Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGU DUA

MASALAH
Pada minggu ini, saya telah memulakan pengajaran saya. Ternyata,
persekitaran sekolah pada praktikum kali ini sangat berbeza dengan persekitaran
sekolah pada praktikum terdahulu. Dengan hanya 27 orang murid bagi kelas 4
Bestari dan 22 orang bagi kelas 2 Cemerlang, ternyata saya mampu mengawal
kelas dengan sebaiknya. Namun begitu, apabila aktiviti kumpulan dijalankan,
ternyata masalah murid yang saya hadapi masih sama iaitu mereka tidak dapat
dikawal sewaktu aktiviti kumpulan diadakan. Kebanyakan mereka bercakapcakap sewaktu aktiviti kumpulan diadakan dan ada di antara mereka yang
terlampau teruja dengan alatan yang diberikan seperti mini whiteboard, marker
pen dan pemadam mini whiteboard. Setiap kali selesai menjawab soalan yang
diberikan, mereka akan bertanya sama hendak memadam jawapan tersebut atau
tidak. Ini

menunjukkan mereka

terpinga-pinga dengan suasana aktiviti

berkumpulan.
ANALISIS MASALAH
Apa yang pasti, suasana hangar-bingar dan kelam-kabut itu berpunca dari
arahan yang tidak jelas dari saya. Saya hanya memberikan arahan umum bagi
menjalankan aktiviti berkumpulan seperti:

Tuliskan jawapan dan jalan kira di atas mini whiteboard yang dibekalkan.

Bincang dengan rakan mengenai soalan yang diberikan.

Masa 2 minit diberikan untuk menjawab soalan.

Jawapan akan disemak bagi setiap soalan yang telah dijawab.

Namun begitu, ada di antara mereka yang tidak jelas dengan arahan yang
diberikan. Mereka akan bertanyakan soalan yang remeh seperti contohnya
adakah perlu untuk menulis tajuk, hari, tarikh dan juga soalan yang diberikan?
Selain itu, mereka juga sering bertanya adakah perlu menunjukkan jalan kira
atau menulis jawapan sahaja? Soalan-soalan ini menyebabkan suasana menjadi
hingar-bingar dan kelam kabut. Oleh itu, saya tidak mahu ini terjadi lagi apabila
saya mengadakan aktiviti berkumpulan lagi.
CADANGAN
Oleh itu, saya akan menulis satu arahan yang jelas mengenai permainan
yang akan dijalankan di atas kad manila, ditampalkan di atas papan hitam dan
dibaca dengan jelas sebelum aktiviti berkumpulan dijalankan. Dengan ini, muridmurid akan lebih memahami rentak dan cara permainan dengan lebih jelas.
Selain itu, untuk mengelakkan kebisingan yang melampau, saya juga akan
menggunaka silent stick di mana ia merupakanj satu tanda senyap yang akan
saya bawa bagi setiap kali kelas dijalankan. Apabila saya mengangkat tanda itu,
saya mahu murid saya faham bahawa saya mahu mereka senyap dan dengar
arahan yang seterusnya. Semoga selepas ini, murid saya dapat dikawal seperti
murid-murid pada praktikum terdahulu. Selain itu juga, guru pembimbing saya,
Puan Mazlipah turut mencadangkan agar, sewaktu menyemak jawapan bolehlah
sekiranya kumpulan tersebut bertukar jawapan bagi disemak dan seterusnya
apabila telah selesai disemak, mereka akan menulis markah bagi setiap soalan
yang telah dijawab dengan betul. Selain itu, saya juga boleh menyuruh kumpulan
yang telah berjaya untuk bangun sebagai penghargaan bahawa mereka telah
menang dalam aktiviti berkumpulan tersebut bagi mewujudkan suasana yang
ceria.
TEMPOH PENYELESAIAN
21 Februari 2010 25 Februari 2010 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Oleh itu, saya akan membuat satu arahan yang jelas yang akan dituliskan
di manila kad dan ditampalkan di atas papan hitam. Saya juga mungkin akan
menggunakan Powerpoint bagi memaparkan arahan tersebut sekiranya saya
menggunakan LCD pada hari pengajaran yang menggunakan ICT. Selain itu,
bagi memberikan penghargaan kepada murid yang telah mencapai sesuatu,
saya telah memanggil nama-nama yang telah berjaya untuk berdiri. Setelah itu,
saya menyuruh rakan-rakan lain memberikan tepukan yang gemuruh kepada
mereka yang telah Berjaya seperti contohnya berjaya menjawab semua soalan
latihan yang diberi dengan betul. Setelah itu, saya akan memberikan bintang
pada carta bintang yang telah saya lakukan. Ternyata ianya sedikit sebanyak
telah memotivasikan mereka untuk maju ke hadapan
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah.
Sikap ingin melakukan yang terbaik perlu ada bagi setiap guru agar setiap
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan ceria dan
objektif pembelajaran tercapai.

Anda mungkin juga menyukai