Anda di halaman 1dari 24

ETIKA

KAUNSELING
NUR FADHILAH BT ABDULLAH
FAUZI
(fadhilahfauzi@kuisas.edu.my)
-Jabatan Usuluddin-

PENGENALAN

APA ITU ETIKA ?


Prinsip moral atau set prinsip moral
Tanggungjawab dan akibat tingkahlaku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Alat untuk mengawal tingkah laku individu dan
sebagai garis panduan @ asas dlm
menyelesaikan tingkah laku yang menyeleweng
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada
Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah

Menurut OthmanMohamed (1999), kod etika


merupakan tatasusila yang menentukan
peraturan kawalan diri terhadap praktis yang
dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya
merupakan standard asas bagi mencerminkan
satu praktis profesional.
Etika juga boleh membawa maksud yang
berlainan iaitu tentang pola hidup am atau
suatu cara hidup

PRINSIP ETIKA KAUNSELING


AUTONOMI
Syarat yang membenarkan klien untuk
bebas membuat pilihan
BUKANBERBENTUK KEJAHATAN
(nonmaleficence)
Tindakan kaunselor untuk
mengelakdaripada perkara-perkara yang
membawa mudarat kepada klien

KEPATUHAN
Persetujuan limitasi perhubungan di
antara kaunselor dengan klien
KEBAJIKAN
Tindakan kaunselor untukmemberikan
hasil yang positif kepada klien

PERKAMA

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)


ditubuhkan pd 1982
Menyatukan semua kaunselor terlatih di
seluruh Malaysia
Pengiktirafan profesion kaunseling sbg satu
profesion yang profesional

TUJUAN KOD ETIKA


(LEMBAGA KAUNSELOR
MALAYSIA)

Garis panduan
Prinsip-prinsip yang menentukan tingkah
laku beretika
Menjelaskan tanggungjawab etika
Sokongan kepada misi
Menjadi asas bagi memproses aduan dan
pertanyaan

Antara tujuan utama etika profesional yg


sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor
lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang
dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan.
Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan
kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon,
AhmadJazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,
2002)

Membantu seseorang kaunselor supaya dapat


menjalankan tugas dan peranan mereka
dengan lebih baik. Dari sudut pandangan
masyarakat,kaunselor dilihat sebagai seorang
model sosial yang baik kerana mereka
terlibat denganprofesion menolong, oleh itu
jika berlaku perkara-perkara seperti
ketidakcekapan yang dilakukan oleh
kaunselor maka tanggapan masyarakat
mungkin akan berubah terhadap kaunselor
dan ahli-ahli profesional yang lainnya.

Menggalakkan kaunselor menuju ke arah tahap


profesional. Dalam profesion kaunseling,
profesionalisme membantu membawa kepada nama
baik (good will) kepada mereka yang yang
mengamalkan kod etika dengan baik (Francis,
2009).
Sebagai contohnya bagi kaunselor profesional yang
mempunyai reputasi yang baik-mudah mendapatkan
klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling
-kerana klien lebih yakin dengan kaunselorkaunselor yang mempunyai rekod reputasi yang
baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling
mereka.

KEK mempunyai 8 bahagian utama.


Bahagian ini merangkumi perkara-perkara
berikut:

SKOP KAUNSELING

KOD TATALAKU

Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi


memelihara standard dan identiti sebagai seorang
kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.
Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran
dalam bidang profesionnya.
Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling.
Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas
kaunselingnya oleh penyelia profesional

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
TERHADAP KLIEN

Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien


Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan
segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling
Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang
sosiobudaya klien
Semasa perhubungan kaunseling , kaunselor hendaklah memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan
klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan,
seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun
Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu
menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien

Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh


dedikasi,ikhlas,jujur dan membuktikan kemahiran serta
kecekapan profesionalismenya
Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau
menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status,
ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi dalam apaapa bentuk sekali pun.
Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai
keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling
Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya
diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan umur
kerahsiaan
Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai
kerahsiaan boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN


PROFESIONAL

Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat


tahap kecekapan profesionalisme masing-masing.
Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati,
adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.
Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah,
mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan
kaunselor yang tidak beretika.
Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,
membantu serta membela rakan kaunselor yang
teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang
tidak beretika.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT
Kaunselor hendaklah memahami dan
menghormati unsur sosiobudaya masyarakat
di mana dia berkhidmat.
Kaunselor hendaklah mematuhi undangundang negara dan melaksanakan tugasnya
berlandaskan undang-undang tersebut.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP
ORGANISASI & MAJIKAN

Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi


kerajaan atau
bukan kerajaan. Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah
mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan
mematuhi
prinsip berikut : Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang
ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan
prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya.

Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah


diskriminasi dalam organisasi dan dalam
pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.
Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan
dan sumber organisasinya.
Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran
dan tahap kecekapan profesionalnya.
Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia
dan stafnya mengenai khidmat kaunseling
khususnya kerahsiaan, perbezaan di antara fakta
umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

Jika tidak mendaftar.


Tidak boleh amalkan, menjalankan, mengendalikan, atau
mengemukakan diri sebagai kaunselor

Tidak boleh guna gelaran kaunselor berdaftar


Tidak boleh guna / pamer tanda, papan, kad, atau reka
bentuk lain yang menggambarkan diri seorang kaunselor
berdaftar