Anda di halaman 1dari 1

PERJUMPAAN 8

TARIKH: 5 MAC 2015 (KHAMIS)


TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN STADIUM PUTERI GUNUNG LEDANG IPG KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
PENSYARAH: EN HISHAMUDDIN BIN BASIRON
PERKARA: KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-4

Pada 5 Mac 2015 bersamaan dengan hari Khamis, IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka skelai lagi telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa
Kali Ke-4 bertempat di Stadium Puteri Gunung Ledang IPG Kampus Perempuan
Melayu.

PISMP

Januari

2015

telah

dipertanggungjawabkan

sebagai

ahli

jawatankuasa pelaksana bagi kejohanan merentas desa pada tahun ini. Kesemua
guru pelatih telah diwajibkan untuk melibatkan diri. Sesungguhnya, kejohanan ini
telah berjaya merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa
dan juga dengan para pensyarah. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu
kategori PPSIMP, PISMP dan juga GSTT.
Aktiviti merentas desa bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran
peserta. Beberapa guru pelatih daripada PISMP Januari 2013 yang diketuai oleh
Noranida Binti Ropotoh telah memimpin semua peserta dalam aktiviti senamrobik
sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini diikuti oleh bacaan doa yang dilafazkan oleh
Nurfariha Binti Mohd Azam. Sebelum para peserta dilepaskan oleh, Pensyarah Unit
GERKO, En. Shahrin bin Abidin telah memberikan taklimat pertandingan kepada
semua peserta. Pada jam 3.00 petang, para peserta telah dilepaskan oleh Ketua Unit
GERKO, En. Mohamad Rosli bin Badron yang didahului oleh kumpulan GSTT diikuti
oleh para guru pelatih PISMP dan PPISMP.
Aktiviti ini telah berakhir pada jam 5 petang. Cik Siti Norkiah Binti Idris selaku
Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menyampaikan
ucapan penutupan dan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Anda mungkin juga menyukai