Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan Faktor-Faktor Yang Mendorongkan Kemunculan Masyarakat Feudal Di

Jepun.
Pengenalan :
Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan
Kamakura hingga zaman sengoku Jidai. Feudalisme Jepun telah mencapai
kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.

Isi-isi :
Kemerosotan Kuasa Maharaja :
Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah
kemerosotan kuasa maharaja
Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo
(tuan tanah)
Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau
Syoen

Golongan Tuan Tanah Berpengaruh :


Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah
(daimyo)
Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja
menghadapi masalahuntuk mengawal tuan tanah
Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa
berbanding dengan maharaja

Kelemahan Golongan Bangsawan :


Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor di wilayah untuk mengawal
tuan tanah
Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati
kemewahan
Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja di wilayah
yang berada di bawah kekuasaan mereka.

Perebutan Kuasa Ketu-Ketua Suku :


Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah
beralih kepada ketua suku kaum Perkembangan ini menyebabkan petani
mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum
Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada
ketu-ketua suku
Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula
merosot

Kemunculan Pemerintahan Kamakura :


Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga
Miramoto Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.
Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di
Kamakura. Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan
golongan bangsawan. Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem
feudalisme di negara Jepun.

Kesimpulan :
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di
Jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan kebangkitan golongan tuan tanah
merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di
Jepun.

Anda mungkin juga menyukai