Anda di halaman 1dari 23

1.

PENGENALAN.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk
murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik
melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan
praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang
dipelajari.
Permainan alat perkusi ini telah lama wujud tanpa disedari .Contohnya manusia
zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu
berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat
atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu.Cara ketukan atau pola irama yang
dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan.

Disamping itu, Permainan alat muzik dapat melatih pelajar dalam kordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan
alat muzik.Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk
murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui
pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk
mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama


yangberlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik
yangditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan
ekspresi.Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara
ensemble iniiakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional
tempatanyang didikirkan sesuai

Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang


memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul
agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang
betul memainkan sesuatu alat perkusi.
Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan
memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan
yang baik dari awal lagi.
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu
mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak
sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk
komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga
digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan
ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai
adat dan seni budaya suku kaum tersebut.
Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar
seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa
persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak
mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain
berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.
Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano
atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan
mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan
bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid.
Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar
menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul
2

memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan
cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat
membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk
bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah
keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

1.1

OBJEKTIF DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI PRASEKOLAH.


Terdapat beberapa objektif di sebalik pengenalan alat muzik perkusi bagi

prasekolah. Objektif yang pertama adalah untuk membolehkan seseorang kanak-kanak


itu memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan alat
muzik perkusi.

Objektif yang kedua pula adalah bagi membolehkan kanak-kanak

melahirkan perasaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Objektif yang seterusnya


pula adalah untuk membina koordinasi gerakan anggota badan kanak-kanak. Selain itu,
penggunaan alat muzik perkusi dapat menguatkan daya konsentrasi dan ingatan
kanak-kanak.
Seterusnya, objektif diperkenalkan alat muzik perkusi bagi prasekolah adalah
untuk membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisplin arahan, menjaga dan
menepati masa, serta bertanggungjawab terhadap alat muzik di kalangan kanak-kanak.
selain itu juga, melalui penggunaan alat muzik perkusi kanak-kanak dapat bertindak
balas secara individu atau kumpulan terhadap muzik.
Di samping itu juga, dengan pengenalan alat muzik perkusi

ianya dapat

melahirkan idea-idea yang kreatif dalam pelbagai mood semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kanak-kanak turut dapat bergembira dengan kegiatan muzik yang
diperkenalkan oleh guru. Selain itu juga, dengan memperkenalkan alat muzik perkusi di
prasekolah ianya diharap dapat mengisi masa lapang kanak-kanak secara teratur dan
berfaedah. Objektif yang terakhir adalah alat muzik perkusi turut menggunakan bahan
buangan untuk kegiatan muzik yang diamalkan. Perkara ini secara jelas dapat dilihat
dapat memelihara budaya dan muzik muzik bangsa.
3

Dalam permainan alat perkusi juga, murid-murid diberikan peluang belajar


membaca skor perkusi yang terancang. Mereka dapat belajar beberapa perkara seperti
menunggu giliran mengikut skor, menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama,
memainkan alat dan berhenti mengikut arahan, mula dan berhenti bersama-sama
mengikut skor muzik serta dapat merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang
penuh dengan peraturan dan disiplin.

1.2

MATLAMAT DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI PRASEKOLAH.


Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap

pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya


disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar
dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat
perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat
perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan
rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid
berpeluang memainkan alat perkusi.
Antara matlamatnya ialah menyemai rasa cintakan irama (cultivating a feeling for
rhythm). Selain itu, matlamatnya adalah untuk membantu kanak-kanak mengetahui dan
menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain
muzik secara formal. Matlamat yang seterusnya pula adalah kanak-kanak dilatih untuk
mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan menyedarkan kanak-kanak betapa
kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya akan membuatkan mereka menghargai nilai
seni bunyi. Antara matlamat yang lain pula adalah membolehkan kanak-kanak melalui
latihan aural dan membaca muzik, mereka dapat menghayati dan menghargai hasil
karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam bidang muzik.
Melalui pembelajaran alat muzik perkusi juga, terdapat tiga aspek yang dapat
dicapai iaitu dari aspek pendengaran, daya ingatan dan mata atau penglihatan kanak4

kanak. dari aspek pendengaran, kanak-kanak dapat mengenalpasti rangkai lagu,


imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada
bunyi dan sentuhan bunyi. Dari aspek daya ingatan pula, kanak-kanak dapat menyerap
tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal. Dan yang seterusnya pula adalah
dari aspek penglihatan adalah mata kanak-kanak boleh dilatih untuk membaca dengan
lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.

1.3

RASIONAL DIPERKENALKAN ALAT MUZIK PERKUSI BAGI PRASEKOLAH.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam koordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini
menggalakkan murid meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk
penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini
memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan
kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi
melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.
Di dalam bidang permainan alat muzik, terkandung amalan bekerjasama yang
berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan di dalam permainan alat muzik ialah corak irama, warna ton, melodi dan
ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat muzik
secara ensemble ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat
muzik tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

1.4

KEPENTINGAN

DIPERKENALKAN

ALAT

MUZIK

PERKUSI

BAGI

PRASEKOLAH.

Terdapat beberapa kepentingan diperkenalkan alat muzik perkusi bagi


prasekolah. Antaranya adalah penggunaan alat muzik perkusi dapat melatih murid
dalam koordinasi mata dan tangan. Selain itu, penggunaannya dapat menggalakkan
5

kanak-kanak meneroka pelbagai alat muzik dan seterusnya dapat memupuk semangat
ingin tahu di kalangan mereka. Penggunaan alat muzik perkusi juga dapat melatih
pendengaran kanak-kanak supaya lebih peka. Di samping itu juga, dengan
menggunakan alat muzik perkusi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dapat mempelbagaikan P&P supaya lebih menarik dan menyeronokkan.
Kepentingan yang seterusnya pula adalah kanak-kanak berpeluang mempelajari
teknik dan cara bermain alat muzik. Hal ini dapat mengembangkan kreativiti mereka
melalui improvisasi susunan bunyi. Selain itu juga, kepetingan yang lebih penting
adalah penggunaan alat muzik perkusi di pra sekolah dapat memupuk amalan
bekerjasama (bermain alat muzik bersama-sama) atau kemahiran sosialisasi.

2.0

KRITERIA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN DALAM PEMILIHAN ALAT


PERKUSI BAGI SETIAP GUBAHAN ALAT PERKUSI.

Semasa hendak memilih alat muzik perkusi bagi sesuatu gubahan lagu,
beberapa kriteria harus diberi perhatian. Antaranya adalah kesesuaian pemilihan alat
muzik berkenaan dengan skor gubahan yang dicipta. Hal ini adalah kerana alat muzik
yang mempunyai bunyi getaran yang lama hanya sesuai untuk not yang mempunyai
nilai satu atau dua, contohnya dram atau kerenceng. Bagi kastenet pula, ianya hanya
sesuai untuk not yang mempunyai setengah nilai.
Selain itu juga, pemilihan alat muzik perkusi juga harus menitikberatkan aspek
harmoni bagi setiap gubahan alat perkusi. Kaedah cuba jaya harus diamalkan bagi
menghasilkan gubahan yang harmoni. Perkara ini juga adalah untuk menyeimbangkan
bunyi yang dihasilkan alat muzik perkusi dengan rentak dan irama lagu yang sebenar.
Kriteria yang seterusnya pula adalah guru perlu memilih tajuk dan tema yang
bersesuaian dalam memilih alat muzik perkusi untuk pengajaran bagi setiap gubahan

alat perkusi. Ini adalah supaya kanak-kanak berasa seronok untuk memainkan alat
perkusi dengan baik.
Kriteria yang terakhir adalah guru harus merancang berdasarkan pengalaman
kanak-kanak. Hal ini adalah agar kanak-kanak mudah memainkan alat perkusi
berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Dalam permainan alat perkusi juga, muridmurid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka dapat
belajar beberapa perkara seperti menunggu giliran mengikut skor, menyebut menepuk
dan mengetuk bersama-sama, memainkan alat dan berhenti mengikut arahan, mula
dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik serta dapat merasai situasi bermain
seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

3.0

PROSES PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH ALAT-ALAT MUZIK PERKUSI


DI PRA SEKOLAH.

Seseorang guru itu bertanggungjawab penuh terhadap alat-alat muzik perkusi


yang terdapat di pra sekolahnya. Hal ini kerana kanak-kanak seawal lima dan enam
tahun masih belum cukup matang untuk memikirkan bagaimana untuk menjaga alatalat muzik perkusi tersebut. Nescaya itulah, guru seharusnya memberi pendedahan
kepada kanak-kanak tersebut tentang cara-cara penjagaan dan membaik pulih alat
muzik perkusi yang terdapat di pra sekolah. Sebagai contoh, guru perlu mendedahkan
cara-cara penyimpanan alat yang betul dan juga cara-cara penggunaan alat muzik yang
betul kepada kanak-kanak.
Selain itu juga, susunan alat-alat muzik haruslah teratur dan kemas. Guru
seharusnya menempatkan alat-alat muzik perkusi di satu tempat khas dan diasingkan
mengikut jenis-jenisnya dengan menggunakan label nama setiap alat muzik. Hal ini
adalah untuk memudahkan pengambilan semasa hendak menggunakannya dan juga
penyimpanan semula setelah menggunakannya.
Guru juga perlu memantau murid-murid mengambil alat muzik perkusi dengan
mengarahkan mereka mengambilnya mengikut kumpulan dan mengikut jenis alat muzik
7

perkusi bagi mengelakkakn mereka berebut. Perkara ini dapat mengelakkan kerosakan
alat muzik seperti patah atau pecah sekiranya berlaku perebutan semasa hendak
mengambil alatan.
Alat-alat muzik tersebut juga perlu disimpan di tempat yang jauh dari sumber air
dan cahaya seperti di tepi tingkap. Hal ini kerana sekiranya alat muzik perkusi tersebut
terdedah kepada air hujan contohnya dan cahaya matahari, alat-alat muzik tersebut
akan cepat mereput dan berkarat. Ini menyebabkan jangka hayat sesuatu alat muzik itu
tidak lama.
Untuk proses membaik pulih sesuatu alat muzik perkusi yang sudah rosak, guru
boleh melakukannya sendiri atau menghantarnya ke kedai untuk membaik pulih
kembali alat muzik perkusi berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kayu tik-tok telah
buruk guru boleh menyapukan sedikit varnish untuk menampakkannya kelihatan baru.
Untuk mengelakkan kerosakan kayu tik-tok, guru seharusnya mengingatkan kepada
kanak-kanak cara yang betul untuk memainkannya.
Guru harus mengingatkan kanak-kanak agar mengetuk dengan cara yang betul
dan menggunakan pengetuknya yang telah dikhaskan, bukan mengetuknya sesuka hati
menggunakan pengetuk alatan muzik lain atau menggunakan besi untuk mengetuknya.
Kanak-kanak juga harus diingatkan agar tidak mengetuk kayu tik-tok terlalu kuat, cukup
sekadar apabila bunyinya sudah terhasil.

Bagi kastenet pula, guru juga seharusnya menunjukkan cara bermain yang betul
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu ditegah daripada bermain-main dengan
talinya seperti meleraikan talinya atau meregang-regangkan tali yang terdapat pada
kastenet tersebut kerana bimbang talinya rosak. Sekiranya ini berlaku, guru sendiri
boleh menggantikannya dengan tali yang baru atau menghantar ke kedai yang menjual
alat muzik perkusi untuk menggantikannya dengan tali yang baru.
Contoh yang seterusnya pula adalah dram. Guru perlu menunjuk cara
menggunakan dram yang betul kepada kana-kanak untuk mengelakkannya daripada
8

rosak. Cara membawa dan memegang dram juga tidak seharusnya dipandang remeh.
Dram tidak boleh sesekali digolekkan atau dicampakkan ke lantai kerana akan
menyebabkannya pecah. Kanak-kanak harus diingatkan agar mengetuk dram dengan
cara yang betul dan pengetuknya sendiri, bukan mengetuknya dengan menggunakan
alatan lain seperti batang besi. Hal ini kerana ia akan merosakkan bunyi asal dram
tersebut.
Bagi loceng dan kerenceng pula, oleh kerana kedua-dua bahannya adalah
bersumberkan besi ia tidak seharusnya didedahkan kepada sumber air dan cahaya. Hal
ini adalah kerana ia akan memudahkan kedua-dua alat muzik perkusi ini berkarat.
Sekiranya alat muzik ini berkarat, bunyi yang terhasil juga akan rosak.

4.0

TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI

Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting
bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik
memainkan alat-alat perkusi yang betul.
4.1 Kastanet
(a) Rupa bentuk
Kastanet

diperbuat

daripada

kayu

atau

bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

plastik.

Alat

ini

mempunyai

dua

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet


i) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah
dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri.
ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan.

4.2 Loceng
(a) Rupa bentuk
Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai
berbentuk
logam

kecil

gelung
diikatkan

diperbuat
pada

daripada
bingkai

plastik

tersebut.

loceng-loceng

Loceng-loceng

menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

10

dan

ini

akan

(b) Cara memegang dan memainkan loceng


Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang
tidak

berloceng.

Genggam

Loceng

pemegang

pergelangan

tangan

menghasilkan

loceng
kiri

dengan

dengan

bunyi

apabila

tangan

tangan

kiri.

kanan

ia

digoncang.

Kemudian

yang

ketuk

menggenggam

loceng.

4.3 Tik-Tok (Double-tone Block)


(a) Rupa bentuk
Tik-tok
dan

lazimnya

sebatang

diperbuat

pengetuk.

daripada

Tik-tok

kayu.

menghasilkan

Ia

mempunyai

bunyi

yang

pemegang
tidak

lanjut.

Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan
bunyi daripada bahagian kiri.
11

(b) Cara memegang dan memainkan tik-tok


(i)

Pegang

tik-tok

dengan

tangan

kiri

dan

pengetuknya

dengan

tangan kanan.
(ii)

Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

4.4 Tamborin
(a) Rupa bentuk
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu
atau

plastik.

menghasilkan
tamborin

Di

sekelilingnya

bunyi

apabila

iaitu

tamborin

terdapat
digoncang.

berkulit

dan

Tamborin Berkulit Tambor in Tanpa Kulit


12

ceper-ceper
Lazimnya
tambor

besi
terdapat
in

kecil

yang

dua

jenis

tanpa

kulit.

(b) Cara memegang dan memainkan tamborin


Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke
kanan.
ii)

Pegang

tamborin

dengan

tangan

kiri.

Ketuk

tepi

tamborin

atau

besi

dan

berbentuk

kulit

tamborin dengan hujung jari tangan kanan.

4.5 Kerincing
(a) Rupa bentuk
Kerincing

lazimnya

Pemegangnya
Kerincing

diperbuat

merupakan

mempunyai

dar

seutas
sebatang

ipada

tali

pendek

besi

menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

13

yang

pengetuk.

diikat
Apabila

pada

segitiga.
bucunya.

diketuk,

ia

(b) Cara memegang dan memainkan kerincing


i)

Pegang

tangan

tali

yang

kerincing

pada

sebelah

lagi.

talinya

sebelah

Pastikan

tangan

tangan

dan

yang

pemukulnya
memegang

di
tali

kerincing tidak menyentuh kerincing.


ii)

Kerincing

segitiganya

boleh

dengan

dimainkan
pengetuk

dengan
kerincing.

cara
Ketukan

mengetuk
boleh

pada
di

lingkaran

sebelah

luar

kerincing atau dalam kerincing.

5.0

KAEDAH YANG DIPILIH UNTUK MENGAJAR MURID

Orff pernah berkata Experience first, then intellectualize yang bermaksud kanakkanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang
elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus
mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya
secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi

14

membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya


mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.
Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama
diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada
elemental music , beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang
tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada
percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi
pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut
transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan
kemahiran untuk bermain alat muzik.
EMPAT KOMPONEN UTAMA PEMBELAJARAN ORFF.
1)

EKSPLORASI
Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu:
a)

EKSPLORASI RUANG Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan

untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti


pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas
explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai pemerhati.
b)

EKSPLORASI BUNYI- Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-

bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian


explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama
dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan
sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan
untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka
diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi
kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya
menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan
periuk, tin kosong dan sebagainya.

15

c)

EKSPLORASI BENTUK-

Explorasi bentuk berlaku secara serentak

dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur
menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian
dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun
bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan
dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanakkanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk
mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan
untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan
untuk melambangkan bunyi yang terang.
2)

IMITASI
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang

didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar
sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam
pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas
Orff memainkan peranan penting sebagai Role Model kepada murid-muridnya. Guru
harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia
akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan
kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.
3)

LITERASI
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik.

Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas


mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai
pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor
dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff
tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan
pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus
berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama
beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang
bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.
4)

IMPROVISASI
16

Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia


memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang
menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah
kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya
muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap
pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh
berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam
muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat
corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi
mereka.

5.1

APLIKASI PENDEKATAN CARL ORFF DALAM BILIK DARJAH

1) Sebutan Berirama.
Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh
kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap
detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna
(nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not
dalam irama. Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam
percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan
sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.
2) Alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.
Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan
bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula
belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi,
menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat
muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran
mereka.
3) Alat Perkusi Orff.
17

Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat


muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama
biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat
muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alatalat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat
muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian
untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu,
guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah
ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat
meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain perkusi.
4) Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato.
Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama
yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan
bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini
boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter
4/4.
5) Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi .
Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi
dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus
diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam
kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang
kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah
murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang
berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain
improvisasi.

18

19

20

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK


Mata pelajaran

: Pendidikan muzik

Masa

: 10:40 11:20 a.m.

Tarikh

: 04.09.2014 (khamis)

Kelas

: Prasekolah Arif

Bilangan murid

: 25 orang

Tajuk / bidang

: Nyanyian dan mengenal dan bermain alat-alat perkusi

Item

: Melodi dan alat-alat perkusi

Hasil pembelajaran
alat-alat

: Menyanyi mengikut senikata lagu dan mengenal serta bermain


perkusi

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menyanyi lagu kegemaran dan pernah melihat
alat-alat
perkusi seperti loceng , kerincing , kayu Tik-tok
tamborin dan kastanet.
Aktiviti

: 1) Menyanyi lagu Burung Kakak Tua


: 2) Memainkan alat-alat perkusi

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1) Menyanyi dengan tempo yang betul


2) Memainkan alat-alat perkusi dengan tempo yang betul
3) Menyanyi dengan pernafasan yang betul
Penggabung jalinan

: Mendengar , memerhati dan menyanyi

Penerapan nilai

: Kasih sayang , kerjasama dan prihatin

Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran : CD , CD player , kertas mahjong


yang tulis senikata lagu , alat-alat perkusi , buku nyanyian

21

Langkah /
masa
Set induksi
( 5 minit )

Isi pelajaran

Burung

Aktiviti pengajaran dan


pembelajaran

Catatan

1 Guru menunjukkan burung kakak Gambar burung kakak


tua dan menyuruh murid memberi tua
pandangan mereka
Dialog :
G:Murid-murid,apa yang kamu fikir
dengan gambar ini?
Guru biarkan murid memberi
pandangan masing-masing.

Langkah 1
( 15 minit )

1 Mendengar lagu
2 Melihat senikata
lagu tersebut

1 Guru memainkan lagu Burung


Kakak Tua berserta dengan lirik
lagu tersebut melalui kertas
mahjong.

Kertas mahjong yang


dituliskan lirik Burung
Kakak Tua - rujuk
lampiran 1

2 Guru meminta murid mengingat


dan menghafal senikata lagu
3 Guru memilih seorang murid
menyanyikan lagu.
4Murid menyanyi lagu tersebut
secara berkumpulan bergilir-gilir
dengan tepukan tangan.
Langkah 2 Memainkan alat-alat 1 Murid-murid dibahagikan kepada Alat-alat perkusi seperti
( 17 minit ) perkusi
dua kumpulan iaitu kumpulan
kayu Tikmenyanyi dan kumpulan memainkan tok,kerincing,tamborin
alat-alat perkusi .
2Guru membahagikan alat-alat
perkusi
3 Murid yang terpilih diberi alat-alat
perkusi seperti kayu Tik-Tok ,
kerincing,tamborin
4 Guru memberi tunjuk ajar kepada
murid untuk memainkan alat-alat
perkusi .
22

5 Murid mula menyanyi dengan


tepukan tangan dan murid yang
sekumpulan lagi memainkan alatalat perkusi .
Penutup
( 3 minit )

1 Nyanyian lagu
1 Guru bersama-sama murid
2 Menerapkan nilai- nyanyikan lagu Burung Kakak
nilai murni kepada Tua dengan tempo yang laju
murid
2 Guru menerapkan nilai-nilai murni
kepada murid iaitu kasih sayang
,kerjasama dan prihatin kepada
murid yang berusaha .
3 Murid simpan alat-alat perkusi

23

Anda mungkin juga menyukai