Anda di halaman 1dari 5

TIPS BELAJAR SEJARAH

SEJAK akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah.
Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak
berminat dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
WALAU APA ALASAN sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita
kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Cuba
bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing
bertanya tentang Malaysia. Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan,
Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya dan banyak lagi
tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.
JIKA anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang
memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang
besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan
yang besar?

PERTAMA,

anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya saya tidak dapat

menyiapkan kerja sekolah kelmarin. Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa


yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.

KEDUA,

anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama

ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang
itu juga sejarah.

KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?.
Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik.
Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan
Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.

KEEMPAT,

anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan

kepada rakan anda. Itu juga sejarah.

KELIMA,

anda

kata

pelajaran

sejarah

susah.

Ada

caranya

untuk

kita

permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

KEENAM, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada
sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.

Ada yang tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi. Patutkah waktu
peperiksaan penggal, mata pelajaran sejarah itu diletakkan pada hari terakhir?. Sedangkan
ini mata pelajaran penting untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab.
Tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus adalah
wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai ke hari tua.

Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi
satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah
anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.
Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Baiklah apa yang saya katakan mudahnya belajar sejarah ?? Saya nyatakan kaedah mudah
untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.

KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.


Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan
India. (bab: 7 ting 4)
A

Negara Tokoh
A= Arab J= John Crawford
C= China E= Emanuel Gadinho Eredia
I= India S= Snouck Hurgronje
Pelajar hafal formula ACI dan JES
Ayat penuh:
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John
Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh
Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india.
Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.

KAEDAH KEDUA- melukis


Di dalam kelas sesetengah pelajar ada bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah
melukis apabila sampai ke tajuk yang bersesuaian. Tidak salah di dalam nota pelajar
diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati fakta. Dengan lain perkataan satu kali
baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.
Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)
Ayat Penuh:

Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting.
Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada
musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa
menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.

KAEDAH KETIGA- Persekitaran Pelajar


Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu
yang boleh gunakan persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi tajuk berkenaan. Malah
bukan itu sahaja kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa
yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran mereka.
Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)
Untuk tajuk ini persekitaran pelajar yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar
saya tinggal di sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang
sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan yang ada itu
setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak dapat ingat dan rasa susah untuk
belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk di atas dengan cara seperti berikut.
Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
Jalan raya yang lurus
Ada pusat pentadbiran
Ada pusat keagamaan
Sistem kumbahan terancang
Bangunan disusun berasaskan blok
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Bandar dihubungkan dengan sungai
Menggunakan ilmu geometri dan math
Ada kawasan perumahan

Pekan Jeniang
Jalan raya yang lurus
Ada MPSP
Ada masjid dan wat
Sistem kumbahan terancang
Bangunan disusun berasaskan blok
Setiap blok dipisahkan jalan raya
Jeniang juga ada sungai
Menggunakan ilmu geometri dan math
Taman Sri Emas

Saya membandingkan persekitaran pelajar dengan bandar terancang tamadun Indus.


Jalan- setiap hari gunakan jalan itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- harihari buang sudah tentu boleh ingat. Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing, mandi
dsb.
Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya
kaitkan dengan persekitaran atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan.

KAEDAH KEEMPAT- Penguasan Fakta Melalui Kaedah


Rakan Fakta
Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif yang sama seperti di aktiviti satu

dan mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu tepat. Pelajar
juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua
catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang telah disediakan Catatan itu sebagai
tanda pelajar memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar
juga akan membuat pembetulan jawapan semasa aktiviiti dua ini.

Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihatsemasa


mencari ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa,
gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan ke dalam buku
notan

Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi dari buku
teks.

1.

Contoh pelaksanaan.

1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru


Soalan 1

Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.


A Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya

Jawapan:_______
Ayat Buku Teks:___________________________________________
M.S:________

CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca
atau terlihat.

_______________________________________________________

1.2 Tugas pelajar

1. Mencari jawapan dalam buku teks


2. Menulis jawapan A, B, C atau D
3. Menulis ayat dalam buku teks
4. Menulis muka surat
5. Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.

6. Pelajar bertukar-tukar maklumat

Anda mungkin juga menyukai