Anda di halaman 1dari 228

Latar Belakang

Masyarakat
Melayu di
Malaysia

Bila disebut perkataan Melayu, terus


tergambar dalam benak fikiran bahawa
orang Melayu berkulit gelap/sawo matang,
tubuh badan bersaiz sederhana dan
berambut hitam.
Gambaran yang hampir sama juga pernah
diceritakan oleh Frank Swettenham dalam
makalahnya The Real Malay yang
menggambarkan lelaki Melayu adalah
rendah, berambut hitam lurus, berkulit
coklat gelap serta mempunyai bentuk
hidung dan bibir yang besar.

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg.


Wikipedia".

Sumber yang diambil dariWikipediapula


memetik perkataan Melayu berasal daripada
nama sebuah anak sungai yang bernama
Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai
Batang Hari di Sumatera, Indonesia.
Pendapat lain pula mengatakan perkataan
Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno
iaitu berlari atau mengembara. Ini
dikaitkan dengan orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke
Asia Tenggara.

Mengikut catatan seorang rahib Buddha bernama


I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang
menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai
bahasa pengantar pembelajaran mereka.
Istilah Melayu atauMo-lo-yujuga pernah dicatat
dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina
pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa
zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat
bahawa perkataan Mo-lo-yo yang dimaksudkan
itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau
Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di
daerah Palembang.

Menurut Darus Ahmad dalam bukunya


Pancharan Melayu, perkataan Melayu
diambil daripada nama sejenis pohon
yang harum baunya,
iaitu pohon gaharu

Menurut sarjana lain,


perkataan Melayu berasal daripada
perkataan Melaju yang bermakna
cepat,
deras dan tangkas.

Kesimpulan
Kesimpulannya, datuk nenek dan
moyang bangsa Melayu boleh dikatakan
berasal dari Yunan, China. Penghijrahan
mereka ke Asia Tenggara
memungkinkan mereka bermastautin
dan menetap serta berkahwin campur
dengan pelbagai bangsa seperti
pedagang Arab dan India pada zaman
Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya,
bangsa Melayu adalah satu bangsa yang
mengamalkanadat resam Melayu,
bertutur dalam bahasa Melayu serta
hidup dalam budaya Melayu.

Perayaan
Masyarakat
Melayu
di Malaysia

Menyambut Puasa

Takrif puasa bererti menahan diri


daripada makan dan minum dengan
sengaja.
Menurut hukum syarak, puasa
bermaksud menahan diri daripada
segala sesuatu yang
membatalkannya dari terbit fajar
sidik hinggalah matahari terbenam
dan disertai dengan niat puasa.

Puasa Ramadam adalah puasa wajib


atau puasa fardu.
Ia adalah wajib ke atas setiap umat
Islam yang cukup syaratnya pada
Bulan Ramadan, iaitu selama sebulan.
Umat Islam yang pergi ke negara lain
dalam bulan puasa, maka dia
hendaklah berpuasa pada bulan itu.

Bagi mereka yang sakit atau dalam


perjalanan lalu berbuka, maka
wajiblah mereka berpuasa sebanyak
bilangan hari-hari puasa yang
tinggalkan itu.
Islam ditegakkan atas lima dasar.

Dasar Islam
- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan
Allah dan Muhammad (s.a.w) adalah utusan-Nya.
- Mengerjakan sembahyang lima waktu sehari
semalam.
- Berpuasa sebulan pada bulan Ramadan.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengerjakan Haji di tanah suci.

Hikmah Berpuasa
Sebagai tanda terima kasih kepada
Allah (s.w.t).
Memberi didikan perasaan belas
kasihan terhadap fakir miskin.
Menjaga kesihatan.
Memberi ketenangan jiwa dan
memperkukuh iman seseorang.

Digalakkan memberi makanan untuk


berbuka kepada orang yang
berpuasa.
Memperbanyakkan sedekah dan
memperbanyakkan membaca ayatayat suci al-Quran.

Rukun
Puasa

Berniat pada
waktu malam bagi
puasa wajib seperti
puasa dalam
bulam Ramadan
atau puasa nazar.
Tetapi, puasa sunat
boleh diniatkan
pada siang hari
sebelum masuk
zuhur dan sebelum
melakukan sesuatu

Menahan diri
daripada makan
dan minum serta
perkara-perkara
yang membatalkan
puasa dari terbit
fajar sidik
hinggalah
matahari terbenam
kecuali terlupa.

Mengumpat
, menyebut
keaifan
orang lain.
Bercakap
dusta atau
berbohong

Perkara
yang
membatal
Menghabis kan puasa
kan masa
dengan
perkerjaan
yang siasia.

Menghasut
atau
membuka
rahsia
orang lain.
Melihat
perempua
n dengan
syahwat
atau
berahi

Pada
siang hari
Semas
a
berpua
sa
Pada
waktu
malam

Umat Islam mencari


rezeki untuk
menyara keluarga
masing-masing.
Umat Islam
digalakkan
bersembahyang
terawih,
sembahyang witir,
berzikir, bertadarus
dan
memperbanyakkan
doa ke hadrat Ilahi.

Adat semasa puasa


Ramai orang Islam berbuka puasa
secara beramai-ramai di surau-surau
atau di masjid-masjid berhampiran
dengan tempat tinggal mereka.
Mereka mengadakan giliran bagi
menyediakan makanan dan kuihmuih untuk majlis berbuka puasa.

Selepas berbuka puasa, mereka akan


sembahyang maghrib dan seterusnya
bersembahyang isyak.
Selepas sembahyang isyak, mereka
akan bersembahyang terawih yang akan
tamat kira-kira pada pukul 10.00malam.
Selepas itu ada yang bertadarus
(membaca ayat-ayat suci al-Quran
secara beramai-ramai.

Malam
Lailatulkadar

Merupakan malam yang terbaik


daripada seribu malam dan dinantinantikan oleh umat Islam.
Pahala ibadat pada malam tersebut
digandakan oleh Allah (s.w.t).
Umat Islam percaya bahawa
Lailatulkadar adalah nama seorang
malaikat.

Lailatulkadar turun ke dunia


dengan menyerupai manusia
dengan memakai jubah putih
atau hitam, berjanggut dan
bermisai. Sesiapa yang sanggup
berjaga malam kemungkinan
besar dapat bertemu dengannya
dan mintalah apa sahaja
daripadanya nescaya
diberikannya.

Sesetengah orang melakukan


sembahyang sunat pada malam yang
dijangkakan sebagai malam
Lailatulkadar.
Mereka berdoa kepada Ilahi meminta
ditetapkan iman, dimurahkan rezeki
yang halal, disihatkan badan,
diselamatkan seluruh ahli keluarga
dan sebagainya.

Menjelang
hari raya

Umat Islam mula membayar


fitrah.

Fitrah adalah sedekah berupa beras atau


wang yang diwajibkan ke atas setiap umat
Islam dan menyumbangnya dalam bulan
puasa, iaitu sebelum menjelangnya 1 Syawal.
Fitrah merupakan zakat diri yang mesti
ditunaikan oleh setiap umat Islam setahun
sekali.

Hasil daripada kutipan fitrah ini akan


dibahagi-bahagikan sama rata
kepada mereka yang memerlukannya
seperti fakir miskin, anak yatim atau
mereka yang baru memeluk agama
Islam.
Ia bertujuan agar mereka dapat
menyambut dan merayakan hari
yang mulia ini bersama-sama umat
Islam yang lain.

Maulidur Rasul(dalam bahasa Arab


bermaksud kelahiran Rasul) adalah
hari bersejarah keputeraanNabi
Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi
yang jatuh pada pada Isnin ( Dari
hadith riwayat Muslim, 8/25 )
12Rabiul AwalTahun Gajah
bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalahnabiterakhir yang diutus


olehAllahSubhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang
dikenali sebagaiMaulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umatIslamdi
seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan mengadakan
beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya.

Nasyid Semasa Maulidur Rasul

Pearakan Semasa Maulidur


Rasul

Banyak kelebihan dan keistimewaan


yang akan dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wataala kepada mereka
yang dapat mengadakan atau
menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Hari Raya
Aidiladha

Dirayakan oleh seluruh umat Islam di


dunia pada 10 hingga 13 Zulhijah.
Hari umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan
kesabaran anaknya, Nabi Ismail a.s.
dalam menunaikan perintah Tuhan.
Pada pagi 10 Zulhijah, umat Islam akan
menunaikan sembahyang sunat
Aidiladha.

Pada bulan ini juga, umat Islam yang


berkemampuan pergi ke Makkah untuk
menunaikan ibadat Haji yang menjadi salah
satu Rukun Islam yang perlu dilaksanakan.
Penyembelihan binatang ternakan seperti
lembu, kambing, unta dan seumpamanya
dilakukan ketika sambutan perayaan ini.
Daging tersebut akan disedekahkan
kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang
beragama Islam.

Gambar-gambar semasa
Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya
Aidilfitri

Disambut pada 1 Syawal oleh umat Islam


di seluruh dunia.
Merupakan hadiah kemenangan setelah
berjaya melawan nafsu selama sebulan
berpuasa.
Umat Islam diwajibkan membayar zakat
fitrah sebelum 1 Syawal.
Umat Islam disunatkan memakai pakaian
baru dan bersih.

Pada pagi Hari Raya, umat Islam berkunjung


ke masjid untuk bersembahyang dan
mendengar khutbah (syarahan agama).
Mereka bermaaf-maafan antara satu sama
lain.
Amalan ziarah-menziarahi dilakukan sama
ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau
kenalan.
Juadah yang dering dihidangkan termasuklah
ketupat, lemang, dan rendang.

Umat Islam saling bermaaf-maafan.

Makanan semasa Hari Raya


Aidilfitri

Lemang

Ketupat

Rendan
g

Ayam
Merah

Amalan menziarahi kubur di tanah


perkuburan turut dilaksanakan.
Biasanya kerja-kerja pembersihan
kubur dilakukan sebelum Hari Raya
Puasa.

Orang Islam selalunya mengamalkan


konsep Rumah Terbuka iaitu
menerima sesiapa sahaja yang datang
beraya ke rumah mereka.
Kanak-kanak yang berkunjung ke
rumah mereka akan diberikan duit raya.
Pada hari tersebut, ucapan Selamat
Hari Raya dan Salam Aidilfitri akan
kedengaran apabila mereka berjumpa
antara satu sama lain. Selalunya
diucapkan semasa berjabat tangan.

Rumah Terbuka di rumah Puan.


Fatimah
Semasa tiba di rumah Puan
Fatimah.

Makanan yang telah


disediakan.

Sebelum balik ke IPTHO.

Adat Kelahiran
Kaum Melayu

Adat Kelahiran Kaum


Melayu
Sunat memberi
tahniah dan
menggembirakan
mereka yang
mendapat anak.

Sunat
Berkhitan(khatan/bers
unat)

Sunat Aqiqah anak


yang baru lahir.

Sunat azan dan


iqamat.

Sunat tahnik selepas


anak dilahirkan.
Sunat menggunting
rambut anak baru
dilahirkan.

Sunat menamakan
anak baru dilahir
dengan nama yang
baik.

Sunat memberi tahniah dan


menggembirakan mereka yang
mendapat anak.
Tujuan: memberi tahniah dan
menggembirakan mereka yang
mendapat anak adalah untuk
mengeratkan perhubungan,
kemesraan dan ikatan kasih sayang
sesama mereka.

Sunat azan dan iqamat

Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat di


telinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Salah satu hikmat melakukannya


adalah supaya
kalimat seruan tentang kebesaran
Tuhan
menjadi seruan pertama yang bayi
dengar.

Sunat tahnik selepas anak


dilahirkan
Taknik ialah mengunyah buah
kurma (selalunya dilakukan oleh
orang salih dan takwa) dan
diletakkan ke lidah anak yang baru
dilahirkan.

Tujuannya adalah untuk melazimkan


bayi membuka mulut dengan
mendapat ganjaran benda manis.
Pelaziman ini membuatkan bayi mahu
menghisap apabila ibu menyusukan
bayi tersebut kerana sentuhan di lidah
mempunyai kesan sedap/manis dan
bukan kesan tidak menyelesakan.

Sunat menggunting rambut anak


baru dilahirkan.

Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7


adalah sunat.

Sunat menamakan anak baru


dilahir dengan nama yang baik.
Menamakan anak boleh dibuat pada
hari pertama dilahirkan atau pada
masa lain. Nama-nama yang buruk
atau yang menjatuhkan maruah
hendaklah dielakkan.

Sunat Aqiqah anak yang baru


lahir

Aqiqah bermaksud penyembelihan


binatang ternakan seperti lembu dan
kambing yang dilakukan selepas kelahiran
bayi (lebih afdal pada hari ketujuh)
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Korban ini dapat mendekatkan anak


kepada Allah dan banyak faedah lain.
Aqiqah meninggalkan kesan psikologi pada
anak yang merasakan dirinya dihargai,
diterima, disayangi oleh kaum keluarga,
sanak saudara dan ahli masyarakatnya.
Ahli masyarakat yang saling bertemu dan
bersama-sama mengerjakan upacara ini
dapat mengeratkan hubungan serta dapat
membantu golongan yang susah melalui
sedekah makanan.

Sunat Berkhitan
(khatan/bersunat)
Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah
wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama
yang menyatakan berkhatan, hukumnya
sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.
Hukum bersunat bagi perempuan pula
adalah harus.
Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu
disunatkan oleh Tok Mudim. Sekarang
amalan berkhatan dijalankan secara moden
di klinik/hospital.

Upacara bersunat

Perkara-perkara yang melibatkan


amalan agama termasuklah dari segi
pinang-meminang, batasan
pergaulan antara kaum lelaki dan
perempuan, rukun-rukun nikah,
mahar (Mas kahwin), wali, saksi dan
penceraian (Talak).

Merisik
Dilakukan oleh pihak lelaki.
Untuk memastikan gadis yang ingin
dikahwini belum berpunya.
Untuk mendapatkan maklumat latar
belakang gadis, pengetahuan
agamanya, paras rupa, tingkah laku,
kemahiran rumahtangga, adab sopan
dan lain-lain.

Meminang
Pihak lelaki yang mewakili oleh
mereka yang dekat seperti ibu dan
bapa saudara sekali lagi ke rumah
pihak perempuan untuk menyatakan
persetujuan secara rasmi.
Kedua-dua pihak berbincang tentang
tarikh dan masa sesuai untuk
pertunangan.

Bertunang
Rombongan lelaki yang terdiri
daripada ahli keluarga dan saudara
mara yang terdekat berkunjung ke
rumah pihak perempuan dengan
membawa hantaran.

Akad Nikah
Akad nikah adalah berlandaskan
agama Islam dan bukannya adat.
Merupakan upacara terpenting
sebelum disahkan sebagai suami
isteri.
Berlangsung di rumah pengantin
perempuan, masjid, atau pejabat
kadi.

Majlis
Akad Nikah

Dijalankan oleh orang yang


ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri masing-masing seperti kadi,
imam dan jurunikah. Bagaimanapun
wakil pihak pengantin perempuan
boleh melakukan upacara akad nikah
dengan kebenaran pihak yang
ditauliahkan tadi.
Upacara akad nikah biasanya diadakan
sehari sebelum majlis perkahwinan.

Adat Berinai
Pasangan ditepung
tawar.
Wakil kedua-dua pihak
mencalitkan sedikit inai
dan air tawar ke tapak
tangan pengantin serta
menaburkan beras
kunyit dan bertih di
hadapan pengantin dan
hadirin.

Majlis Perkahwinan
Juga dikenali sebagai Hari Bersanding
atau Hari Langsung.
Pengantin adalah orang yang diraikan
dan menjadi Raja Sehari.
Banyak persiapan yang perlu dibuat
seperti membina khemah, menyiapkan
pelamin, membuat bunga telur,
memasak, mendirikan bangsal
penanggah dan lain-lain.

Sebelum majlis bermula, Mak Andam


menyolek pengantin perempuan.
Apabila tiba masanya, pengantin
lelaki dan rombongannya diiringi oleh
paluan kompang bergerak dari
rumah penanggak ke rumah
pengantin perempuan.
Beras kunyit ditabur untuk
menyambut rombongan lelaki.

Pengantin perempuan menunggu


ketibaan pengantin lelaki dan
selepas itu kedua-duanya duduk di
tempat khas di halaman rumah.
Persembahan seperti pencak silat
diadakan di hadapan pengantin.
Pengantin diiringi ke dalam rumah
untuk upacara bersanding.

Semasa bersanding di pelamin,


menepung tawar dijalankan oleh
sanak-saudara dan para jemputan.
Mereka yang menepung tawar
diberikan bunga telur.
Hadirin lain juga diberi bunga telur.
Selepas bersanding, majlis makan
beradab atau dipanggil majils makan
berdamai diadakan.

Kematian

Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi


kewajipan orang Islam untuk menguruskan
mayat saudara sesama Islam. Mayat perlu
dihormati daripada jasad yang hidup.

Semasa kematian
Kedua-dua tangan kiri jenazah arwah
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas
tangan kiri hingga ke dada, lalu ditutup dengan
sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah
dengan kepalanya dihadapkan ke kiblat.
Mereka yang menziarahi arwah akan membaca
ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat Yaasin)
sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa
jenazah masih berada di rumah.

Jenazah dimandikan oleh tukang mandi


atau kalangan ahli keluarga dengan
hormat, tertib dan cermat. Setelah
dimandikan jenazah akan dikapankan.
Sebelum ditutup bahagian muka, ahli
keluarga dan muhrim boleh mengucup
mayat buat kali terakhir tetapi dilarang
menitiskan air mata pada tubuh jenazah.

Seorang wakil atau waris arwah akan


bercakap bagi pihak keluarga arwah
kepada hadirin. Antara perkara yang
disentuh adalah mengucapkan terima
kasih di atas pertolongan semua,
memohon ampun dan maaf bagi pihak
arwah.

Semasa pengebumian
Apabila keranda sudah dimasukkan ke
dalam liang lahad, siak akan turun
membuka papan tutup keranda dan
mengerengkan mayat serta membuka
ikatan di kepala. Kepala jenazah akan
disendal dengan tanah dan diazankan di
telinganya. Barulah keranda ditutup dan
tanah ditimbus.

Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli


keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai
boleh menyiram air di atas kubur arwah
dari bahagian kepala hingga ke kaki dan
menabur bunga rampai. Batu nisan akan
dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Pengebumian jenazah bermakna memasukkan jenazah


yang sudah dimandikan, dikafankan dan disolatkan ke
dalam tanah yang sudah digali(kuburan) mengikut
kedalaman dan ukuran yang telah ditetapkan oleh syariat
islam. Hukum mengebumikan jenazah adalah fardu
kifayah.

Gambar
menunjukkan
tempat perkuburan
kaum Melayu.

Selepas kematian:
Bacaan doa selamat dan kenduri
arwah untuk
mendoakan arwah kesejahteraan di
alam
barzakh diadakan pada hari
pertama, ketiga,
ketujuh dan pada hari ke-100.

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah


Melayu berasal dari China selatan,
terutamanya wilayah Fujian dan
Guangdong.
Pada abad ke-19, kebanyakan mereka
datang untuk bekerja sebagai "buruh
terikat" melalui perjanjian bertulis
(indentured labour), dikenali sebagai
kuli. Yang selainnya datang secara
bebas untuk bekerja, dan didukung
oleh Persatuan Suku Kaum.

Populasi orang Cina di Tanah Melayu


mencecah 269,854 pada tahun 1911,
dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada
beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama: Hakka,
Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan
dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa
orang yang tergolong dalam golongan
suku dialek tertentu tertumpu dalam
bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Perayaan Kaum
Cina

Perayaan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan pertama


kalendar orang Cina.
Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran
sebagai menandakan kedatangan tahun baru.
Sekeliling rumah akan dibersihkan dan ada juga perabot
ditukar kepada yang baru. Sehari sebelum Tahun Baru
Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramairamai untuk makan bersama-sama.
Jamuan berkumpul ini diadakan untuk
menjalinkan perhubungan sesama anggota
keluarga setelah tidak bertemu agak lama.

Menjelangnya waktu tengah malam kedatangan Tahun


Baru Cina pula, diadakan upacara memuja dewa langit
sebagai aluan kedatangan hari yang berbahagia.

Selepas pemujaan dilakukan, kanak-kanak akan


bergembira dengan membakar mercun.

Pada hari pertama tahun baru, setiap orang


akan menggayakan pakaian baru dengan
warna yang cerah terutamanya warna merah.
Mereka yang sudah berkahwin dikehendaki
memberi angpau kepada saudara-mara dan
sahabat handai yang belum berumah tangga.

Angpau ialah sejenis sampul merah yang


diisi sejumlah wang dan membawa makna
kesejahteraan yang berpanjangan.
Buah limau mandarin dan kuih bakul
menjadi lambing perayaan Tahun Baru
Cina.

Ungkapan yang paling popular diucapkan


apabila bersua adalah Gong Xi Fa Cai
yang bermaksud salam sejahtera dan
murah rezeki.
Setiap orang akan ziarah-menziarahi
antara satu sama lain. Semasa berziarah
ke rumah saudara-mara, mereka akan
menghabiskan masa menghiburkan hati
dengan berkumpul dan bersembang.

Kunjung mengunjung yang lebih meriah


dilakukan pada hari kedua dan ketiga.
Apabila berziarah ke rumah jiran ataupun
sahabat, orang cina akan membawa sedikit
makanan dan buah-buahan sebagai buah
tangan untuk diberikan kepada tuan rumah.
Proses saling bertukar bungkusan telah
menjadi satu budaya yang diamalkan oleh
masyarakat Cina.

Bagi suku Hokkien, hari kesembilan merupakan hari yang


paling besar sepanjang perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung.
Hari kesembilan disambut seolah-olah sebagai menandakan
tamatnya perayaan Tahun Baru Cina dan mereka melakukan
pemujaan terhadap dewa langit.
Selain itu, tarian naga juga dimainkan sekiranya terdapat
permintaan. Kedua-dua bentuk tarian ini dikatakan dapat
memberikan tuah dan kehidupan yang sejahtera kepada tuan
rumah yang bermurah hati memberikan angpau kepada singa
dan naga.

Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru Cina ini, orang Cina
dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala
tuah.
Untuk menjaga supaya nasib yang baik itu tidak hilang, seseorang
itu tidak boleh berkelahi, mengeluarkan kata-kata yang kesat,
berpergian jauh daripada rumah dan menjahit sepanjang
perayaan itu berlangsung.
Salah satu cara untuk menghalang nasib sial ialah dengan
membakar mercun. Bunyi dan cahaya percikan mercun dipercayai
dapat menghalau semangat-semangat jahat dan hantu-hantu
lapar daripada mengganggu kehidupan manusia dan anggota
keluarganya.

Pesta Chap Goh Mei

Pesta Chap Goh Meh juga dikenali sebagai


pesta Yuan Siau.
Pesta ini disambut menandakan tamatnya
perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada
hari yang kelima belas.
Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang iaitu
sejak dua ribu tahun lalu dan mula disambut oleh
Kerajaan Han.

Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewadewi untuk meminta perlindungan supaya
kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan
tidak ditimpa sebarang malapetaka.
Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari
tiga malam.
Sepanjang masa itu, setiap rumah akan diterangi
dengan cahaya lampu. Mercun dibakar habishabisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Keramaian pesta ini dimeriahkan lagi dengan


tarian singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan
upacara melempar buah-buah limau mandarin ke
dalam laut oleh pemuda-pemudi yang berhasrat
untuk mendapatkan jodoh atau pasangan yang
sesuai.

Gambar menunjukkan pemuda-pemudi yang


berhasrat mendapat jodoh yang baik.

Dalam upacara yang terakhir ini, orang lain juga boleh


berusaha mendapatkan sesuatu yang dia ingini.
Setiap barang yang dilemparkan membawa maksud
keiniginan yang berlainan.
Contoh: Wanita yang membuang bawang ialah ingin
mendapat suami yang baik, seseorang yang ingin
mendapat menantu lelaki yang jujur akan membuang
sayur-sayuran, melempar buah kurma akan mendapat
kebahagiaan yang berpanjangan, seseorang yang
ingin panjang umur harus membuang kacang tanah.

Pesta Ching Ming

Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam


bulan tiga kalender Cina.
Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang Cina pergi
ke kubur-kubur untuk menziarahi nenek moyang dan
saudara-mara yang telah meninggal dunia.
Pada hari tersebut, pemujaan dan upacara menjamu
roh nenek moyang diadakan dengan pembakaran kayu
setanggi, ilin berwarna merah, kertas sembahyang dan
peyembahan bahan makanan seperti daging khinzir,
ayam, buah-buahan, kuih-muih, teh dan arak.

Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur ibu


bapa atau nenek moyang mereka beramairamai untuk memeriahkan suasana.
Selain itu, mereka akan bekerjasama
membersihkan kubur yang dipenuhi semaksamun setelah terbiar hampir setahun.
Selalunya, orang Cina menziarahi kubur pada
pagi hari untuk mengelakkan panahan terik
matahari.

Pelbagai kertas warna menghiasi tanah kuburan.

Mereka yang mati muda dan tidak mempunyai


saudara-mara akan ditempatkan di dalam tokong.
Orang yang mati muda tidak boleh diletakkan
papannya di rumah. Menurut tradisi, pemujaan
hanya dilakukan oleh golongan muda ke atas orang
yang tua.
Jadi, orang yang mati muda ini akan disembah pada
hari Ching Ming oleh anak-anak buahnya atau adikberadiknya. Ibu bapa hanya berperanan memberikan
panduan bagaimana upacara pemujaan dan
sembahyang seharusnya dilakukan.

Pesta Ching Ming merupakan perayaan penting bagi


semua orang Cina. Pada hari tersebut, anggota keluarga
berkumpul beramai-ramai untuk mengenang atau
mengingati nenek moyang dan keturunan mereka.

Sesetengah orang Cina mula mengadakan pemujaan di


kuburan sehari sebelum pesta Ching Ming atau selepas
pesta Ching Ming kerana tuntutan kerja dan mencari
nafkah serta mengelakkan kesesakan yang berlaku pada
hari bermulanya pesta Ching Ming.

Perayaan Kuih
Bulan

Perayaan ini lebih dikenali sebagai pesta


Tanglung. Ia disambut pada hari kelima belas
dalam bulan lapan kalender orang Cina.
Perayaan ini dinamakan pesta bulan kerana
diadakan sewaktu bulan mengambang dan
mencapai peringkat purnama.

Antara benda-benda yang dianggap istimewa dan


dimestikan ialah kuih bulan. Kuih bulan berbentuk
bulat, berinitkan kacang bercampur kuaci dan
telur masin. Kuih bulan juga boleh didapati dalam
bentuk ikan, ayam dan sebagainya.
Semasa berlangsungnya perayaan kuih
bulan, kanak-kanak akan merayaurayau pada waktu malam dengan membawa
tanglung-tanglung yang dibuat dan digubah
dengan pelbagai bentuk dan warna.

Kuih
Bulan

Tanglung

Perayaan Tung
Chih

Perayaan Tung Chih disambut di Negara China


untuk menyambut kedatangan musim baru.
Perayaan ini menandakan berlakunya titik
peralihan musim. Orang Cina akan mengadakan
upacara sembahyang dan persembahan kepada
roh nenek moyang di rumah atau di tokong-tokong.
Pada hari itu, roh nenek moyang dijamu dengan
sejenis makanan yang diperbuat daripada beras
dan dibentuk bulat seperti guli. Kuih itu dikenali
sebagai Tung Yuan.

Tung Yuan boleh didapati dalam berbagai-bagai


warna seperti merah dan kuning. Tung Yuan
dimasak menggunakan air yang telah dicampurkan
dengan gula putih dan gula Melaka.
Kemudian ia dituangkan ke dalam mangkukmangkuk dan dihidangkan kepada roh nenek
moyang.

Pesta Tuan Wu
Ketupat
Cina

Perahu
Naga

Adat Kelahiran
Kaum Cina

Sebelum kelahiran
Ibu yang mengandung dinasihatkan mengawal
tingkah laku dan tidak mengeluarkan kata-kata
yang kesat.
Mereka juga dilarang mendera, memukul atau
menyembelih binatang.
Mereka digalakkan bekerja seperti biasa untuk
memudahkan kelahiran.
Mereka disarankan makan makanan yang
berkhasiat seperti pati ayam, sup daging dan air
akar-akar kayu untuk menguatkan badan,
melancarkan peredaran darah dan seterusnya
memudahkan kelahiran.

Selepas Kelahiran
(Bagi Ibu)
Ibu-ibu yang baru melahirkan anak tidak
dibenarkan makan makanan yang sejuk.
Biasanya mereka perlu berpantang
sekurang-kurangnya 30 hari selepas
bersalin.
Mereka disarankan tidak mandi dengan
air sejuk kerana takut dimasuki angin.

Mereka digalakkan mengelap badan


dengan air panas, memakai pakaian
yang tebal dan berstokin.
Biasanya, mereka akan makan
makanan berkhasiat seperti pati
ayam dan makanan yang panas
seperti halia dan pati herba. Sejenis
arak yang dibuat daripada beras
yang diperam biasanya digunakan
dalam masakan.

(Bagi anak)
Perut bayi yang baru lahir dililit dan diikat
dengan sehelai kain agar pusatnya kering
dan perutnya tidak dimasuki angin.
Kenduri diadakan selepas sebulan bayi
dilahirkan.
Kuih khas berbentuk bulat berwarna merah
atau kuning yang berintikan kacang serta
telur yang diwarnakan merah juga diberikan
kepada saudara-mara dan jiran-jiran.

Kuih khas dan telur merah disediakan


selepas sebulan bayi dilahirkan.

Masyarakat Cina juga mencukur rambut


bayi.
Diadakan sehari selepas kenduri kelahiran
sebulan bayi.
Ubun-ubun kepala bayi tidak boleh ditekan
kerana bahagian ini sangat lembut.
Memberi nama yang baik penting bagi
orang Cina.

Merisik
Untuk mengetahui latar belakang keluarga
perempuan (Orang Cina mementingkan
nama, maruah dan keturunan yang baik).
Biasanya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan rakan-rakan yang mengenali
keluarga pihak perempuan.
Jika kedua-dua pihak sudah mengenali
antara satu sama lain, perbincangan akan
diadakan.
Keluarga lelaki akan mengunjungi rumah
pihak perempuan.

Meminang
Ibu bapa akan menghantar
wakil untuk meminang.
Wakil pihak lelaki adalah emak saudara atau
saudara mara perempuan tua yang rapat.
Ibu perempuan memainkan peranan penting
dalam perbincangan dengan wakil pihak
lelaki.
Perbincangan adalah tentang mas kahwin,
peruntukan meja untuk jamuan makan dan
pemilihan tarikh perkahwinan.

Wakil pihak lelaki diminta untuk datang


bagi kali kedua untuk mendapatkan
keputusan yang muktamad.
Mas kahwin yang diminta oleh pihak
perempuan akan dipersetujui oleh
pihak lelaki walaupun tinggi demi
menjaga maruah keluarga mereka.
Pihak lelaki perlu mengetahui tarikh
lahir calon perempuan untuk
menentukan hari perkahwinan yang
sesuai.

Pertunangan
Pertunangan adalah tanda pasangan
itu telah dimiliki.
Kenduri atau jamuan makan secara
sederhana diadakan dalam kalangan
saudara mara terdekat.
Pasangan pengantin bertukar-tukar
cincin.

Majlis Perkahwinan
Baju pengantin
sebaiknya berwarna
putih, merah dan
kuning.
Baju berwarna hitam,
biru atau kelabu
dilarang kerana
melambangkan
kematian dan
kesedihan.

Di Rumah Pengantin
Perempuan

Hari yang sesuai dipilih berpandukan kiraan


kalendar Cina.
Sehari sebelum perkahwinan, pihak
pengantin perempuan mengadakan jamuan
makan untuk meraikan saudara-maranya.
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki
akan ke rumah pengantin perempuan.
Angpau akan diberi kepada anak buah
pengantin perempuan yang membuka pintu
kereta.

Upacara pemujaan nenek moyang


dijalankan di bawah pimpinan orang
tengah iaitu Sam Poh yang
menunjukkan cara-cara yang betul.
Pengantin akan mempersembahkan teh
kepada ibu dan bapa pengantin
perempuan.
Ibu bapa pengantin perempuan akan
memberi Angpau kepada pengantin.
Upacara menjamu teh diteruskan untuk
abang, kakak, dan saudara tua terdekat.

Upacara
Menjamu Teh

Di Rumah Pengantin Lelaki


Jamuan makan diadakan.
Rumah pengantin lelaki dihias dengan
warna merah.
Pasangan pengantin menyembah teh
kepada ibu dan bapa pengantin.
Upacara menjamu teh diteruskan untuk
abang, kakak, dan saudara tua terdekat
mengikut kedudukan dalam keluarga.

Jamuan Makan

Adat Kematian Kaum Cina

Semasa kematian:
Upacara sembahyang mayat adalah bergantung
kepada kepercayaan agama si mati. Khidmat sami
Buddha, bomoh Tao atau pawing lain akan digunakan
bergantung kepada kepercayaan masing-masing.
Mayat dimandikan dan dikenakan pakaian yang lengkap
dan cantik. Bagi mayat wanita, aksesori juga dipakaikan.
Keranda diletakkan di dalam rumah jika dia meninggal di
dalam rumah.

Ahli keluarga tidak dibenarkan memakai barang


kemas atau pakaian berwarna merah kerana warna
merah melambangkan kegembiraan.
Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat menangis
dengan kuat atau meratapi pemergiannya sebagai
tanda kesetiaan dan penghormatan jika si mati ialah
orang tua.
Adalah dilarang mengungkit keburukan orang yang
mati supaya rohnya tenteram dan tidak diseksa.

Kain rentang berwarna putih diletakkan di


pintu rumah untuk menandakan berlaku
kematian.
Pakaian ahli keluarga pada hari kematian
hendaklah berwarna hitam, berupa jubbah dan
memakai topi. Di luar baju hitam dikenakan
baju jejaring yang diperbuat daripada sabut
atau jut.
Colok dan kertas sembahyang dibakar secara
berterusan.

Tempoh masa menyimpan mayat adalah


bergantung kepada hari yang sesuai untuk
mengebumikan mayat.
Sesetengah upacara kematian diiringi oleh
doa dengan paluan gendang serta tiupan
trompet dan seruling yang kuat.
Kertas yang disalut logam dibuang di
sepanjang jalan semasa membawa keranda
supaya roh boleh berpandukan kertas-kertas
itu untuk pulang ke rumah.

Upacara kematian diiringi oleh doa dengan paluan gendang


serta tiupan trompet dan seruling yang kuat.

Semasa pengebumian:
Mayat biasanya dikebumikan di tanah
perkuburan atau dibakar di rumah mayat.
Ada yang membawa bersama kereta,
patung, televisyen yang diperbuat daripada
kertas untuk melambangkan kekayaan
keluarga si mati.

Lokasi kubur kebanyakannya di atas bukit.


Kubur yang terletak di atas bukit dikatakan
lebih baik daripada yang terletak di kaki
bukit.
Kubur yang berukiran cantik, bentuk
menarik yang cantik dan saiz besar adalah
lambing kekayaan dan kemewahan ketika
si
mati hidup. Ini membawa erti orang yang
mati layak mendapat dan menikmati
kemewahan juga selepas mati.

Gambar-gambar menunjukkan
jenis-jenis kubur yang sedia
ada bagi kaum Cina.

Selepas kematian:
Biasanya ahli keluarga berkabung untuk
suatu tempoh masa bergantung kepada
status si mati dalam keluarga itu. Misalnya,
jika anak yang meninggal, ibu bapa tidak
digalakkan bersedih tetapi jika nenek atau
datuk yang meninggal, generasi muda perlu
berkabung untuk menghormati mereka.

Semasa berkabung, mereka tidak


dibenarkan berpakaian merah.
Upacara pemujaan dan sembahyang akan
diadakan di papan nenek moyang di dalam
rumah. Gambar si mati akan diletakkan di
situ.

Latar Belakang
Masyarakat India di
Malaysia

Pada zaman penjajahan British, sistem


tanaman ladang seperti tebu, kopi dan
getah diperkenalkan di Tanah Melayu.
Pengusahaan pertanian ladang ini
memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
Oleh itu, pihak British terpaksa mencari
tenaga buruh di tanah-tanah jajahan
mereka yang lain. Tanah jajahan India
menjadi pilihan utama kerana buruhburuh India mudah diperolehi lagi
murah.

Lebih kurang 85 peratus orang India yang


berhijrah ke Tanah Melayu adalah
berketurunan Tamil dan beragama Hindu.
Selainnya adalah orang-orang Telugu,
Malayalam dan orang India Utara.
Kini masyarakat India di Malaysia boleh
dikatakan kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
mereka. Amalan agama dan sambutan
perayaan turut mendapat perhatian ramai.
Beberapa perayaan orang India kini lebih
bersifat sosial di mana orang-orang bukan
penganut agama Hindu juga turut
menyertai sambutan tersebut.

Perayaan
Kaum India

Hari Deepavali ialah perayaan orang


India yang paling popular dan disambut
pada bulan ketujuh mengikut kalendar
Tamil.
Kerajaan Malaysia mengiktirafkan
perayaan ini dengan mengumumkan cuti
am pada hari tersebut.
Perayaan ini bukan sahaja dirayakan
oleh orang Tamil yang beragama Hindu,
tetapi turut dirayakan oleh orang
Malayalam, Telugu, punjabi, Bengali,
Sindhi dan lain-lain.

Deepavali bermaksud sebaris pelita.


Penganut Hindu percaya bahawa
dengan memasang pelita, kecerahan
dapat menghapuskan segala kejahilan
serta kejahatan dan menguatkan serta
memelihara nilai-nilai murni.
Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan
yang baik pula dikukuhkan di hati. Ini
akan membawa ketenangan serta
keterangan, iaitu cahaya pada manusia.
Sebenarnya, perayaan ini menandakan
sambutan hari kejayaan, iaitu kuasa
baik mengatasi kuasa jahat.

Rumah dibersihkan dan dihias


dengan kolam, lampu-lampu moden
dan pelita tradisional.
Kolam Rangoli ialah lukisan yang
dibuat daripada tepung beras yang
berwarna.
Penganut Hindu akan mandi minyak
pada pagi Deepavali yang
melambangkan penyucian diri.
Mereka mengunjungi kuil untuk
bersembahyang.

Disambut pada bulan Thai, iaitu bulan


kesepuluh dalam kalendar Tamil.
Disambut bagi menghormati Dewa
Murugan atau Dewa Subramaniam.
Mereka akan membawa kavadi sebagai
tanda membayar nazar. Perayaan ini
menguji kepercayaan penganutnya
kepada Dewa Murugan menyebabkan
mereka tidak merasa sakit dan
berdarah apabila badan mereka dicucuk
dengan besi semasa menyambutnya.

Pembawaan kavadi
pada hari
Thaipusam

Perarakan membawa kavadi


merupakan kemuncak perayaan
Thaipusam. Perarakan ini berakhir
dengan membawa persembahan ke
kuil, iaitu untuk Dewa Murugan.
Susu, madu dan kelapa akan
dipersembahkan kepada Dewa
Murugan.

Di Malaysia, Gua Batu Caves di


Selangor menjadi tumpuan penganut
agama Hindu meraikan perayaan
Thaipusam.
Setelah membersihkan diri, penganut
Hindu akan menaiki 272 anak tangga.
Ramai yang tidak makan daging
selama 40 hari serta mengetepikan
sebarang bentuk keseronokan dan
keselesaan.

Penganut Hindu melemparkan


kelapa untuk menghapuskan
kejahilan.

Kuil Dewa Murugan di Batu


Caves

Menurut kalendar Hindu, bulan Januari


hingga Februari adalah perayaan Thai
Ponggal, seperti pesta menuai.

Adat Kelahiran
Kaum India

Sebelum kelahiran

Ibu yang mengandung digalakkan mendengar lagulagu suci, bersedekah dan menjaga pertuturan dan
tingkah laku.

Satu upacara diadakan di rumah ketika kandungan


berusia 7 atau 9 bulan.

Ibu yang mengandung dipakaikan gelang tangan baru


oleh sanak saudara yang hadir.

Ada juga upacara yang dikendalikan oleh sami Hindu


di rumah.

Doa dibaca untuk mendapat perlindungan daripada


Tuhan.

Selepas kelahiran
Waktu kelahiran akan dicatat untuk menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu.

Bayi yang dibawa pulang perlu melalui satu


upacara di luar rumah sebelum masuk ke rumah.

Seperti orang Cina juga, ibu yang baru bersalin


digalakkan mandi dengan air suam. Ada yang
mencampurkan air mandian dengan herba.

Badan bayi yang dimandikan biasanya diurut


untuk menjaga kecantikan.

Pada hari ke-16, upacara pemberian nama


diadakan.

Merisik
Pihak lelaki mengunjungi rumah calon
perempuan dengan bilang ahli yang
ganjil dengan membawa buah tangan
seperti kelapa, sirih, buah pinang,
cendana, bauha-buahan, dan serbuk
Kumkuma(berwarna merah).
Jika pihak perempuan bersetuju,
mereka akan menerima hantaran
tersebut.

Apabila dipersetujui, pihak perempuan


akan ke rumah calon lelaki untuk
berbincang tentang persiapan
seterusnya.
Pihak perempuan akan memberi mas
kahwin iaitu dowri kepada pihak lelaki.
Dowri boleh terdiri daripada wang
tunai, barang-barang keperluan,
perabot, barang-barang perak dan
sebagainya.

Pemberian Hadiah (Parisam)


Dijalankan lebih awak dari hari
perkahwinan.
Pihak lelaki menghantar hantaran dalam
jumlah ganjil.
Hantaran ini mesti disediakan oleh wanita
(saudara mara lelaki) yang sudah bersuami
sahaja. Ini dinamakan Cumanggal.
Pengantin lelaki akan mengetuai
rombongan ke rumah pengantin
perempuan untuk membawa Parisam.

Parisam terdiri daripada sari


perkahwinan, sari Parisam untuk dipakai
pada hari tersebut, barang-barang kemas,
buah-buahan, sirih pinang, kelapa dan
sebagainya dibawa ke rumah pengantin
perempuan.
Pihak perempuan akan meletakkan
buyung atau Puurana Kumbum di ruang
tamu.
Lampu minyak atau Kuttu Vilakku akan
diletakkan di sebelah buyung sebagai
tanda kurniaan Tuhan.

Sebuah pondok yang diperbuat


daripada daun kelapa dan dihias
dengan daun mangga serta daun
kelapa muda dibina di hadapan
rumah pengantin perempuan.
Apabila pengantin lelaki tiba, hadiah
akan diletakkan di hadapan buyung
di ruang tamu.
Upacara sembahyang akan
dijalankan.

Bapa pengantin perempuan akan


mengambil sari dan memberikannya
kepada pengantin perempuan.
Pengantin perempuan memakai sari
Parisam dipimpin oleh seorang
wanita dan keluar ke ruang tamu.
Pengantin perempuan dikalungkan
buang oleh saudara-mara. Ini
dikenali sebagai kalungan tunggal
atau Orrai Maalai.

Majlis Perkahwinan
Biasanya dilangsungkan di kuil Hindu arau
di dewan.
Pengapit pengantin lelaki akan memimpin
pengantin lelaki (Maappilai) ke pelamin
dan mengelilinginya mengikut arah jam
dan duduk di hadapan Manavarai.
Pengantin lelaki dipakaikan cincin yang
diperbuat daripada rumput (Pavitram).
Tali berwarna kuning atau Kaapu diikat
pada pergelangan tangan pengantin lelaki.

Pakaian pengantin yang akan dipakai


oleh pengantin dibawa oleh pengapit
kepada hadirin sebagai tanda meminta
restu.
Pengapit (biasanya adik perempuan)
akan membawa pengatin perempuan
(Ponnu) masuk.
Pengantin perempuan akan
mengambil dan memakai pakaian
yang direstui oleh hadirin tadi dengan
lengkap berserta kalungan bunga.

Di pintu masuk, pengapit pengantin


lelaki akan memakaikan cincin kepada
kedua-dua belah jari kaki pengantin
perempuan.
Pengantin perempuan perlu
membasuh kakinya dengan air susu
dan disapu dengan Kumkuma,
cendana serta ditabur dengan bunga.
Pengantin lelaki duduk di hadapan
Manavarai dan diikuti oleh pengantin
perempuan.

Pengantin
perempuan
perlu
membasuh
kakinya dengan
air susu

Ibu bapa kedua-dua pasangan duduk


berhadapan pengantin dan menyapu
debu suci pada dahi pengantin.
Pengantin menukar dulang berisi
pinang dan buah-buahan.
Ibu bapa pengantin lelaki
menyerahkan sebiji kelapa yang
telah dikupas dan dilubangkan pada
bahagian atas.

Ini disambut oleh pengantin


perempuan dengan sokongan tangan
pengantin lelaki dan seterusnya ibu
bapa pengantin lelaki menyokong
tangan anak mereka.
Sebagai tanda penyerahan anak
kepada pengantin lelaki, ibu bapa
pengantin perempuan menuangkan
susu ke dalam kelapa itu.
Ibu bapa pengantin lelaki memberi
sirih kepada besan mereka.

Pasangan pengantin membersihkan


kaki ibu bapa mereka dengan susu,
menyapukan cendara dan menaburkan
bunga.
Pengantin lelaki menghadiahkan
Dhoti kepada bapa mertuanya, sari
kepada ibu mertuanya dan
memberikan sedikit wang.
Pengantin lelaki mengikat Thaali pada
leher pengantin perempuan.
- Thaali merupakan lambang suci perkahwinan
dan akan ditukar kepada kalung emas beberapa
hari selepas perkahwinan.

Pasangan pengantin akan bertukartukar kalungan bunga sebanyak tiga


kali.
Pasangan pengantin akan masuk ke
rumah dengan langkah kaki kanan
dahulu dan diberi minum susu yang
bercampur pisang.

Kematian

Masyarakat India membakar mayat atau


mengebumikannya.
Banyak adat yang diamalkan dalam
menguruskan kematian.Contoh:
Apabila seseorang india meninggal dunia,
mayat tersebut akan dibersihkan dengan air
yang bukan dari pair air. Mayat akan
dipakaikan pakaian baru selepas dimandi.
Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai
langkah menghormati tetamu.

Semasa kematian:
Semua barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu dan gambar-gambar yang
tergantung diterbalikkan bagi menunjukkan
kesedihan.
Lagu-lagu suci dimainkan supaya roh mendiang
tenang dan aman.
Bagi upacara memandikan mayat, air diambil
daripada pelbagai sumber seperti sungai, perigi
dan lain-lain kecuali air paip.

Upacara menanggalkan Thaali (Thaali Vaangutai)


dilakukan oleh isteri yang kematian suami. Thaali
ialah tali/rantai suci perkahwinan.
Seterusnya dijalankan Upacara Vaaikkarisi iaitu sedikit
makanan dimasukkan ke dalam mulut mendiang
sebagai pemberian terakhir.
Semasa pengebumian, mengikut kepercayaan, ada
upacara dilakukan iaitu keranda akan digerakkan
berkali-kali sebelum dimasukkan ke dalam liang,
ibarat bayi yang bergerak di dalam kandungan
kerana dipercayai orang yang mati berada di dalam
perut Dewi Bumi.

Tanah liat yang mengandungi api (Kollic Catti)


dibawa oleh ahli keluarga (anak atau bapa) sambil
mengiringi mayat ke tanah perkuburan atau tempat
pembakaran. Selalunya anak bongsu membawa
untuk ibu, manakala anak sulung membawa untuk
bapa. Pembawa Kollic Catti hendaklah mencukur
rambut iaitu simbol mereka akan hidup lebih
bahagia ibarat rambut yang baru tumbuh.

Pembawa Kollic catti akan mengelilingi


mayat sebanyak kali mengikut arah jam.

Upacara pengebumian kaum India


dengan membakar.

Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja mayat


dibawa keluar.
Sekiranya mayat dibakar, abu mayat akan
dikumpulkan dari tempat pembakaran
keesokan harinya.
Masyarakat India akan memilih sama ada
menanam abu mayat itu atau melepaskannya
ke laut.
Upacara sembahyang dilakukan dan lagu-lagu
suci dimainkan sepanjang tempoh berkabung
sama ada 8 atau 16 hari.

Latar Belakang
Orang Kadazan

Orang Kadazan terbahagi kepada


beberapa puak kecil seperti Tuaran
Dusun dan Ranau Dusun.
Orang Kadazan mempunyai
kepercayaan, kebudayaan dan adat
resam yang tersendiri. Mereka
berpegang kuat kepada undangundang adat sebagai undang-undang
yang utama dan dikendalikan oleh
Mahkamah Anak Negeri.

Pesta Kaamatan
merupakan pesta yang
popular yang diadakan
di Sabah oleh
masyarakat Kadazan,
Dusun dan Murut.
Pesta ini diadakan
pada setiap 1 Mei
sebagai tanda
kesyukuran dan
penghormatan kepada
semangat padi
(Bambarayon) kerana
mendatangkan hasil

Adat Kelahiran
Kaum Kadazan

Pelbagai pantang larang diamalkan oleh


ibu bapa semasa bayi dalam kandungan.
Semasa kelahiran, seorang bidan
memainkan peranan penting.
Bidan yang mahir dalam perubatan
tradisional amat dihormati dan tinggi
kedudukannya.
Bidan bertanggungjawab terhadap ibu
dan bayi yang dilahirkan selama 7 hari.

Pada bari ke-7, diadakan upacara


memotong rambut (memugar) oleh bidan
itu.
Keluarga sebelah ibu akan memberi 3 jenis
pemberian kepada bidan seperti rantai
pinggang (tembaga atau perak), kain hitam
yang belum djjahit dan wang tunai.
Jumlah hari berpantang berbeza mengikut
keupayaan iaitu 7 hari (orang kebanyakan),
21 hari (golongan berdarjat) dan 44 hari
(golongan lebih tinggi darjatnya).

Semasa berpantang, ibu dan bayi


dibacakan mantera supaya tidak
diganggu oleh roh-roh jahat.
Bayi akan diberi nama sementara oleh
bidan yang menyambut kelahiran.
Pada hari ke-8, semua keluarga, jiran
dan orang kenamaan di kampung akan
dijemput untuk berbincang dan
menentukan nama bayi.

Setelah berumur sebulan, adat turun


tanah (Mintuhun atau Minuhun)
diadakan. Si Ibu akan membawa
anaknya memijak tanah sambil
membaca mantera, menandakan
anak itu tidak terikat dengan
pantang lagi.

Bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh


orang Kadazan ialah perkahwinan Poligini.
- Seseorang lelaki tidak boleh mempunyai lebih
daripada 2 orang isteri pada satu masa.

Kadazan-dusun terkenal dengan


kaum yang mempunyai banyak subetnik yang kaya dengan budaya
mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum
dalam kadazan-dusun mempunyai
perbezaannya pakaian tradisionalnya
yang tersendiri.

Ambuyat

Bosou /
jeruk

Hinava

Latar belakang
kaum iban
di malaysia

Orang Iban

Pada awalnya dikenali sebagai Dayak Laut.


Bentuk fizikal orang Iban agak rendah,
mempunyai ketinggian anggaran 155cm,
berambut lurus dan ikal, serta berkulit coklat
pucat.
Berasal dari Lembah Kumpang (Kalimantan
Barat, Wilayah Republik Indonesia)
Masyarakat Iban adalah masyarakat egalitariat
dan setiap keluarga bilik sentiasa berusaha
untuk memelihara nama baik mereka.

Orang Iban tinggal di rumah panjang.


Mereka diketuai oleh seorang ketua
dikenali Penghulu (dipilih melalui
undian setiap lima tahun sekali)
Penghulu diberi gaji dan merupakan
hakim yang akan mengadili
kesalahan terhadap pelanggaran
undang-undang adat.

Rumah Panjang

Perayaan
Orang Iban

Gawai Antu
Merupakan salah satu daripada perayaan
yang terbesar dan yang paling meriah di
kalangan orang Iban.
Diraikan bagi memperingati roh-roh
mereka yang telah mati pada setiap 15
tahun sekali.
Sebelum upacara Gawai Antu diadakan,
dua upacara kecil diadakan, iaitu Gawai
Beban Ramu Sungkup dan Ngeretok.

Kedua-dua upacara ini adalah berkenaan


dengan pembinaan pondok sungkup di
kubur-kubur saudara mara mereka yang
telah mati.
Acara ini merupakan satu kemestian kepada
masyarakat Iban khususnya di Saribas,
Kalaka dan Skrang. Mereka akan bersalah
sekiranya sungkup tidak dapat dibina.
Kedua-dua upacara ini diadakan secara
bekerjasama di antara saudara mara sama
ada yang dekat atau jauh.

Hari Gawai Antu

Tarian Sumazau semasa Hari Gawai


Antu

Hari Mantar
Disambut sebelum Gawai Antu diadakan.
Diketuai oleh Tuai Gawai dan diikuti oleh
Tuai Rumah dan beberapa orang lelaki dan
wanita.
Para pahlawan akan ditanya adakah
mereka mendengar bunyi-bunyi yang
membawa petanda-petanda buruk semasa
dalam perjalanan ke pesta berkenaan.

Sekiranya ada, mereka akan dijamu


tuak. Sekiranya mereka terserempak
dengan ular tedung melintasi jalan,
satu penyembahan akan diadakan di
rumah panjang.

Sejenis arak yang dibuat daripada


beras.

Pembinaan Sungkup Sempena


Gawai
Pada awal pagi esoknya, orang-orang
lelaki, wanita dan anak-anak muda
membawa peralatan membuat sungkup,
makanan dan minuman ke kubur dengan
menaiki bot atau berjalan kaki bergantung
kepada kedudukan kubur.
Bahan-bahan membuat sungkup
berkenaan terlebih dahulu disemah dengan
darah ayam sebelum dicacakkan.

Adat Kelahiran
Kaum Iban

Bakal ibu dan bapa masyarakat Iban


juga mengamalkan pelbagai pantang
larang semasa bayi dalam kandungan.
Semasa bayi dilahirkan, saudara-mara
akan membuat bunyi bising dengan
menggunakan sesuatu supaya bayi itu
menangis. Kini, cara tembakan ke
udara digunakan.
Seorang bidan menjaga ibu yang baru
bersalin.

Ibu akan berpantang selama 30 hingga


40 hari.
Datuk dan nenek bayi akan membawa
bayi untuk menghadap ke langit dan
menyaksikan cahaya matahari
(Upacara Engkadah Hari Enggau
Ngetup Garam)
Secubit garam dimasukkan ke dalam
mulut bayi itu.
Tali pusat juga akan dipotong.

Si datuk akan membacakan doa.


Untuk menamakan bayi (Upacara Nganga
Nama Anak), ibu bapa akan menjemput
semua saudara mara untuk membantu
memberikan nama yang sesuai.
Selepas mendapat nama bayi, ibu bapa
bayi akan menentukan satu hari yang
sesuai untuk upacara memandikan anak di
sungai. (Upacara Meri Anak Mandi)
Seorang lelaki tua yang dihormati akan
mengetuai upacara ini.

Perkahwinan Orang Iban


Upacara membersih makhluk
(Gadis-gadis yang berpakaian
kebangsaan diarak di sepanjang bilik
tamu dan diikuti oleh beberapa orang
yang bergendang dan pencak silat)
akan meninggalkan kesan yang manis
pada anak-anak muda. Mungkin ada
antara mereka yang bertemu jodoh
dan membawa kepada perkahwinan.

Perkahwinan orang Iban

Makanan Tradisional Orang


Iban

Manok Pansoh

Pekasam ensabi /
jeruk

Sekian, terima kasih.