Anda di halaman 1dari 20

Kepentingan budi bahasa

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar
di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme,
vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas
menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah
disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat,
Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah
negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh
budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.
Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana
seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan
perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan
saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud
sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu,
perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan
Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri
daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru,
apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak
dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.
Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang
memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu,
masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti
ketika tamadun Mesopotamia.
Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu teknologi
masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan
masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah
memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam
Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat
rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan
negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah
suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan
merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat
yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.
Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi
bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap
lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif
terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai
oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen,
pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih
penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika
berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya
sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat
datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang
dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun.
Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya

golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian yang
menyeronokkan di negara kita.
Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat
mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada
itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah
generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah
dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah
gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang
berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum
dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan
keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di
persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.
Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah
didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan
bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan katakata
yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan
orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut
menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia
itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak
sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk
melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.
Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan
masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akkan mudah
dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu,
dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk
negara mencapai citacitanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masingmasing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen
Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti
gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara
akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Aspek kesantunan berdasarkan pandangan tokoh


PENGENALAN
Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan
masyarakat Melayu. Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am
mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu. Antara
tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan
Asmah Hj. Omar.
Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam
Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam
masyarakat Melayu sendiri.

2.0

KONSEP BERKAITAN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa


berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa. Selain itu, bahagian ini
akan menerangkan secara awal mengenai lima Model-model Kesantunan oleh
enam tokoh bahasa termasuk Leech. Teori Kesopanan Leech.

2.1

KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat,
berdisiplin, santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar
boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa
(1995:121). Tambah beliau lagi:
Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran
latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan
keadaan sebenar.(1995:125)

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, bahasa adalah bermaksud


bicara, ujaran, tatatertib, sopan-santun, tingkah laku dan percakapan
yang baik. Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang
merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan
yang baik. Kamus Dewanpula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan
yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

Kesopanan bahasa oleh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan


sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku
sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di
samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia
dianggap sebagai berbudi bahasa.

Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada


penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia
dan menunjukkan penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman
bicara. Thomas(1995:158) kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai
strategi yang digunakan oleh penutur terhadap pendengar dalam usaha
mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubunganyang harmonis.

2.2

MODEL-MODEL KESOPANAN

Topik ini akan membncangkan mengenai Model Prinsip Kerjasama Grice,


Model Kesantunan Lakoff, Model Kesantunan Brown dan Levinson, Model
Kesopanan Asmah Haji Omar, dan Prinsip Kesopanan Leech.

2.2.1 MODEL PRINSIP KERJASAMA (PK) GRICE (1975)

Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikatur


perbualan dalam meneroka sesuatu ujaran Tokoh ini menghuraikan prinsip
kesopanan mengikut pandangnnya dengan menjadikan sumbangan seseorang
sebagaimana yang dikehendaki sahaja, di tahap apabila perbualan itu
mengambil tempat, dan tepat pula dengan arah tujuan perbualan yang sedang
berlangsung. Beliau telah mengemukakan 4 maksim iaitu maksim kuantiti,
maksim kualiti, maksim pertalian, dan maksim cara.
Maksim kualiti adalah maksim yang sempurna untuk memberi maklumat
yang cukup informative dan memastikan maklumat yang cukup melebihi
daripada apa yang sepatutnya. Maksim kualiti adalah maksim yang
mementingkan perkara yang betul sahaja dan tidak menyebut sesuatu yang
tidak betul dan juga tidak akan meyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau
bukti. Maksim pertalian merupakan kesinambungan dan relevan
maklumatnya. Maksim cara adalah maksim yang mementing pernyataan yang
sejelas mungkin dan mengelakkan kesamaran, ketaksaan, ringkas dan
teratur. Prinsip ini mengekalkan kesinambungan sosial dan pertalian mesra dan
membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang
rela bekerjasama dengan kita.

2.2.2 MODEL KESANTUNAN LAKOFF (1978)

Lakoff menyarankan tiga peraturan sekiranya sesuatu perualan


mengekalkan keharmonian iaitu:
a)

Jangan memaksa

b)

Berikan pilihan

c)

Jadikan pendengar selesa

Jangan memaksa adalah peraturan untuk mengekalkan kesantunan


formal untuk mengekalkan jarak pendengar dengan penutur. Peraturan berikan
pilihan pula adalah peraturan dalam situasi tidak formal. Memberi peluang
pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan,
berfikir, membina ujaran dengan ayat tanya. Peraturan ketiga iaitu jadikan
pendengar selesa bertujuan merapatkan hubungan baik antara penutur dengan
pendengar. Peraturan ini menonjolkan sifat positif penutur-pendengar dan
digunakan dalam kalangan yang menjalin hubungan rapat.
Walau bagaimanapun, model ini tertumpu pada kepentingan pendengar
dan bersifat egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar.
Model ini mengutamakan kepentingan pendengar , tidak dapat dipertahankan
dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.

2.2.3 MODEL KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978 & 1987)

Model Brown dan Levinson (B&L) ini berasaskan konsep menyelamatkan


air muka yang dicetuskan daripada konsep air muka Goffman pada
1967. Konsep ini menafsirkan tingkah laku yang santun sebagai asas dalam
mengekalkan kehendak air muka. air muka dikaitkan dengan perasaan nilai
diri atau imej diri, perlu dicari, dan boleh hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan
atau ditingkatkan apabila berinteraksi dengan orang lain. air muka positif
merupakan keinginan individu untuk disukai, dihargai, dipersutujui, dihormati,
orang lain. Air muka negatif merupakan keinginan untuk mempertahankan hak
dan dan kebebasan melakukan sesuatu tidak dihalang. B&L telah
mengemukakan beberapa strategi untuk mengurangkan ancaman air muka iaitu
Lakuan Mengancam Air Muka dan tidak melakukan Lakuan Mengancam Air
Muka. Namun begitu, Teori B&L ada kelemahannya. Model ini menurut
Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat dan tidak sesuai dengan tradisi
Timor yang mengutamakan nilai sosial dan budaya yang meletakkan diri sendiri
dalam perkara kedua.

2.2.4 MODEL KESOPANAN ASMAH HAJI OMAR


Asmah Haji Omar pula menyatakan kesopanan berbahasa dapat
didefinisikan sebagai penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kemarahan dan kegusaran atau rasa kecil hati daripada pihak yang
lain. Menurut Asmah Haji Omar, beliau telah mengatakan bahawa terdapat dua
jenis kesopanan iaitu kesopanan asas dan kesopanan terkendala.

Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dalam masyarakat dan
menjadi penghubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap

berbaik-baik antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula menggambarkan


usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat dalam berhubungan antara satu
sama lain dengan memberi perhatian kepada kendala tertentu. Kendala-kendala
tersebut adalah seperti berikut:
a)

Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita.

b)

Di mana atau dalam keadaan yang bagimana percakapan itu berlaku.

c)

Apa yang dipercakapkan.

d)

Mengapa percakapan itu berlaku.

e)
Cara percakapan itu disampaikan sama ada secara bersemuka, dalam
perbualan telefon ataupun sidang video.

Perkara yang penting dalam pertuturan ialah cara penutur


mengungkapkan tutur kata dan pertuturan itu mempunyai mesej atau tujuan
tertentu. Proses pertuturan ini melibatkan:
Pemilihan kata dan ungkapan yang sesuai dan membawa suasana sopan.
Pemilihan ayat yang sesuai, bukan sahaja dari segi nahunya , tetapi dari segi
makna pragmatik yang didukungnya.
Penggunaan intonasi yang sesuai.
Penggunaan kata panggilan yang betul iaitu nama sapaan atau nama gelaran.

2.2.5 PRINSIP KESANTUNAN LEECH

Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk Prinsip Pragmatik (1993)


telah mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi sematamata. Beliau berpendapat bahawa sesuatu keadaan pertuturan biasanya
bergantung kepada beberapa faktor relatif kekal seperti umur, jantina, status,
darjah keintiman dan peranan. Leech menyatakan maksim kesopanan ini dapat
menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia. Hal ini kerana
maksim kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab
dan hanya versi positif sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja
digunakan. Leech telah mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau
maksim kesantunannya yang dapat menjelaskan perkaitan antara kesopanan
dengan tingkah laku manusia. Kesopanan terdiri daripada dua iaitu kesopanan
mutlak dan kesopanan relatif.

Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek


penting dengan ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip
kerjasama Grice dan lakuan bahasa. Pendekatan prinsip kesopanan dapat
dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu meminimumkan iaitu pernyataan
kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan
serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu lain.

Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim. Maksim tersebut ialah


maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati,
maksim kedermawaan dan maksim sokongan. Setiap maksim akan diterangkan
dalam subtopik 3.

3.0

MAKSIM-MAKSIM DALAM PRINSIP KESOPANAN LEECH

Bahagian ini akan menghuraikan enam maksim yang diutarakan oleh


Leech dalam Prinsip Kesopanan Leech. Maksim yang akan diterangkan adalah
maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati,
maksim kedermawaan dan maksim sokongan. Setiap maksim diberikan contoh
yang sesuai dengan perlakuan seharian dalam masyarakat Melayu.

3.1

MAKSIM SANTUN

Maksim santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri
sendiri dan cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Melalui

maksim santun, penutur akan cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain
dengan cara memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Selain itu, maksim
santun ini digunakan sebagai salah satu alat untuk mengungkapkan pujian
kepada seseorang. Contohnya:
Contoh 1:
Pekerja
: Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu,
Datuk. Encik Salleh lebih layak.
Majikan

: Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?

Pekerja
: Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada sya. Lagipun, dia
lebih lama bekerja di sini berbanding saya yang baru bekerja dengan Datuk tiga
bulan.

Contoh 2:
A
: Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang
kau tu, belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga
yang dia nak.
B
: Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga bersusah payah sara
keluarga kita selama ni.

3.2

MAKSIM KERENDAHAN HATI

Maksim kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian


terhadap diri sendiri dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri
sendiri. Melalui maksim ini, penutur akan merendahkan diri sehingga kadang
kala menyebabkan pendengar merasakan penutur mencaci dirinya dan
merupakan lakuan larangan sosial iaitu bercakap besar. Maksim ini dapat dilihat
melalui tutur kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri. Hal ini
kerana untuk mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah
satu penghargaan yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.
Selain itu, maksim ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila
pujian diterima daripada seseorang yang lain. Adalah menjadi kebiasaan apabila
dipuji seseorang itu akan menggunakan maksim ini untuk mengelakkan dari lupa
diri akibat pujian tersebut. Dalam masyarakat melayu umpamanya, maksim ini
digunakan untuk menimbulkan perbualan yang harmonis dengan masing-masing
tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing dan sebaliknya akan
menyatakan kekurangan diri sendiri. Contohya, dari segi pencapaian anak-anak,
pembelian sesuatu dan sebagainya. Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan
timbulnya tanggapan negatif kepada penutur seperti sombong, berlagak dan
megah. Contohnya:

Macam awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam saya
ni baca buku-buku Melayu sajalah. kata Lina kepada Jenny.
Tak mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang
penting boleh dimakan. Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan tengah
hari ni. kata Datin Zura kepada pembantu rumahnya.

3.3

MAKSIM PERSETUJUAN

Maksim persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan


seseorang untuk melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain. Maksim ini
akan memininumkan kerugian kepada pendengar sebaliknya akan
memaksimumkan kerugian kepada diri sendiri. Hal ini adalah untuk
mengelakkan daripada konflik dan perbalahan di antara satu sama lain.
Selain itu, maksim ini adalah bertujuan menjaga air muka
seseorang. Berdasarkan konsep menjaga air muka seseorang ini lahirlah
persetujuan yang menghormati orang yang dilawan bercakap. Persetujuan yang
dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja dan bukan
isi pertuturan tersebut. Contohnya:
Contoh 1:
A: Awak fikir Afifah ada kat rumah?
B: Barangkali ada. Kan hari ini cuti.
Contoh 2:
A: Nyanyiannya memang merdu kan?
B: Betul, tapi suara Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.

3.4

MAKSIM SIMPATI

Maksim simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati


kepada orang lain dan memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang
lain. Dengan itu, penutur akan cuba untuk menghilangkan rasa benci atau
perasaan negatif yang lain terhadap diri orang tersebut dan sebaliknya akan
memberi sifat simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut. Dalam
maksim ini ditunjukkan oleh dua penanda yang besar iaitu takziah dan
tahniah. Ucapan takziah dan tahniah ini adalah lakuan tuturan berabad
walaupun ucapan takziah mengungkapkan pendapat negatif kepada pendengar.
Maksim ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang
membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pendengar dan
menyalurkan maklumay yang berguna untuk pendengar tersebut. Dalam
pernyataan simpati ini, nasihat adalah cara terbaik untuk menggambarkan

seseorang itu membantu dengan cara saling mengambil berat dan tidak
semestinya dengan kebendaan.
Dalam masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan sahaja terhad
kepada ucapan yang menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut
mengandungi unsur-unsur nasihat, ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai
kesopanan yang lain. Contohnya:
Kesian budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah
anak yatim piatu. luah Pat Itam kepada Mak Leha. Mak Leha hanya
mendiamkan diri kerana terkenangkan perbuatan ibu bapa Leman yang pernah
merosakkan rumah tangganya.
Kalau betul nak kerja, kenapa pula pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih
muda, kerja itu tak baik untuk awak. nasihat Mak Mah kepada Rina.

3.5

MAKSIM SOKONGAN

Maksim sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap


orang lain dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain. Maksim ini
sebenarnya adalah maksim mengampu namun adalah tidak sesuai kerana
bunyinya yang tidak sopan dan memberi konotasi yang negatif. Maksim ini
biasanya adalah dengan cara memuji dan mengiyakan perbuatan seseorang
agar individu tersebut meningkatkan semangat dan usahanya untuk melakukan
sesuatu perkara dengan baiknya.
Dalam masyarakat Melayu, sokongan yang diberikan bukan untuk tujuan
mengampu semata-mata sebaliknya untuk memberi sokongan yang
ikhlas. Sokongan ini adalah bertujuan memberikan dorongan dan meningkatkan
semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih dalam melakukan
sesuatu perkara. Contohnya:
Kalau dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini. kata
Encik Zali kepada pekerja barunya.
Jika awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini budak
pintar. kata Cikgu Murni kepada Rashid.

3.6

MAKSIM KEDERMAWAAN

Maksim kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau


keuntungan bagi diri sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri
sendiri. Melalui maksim ini, pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran
atau ungkapan yang sopan seperti bantuan, pertolongan dan kasih
sayang. Contohnya:
Contoh 1:

A: Duduklah dulu ya. Saya pergi buat air jap.


B: Tak payahlah. Kakak tak lama pun, singgah jap je ni.
Contoh 2:
Sebelum awak balik, terimalah buah tangan dari kami yang tak seberapa ni.
Ujar Datin Seri Zaleha sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan
Mak Munah.

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesopanan dalam pertuturan sangat dipentingkan dalam


masyarakat Melayu. Berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech yang
meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan dan
memaksimumkan kepercayaan yang sopan, masyarakat Melayu dilihat ada yang
masih mengamalkan prinsip ini dan ada juga yang mengamalkan kesopanan
dalam pertuturan berdasarkan model kesopanan lain.
Masyarakat Melayu dianggap lebih bersikap menjaga air muka orang lain
lebih daripada menjaga air muka sendiri. Secara mudahnya, masyarakat Melayu
lebih beranggapan positif dan mengurangkan anggapan negatif terhadap orang
lain. Dalam perkaitan antara Prinsip Kesopanan Leech dengan masyarakat
Melayu sekarang, dikesan wujud percanggahan.
Ada anggota masyarakat yang lebih selesa mengutarakan niatnya
dengan bercakap secara terus terang. Unsur paksaan dalam mendapatkan
persetujuan orang yang dikehendaki juga semakin sering digunakan. Dalam erti
kata lain, masyarakat Melayu sekarang semakin selesa untuk menggunakan kata
yang menggambarkan niat mereka tanpa menggunakan kata-kata yang
mempunyai maksud tersirat.

Darwis Harahap dan Abdullah Hassan, 2004. Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Besar Bahasa Melayu, 1995. Kuala Lumpur: Utusan Pubications.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Kamus Linguistik, 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Leech, Geoffrey, 1993. Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh


Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.1.1 Definisi Kesantunan


Kesantunan berbahasa merupakan salah satu aspek kebahasaan yang dapat
meningkatkan kecerdasan emosional penuturnya karena didalam komunikasi,
penutur dan petutur tidak hanya dituntut menyampaikan kebenaran, tetapi
harus tetap
berkomitmen untuk menjaga keharmonisan hubungan. Keharmonisan hubungan
penutur dan petutur tetap terjaga apabila masing- masing peserta tutur
senantiasa
tidak saling mempermalukan. Dengan perkataan lain, baik penutur maupun
petutur
memiliki kewajiban yang sama untuk menjaga muka.
Kesantunan (politeness), kesopansantunan atau etiket adalah tatacara, adat,
atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan
perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat
tertentu
sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku
sosial. Oleh karena itu, kesantunan ini biasa disebut tatakrama.
Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari berbagai segi
dalam pergaulan sehari- hari.

Pertama, kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan


santun
atau etiket dalam pergaulan sehari- hari. Ketika orang dikatakan santun, maka
dalam
diri seseorang itu tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket yang berlaku
secara
9
Universitas Sumatera Utarabaik di masyarakat tempat seseorang itu mengambil
bagian sebagai anggotanya.
Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik
penilaian
itu dilakukan secara seketika (mendadak) maupun secara konvensional (panjang,
memakan waktu lama). Sudah barang tentu, penilaian dalam proses yang
panjang ini
lebih mengekalkan nilai yang diberikan kepadanya.
Kedua, kesantunan sangat kontekstual, yakni berlaku dalam masyarakat, tempat
atau
situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagi masyarakat, tempat atau situasi
lain.
Ketika seseorang bertemu dengan teman karib, boleh saja dia menggunakan
kata
yang agak kasar dengan suara keras, tetapi hal itu tidak santun apabila
ditujukan
kepada tamu atau seseorang yang baru dikenal. Mengecap atau mengunyah
makanan
dengan mulut berbunyi kurang sopan kalau sedang makan dengan orang banyak
di
sebuah perjamuan, tetapi hal itu tidak begitu dikatakan kurang sopan apabila
dilakukan di rumah.
Ketiga, kesantunan selalu bipolar, yaitu memiliki hubungan dua kutub, seperti
antara
anak dan orangtua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua,
antara
tuan rumah dan tamu, antara pria dan wanita, antara murid dan guru, dan

sebagainya.
Keempat, kesantunan tercermin dalam cara berpakaian (berbusana), cara
berbuat
(bertindak) dan cara bertutur (berbahasa).
Universitas Sumatera Utara2.1.2 Jenis Kesantunan
Kesantunan dapat dibagi tiga, yaitu kesantunan berpakaian, kesantunan
berbuat, dan kesantunan berbahasa. Kecuali berpakaian, dua kesantunan
terakhir
tidak mudah dirinci karena tidak ada norma baku yang dapat digunakan untuk
kedua
jenis kesantunan itu.
Dalam kesantunan berpakaian (berbusana, berdandan) ada dua hal yang perlu
diperhatikan. Pertama, berpakaianlah yang sopan ditempat umum, yaitu
hindarilah
pakaian yang dapat merangsang orang lain terutama lawan jenis, seperti
pakaian
tembus pandang (transparan), menampakkan bagian badan yang pada
umumnya
ditutup, dan rok yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi. Kedua,
berpakaianlah
yang rapi dan sesuai dengan keadaan, yaitu berpakaian resmi pada acara resmi,
berpakaian santai pada situasi santai, berpakaian renang pada waktu renang.
Betapapun mahalnya pakaian renang, tidak akan sesuai apabila dipakai dalam
suatu
acara resmi.
Kesantunan perbuatan adalah tatacara bertindak atau gerak-gerik ketika
menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu, misalnya ketika menerima
tamu,
bertamu ke rumah orang, duduk di ruang kelas, menghadapi orang yang kita
hormati,
berjalan di tempat umum, menunggu giliran (antre), makan bersama di tempat
umum, dan sebagainya. Masing-masing situasi dan keadaan tersebut
memerlukan

tatacara yang berbeda. Pada waktu makan bersama, misalnya, memerlukan


kesantuan
dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara
memakai sendok, cara membersihkan mulut setelah makan, dan cara memakai
tusuk
Universitas Sumatera Utaragigi. Sekedar contoh terkait dengan kesantunan
tindakan, misalnya tidaklah santun
apabila kita berwajah murung ketika menerima tamu, duduk dengan "jigrang"
ketika
mengikuti kuliah dosen, bertolak pinggang ketika berbicara dengan orang tua,
mendahului orang lain dengan bersenggolan badan atau ketika berjalan di
tempat
umum tanpa sebab, nyelonong ke loket ketika yang lain sedang antre menanti
giliran,
menguap selebar-lebarnya sambil mengeluarkan suara di depan orang lain, dan
mencungkil gigi tanpa menutup mulut ketika sedang makan bersama di tempat
umum. Untuk jenis yang ketiga tentang kesantuanan bahasa dibahas khusus
pada
satu sub bab selanjutnya.
2.1.3 Kesantunan Berbahasa
Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi lewat tanda
verbal atau tatacara berbahasa. Ketika berkomunikasi, kita tunduk pada normanorma
budaya, tidak hanya sekedar menyampaikan ide yang kita pikirkan. Tatacara
berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat
tempat hidup dan dipergunakannya suatu bahasa dalam berkomunikasi. Apabila
tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka
ia akan
mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai orang yang sombong,
angkuh,
tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
Tatacara berbahasa sangat penting diperhatikan para peserta komunikasi

(komunikator dan komunikan) demi kelancaran komunikasi. Oleh karena itu,


masalah tatacara berbahasa ini harus mendapatkan perhatian, terutama dalam
proses
Universitas Sumatera Utarabelajar mengajar bahasa. Dengan mengetahui
tatacara berbahasa diharapkan orang
lebih bisa memahami pesan yang disampaikan dalam komunikasi karena
tatacara
berbahasa bertujuan mengatur serangkaian hal berikut.
(1) Apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu.
(2) Ragam bahasa apa yang sewajarnya dipakai dalam situasi tertentu.
(3) Kapan dan bagaimana giliran berbicara dan pembicaraan sela diterapkan.
(4) Bagaimana mengatur kenyaringan suara ketika berbicara.
(5) Bagaimana sikap dan gerak-gerik keika berbicara.
(6) Kapan harus diam dan mengakhiri pembicaraan.
Tatacara berbahasa seseorang dipengaruhi norma-norma budaya suku bangsa
atau kelompok masyarakat tertentu. Tatacara berbahasa orang Inggris berbeda
dengan tatacara berbahasa orang Amerika meskipun mereka sama-sama
berbahasa
Inggris. Begitu juga, tatacara berbahasa orang Jawa berbeda dengan tatacara
berbahasa orang Batak meskipun mereka sama-sama berbahasa Indonesia. Hal
ini
menunjukkan bahwa kebudayaan yang sudah mendarah daging pada diri
seseorang
berpengaruh pada pola berbahasanya. Itulah sebabnya kita perlu mempelajari
atau
memahami norma-norma budaya sebelum atau di samping mempelajari bahasa.
Sebab, tatacara berbahasa yang mengikuti norma-norma budaya akan
menghasilkan
kesantunan berbahasa. Selain budaya, faktor- faktor sosial seperti status sosial,
umur,
jenis kelamin, tingkat pendidikan juga mempengaruhi pembentukan kesantunan
berbahasa.

Universitas Sumatera UtaraWujud kesantunan dapat dilihat dari dua cara, yaitu
cara verbal dan cara
nonverbal. Kesantunan verbal merupakan aktivitas berbahasa yang di dalamnya
tercermin nilai- nilai kesopanan/ kesantunan berdasarkan nilai sosial dan budaya
penutur. Kesantunan nonverbal adalah tindakan nonkebahasaan yang dianggap
lazim
menurut tolak ukur nilai sosial dan budaya. Yang termasuk kedalam kesantunan
nonverbal di antaranya unsur suprasegmental, paralinguistik dan proksemika.
Unsur
suprasegmental seperti tekanan, nada dan tempo senantiasa melekat pada
unsur
segmental. Unsur paralinguistik seperti airmuka, gerakan tubuh dan sikap badan
adalah sistem tanda yang menyertai tuturan verbal, terutama tuturan
bersemuka.
Unsur paralinguistik ini dapat diamati langsung saat komunikasi terjadi.
Proksemika
adalah unsur nonverbal yang tidak termasuk dalam unsur paralinguistik.
Misalnya,
saling menjaga jarak atau tidak saling menjaga jarak antara penutur dan petutur.
Pada penelitian ini penulis hanya memperhatikan dari proses verbal
(kebahasaannya)
saja tanpa mempertimbangkan faktor nonverbal yang mempengaruhi.
Beberapa skala pengukur tingkat kesantunan berbahasa yang banyak
digunakan sebagai dasar acuan dalam penelitian kesantunan yaitu skala
kesantunan
menurut Leech dan skala kesantunan menurut Brown dan Levinson.
A Skala Kesantunan Leech
Leech (1983) menentukan peringkat kesantunan sebuah tuturan dengan
memanfaatkan setiap maksim interpersonal. Kelima macam skala pengukur
kesantunan Leech dijelaskan sebagai berikut.
Universitas Sumatera Utara(1) Cost- benefit scale atau skala kerugian dan
keuntungan, menunjuk kepada

besar kecilnya kerugian dan keuntungan yang diakibatkan oleh sebuah tindak
tutur pada sebuah pertuturan. Semakin tuturan tersebut merugikan diri
penutur, akan semakin dianggap santunlah tuturan itu. Demikian sebaliknya,
semakin tuturan itu menguntungkan diri penutur akan semakin dianggap tidak
santunlah tuturan itu.
(2) 0ptionality scale atau skala pilihan, menunjuk pada banyak atau sedikitnya
pilihan (options) yang disampaikan si penutur kepada si mitra tutur di dalam
kegiatan bertutur. Semakin pertuturan itu memungkinkan penutur atau mitra
tutur menentukan pilihan yang banyak dan leluasa, akan dianggap makin
santunlah tuturan itu. Sebaliknya, apabila pertuturan itu sama sekali tidak
memberikan kemungkinan memilih bagi si penutur dan si mitra tutur, tuturan
tersebut akan dianggap tidak santun.
(3) Indirectness scale atau skala ketidaklangsungan menunjuk kepada peringkat
langsung atau tidak langsungnya maksud sebuah tuturan. Semakin tuturan itu
bersifat langsung akan dianggap semakin tidak santunlah tuturan itu.
Demikian sebaliknya, semakin tidak langsung maksud sebuah tuturan, akan
dianggap semakin santunlah tuturan itu.
(4) Authority scale atau skala keotoritasan menunjuk kepada hubungan status
sosial antara penutur dan mitra tutur yang terlibat dalam pertuturan. Semakin
jauh jarak peringkat sosial (rank rating) antara penutur dan mitra tutur,
tuturan yang digunakan akan cenderung menjadi semakin santun. Sebaliknya,
Universitas Sumatera Utarasemakin dekat jarak status sosial diantara keduanya,
akan cenderung
berkuranglah peringkat kesantunan tuturan yang digunakan dalam bertutur
itu.
(5) Social distance scale atau skala jarak sosial menunjuk kepada peringkat
hubungan sosial antara penutur dan mitra tutur yang terlibat dalam sebuah
pertuturan. Ada kecenderungan bahwa semakin dekat jarak peringkat sosial
di antara keduanya, akan menjadi semakin kurang santunlah tuturan itu.

Demikian sebaliknya, semakin jauh jarak peringkat sosial antara penutur


dengan mitra tutur, akan semakin santunlah tuturan yang digunakan itu.
Dengan perkataan lain, tingkat keakraban hubungan antara penutur dengan
mitra tutur sangat menentukan peringkat kesantunan tuturan yang digunakan
dalam bertutur.
B Skala Kesantunan Brown and Levinson
Terdapat tiga skala penentu tinggi rendahnya peringkat kesantunan sebuah
tuturan.
Ketiga skala tersebut ditentukan secara kontekstual, sosial dan kultural.
(1) Skala peringkat jarak sosial antara penutur dan mitra tutur (social distance
between speaker and hearer) banyak ditentukan oleh parameter perbedaan
umur, jenis kelamin, dan latar belakang sosiokultural.
(2) Skala peringkat status sosial antara penutur dan mitra tutur (the speaker and
hearer relative power) didasarkan pada kedudukan asimetrik antara penutur
Universitas Sumatera Utara(3) Skala peringkat tindak tutur (rank rating)
didasarkan atas kedudukan relatif
tindak tutur yang satu dengan tindak tutur lainnya. Misalnya menelpon
seseorang lewat jam 10 malam akan dianggap tidak sopan dan bahkan
melanggar norma kesantunan. Namun hal yang sama dapat dianggap santun
pada situasi genting seperti mengabarkan berita duka cita, musibah, sakit, dan
sebagainya.
2.1.4 Tinjauan Umum Debat
2.1.4.1 Definisi Debat
Istilah debat berasal dari bahasa Inggris, yaitu debate. Istilah tersebut identik
dengan istilah sawala yang berasal dari bahasa Kawi yang berarti berpegang
teguh
pada argumen tertentu dalam strategi bertengkar atau beradu pendapat untuk
saling
mengalahkan atau memenangkan lidah. Jadi, definisi debat sendiri adalah suatu
cara

untuk menyampaikan ide secara logika dalam bentuk argumen disertai bukti
bukti
yang mendukung kasus dari masingmasing pihak yang berdebat.
Debat di Indonesia sendiri di bagi menjadi dua aliran, yang pertama adalah
aliran konvensional atau aliran yang jarang dipakai, dan yang kedua adalah
aliran
yang mengikuti standar internasional atau aliran yang yang sekarang sedang
digalakkan pemakaiannya di Indonesia.
Universitas Sumatera UtaraSecara umum debat sendiri dapat dilakukan dengan
cara berkelompok, yaitu
ada dua pihak yang di sini masingmasing memegang peranan sebagai pihak
positif
dan negatif. Selain itu, mereka mencoba mempertahankan argumen mereka
dengan
di dukung oleh buktibukti serta faktafakta yang mendukung kasus mereka,
namun
terlebih dahulu sebelum mereka melakukan hal tersebut kedua belah pihak
harus
memberikan suatu parameter yang jelas mengenai kasus (motion) mereka atau
memberikan suatu definisi yang menjelaskan kemana arah dari kasus mereka.