Anda di halaman 1dari 3

JAWATAN KURIKULUM

Guru subjek :
i.

Matematik

ii.

Pendidikan Jasmani

Bidang tugas :
1. Melaksanakan tugas sebagai guru seperti:

memasuki kelas tepat pada waktunya

menyiapkan buku rekod pengajaran

mengurus kelas

memeriksa tugasan murid

memastikan kehadiran murid

menyimpan data sistem maklumat murid

melaksanakan pengurusan fail dengan sistematik

hal-hal lain yang berkaitan dengan tugas yang diarahkan

2. Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan


secara formal dan informal; dan
3. Mematuhi etika profesion keguruan.
Tanggungjawab :
1. Memberikan kerjasama terhadap pentadbir dan rakan sekerja yang memerlukan
bantuan profesional;
2. Menunjukkan sikap keprihatinan kepada keperluan pembelajaran murid;
3. Berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat terutama masyarakat
sekeliling;
4. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang
selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana P&P yang
kondusif dan efektif;

5. Meneroka dan melaksanakan pelbagai pendekatan P&P;


6. Membina jaringan dengan rakan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah;
7. Mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stres, motivasi kendiri dan
pembentukan sahsiah;
8. Mempamerkan tingkah laku yang boleh menjadi model atau contoh bagi murid
9. Menjaga kebajikan dan keselamatan murid;
10. Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa; dan
11. Mewujudkan kerjasama dan hubungan mesra dengan rakan sekerja.

JAWATAN HAL EHWAL MURID (HEM)


Jawatan : Ahli Jawatankuasa Kantin
Bidang Tugas :
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling KKM/KPM.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan dengan syarat- syarat
perjanjian dan selari harga dipamerkan.
4. Memastikan tiada makanan yang bahannya tidak halal
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan adalah bersih dan
selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
6. Memastikan keadaan di dalam dan di luar kantin sentiasa berada dalam keadaan
bersih, kemas dan ceria.
7. Memastikan semua penjual dan kakitangan bertugas di kantin sentiasa memakai
apron dan tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling KKM.
8. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung salji /kain maslin disimpan
di dalam bekas yang bertutup.
9. Memastikan persedian tempat duduk untuk guru dan murid di kantin mencukupi.
10. Memastikan tempat duduk guru dan murid adalah selamat dan selesa.
11. Memastikan makanan yang disediakan untuk jualan harian adalah mencukupi.
12. Memastikan layanan dan perkhidmatan yang disediakan adalah cepat dan mesra
pelanggan.
13. Menyampaikan laporan Bulanan/Mingguan kpd PK HEM/GB tentang pretasi
kantin.