Anda di halaman 1dari 13

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran

Isi Kandungan
Isi Kandungan........................................................................................................................ 1
Ulasan Tahun Baru Cina.........................................................................................................2
Keunikkan Tahun Baru Cina...................................................................................................5
Kesesuaian Amalan Untuk Dipertahankan.............................................................................8
Bibiografi.............................................................................................................................. 12
Lampiran.............................................................................................................................. 13

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Ulasan Tahun Baru Cina
Video yang saya hasilkan adalah berkaitan dengan perayaan kaum Cina iaitu Tahun
Baru Cina. Video dimulakan dengan perkara yang dilakukan sebelum Tahun Baru Cina.
Sebelum mula menyambut Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengadakan gotongroyong membersihkan rumah. Kebanyakan masyarakat Cina akan mengecat semula rumah
mereka sempena Tahun Baru Cina. Kemudian mereka akan menghias rumah dengan
menggunakan pelbagai jenis hiasan berwarna merah dan emas. Hiasan-hiasan ini
semuanya membawa simbol bertuah. Antara lukisan atau tulisan merangkumi dewa
kekayaan, zodiak yang mewakili tahun tersebut atau perkataan yang membawa maksud
bertuah seperti gong xi fa cai yang bermaksud kekayaan. Seterusnya, masyarakat Cina
akan membeli barang-barang untuk menyambut Tahun Baru Cina seperti limau, pakaian
baru, biskut raya dan sebagainya. Orang tua dan pasangan yang telah kahwin akan
menyediakan ang pao untuk dibagikan kepada kanak-kanak dan mereka yang belum
kahwin. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengadakan makan
besar dengan semua ahli keluarga. Oleh itu, semua ahli keluarga yang bekerja di luar
bandar akan cuba sedaya untuk pulang ke kampung masing-masing untuk makan bersama.
Selepas makan malam, semua orang akan mandi (mesti mencuci rambut) dan memakai
pakaian baru bersedia untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Apabila tiba tengah malam, masyarakat Cina akan mula sembahyang bagi tujuan
menyambut dewa kekayaan. Semasa menyambut dewa kekayaan, perlu memilih masa
yang sesuai dan mengarah ke arah yang betul. Orang muda akan shou shui di mana
mereka akan tidur selewat mungkin pada malam pertama Tahun Baru Cina ini. Tindakan ini
dipercayai dapat mengelakkan ibu bapa daripada tua dan uzur. Oleh itu, jika seseorang itu
dapat terjaga makin lama, maka ibu bapanya akan lebih panjang umurnya. Pada awal pagi
hari pertama Tahun Baru Cina, anak-anak akan memberi salam kepada ibu bapa dan orang
tua di rumah dengan kata-kata bertuah, seperti gong xi fa cai. Kemudian, ibu bapa akan
memberi ang pau kepada anak. Kebanyakan masyarakat Cina akan berkunjung ke tokong
untuk sembahyang dan berdoa supaya segala berjalan dengan lancar dalam tahun baru ini.
Seterusnya mereka akan menziarah ke rumah saudara mara dan rakan-rakan.
Hari kedua Tahun Baru Cina dikenali sebagai kai nian bermaksud membuka tahun.
Pada hari ini, anak perempuan akan pulang ke rumah ibu bapa kandung sendiri. Anak
menantu perlu membawa bersama buah tangan dalam bentuk berpasangan. Pada zaman
dahulu, anak perempuan yang telah kahwin tidak boleh sentiasa pulang ke rumah ibu bapa
mereka. Mereka hanya boleh pulang pada perayaan seperti Tahun Baru Cina ini sahaja.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Hari ketiga merupakan ci gou re. Hari ini dipercayakan mudah berlaku
pertelingkahan antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Cina jarang menziarah ke rumah
orang lain pada hari ini. Hari kelima Tahun Baru Cina dikenali sebagai po wu, pecah lima.
Hari ini, masyarakat Cina akan membersihkan semua sampah yang dihasilkan sepanjang
Tahun Baru Cina. Hari ketujuh merupakan hari manusia, iaitu hari jadi setiap manusia. Oleh
itu, pada hari ini semua orang perlu saling menghormati, tidak melakukan pertelingkahan,
ibu bapa juga tidak boleh memarahi anak mereka. Pada hari ini juga masyarakat Cina akan
makan yee sang. Hari kesembilan Tahun Baru Cina merupakan tahun baru bagi suku
Hokkien. Mereka akan meraikan secara besar-besaran sehingga lebih meriah daripada hari
pertama Tahun Baru Cina.
Hari kelima belas merupakan hari terakhir Tahun Baru Cina. Hari ini dikenali sebagai
yuan xiao jie atau chap goh meh. Hari ini merupakan hari valentine bagi kaum Cina. Hari
ini masyarakat Cina akan berkunjung ke tokong untuk sembahyang. Pemuda-pemudi akan
berdoa supaya dapat mencari jodoh. Sempena hari terakhir Tahun Baru Cina ini, banyak
orang akan melepaskan tanglung air yang berbentuk bunga teratai ke dalam sungai bagi
tujuan berdoa selamat dan bertuah. Selain itu, terdapat juga teka-teki tanglung yang
diadakan di sekeliling tokong. Pada hari ini juga ada aktiviti membaling limau dan mengaut
limau. Gadis muda akan menuliskan nombor telefon di atas kulit buah limau dan membaling
ke dalam sungai atau kolam. Pada masa yang sama, pemuda akan mengaut limau dari
sungai atau kolam tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk mencari jodoh.
Video saya kemudian memperkenalkan simbol-simbol bagi Tahun Baru Cina.
Semasa Tahun Baru Cina, masyarakat Cina gemar menjemput pasukan tarian singa dan
tarian naga untuk memeriahkan suasana rumah sempena Tahun Baru Cina. ang pao
merupakan salah satu simbol bagi Tahun Baru Cina. Orang tua serta mereka yang sudah
berkahwin akan memberi ang pao kepada kanan-kanak dan mereka yang belum
berkahwin. Sempena Tahun Baru Cina, masyarakat cina juga suka bermain bunga api dan
mercun, terutamanya semasa sembahyang. Bagi mereka yang berniaga, mereka akan
membakar mercun semasa kedai mereka mula berniaga untuk mendatangkan kekayaan.
Warna merah dan emas merupakan warna yang mewakili Tahun Baru Cina, masyarakat
cina percaya bahawa warna merah mendatangkan tuah dan warna emas mendatangkan
kekayaan. Oleh itu semasa Tahun Baru Cina mereka akan memakai baju yang berwarna
merah serta menghiaskan rumah dengan hiasan berwarna merah. Barang hiasan bagi
Tahun Baru Cina biasanya terdapat ikon-ikon tertentu seperti ikan, yuan bao (emas), dewa
kekayaan, dan perkataan seperti fu (tuah) atau ungkapan pembawah tuah. Terdapat
beberapa jenis makanan yang dapat mewakili Tahun Baru Cina antaranya ialah kuih bakul
dan yee shang. Kuih bakul membawa maksud kehidupan semakin meningkan dan maju.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Kuih bakul meripakan kuih yang melekit dan kenyal seperti dodol. Ia diperbuat daripada
tepung pulut dan gula. Manakala yee shang melambangkan kemewahan, kemakmuran
dan kesuburan. Limau mandarin merupakan buah yang terkenal pada Tahun Baru Cina.
Video kemudian memaparkan perkara yang sepatutnya dilakukan semasa Tahun
Baru Cina dan pantang larang semasa Tahun Baru Cina. Antara perkara yang sepatut
dilakukan ialah memebersihkan rumah, berucap dengan ungkapan pembawah tuah shou
sui, memakai pakaian berwarna merah, makan makanan vegetarian, menghias rumah
dengan hiasan berwarna merah, membeli pakaian baru serta menziarah ke rumah saudara
dan rakan. shou sui merupakan amalan anak-anak tidur selewat mungkin pada malam hari
pertama Tahun Baru Cina supaya ibu bapa dapat penjang umur.
Antara pantang larang semasa Tahun Baru Cina ialah, memakai pakaian berwarna
gelap atau putih, mencuci rambut, menyapu lantai, membuang sampah, memungut hutang,
tidur pada waktu siang, keluarkan barang dari poket orang lain, menggunting dan
memotong, mengejutkan orang yang sedang tidur serta makan ubat dan bubur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Keunikkan Tahun Baru Cina
Zodiak cina
Zodiak cina merupakan kitaran selama 12 tahun yang setiap tahun akan diwakili oleh
sejenis haiwan. Antara haiwan dalam zodiak cina ini ialah dimulakan dengan tikus dan diikuti
dengan lembu, harimau, arnad, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan
khinzir. Setiap haiwan akan mewakili satu tahun mengikut urutan. Contohnya tahun lepas
2014 merupakan tahun kuda dan tahun ini 2015 merupakan tahun kambing.
Gotong royong, menghias rumah dan membeli barang baru.
Masyarakat cina memegang kepada konsep membuangkan yang lama dan
menyambut yang baru sempena Tahun Baru Cina. Sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat
cina akan mengadakan gotong-royong secara besar-besaran. Barang lama akan dikeluar
dan dibuang semasa gotong-royong ini. Tindakan ini adalah untuk membuangkan yang lama
dan buruk. Kemudian, mereka akan membeli barang baru bagi menggantikan barang lama
yang telah dibuang sebagai tindakan menyambut yang baru. Sebagai contoh, cadar yang
lama akan dibuang dan digantikan dengan cadar yang baru. Selain itu, mereka akan
menghias rumah dengan hiasan yang berwarna merah dan emas. Barang hiasan ini
biasanya mempunyai simbol-simbol tertentu seperti perkataan fu , dewa kekayaan,
yuan bao dan banyak lagi. Contohnya perkataan fu akan ditulis pada kertas merah dan
dilekat terbalik di atas dinding. Tindakan ini membawa maksud fu tiba, sebab suara
terbalik dan tiba dalam bahasa mandarin adalah sama.
Jamuan pertemuan semula
Jamuan pertemuan semula di kenali sebagai tuan yuan fan. Ia diadakan pada
malam sebelum Tahun Baru Cina. Pada malam ini, semua ahli keluarga yang telah keluar
bekerja akan pulang ke kampung untuk makan malam ini. Jamuan pertemuan semula
biasanya di adakan di rumah yang didiami oleh anggota keluarga yang paling tua. Makanan
jenis daging merupakan makanan penting dan mesti dimakan pada jamuan pertemuan
semula ini. Dulu, bagi kebanyakkan masyarakat cina, daging adalah mahal dan mereka
hanya boleh makan daging sempena perayan besar, maka Tahun Baru Cina merupakan
salah satu perayaan yang disabut secara besar-besaran. Oleh itu, mereka mesti akan
makan ayam dan ikan pada jamuan pertemuan semula. Ikan merupakan masakan yang
penting. Ikan yang dimasak tidak akan dihabiskan dalam jamuan pertemuan semula ini
kerana ikan yang ditinggalkan ini perlu disimpan sehingga hari kelima Tahun Baru Cina.
Tindakan ini membawa maksud nian nian you yu iaitu semoga ada lebihnya setiap tahun.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran

Ang Pau
Ang Pau merupakan sampul merah yang diedarkan oleh orang tua dan pasangan
suami isteri sepanjang Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak dan mereka yang belum
berkahwin. Sampul yang berwarna merah merupakkan simbol tuah. Dalam ang pau ini akan
dimasukkan wang sebelum diedarkan. Wang yang dimasukkan ke dalam sampul ini perlulah
merupakan angka genap. Hal ini demikian kerana angka ganjil hanya diberikan ketika majlis
pengebumian. Selain itu, masyarakat cina tidak akan memberi ang pau dalam angka 4
ringgit, kerana nombor empat yang suaranya sama dengan perkataan mati dalam bahasa
mandarin membawa maksud yang tidak baik. Ang pau juga dikenali sebagai ya shui qian
bererti duit menahan umur. Ketika zaman dinasti Qing, mereka percaya jika membalut
syiling dengan kertas merah dapat melindungi orang tua daripada keuzuran dan kematian.
Hari pertama Tahun Baru Cina
Hari ini dikenali sebagai nian chu yi. Hari ini merupakan jari pertama dalam satu
tahun, oleh itu ia adalah penting dan mempunyai banyak perkara yang tidak boleh dilakukan
pada hari ini. Pertama, pada hari ini, kebanyakkan masyarakat cina akan makan makanan
vegetarian. Mereka anggap bahawa kelihatan darah adalah tidak bertuah, oleh itu mereka
akan menggelakkan makan daging pada hari ini. Hal ini turut membawa kepada pantang
larang iaitu tidak boleh menggunting dan memotong pada hari ini. Kedua, memakai baju
merah yang membawa tuah dan menggelakkan baju gelap dan putih yang melambangkan
majlis pengebumian. Ketiga, tidak menyapu lantai, mencuci lantai dan membuang sampah.
Tindakan-tindakan ini dipercayakan akan mengeluarkan nasib baik di dalam rumah. Oleh itu,
masyarakat cina tidak bertindak demikian supaya menyimpan nasib baik di dalam rumah.
Keempat, tidak mencuci rambut. Rambut sebutan bahasa mandarin adalah sama dengan
perkataan fa menjadi kaya. Mencuci rambut pada hari ini dipercayakan akan mencucikan
kekayaan iaitu meninggalkan kekayaan.
Kelima, tidak memungut hutang. Tindakan memungut hutang jika diadakan pada hari
ini menunjukkan orang tersebut akan dipungut hutang sepanjang tahun tersebut.Keenam,
tidak tidur pada waktu siang. Jika seseorang tidur pada waktu siang melambangkan dia
akan menjadi malas sepanjang tahun.Ketujuh, tidak mengeluarkan barang dari poket orang
lain. tindakan ini tidak sopan dan membawa maksud orang tersebut akan sentiasa diambil
barang oleh orang lain sepanjang tahun.Kelapan, tidak mengejutkan orang yang sedang
tidur. Jika berbuat demikian bermaksud orang tersebut perlu digesa bagi sepanjang
tahun.Akhirnya, tidak makan ubat dan bubur. Selain daripada ubat-ubatan yang mesti
dimakan, ubat-ubatan suplement akan dielakkan supaya dapat elakkan daripada sakit

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


sepanjang tahun. Selain itu, masyarakat cina tidak makan bubur pada hari ini. Dahulu,
masyarakat cina makan bubur kerana tidak cukup wang untuk membeli beras, mereka
campurkan banyak air untuk masak beras menjadi bubur. Oleh itu, mereka tidak makan
bubur pada hari ini supaya mengharapkan pada tahun yang baru ini tidak perlu tahan perut
dan makan bubur sahaja.
Yee Shang
yee shang merupakan sejenis salad ikan mentah. Ramuannya termasuk, ikan
salmon segar, lobak putih, lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli cina,
potongan kacang tanah, biji bijian bakar, keropok udang cina dan tepung lima rempah.
Melambung yee shang yang dikenali sebagai lo hei merupakan satu adat resam Tahun
Baru Cina di Malaysia dan Singapura. Saudara mara akan berkumpul mengelilingi meja dan
mula melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit sambil meluangkan ucapan
untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Hari kesembilan Tahun Baru Cina
Masyarakat cina akan menyembah Maharaja Jed tian gong. Hari ini merupakan
tahun baru bagi suku Hokkien. Mereka akan meraikan secara besar-besaran sehingga lebih
meriah daripada hari pertama Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana pada zaman
dahulu, suku hokkien telah diancam oleh suku lain, mereka bersembunyi di dalam ladang
tebu dan telah elak daripada dibunuh. Apabila mereka keluar dari ladang tebu merupakan
hari kesembilan Tahun Baru Cina, sejak itu, mereka mengganggap hari kesembilan ini
sebagai tahun baru mereka. Mereka turut bersembahyang dengan tebu sebagai satu
tindakan mengenang jasa.
yuan xiao jie / chap goh meh
Hari kelima belas merupakan hari terakhir Tahun Baru Cina. Hari ini merupakan hari
valentine bagi kaum Cina. Hari ini masyarakat Cina akan berkunjung ke tokong untuk
sembahyang. Pemuda-pemudi akan berdoa supaya dapat mencari jodoh. Sempena hari
terakhir Tahun Baru Cina ini, banyak orang akan melepaskan tanglung air yang berbentuk
bunga teratai ke dalam sungai bagi tujuan berdoa selamat dan bertuah. Selain itu, terdapat
juga teka-teki tanglung yang diadakan di sekeliling tokong. Pada hari ini juga ada aktiviti
membaling limau dan mengaut limau. Gadis muda akan menuliskan nombor telefon di atas
kulit buah limau dan membaling ke dalam sungai atau kolam. Pada masa yang sama,
pemuda akan mengaut limau dari sungai atau kolam tersebut. Ini merupakan salah satu
cara untuk mencari jodoh.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Kesesuaian Amalan Untuk Dipertahankan.
Pada pndapat saya, sebahagian daripada amalan dalam perayaan Tahun Baru Cina
ini perllah dipertahankan, manakala sebahagiannya tidak perlu.
Pertama sekali, amalan gotong-royong dan membuangkan barang lama serta
gantikan dengan barang baru. Pada pendapat saya, amalan ini perlu dipertahankan. Amalan
gotong-royong memberi alasan yang munasabah untuk kami membersihkan rumah secara
menyeluruh termasuk tempat-tempat yang biasanya kami tidak akan bersihkan. Walaupun
hanya setahun sekali, maka ia membantu kami untuk menjaga kebersihan sekitar rumah
terutamanya di bahagian-bahagian seperti bilik simpanan barang, belakang almari dan
sebagainya. Selain itu, kami boleh menggantikan barang lama dengan barang baru. Hal ini
bukan sahaja dapat menceriakan suasana rumah di samping itu dapat menggelakkan
barang lama itu mencederakan orang lain. sebagai contoh barang elektrik lama wajar
ditukarkan supaya tidak berlaku kemalangan.
Jamuan pertemuan semula merupakan salah satu amalan yang saya paling suka.
Sebagai seorang cina, saya sangat menanti-nantikan untuk jamuan pertemuan semula ini.
Dalam jamuan pertemuan semula bukan sahaja ada banyak makanan yang sedap, tetapi
pentingnya dapat bertemu semula dengan ahli keluarga yang telah lama tidak berjumpa.
Pada jamuan ini, saya dapat berjumpa dengan saudara mara yang tidak sentiasa dapat
berjumpa. Walaubagaimanapun bersesuaian dengan edaran masa, jamuan pertemuan
semula kini bukan sahaja dibuat dalam bentuk lama, generasi kini suka menggantikan gaya
jamuan lama ini dengan steamboat yang mudah disediakan.
Seterusnya, amalan shou sui iaitu tidur selewat mungkin bagi melanjutkan nyawa
ibu bapa. Saya rasa amalan ini juga wajar dipertahankan. Pada pendapat saya, amalan ini
dapat menunjukkan perasaan sayang kita sebagai anak kepada ibu bapa kita. Sebab kita
sayangkan ibu bapa kita, maka kita dapat tahan tidur untuk mereka. Dulu apabila kita masih
merupakan bayi, ibu bapa kita juga sentiasa terjaga pada lewat malam untuk menjaga kita.
Oleh itu, amalan ini wajar dipertahankan sebagai satu tanda hormat dan sayang kepada ibu
bapa. Selain itu, melalui amalan ini, hubungan antara adik beradik turut dieratkan kerana
pastinya terdapat aktivit yang dijalankan sepanjang malam shou sui ini.
Terdapat banyak pantang larang pada hari pertama Tahun Baru Cina. Antaranya
pantang larang perlu dipertahankan dan juga ada yang tidak perlu. Amalan makan makanan
vegetarian adalah baik dan wajar terus diamalkan. Makan makanan vegetarian adalah sihat
dan bertanggapan baik kerana tidak membunuh. Manakala bagi pantang larang tidak boleh
menggunting dan memotong pada pendapat saya adalah tidak wajar terus diamalkan.
Menggunting dan memotong bukannya hanya pada daging, jika seseorang itu perlu

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


membuka bungkusan dengan menggungting atau memotong, menurut pantang larang ini,
perkara tersebut tidak dapat diteruskan.
Seterusnya amalan tidak menyapu lantai, mencuci lantai dan membuang sampah.
Tindakan-tindakan ini dipercayakan akan mengeluarkan nasib baik di dalam rumah. Pada
pendapat saya, kebersihan adalah penting, jika tidak sapu, cuci lantai dan membuang
sampah, maka sampah yang dihasilkan akan ditinggalkan di dalam rumah. Menurut amalan,
sampah-sampah ini hanya boleh dibuang pada hari kelima Tahun Baru Cina. Jika terdapat
sampah yang mudah busuk maka ia akan tinggal di dalam rumah sepanjang lima hari. Oleh
itu, saya berpendapat amalan ini tidak wajar diteruskan. Amalan tidak mencuci rambut turut
melibatkan isu kebersihan yang saya rasa tidak wajar dipertahankan.
Pantang larang seperti tidak mengeluarkan barang dari poket orang lain, tidak
mengejutkan orang yang sedang tidur bukan sahaja tidak boleh diamalkan semasa Tahun
Baru Cina, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak sopan kecuali dengan persetujuan
orang tersebut.
Namun demikian, sesuatu masyarakat itu unik semuanya bergantung kepada isu
yang membezakan mereka dengan masyarakat lain. Oleh itu, tetap ada perkara yang berlu
dipertahankan bagi mengekalkan keunikan masyaraka tersebut. Sebagai contoh aktiviti
melambung dan mengaut limau, melepaskan tanglung air untuk berdoa selamat, bersembah
di tokong, persembahan tarian singa serta naga dan lain.
Bah pepatah tak kenal maka tak cinta. Dengan mengenali sesuatu perayaan bagi
sesuatu masyarakat ini, maka kami akan lebih suka tinggal di negara ini yang berbilang
kaum serta bersama-sama mempertahankan keunikan ini.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Refleksi
Kerja kursus EDU 3063 budaya dan pembelajaran ini merupakan satu cabaran yang
besar kepada saya. Dalam kerja kursus ini saya perlu menghasilkan sebuah video berdurasi
10 hingga 15 minit berkaitan dengan amalan budaya etnik Malaysia.
Saya telah mengahadapi satu masalah yang besar dalam pemilihan tema video
saya. Sempena dengan Tahun Baru Cina, rakan-rakan sekelas telah memilih tajuk Tahun
Batu Cina ini sebagai tema video mereka. Namun demikian saya masih meragu-ragu untuk
menggunakan tema ini kerana saya akan menghadapi masalah merakam video. Hal ini
demikian kerana datuk saya baru meninggal dunia pada bulan Disember tahun lepas.
Menurut tradisi masyarakat Cina, kami sekeluarga tidak boleh menyambut apa-apa
perayaan dalam tempoh setahun ini. Saya tidak boleh berkunjung ke rumah orang lain,
rumah saya tidak akan menjalankan sembahyang secara besar-besaran dan saya tidak
boleh pergi ke tokong.
Nasib baik masalah saya telah selesai dengan bantuan rakan sekelas saya Pang
Khornie dan Yeoh Jia Min. Mereka berdua telah banyak membantu saya dalam proses
rakaman video tersebut. Saya amat berterima kasih kepada Khornie yang sanggup menjadi
model saya dalam rakaman video saya. Dengan bantuan khornie, saya telah berjaya
merakam proses dia sembahyang di tokong. Selain itu, saya telah mengunjung ke rumah
kawan saya yang tidak kisah tentang kematian datuk saya dan sanggup memberi peluang
kepada saya untuk merakam vidoe di rumahnya yang penuh dengan hiasan sempena Tahun
Baru Cina ini. Saya amat berterima kasih kepada ahli keluarganya yang tidak pantang,
kerana saya sebagai cucu yang datuk baru meninggal dianggap membawa sedikit tuah
buruk takut akan mengancam orang lain. Saya turut berasa syukur kerana pensyarah saya
En Zaini yang berdedikasi bersetuju untuk memberi kelonggaran untuk saya memasukkan
gambar dalam video saya sekiranya saya tidak dapat membuat rakaman.
Dengan bantuan banyak pihak saya telah berjaya mengumpul rakaman video yang
mencukupi bagi memulakan kerja menyunting dan menyambung video. Mula-mulanya saya
menghadapi masalah penggunaan perisian komputer untuk menyunting dan menyambung
video. Video yang dirakam tidak dapat diproses dalam perisian tersebut. Dengan alternatif
lain, saya membuat keputusan untuk menukar perisian. Namun demikian saya masih gagal
memproses video saya. Saya cuba minta tunjuk ajar daripada beberapa orang rakan dan
akhirnya saya dapat selesai masalah ini. Saya menukarkan format video dahulu
menggunakan Format Factory dan seterusnya menjalankan kerja menyunting dan
menyambung dengan menggunakan Window live Movie Maker.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

10

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Saya telah mengguna masa seanyak seminggu untu menghasilkan kerja menyunting
dan menyambung video ini. Sepanjang prose menghasilkan video ini, saya telah menhadapi
masalah bagaimana menghilangkan suara video dan memasukkan muzik lagu, bagaimana
menyunting video dan cara menyambung yang betul.
Kemudian, saya perlu membuat ulasan tentang video saya. Saya telah merujuk
kepada beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat mengenai perayaan Tahun
Baru Cina ini. Masalah membezakan ketepatan maklumat tidak serius kerana saya sendiri
mempunyai pengetahuan berkenaan. Masalah lain merupakan masalah menterjemahkan
perkataan atau maksud dalam bahasa mandarin ke bahasa Melayu. Saya cuba sedaya
untuk menterjemahkan semua perkataan mengikut maksud asalnya.
Akhirnya saya telah berjaya menghasilkan kerja kursus kali ini. saya amat gembira
kerana saya lebih memahami masyarakat saya sendiri dan saya berasa bangga dilahirkan
sebagai seorang cina. Melalui kerja kursus ini, saya telah mengaplikasikan banyak
pengetahuan saya terhadap penghasilan video yang pernah saya belajar pada semester
lepas. Perkara yang paling penting ialah saya dapati mana rakan yang sanggup menolong
semasa saya berada alam kesusuahan.
Dengan lega, akhirnya kerja kursus saya selesai. Terima kasih kepada semua pihak
yang banyak menolong dan En Zaini yang banyak membimbing.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

11

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran


Bibiografi
(19 Februari 2015). Tahun Baru Cina. Wikipedia. Diperolehi pada 15 Mac 2015 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
(27 Jun 2013). Zodiak Cina. Wikipedia. Diperolehi pada 15 Mac 2015 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zodiak_Cina
(9

Mac

2013). Ang

Pau.

Wikipedia.

Diperolehi

pada

15

Mac

2015

daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angpau
(9 Mac 2013). Yee Shang. Wikipedia. Diperolehi pada 15 Mac 2015 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Yee_sang
(8 November 2013). Hari Chap Goh Mei. Wikipedia. Diperolehi pada 15 Mac 2015 daripada
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Chap_Goh_Mei&redirect=no
Goh Sze Kei (21 Ogos 2010). Pantang Larang Tahun Baru Cina. Pantang Larang Kaum
Melayu,

Cina,

India.

Diperolehi

pada

15

Mac

2015

daripada

http://bmk12010.blogspot.com/
Chew Meng Yew (14 Ogos 2010). Pantang Larang Semasa Tahun Baru Cina. Perayaan Di
Malaysia.

Diperolehi

pada

15

Mac

2015

daripada

http://perayaan-

perayaan.blogspot.com/2010/08/pantang-larang-tahun-baru-cina_14.html

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

12

EDU 3063 Budaya dan Pembelajaran

Lampiran

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

13