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen WeiChong pada
12 Jun 1988. Persembahan pertama ensemble ini hanyamenggunakan Sembilan
gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cinadi Johor Bahru. Oleh kerana
persembahan ini mendapat sambutan dan minatramai, pertubuhan ini Berjaya
mendapatkan sumbangan dan dana untukmembeli sebanyak 15 gendang untuk
melengkapkan ensemble ini.
Gendang-gendang ini mempunyai badan yang berbentuk seperti tongdan mempunyai
satu bahagian permukaan sahaja. Permukaan gendang inidiperbuat daripada kulit
lembu atau kulit kerbau yang ditegangkan diataspermukaan gendang dan
kemudiannya dipakukan dengan paku besi padabahagian atas gendang. Bahagian
dalam gendang mengandungi beberapadawai besi seeprti spring yang bertindak untuk
memberikan timbre yangistimewa ketika dipukul menggunakan alat pemukul. Setiap
gendang akandilengkapi dengan dua alat pemukul. Pukulan pada permukaan dan
sudut
yang berlainan menghasilkan timbre yang berlainan. Bunyi dung yang
berresonance rendah terhasil apabila bahagian tengah permukaan dipukul.
Bunyi tik yang berresonance tinggi dan pendek terhasil apabila pemain
memukul keduadua kayu manakala bunyi tak
pula dihasilkan apabila kayumemukul bahagian tepi gendang. Gendang juga boleh
dimainkan denganmenggunakan tapak tangan untuk menghasilkan timbre yang
diingini.Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat.Seperti yang sedia
maklum, ensemble ini dimainkan secaraberkumpulan. Bagi mengendalikan kumpulan
ini adalah satu tugas yang agakrumit kerana ketua kumpulan harus memastikan
bahawa setiap ahli kumpulanmengetahui peranan masing-masing dan dapat
memainkan peranan denganbetul. Pergerakkan pemuzik dan corak irama
menggambarkan pergerakkanpetani dan suasana pertanian. Pemuzik harus arif
mengenai tempo dan iramaserta dinamik lagu yang hendak dipersembahkan. Corak
irama yang asasdiperkenalkan En. Chen Wei Chong yang menggambarkan suasana
parapetani yang bekerja di sawah. Para pemain akan dibahagikan kepada duaatau
empat kumpulan kecil dimana setiap kumpulan akan memainkan corakirama yang
berbeza. Kostum pemain ketika persembahan ialah pakaiantradisional lelaki Cina.
Aksesori-aksesori sampingan adalah seperti topeng,bendera berwarna-warni dan kain
panjang pelbagai warna.Gendang ini mempunyai beberapa fungsi seperti mengiringi
tariansinga untuk upacara-upacara rasmi dan perayaan, mengadakanpersembahan
secara solo untuk hari kebudayaan serta untuk membuka tiraiketika mahu melakukan
persembahan kebudayaan Cina. Oleh kerana,ensemble ini mempunyai pelbagai
fungsi, permainan ensemble ini telah
digabungkan dengan permainan alatan perkusi tradisional lain seperti rebanaubi dan
tabla. Gabungan permainan alatan tradisional dengan ensembleadalah semasa
sambutan Hari Kemerdekaan untuk menunjukkan perpaduanyang sekian lama terjalin
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dahulu,permainan ensemble ini hanya boleh
dimainkan oleh kaum lelaki tetapi tidaklagi. Kaum wanita dan kaum-kaum lain juga
dilihat semakin meminati alatmuzik ini. Persembahan ini juga tidak lagi
dipersembahkan hanya semasaperayaan besar kaum Cina sahaja tetapi juga ketika
majlis-majlis rasmikerajan

PO TE HI
Menurut Sooi Beng Tan (1981), wayang Po Te Hi di Malaysia atau dikenali juga
sebagai wayang boneka sarung tangan ini hanya dipersembahkan untuk menghormati
dewa-dewa dan pada apa yang disebut juga sebagai ulang tahun kelahiran dewa-dewa
tersebut.
Menurut artikel yang ditulis beliau, po te hi kebiasaanya dipersembahkan di tokongtokong cina tidak memerlukan kos yang begitu tinggi seperti mana kos untuk
mengadakan opera yang memerlukan kira-kira RM1500 hingga RM2000 sehari.
Wayang Po Te Hi hanya memerlukan kos kira-kira RM250 sehari untuk menyediakan
persiapan.
Selain itu, pertunjukkan wayang Po Te Hi ini senang untuk diadakan kerana tidak
memerlukan begitu banyak props.
Terdapat tiga jenis wayang Po te Hi yang utama yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Wayang boneka sarung tangan yang mana dipersembahkan dalam dialek Hokkien
yang mana merupakan dialek di kawasan asal wayang tersebut di negara China.

2.Marionettes: jenis wayang po te hi yang dipersembahkan dalam sialek Hokkien dan


ditujukan hanya untuk Maharaja Jade.

3.Rod Puppets (dipersembahkan dalam dialek Teochew) yang mana patung-patung


yang digunakan kira-kira tingginya dalam 25 sentimeter dan dikawal oleh tiga batang
kayu iaitu 2 darinya bertujuan untuk menggerakkan lengan dan satu lagi di belakang
badan patung.