Anda di halaman 1dari 4

Petua Dakwah Buat Pemuda Islam

Wednesday, 15 July 2009 22:31

Mengapa anda, seorang pemuda Islam, perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan
mendekati Allah? Mana tidaknya, anda sendiri pun sudah mempunyai banyak masalah sendiri
untuk difikirkan:
perlu menerangkan mengapa orang Islam diwajibkan solat, diskriminasi
terhadap Hijab, mempertahankan Islam apabila Profesor anda menyerangnya, berhadapan
denga ibubapa yang marah apabila anda mula menyimpan janggut dan pelbagai lagi dugaan
dan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh pemuda Islam yang cuba mengamalkan ajaran
Islam yang sebenar.

Islam bukan agama yang individulistik, yang dikhaskan buat mereka yang tertentu sahaja.
Seorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Deen ini, dan pemuda,
samada yang baru mula memahami dan mengamalkan Islam, aktivis atau pemimpin
memainkan peranan yang penting.
Allah telah meletakkan mereka pada satu kedudukan di mana tiada orang lain yang berada di
kedudukan tersebut, kata Sheema Khan, bekas penasihat Muslim Youth of North America bagi
Kanada Timur.
"Mereka mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, mereka
memahami apa yang pemuda lain lalui dan mereka juga mendapat petunjuk Islam."
Jangan panik. Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah
berdawah dan berjaya melakukannya:
Petua 1: Ikhlaskan Niat
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Itu termasuklah tugas mengajak
kepada Allah (berdawah). Ini bermakna anda tidak boleh sombong dan meninggi diri kerana
memikirkan bahawa anda adalah guru dan penyelamat dan orang lain harus bersyukur kerana
anda telah memilih untuk melakukan misi menyelamatkan mereka.Hidayah dan petunjuk itu dari
Allah. Berdoalah dan lakukan semuanya kerana Allah. Ingat bahawa Allah boleh menyesatkan
dan memesongkan anda jika Dia mahu (sama-sama kita mohon perlindungan daripada Allah)
Petua 2: Amalkan Apa Yang Anda Sampaikan
Tidak mengamalkan apa yang disampaikan adalah satu kesalahan. Orang akan hilang
kepercayaan terhadap anda apabila mereka mengetahuinya. Allah telah banyak kali berpesan
di dalam Al-Quran: Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?

1/4

Petua Dakwah Buat Pemuda Islam


Wednesday, 15 July 2009 22:31

Petua 3: Guna Al-Quran dan Sirah sebagai Rujukan Dawah.


Baca dan faham ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang cara Dawah para Nabi. Baca
Sirah untuk melihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berdawah kepada pelbagai jenis
manusia termasuk golongan pemuda.
Sebagai tambahan, belajar daripada para pendawah dan baca buku-buku yang ditulis oleh
mereka seperti buku oleh Yahiya Emerick yang berjudul "How to Tell Others About Islam".
Petua 4: Bercakaplah Dengan Manusia Seolah-olah Anda Tidak Mengenali Mereka.
Jangan sangka anda kenal seseorang hanya dengan melihatnya. Anda tidak tahu jika anda
boleh berbincang tentang Islam dengan remaja perempuan yang berjalan di koridor sekolah
seperti ia pentas catwalk. Anda tidak boleh melabel lelaki Muslim yang anda tidak pernah
nampak di masjid sewaktu solat Jumaat sebagai seorang Muslim yang Teruk kerana mungkin
dia tidak pernah diajar tentang Islam dan tidak tahu kepentingan solat Jumaat bagi lelaki.
Petua 5: Senyum
Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa menguntumkan senyuman? Saying
sekali bahawa Muslim pada hari ini lokek dengan senyuman malah ramai yang sentiasa
berwajah serius.
Senyum,beramah-mesra dan berbuat baik adalah tingkahlaku Nabi yang kita perlu amalkan
dalam hidup seharian. Jika kita mahu mengajak kepada Islam, kita mestilah menjadikan diri
mudah didekati oleh orang lain. Senyuman merupakan kunci utama.
Walaubagaimanapun, berhati-hati kerana membiarkan diri mudah didekati tidak bermaksud kita
harus bermesra dengan jantina yang berlainan jenis.Islam menyediakan garis panduan yang
lengkap untuk pergaulan antara lelaki dan wanita. Dawah tidak boleh dijadikan alas an untuk
mengadakan perbincangan berdua-duaan antara lelaki dan wanita. Cuba adakan satu sistem
dimana seseorang yang berminat dengan Islam dirujuk pada orang yang sama jantina
dengannya.
Petua 6: Ambil Langkah Pertama dan Bergaul Dengan Mereka.
Ambil langkah pertama untul mengajak seseorang yang anda baru kenal untuk makan
bersama, menonton perlawan hoki bersama-sama atau menjemputnya berbuka puasa bersama
pada bulan Ramadhan. Di samping itu berkongsi dengannya perasaan gembira, sedih, dan
susah. Bantunya menyiapkan kerja sekolah, jadilah tempat dia meluahkan perasaan apabila dia
menghadapi masalah, bincang masalah yang anda sama-sama hadapi dan simpan rahsianya.
Walaubagaimanapun jika masalah itu sesuatu yang serius contohnya rakan anda mahu
membunuh diri atau menghisap dadah cepat-cepat laporkan pada orang dewasa yang lebih arif
dan boleh membantu.
Petua 7: Tunjukkan Bahawa Islam Masih Relevan pada Zaman Ini.
Mungkin ada golongan muda yang merasakan bahawa Islam sudah lapok dan ketinggalan
zaman malah tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman moden. Buktikan sangkaan mereka
salah. Tunjukkan bahawa ajaran Islam mengutamakan hubungan dengan Allah dan ini boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja , pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Allah lebih

2/4

Petua Dakwah Buat Pemuda Islam


Wednesday, 15 July 2009 22:31

dekat dengan anda berbanding urat nadi anda sendiri. Allah Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Galakkan rakan-rakan memohon
pertolongan dan bantuan Allah sewaktu menduduki ujian dan peperiksaan dan sewaktu
menghadapi masalah. Di samping itu tunjukkan bagaimana Islam mengambil berat tentang
remaja dan pemuda: Islam menyediakan fokus dan kefahaman yang jelas tentang diri anda dan
hala tuju anda.
Petua 8: Ajak Rakan-rakan Menyertai Aktiviti Sukarela Bersama Anda
Jika anda terlibat dengan aktiviti berkomuniti, ajak rakan-rakan anda untuk turut serta. Minta
mereka membuat iklan untuk aktiviti remaja atau memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk
diadakan pada waktu cuti sekolah. Penglibatan sebegini akan membuat mereka rasa bahawa
mereka sebahagian dari komuniti Islam dan akan merapatkan silaturahim kerana anda bekerja
bersama. Pastikan anda mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka.
Petua 9: Tanya Mereka 4 Soalan Asas.
Semakin anda rapat dengan rakan-rakan, anda akan sedar bahawa perkara-perkara yang
dibincangkan semakin serius dan lebih mendalam. Anda mungkin berbincang tentang matlamat
dan perancangan hidup pada masa akan datang. Khan mencadangkan 4 soalan yang boleh
memandu perbincangan anda kepada perbincangan tentang Allah dan Islam:
i) Ke mana arah tuju hidup saya dan perkara apa yang akan memberi kebahagiaan pada diri
saya?
ii) Apakah yang saya percaya?
iii) Kepada siapa harus saya bersyukur dan berterima kasih?
iv) Adakah saya dapat sampai ke tahap sekarang tanpa bantuan daripada sesiapa pun?
Petua 10: Beri Penekanan Kepada Solat 5 Waktu Sehari Sebelum Memberi Penekanan
Kepada Aspek-aspek Lain.Medium perhubungan utama seorang hamba dengan Allah pada
setiap hari adalah melalui solat lima waktu sehari. Jangan menekankan tentang aspek-aspek
lain dalam Islam sehingga rakan anda sudah benar-benar berusaha menjaga solat lima waktu
sehari. Tekankan hubungan terus dengan Allah dalam solat tanpa sebarang perantaraan. Jika
mereka menghadapi masalah, galakkan mereka solat dan memohon bantuan Allah dalam
Solat. Jika boleh, ajak rakan anda solat berjemaah sewaktu anda bersama dengannya. Apabila
rakan anda sudah mula Solat, ia merupakan langlah pertama kepada aspek-aspek lain seperti
menghormati ibubapa, menutup aurat dan berhenti bercakap perkara yang tidak berfaedah.
Petua 11: Bantu Mereka Percaya Pada Orang Dewasa
Orang dewasa seperti bapa Bart Simpson, Homer dalam kartun bersiri The Simpsons selalu
menjadi bahan gelak ketawa remaja hari ini kerana dianggap bodoh. Tugas anda adalah untuk
membuang persepsi buruk remaja terhadap orang dewasa dan menanamkan perasaan hormat
pada mereka. Apa yang anda perlu lakukan: Setiap kali seorang Muslim dewasa melakukan
suatu kebaikan (seperti menyelamatkan nyawa seseorang, menderma pada jalan Allah,
menjaga keluarganya dengan baik) sebutkan dalam perbualan anda dengan rakan-rakan dan
puji perbuatan orang dewasa tersebut. Hal ini bukan sahaja boleh mengubah pandangn rakan
anda terhadap orang dewasa malah boleh menggalakkan mereka lebih menghormati dan
menghargai ibubapa.

3/4

Petua Dakwah Buat Pemuda Islam


Wednesday, 15 July 2009 22:31

Petua 12: Teruskan Menyokong Mereka


Ingat, hanya kerana seseorang sudah mula rajin dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran
Islam, hal ini tidak semestinya sentiasa lancar. Mungkin akan tiba masanya dia akan
menghadapi kesusahan dan kepayahan. Akan ada masanya rakan anda ragu-ragu terhadap
apa yang diamalkannya. Pastikan anda di sisinya untuk terus memberi galakan dan sokongan.

Wallahualam.
Mohd Razali Maarof
Ketua Biro Latihan
HALUAN Pusat

4/4