aeons tyunpen biogspc:Sejarah Perkemtingan imu Tafsir
Sejarah Perkembangan IImu Tafsir
Sejarah Perkembangan IImu Tafsir
lImu tafsir merupakan ilmu yang paling mulia dan paling tinggi Kedudukannya, hal ini kerana pembahasannya
berkaitan dengan Kalamullah yang merupakan petunjuk dan pembeza kepada yang haq dan batil. Iimu tafsir
telah dikenali sejak zaman Rasulullah dan berkembang sehinggalah sekarang. Perkembangan ilmu tafsir
dapatlah dibahagikan kepada empat zaman.
Semasa tafsir pada zaman nabi, tujuan Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi menyempurnakan
segala syariat yang telah dimulakan para nabi terdahulu. Perutusan baginda melalui al quran mewajibkan
baginda menghafaz setiap kalimah yang diturunkan dan kemudian menerangkankan kepada umatnya. Al
Quran telah diturunkan dalam bahasa Arab sehingga majoriti daripada orang Arab memahami maksud dari
ayat-ayat al-Quran. Malah, banyak di antara mereka yang masuk Islam setelan mendengar bacaan al-Quran
dan mengetahui kebenarannya. Akan tetapi tidak semua sahabat mengetahui makna yang terkandung
dalam al-Quran, antara satu dengan yang lainnya sangat berbeza dalam memahami isi dan kandungan al-
Quran. Sebagai orang yang paling mengetahui makna al-Quran, Rasulullah selalu memberikan penjelasan
kepada sahabatnya, sebagaimana firman Allah, *keterangan-keterangan (mu‘jizat) dan kitab-kitab, Dan Kami
turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan
kepada mereka supaya mereka memikirkan." (QS. 16:44)
Contohnya hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ugbah bin Amir berkata : "Saya mendengar
Rasulullah berkhutbah di atas mimbar kemudian membaca firman Allah : G qiskial Le pal Lnely
4.4 ("Persiapkanlah apa saja yang kalian sanggupi dari kekuatan’), kemudian Rasulullah bersabda : +o! ¥i
«2! ("Ketahuilah bahawa kekuatan itu pada memanah”). Juga hadis Anas yang diriwayatkan Bukhori dan
Muslim, Rasulullah bersabda tentang "Al-Kautsar adalah sungai yang Allah janjikan kepadaku (nanti) di
syurga’.
Mengenai tafsir pada Zaman Sahabat pula, memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa arab
ketika itu memang mahir dan mempunyai mutu penguasaan bahasa yang tinggi hasil daripada
perkembangan syair yang hebat. Maka para sahabat telah menetapkan tiga kaedah atau metodologi dalam
menafsirkan al quran. Jadual 1.2 dibawah menunjukkan kaedah para sahabat dalam menafsirkan Al Quran.
Kaedah huraian
(1) Menafsirkan Al | Makna yang datang secara mutiak maka pasti akan datang yang
Quran dengan Al | am sesudahnya. Jika ia datang secara umum, sudah pasti akan
Quran itu sendiri_ | ada ayat yang datang untuk mengkhususkannya, Contohnya,
ayat 1 dalam surah Al Maidah telah ditafsirkan oleh ayat yang
ketiga dalam surah yang sama.
(2) Menafsirkan Al | Para sahabat segera menemui nabi jika mereka menghadapi
Quran dengan | masalah dalam memahami al quran. Contohnya, sahabat syak
data char stu 8 KICROK Zan KID YAZpO Ae err HeN22K2D eM opHLADIZAaMENZAAARYCKIDZAMAIAHARNEHAD,. 19awc0%s tyurpen blogs: SefaranPerkembargan imu Tafsir
sunnah rasulullah | perkara zalim berkaitan iman, dalam ayat ke-82 surah Al
An’am. Namun, nabi telah menjelaskan bahawa maksud
sebenarnya adalah syirik yang telah ditafsirkan dalam surah
Lukman ayat 13.
(3) Menafsirkan Al_| Sekiranya para sahabat tidak dapat menemui sebarang tafsiran
quran berdasarkan | melalui al quran dan rasulullah, mereka akan menggunakan
fahaman dan jjtihad | ijihad mereka sendiri, Hal ini kerana mereka menguasai dan
mereka sendiri. | memahami bahasa arab dengan balk. Malah, mereka juga
mengetahui kesusasteraan bahasa arab.
Jadual 1.2
Diantara tokoh mufassir pada masa ini adalah: Khulafaur Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali)
Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair dan Aisyah.
Namun yang paling banyak menafsirkan Al Quran dari mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud
dan Abdullah bin Abbas yang mendapatkan doa dari Rasulullah,
Penafsiran sahabat yang didapatkan dari Rasulullah kedudukannya sama dengan Hadist Marfu', Atau paling
kurang adalah Mauauf.
Semasa tafsir Pada Zaman Tabi'in, kaedah penafsiran yang digunakan pada masa ini tidak jauh
berbeza dengan masa sahabat, kerana para tabiin mengambil tafsir dari mereka. Jajahan islam yang
semakin meluas menyebabkan al quran semakin sukar difahami. Maka, penjelasan terhadap al quran amat
perlu dan tafsiran oleh tabien terpaksa dilakukan disamping ulamak mula bertaburan di wilayah islam dan
mempunya ramai murid yang belajar dengan mereka. Maka, muncul beberapa madrasah untuk kajian ilmu
tafsir di antaranya:
(1) Madrasah Makkah atau Madrasah Ibnu Abbas yang melahirkan mufassir terkenal seperti Mujahid bin
Jubair, Said bin Jubair, Ikrimah Maula ibnu Abbas, Towus Al-Yamany dan ‘Atho' bin Abi Robah.
(2) Madrasah Madinah atau Madrasah Ubay bin Ka'ab, yang menghasilkan pakar tafsir seperti Zaid bin
Aslam, Abul ‘Aliyah dan Muhammad bin Ka’ab Al-Qurodli
(3) Madrasah Iraq atau Madrasah Ibnu Mas'ud, diantara murid-muridnya yang terkenal adalah Al-Qomah
bin Qois, Hasan Al-Basry dan Qotadah bin Diamah As-Sadusy.
Setelah ramai yang memasuki islam terutama ahli kitab,ramai dari kalangan pentafsir meriwayatkan
tafsir dari sumber-sumber israilliyyat. Maka, bermulalah perselisinan pendapat dikalangan mereka. Namun,
perselisihan tersebut —bukanlah_berkisar dari segi_penjelasan dan pertentangan. — Ahi
jamaah berpendapattidak harus mengambil hujah daripada mereka kerana mereka tidak menemui dan
menyaksikan sendiri dalil-dalil, tanda-tanda serta keadaan penurunan Al Quran. Namun, ramai dikalangan
pentafsir mengharuskanmengambil pendapat mereka sebagai hujah dengan alasan sekurang-kurangnya
sudah pasti mereka bertemu dengan para sahabat.
atatexthim) charset=ut-8, %s3Cho%2Oclass%30 %22pos-ek2Aenty te%22%20empropHeIDYkZnamerk22iK20etyeAkIO%KZAnergIMSKGAYAOONTKIE.... 2aeons tyurentiogspt:Sejarah Perkembangan imu Tafsir
Secara ringkasnya, mu tafsir dizaman penulisan kitab, dapat dilihat dalam lima zaman. Antaranya
ialah
(1) Pada zaman Bani Muawiyyah dan permulaan zaman Abbasiyah yang masih memasukkan ke dalam
sub bahagian dari hadis yang telah dibukukan sebelumnya. Antara sub bab daripada zaman ini termasuklah
tafsirul hadis.
(2) Pemisahan tafsir dari hadis dan dibukukan secara terpisah menjadi satu buku tersendiri, Dengan
meletakkan setiap penafsiran ayat di bawah ayat tersebut, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Jarir At-Thobary,
Abu Bakar An-Naisabury, Ibnu Abi Hatim dan Hakim dalam tafsirannya, dengan mencantumkan sanad
masing-masing penafsiran sampai ke Rasulullah, sahabat dan para tabi‘in
(3) Membukukan tafsir dengan meringkas sanadnya dan menukil pendapat para ulama tanpa
menyebutkan orangnya. Hal ini memberi kesukaran dalam membezakan antara sanad yang sahih dan
yang dhaif yang menyebabkan para mufassir berikutnya mengambil tafsir ini tanpa melihat kebenaran atau
kesalahan dari tafsir tersebut, Sehinggakan, ketika mentafsirkan ayat cal'Y, pele Ginnie 52 ada sepuluh
pendapat, padahal para ulama tafsir sepakat bahawa maksud dari ayat tersebut adalah orang-orang Yahudi
dan Nasrani.
(4) Pembukuan tafsir banyak diwarnai dengan buku-buku terjemahan dari luar Islam. Sehingga kaedah
penafsiran bil agli (dengan akal) lebih dominan dibandingkan dengan kaedah bin naqli (dengan periwayatan).
Pada zaman ini juga terjadi keistimewaan tafsir menurut bidang keilmuan para mufassir. Pakar figh
menafsirkan ayat Al-Quran dari segi hukum seperti Al-Qurtuby. Pakar sejarah melihatnya dari sudut sejarah
seperti ats-Tsa'laby dan Al-Khozin dan seterusnya
(6) Tafsir maudhu'i iaitu membukukan tafsir menurut suatu pembahasan tertentu sesuai disiplin bidang
keilmuan seperti yang ditulis oleh Ibnul Qoyyim dalam bukunya At-Tibyan fi Aqsamil Al-Quran, Abu Ja‘far An-
Nukhas dengan Nasikh wal Mansukh, Al-Wahidi Dengan Asbabun Nuzul dan Al-Jashshosh dengan Ahkamul
Quran-nya
ata texthuml charset=ut-8, %s3Cho%20class%30 %22pos-ek2Aenty te%22%2oempropHeaD%kZonamerk22i420etyeHkIO%KZanergMHKGAYAOOHTKIE,... I