Anda di halaman 1dari 5

5P

KONSEP 5P
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan
dalam kalangan murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan
supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran
disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih
diteruskan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P
merujuk kepada Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan
Pemulihan. Tidak banyak perbezaan dalam kedua dua Kurikulum ini dan
KSSR mempunyai penambahbaikan sesuai dengan matlamatnya melahirkan
murid yang mempunyai kreativiti dan inovasi selaras dengan dasar negara
maju menjelang tahun 2020. Elemen keusahawanan serta teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit di dalam KSSR.
A. Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan
pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara
berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling
memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Ciri-ciri:
1. Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra
bidang
2. Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan
3. Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P
Cara pelaksanaan:
Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan
ialah menggabungkan 2 atau lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di
dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika guru ingin
menggunakan konsep 5P penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran, maka guru berkenaan akan menggabungkan 2
di antara kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Isi
kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan 2 di antara kemahiran
bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar murid-murid
tahun 4 yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk
Bintang Badminton sebagai topik pengajarannya. Guru memilih Hasil

Pembelajaran 8.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 sebagai Fokus Utama


yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran menulis. Sementara guru
memilih Hasil Pembelajaran 5.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai
Fokus Sampingan yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran
membaca. Jelas di sini bahawa guru tersebut menggabungjalinkan 2 jenis
kemahiran serentak di dalam satu pengajaran dan pembelajaran iaitu
kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Langkah-langkah P&P guru
seharusnya lebih menekankan kepada fokus utamanya iaitu kemahiran
menulis sementara itu mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu
lembaran kerja ataupun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan
mereka.
Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti
dan bahan. Di dalam penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti
yang penting iaitu lisan, bacaan dan kefahaman, serta tulisan. Aktiviti lisan
merangkumi berbual, berbincang, berbahas dan lain-lain. Sementara aktiviti
bacaan dan kefahaman merangkumi memahami, meringkas, memberi makna
dan lain-lain serta aktiviti tulisan yang merangkumi esei, laporan, ucapan dan
sebagainya. Untuk melaksanakan penggabungjalinan aktiviti dengan baik,
guru perlu merancang aktiviti-aktiviti mengikut urutan yang baik. Contoh:
a.
Berceramah
mencatat isi
b.

Bercerita

c.
isi

berbincang

Membaca
mengulas

menulis karangan

mengesan

menulis ulasan

Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan


kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh
terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus
dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,
pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Di dalam penggabungjalinan
bahan boleh terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu bahan utama(petikan),
bahan sokongan(bahan rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru boleh
menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik.
Sebagai contoh:
a.

Berita

b.

ulasan
Iklan

surat permohonan

temu duga

surat

jawapan

B. Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata
pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai
tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan
boleh diserapkan.

1.
2.
3.
4.

Ciri-ciri:
Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai
tambah dalam P&P bahasa Melayu
Penyerapan kemahiran bernilai tambah
Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P
Cara pelaksanaan:

C. Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan.
Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan
cerdas, sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1. Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat
murid
2. Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan
aktiviti yang lebih mencapar kepada murid yang sudah hasil pembelajaran
awal dari jangkaan masa
3. Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian
mengikut kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa
merancang aktiviti pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk
menarik minat murid-murid terhadap P&P guru, guru seharusnya pandai merangka aktiviti
pengayaan yang bersifat kreatif dan eksperimental. Ini penting bagi meningkatkan proses
pemahaman murid-murid di samping mengelakkan murid-murid bosan atau jemu dengan
corak P&P yang sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan di bilik darjah yang sesuai mengikut
kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan
tambahan, permainan dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Semua
aktiviti ini mempunyai variasi dan kaedahnya yang tersendiri serta menarik minat muridmurid dalam mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan
semangat kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid
hendaklah dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau hasil kendiri yang boleh
memberi kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara
pelaksanaan untuk aktiviti yang berbantukan komputer.

D. Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
(3M).Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-

murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran


berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran muridmurid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh
Boon, 1982).
Ciri-ciri:
1. Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran
yang belum dicapai
2. Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.
Cara pelaksanaan:
Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk
merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran
individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran
bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran
individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi
dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil
pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan
yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian
secara individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat
pemulihan dalam sebuah kelompok yang besar di mana murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran yang [
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkahlangkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai
seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai,
menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid
dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti
penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah
selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian
harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini
bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah
tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui
pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan
tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid
adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu
murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi
perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah
untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid
mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid
mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga
pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba

mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka


untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah
apabila wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan
murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap
negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu
mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah.
Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang
kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan
ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
E. Pentaksiran dan penilaian
Definisi:
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR,
penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat
pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid
berdasarkan objektif Pengajaran dan Pembelajaran.
Ciri-ciri:
1. Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian
sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P
2. Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan
bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:

Anda mungkin juga menyukai